Selasa, 29 Disember 2009

Hanya berbaki satu minggu..x cukup..allahummajaalna minanaajihaat fil imtihan..



Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulilah diberi keizinan masa dan line yg elok untuk bercerita dan berceloteh disini. Seperti tajuk yang tertera..hmm macam karang surat rasmi pulak..alahai..hanya ada 10 hari nak masuk fatrah imtihan. Bermula 16 januari 2010-2 februari 2010. Ya Allah berikanlah kami kejayaan dan keberkatan dalam ilmu-mu. Untuk Fasal ini ada 6 madah semuanya bagi pelajar2 di syukbah usuluddin qism hadith wa ulumuhu.
  1. 16/jan ,Sabtu = Ilalul Hadith
  2. 19/Jan, Selasa = Manahij Dakwah
  3. 23/jan, Sabtu = Mukhtalif Hadith
  4. 26/jan, Selasa = Aqidah
  5. 30/jan, Sabtu = Manahij Muhaddisin
  6. 2/Feb, Selasa = Tafsir Tahlili
Bittaufik wannajah untuk semua sahabat-sahabat seperjuangan semoga dimudahkan Allah segalanya....

Berusaha sehabis daya...Menghafaz dan mentelaah akan membuahkan hasilnya insyaallah..Disinilah kita mengenal dan mengerti penat dan lelah para ulama, muhaddisin, fuqaha, mufassirin, ahlul balaghah dalam meluaskan ilmu Allah diatas muka bumi ini..Semoga Allah memberkati dan meredhai kita untuk menelusi perjalan Al-ulama warathatul anbiya'..ameen..

Rabu, 16 Disember 2009

Cerita Pagi INi...







Bukanlah banyak ilmu itu dengan banyak menukilkan kalam gurunya tetapi banyak ilmu itu berdasarkan banyakknya perpindahan akhlak dan adab gurunya kepadanya (BARAKAH)..syeikh yusuf al-bakhur alhasani..

Bismillah..Hening dan damai nya pagi di musim sejuk ni. Pagi Khamis, baru pukul 7.34 pagi. Sejuk mencengkam ke sum-sum tulang. Hari sekolah masih dibuka. Tapi hari ni xde kelas untuk pelajar tahun 4 usuluddin hadith. Hanya satu kelas yang berbaki, tafsir tahlilli. Doktorah katanya ke Mekah menunaikan ibadah HAji. Satu kitab dah pun selesai, baki cuma helaian nota nipis bicara tentang arahan "BerSyura", dari Allah untuk ummat Muhammad Sallahualaihiwasallam. Satu kitab ya Allah langsung tidak sempat ku temui doktorahnya. Cepat sgt doktor habiskan kitab tu, berkejar masa untuk dia ke tanah suci. Semoga mendapat haji yang mabrur doktor.


Sistem pengajian Al-Azhar adalah sistem paling mudah seantero dunia. Kenapa MUDAH? Al-Azhar mengamalkan sistem tidak wajib ke kuliah. Dan langsung tidak ada anasir-anasir luar kuliah sebagai bantuan alat mengajar dan bantuan markah tambahan untuk para pelajarnya. Kelulusan kita 100% bergantung kepada kitab dan nota yang dibekalkan oleh para doktorah. Nasib kita dalam imtihan bergantung bagaimana kita mentelaah kitab yang diberikan. Tidak ada pointer lebihan kalau kita rajin ke kuliah atau rajin membuat research..Inilah ketulusan ilmu dibumi Al-Azhar mungkin. Siapa ingin faqeh berusahalah sendiri. Kalau malas anda mungkin merangkul Jayyid atau maqbul tapi ilmu anda hanya setakat dalam kitab kuliah.


Ada sahabat yg langsung tidak pernah ke kuliah, ke kuliah hanya untuk melangsaikan urusan pembelian kitab dan membayar rusum(pendaftaran tahunan) semata. Tapi keputusan imtihannya cukup membanggakan JAYYID dirangkul dibawa pulang. Alhamdulilah..sudah rezeki mereka.. Tapi bagaimana mereka berjaya? Jawabnya hanya dengan menggunakan teknik dan cara mentelaah kitab yang betul. Tapi ini hanya untuk minoriti pelajar sahaja. Ramai yang ke kuliah, tidak miss muhadarah. Tapi masih gagal dan terpaksa mengulang tahun. Dan sebahagian lagi cukup rajin mentelaah kitab, menghadiri muhadarah dan kelas-kelas tuisyen luar, juga dapat merangkul JAYYID atau paling kurang manqulain (bawa dua madah) atau mengulang satu tahun sepanjang tempoh pengajian. Boleh dikatakan...DAlam satu tahun pengajian jika ada lebih 20 orang pelajar dari malaysia yang berjaya lulus tanpa perlu mengulang tahun hanya 2-5 orang. Ini purata seluruh malaysia bukan satu negeri. INi khusus untuk pelajar perempuan sahaja.


Apa pun saya melihat perkembangan ini dari dua sudut. Positif dan negatif. Bagi yang telah, pernah dan sedang melalui proses i'adah. Mengulang tahun pengajian. Cuba buat beberapa kajian peribadi, kenapa saya masih belum lulus madah-madah ini. Saya dah rajin ke kuliah..saya cukup suka mentelaah kitab-kitab rujukan yang tersusun dirak dirumah..Tapi saya masih tidak berjaya!!.


saya mahu membawa sahabat kepada fokus kecemerlangan. Saya mahu kita ubah gaya dan cara kita untuk berjaya.

Cara yang paling berkesan :

  • * wajibkan diri ke kuliah. Tanda point-point penting yang dibacakan oleh doktorah didalam muhadarah. Jika tertinggal dan tidak sempat rujuk sahabat sekuliah tempatan (orang mesir lah).
  • * Jangan terlalu tergesa-gesa pulang setiap kali habis muhadarah. Duduk dan berbincanglah seketika dengan sahabat-sahabat satu kelas, tanyakan mana yang tidak jelas pada sahabat. Khususan berbincang dengan banat misr dan teman semelayu. Saya akui kita yang dari malaysia amat ketinggalan berbanding sahabat-sahabat dari pesantren indonesia dan sahabat-sahabat dari singapura. Ini kerana penguasaan bahasa arab mereka yang mantap.
  • * Kita sudah ada asas dari alam menengah dulu. Khusus untuk anak-anak terengganu, kita ada ramai guru-guru yang mengajar diimport khas dari mesir. Bezanya ustaz-ustaz arab bercakap menggunakan bahasa yang jelas. Menerang berkali-kali, menunggu untuk kita faham. Tapi disini tidak lagi.
  • * Pulang ke rumah atau asrama, elakkan dari membazir masa dengan sia-sia. Buat jadual untuk mentelaah kitab. Selalunya masa yang kita ada hanya sebulan penuh untuk mentelaah kitab. Manfaatkan masa ini.
  • * Buat susunan aulawiyat kitab yang mana yang paling payah rasanya untuk difahami. Letak dia pada pertengahan masa. Ambil kitab yang paling mudah seharusnya habiskan kitab mudah itu dalam satu hari saja.
  • * Bagaimana mentelaah kitab satu hari? BUka fihris dibelakang..Ambil pen dan buku nota. Lakarkan nota yang paling ringkas dari fihris ini. Kalau mampu buat peta minda atau rajah-rajah penting. Ini penting untuk anda mengetahui isi dalam kitab. Sebenarnya point penting untuk masa mentelaah sebelum imtihan hanya ada pada fihris kitab.
  • Kitab tiada fihris. Ada kitab yang dikarang tanpa catitan muka surat. Buat Fihris sendiri. Pergi kepada setiap bab dalam kitab. Buat catitan fihris, dan tajuk-tajuk kecil yg biasanya diboldkan oleh pengarang kitab.
  • Siap satu kitab. Berkenalan pula dengan kitab lain. Sehingga semua kitab telah kita kenali. Ini penting!! untuk mengelakkan kita terkandas lagi. Terutamanya apabila kita terlalu buat penekanan pada satu kitab yang kita rasa payah sahaja. Akhirnya kita lulus madah yang payah kita gagal pada madah yang mudah. Ruginya kan..
  • Tampal nota itu dihadapan meja study, atas kepala katil. Fihris membantu kita untuk mengenali dan memahami bagaimana dan apa yang ada pada kitab tersebut. Syeikh Tarmizi Taha pernah menyebut bahawa, untuk anda jadi seorang yang alim tentang semua kitab dalam semua bab bacalah fihris kitab terlebih dahulu. Paling tidak pun jika anda tidak sempat membacanya anda tahu apa yang ada dalam kitab itu.
  • Elakkan tekanan semasa mentelaah kitab. Kalau rasa tidak faham pada pembacaan pertama ulang lagi sehingga berkali-kali, insyaallah kita akan dapat memahaminya.Buat ulangan pembacaan.
  • * Cuba letakkan dalam diri bahawa saya boleh faham dan saya boleh ingat!!
  • * Detik yang paling penting adalah sehari sebelum masuk imtihan. Hari ini susunlah segala maklumat yang ada. Arrange it in your mind!! INi penting, kerana bimbang kita akan bercelaru dalam dewan imtihan yang selalunya gamat dengan suara penjaga imtihan. Macam pasar dewan imtihan kita kadang-kadang.
  • * Banyakkanlah berdoa dan bertawakkal, jangan terlalu takut untuk gagal dan jangan terlalu yakin "overconfident". Yang paling utama adalah usaha dan tawakkal.
  • * Teruskan berusaha!! masih ada banyak masa untuk kita mentelaah. Jangan sesekali merasakan tidak cukup masa sehingga menyebabkan kita jadi buntu pada waktu-waktu yang luas untuk kita ulangkaji. Insyaallah kita boleh berjaya.

SELAMAT BERMUTALAAH KITAB..SEMOGA KEJAYAAN AKAN DIREDHAI UNTUK KITA SEIRING DENGAN NADA USAHA DAN TAWAKKAL KITA PADA YANG MAHA ESA.

والله سبحانه نسأل , وهو الموفق والهادى الى سواء السبيل.... بااتوفيق والنجاح.. انشاألله


Ahad, 13 Disember 2009

What is chocolate in reality?


What Is Chocolate in reality


Chocolate has been called an antidepressant, tonifier, stimulant, euphoriant, and even aphrodisiac.
What is chocolate in reality?

Chocolate is a mixture of cocoa paste, cocoa butter, and sugar. Nowadays, we know its precise chemical composition. It is considered as a complimentary food, since all three organic substances exist (although not well balanced): carbohydrates (starch, diverse sugars), fats (cocoa butter), and vegetable proteins.

Minerals can also be found in chocolate: potassium and magnesium in large amounts, calcium and sodium in small amounts, and iron in trace amounts. Chocolate also contains vitamins A1, B1, B2, D, and E.

HIGH-ENERGY IN TINY SQUARES
Considering its ingredients, chocolate has exceptional nutritional qualities. It is, therefore, a high-energy food in relatively small volume; athletic people are among those who eat chocolate regularly , since it offers rapidly available energy. It is considered a food for effort whether intellectual or physical. What, however, is accurate concerning its other attributed
properties mentioned above?

THE BENEFITS OF CHOCOLATE
The pharmaco-dynamic substances (those whose action is similar to medications) found in chocolate are responsible for its reputation concerning its abilities. Four of these such substances can be found in chocolate: theobromine, caffeine, phenylethylamine, and serotonin. They appear in a negligible quantity, but each in infinitely small quantities plays an important role. Theobromine stimulates the central nervous system, facilitates muscular efforts, as well as having diuretic and cardiotonic action. It is an orexigan (appetite stimulator). Caffeine increases resistance towards fatigue, favorises intellectual activity, and increases watchfulness. Concerning phenylethylamine, it has a chemical structure similar to
amphetamines and therefore contains psycho-stimulating properties. Serotonin, on the other hand, is a neurotransmitter (substance freed by the nerve endings) in the cerebral cortex--its quantity is often found to be lower during certain nervous depression states. The serotonin found in chocolate helps correct its initial loss. Likewise, the caffeine and saccharose stimulate the body's stimulation of serotonin. Finally, due to the pleasure it offers, chocolate stimulates endorphin secretion thus procuring naturally the same effects as opium. With this description of chocolate's chemical composition, it's never-ending list of vertues are easily explained.

SWEET OR APHRODISIAC?
Yes, chocolate can be a stimulant, euphorisant, and anti-depressor. Is it an aphrodisiac as well? No scientific response has been offered to date. Nevertheless, this idea goes back to the beginnings of civilization, even before its arrival in Europe: it was the 16th century, while the Aztecs prepared a drink called tchocoatl (made of cocoa nibs) known for its
nourishing, fortifying, and even aphrodisiac qualities...

Menu Selepas Bersalin.

Oleh :Ummu Handzolah.


Minggu Pertama

Pagi (7.00pg) Susu+Halba, roti bakar@ish+gula, Sesudu Madu,

Mkn tgh (11.30) Nasi, Gargay, Hati@Merpati@arnab@ikan yang tidak gatal dibakar, Air suam, Air asam Jawa,Sedikit serbuk lada hitam, Sebiji Limau.

Minum Ptg (4.30) Coklat Susu+Roti@biskut kering

Makan Malam (6.00) Nasi, Gargay, Hati@Merpati@Arnab@ikan Bakar, Air Suam, Sebiji Limau@ganti dengan Jus Buah2



Minggu Kedua & Seterusnya (plg krg 40 hari)


Pagi Susu+Halba @, Roti, Ish, Telur rebus, Sesudu Madu

Mkn Tgh Nasi + Sup Merpati@Daginglain2, Gargay, sedikit serbuk lada hitam,Air Suam, Sebiji Limau@epal @Jus

Mkn Ptg Barli susu, Roti @ Biskut kering

Mkn Mlm Nasi + sup(sama diatas), Gargay, Air suam@JUs , Air Halba + Madu Panas

RESEPI MASAKAN.

Daging Bakar -Kunyit, Garam, Jika suka boleh tambah jintan & ketumbar


Sup -Bwg putih, Halia, Bwg Merah, Air semua bhn direbus tanpa ditumis dulu

Nasi-Tanak nasi sederhana lembut tidak kering dan tidak terlalu berair.


Ubat2 @ air akar kayu yang perlu diminum untuk menambahkan tenaga siibu...

1) Air Manjakani (Rebus + Buat Basuh Tempat Luka)pagi &petang

2) Air Rebusan Kacip Fatimah (Kaffu Maryam)

3) Pil Dhob n Pil Tongkat Ali

4) Air nenas batu Rendam

5) Bertungku pagi lepas mandi

6) Mandi Dengan air serum (Alternatif Dimesir Rempah 4beradik) @ Rebusan daun jambu batu + serai wangi+ mengkudu

7) Berendam dlm air panas suam sekurang2 seminggu sekali

8) Bertangas (duduk diatas tungku & wap kan kemaluan dengan air panas suam + manjakani) amalkan sekurang2 2kali seminggu.

9) Ubat luka yang paling baik adalah minyak dhob letakkan disetiap kali menukar pad (minyak dhob che ku omar)

10) Banyakkan berehat

11) Elakkan stress

12) Elakkan duduk bersila bimbang peranakan akan turun

13) Jika anak badannya panas @ kurangkan ubat2 panas yang dimakan

14) Susukan bayi tanpa ada jadual

15) Anak Kuning jemur dibawah cahaya lampu (sebaiknya lampu kuning) pagi2 dedahkan pada sinar matahari tapi jgn dijemur ditengah2 cahaya matahari secara terus akan merosakkan pigmen kulit bayi.

16) air halba dapat membantu menambahkan susu ibu.

17) Banyakkan minum air suam bg melawaskan perut dan mengelakkan sembelit

18) Limau & Epal byk membantu mengelakkan sembelit

19) Ubat sembelit (Importal)rujuk doktor

Lain2 ikut kesesuaian individu

Ahad, 29 November 2009

Falsafah Hari Raya dalam Islam...

Petikan asal Oleh : Doktorah Hayah Albarhumati
Terjemahan Oleh :C. Amirah bt. Che Muda @ Ummu Uwais Handzolah

"Seluruh umat Islam di seantereo dunia menyambut kedatangan hari raya korban, yang mana hari raya korban ini datang dalam dua bentuk wajah yang penuh fadhilat dan barakah, didalamnya terkandung hari ketaatan dan pengibadatan iaitu ibadah haji dan hari kegembiraan yakni hari raya. Kedua-duanya berhubung dan terikat diantara satu sama lain, yang mewujudkan satu falsafah yang amat bermakna dan penuh azimat yang berada didalam syariat Islam yang merangkumi diantara dua fasa kerohanian dan keduniaan kepada ummat manusia."
Allah subhanahuwataala telah menganugerahkan kepada ummat Islam dengan dua hari raya yakni hari raya korban (eidulAdha) dan hari raya fitri (eidul fitr). Maka pada dua hari raya ini terkandung didalamnya untuk melimpahkan rasa kesyukuran yang sebenarnya kepada Allah swt diatas taufiq dan inayah yang diberikan kepada kita selaku hambanya untuk melaksanakan ibadah dan ketaatan yang telah difardukan keatas kita.
Firman Allah swt didalam surah Al-Baqarah yang bermaksud:
"...dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepada kamu supaya kamu bersyukur. "(ayat 185)

Firman Allah swt didalam surah yunus yang bermaksud:

" Katakanlah ; Dengan kurniaan Allah dan rahmat-Nya, hendaklah dengan itu mereka bergembira. Kurnia Allah dan rahmat-Nya itu adalah lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan."

Kegembiraan dan kebahagiaan di hari raya adalah "minhah sanawiah" satu pemberian tahunan yang amat bermakna. Hari raya sebagaimana yang kita kecapi setiap tahun akan datang kepada kita. Tidak pernah satu tahun pun yang berlalu tanpa hari raya. Ini adalah satu pemberian yang amat besar dan amat berharga sebagai satu penghargaan kepada kita hambanya yang telah bersungguh-sungguh melaksanakan ketaatan dan ibadah kepada Allah mengikut kadar dan kemampuan diri masing-masing. Keadaan ini bertepatan dengan Maqasid Islam dan Matlamatnya daripada Hari Raya yakni "A'too', Wataraahiman, watawasilaan, watakafulan, wabarran."Saling memberi, saling mengasihi, saling berhubungan, saling bertolak ansur dan saling berkasih sayang dan mencintai.

Secara fitrah dan hikmah al-ilahiyyah manusia tidak diciptakan dengan hanya satu rentak dan satu gaya sahaja dan tidak juga berterusan dengan satu darjat yang sama sahaja, pasti akan ada perubahan dan pembaharuan dari setiap detik yang berlalu. Sebagaimana kita diciptakan daripada tiada kepada wujudnya kita dialam ini, dari kita hanya tahu menangis bila lapar sehingga kita tahu bekerja untuk mendapatkan makanan. Begitulah hari raya yang disyariatkan Allah kepada kita bertepatan dengan fitrah manusia yang sentiasa perlukan perubahan dan kemajuan.

Firman Allah swt didalam surah Ar-Rum:

"Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama Allah;(tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah Allah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah itu. (Itulah) agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui."

Seluruh ummat manusia didunia ini tidak ada satupun yang melalui kehidupan didunia ini tanpa meraikan hari raya.

bersambung lagi....

Isnin, 16 November 2009

Kita Dan Perancangan..


Bismillah..

Ramai orang bersungut dan runsing..Banyaknya kerja saya, ini belum itu belum..Wah-wah..Cukup kalut. Bagaimana menghidarkan kekalutan ini pada diri anda..

  1. Duduk dan bertenang sebentar
  2. Ambil pen biru @ hitam
  3. Ambil sebuah buku @ diari anda
  4. Catat segala tugas dan tanggungjawab yg perlu anda buat tak perlu panjang cukup ringkas dan ada faham apa maksudnya.
  5. Ambil pen merah
  6. Tandakan yg paling utama.( Anda perlu tahu apa yang utama)
  7. Apa yang kedua dan seterusnya
  8. Letak tetapan masa dan elakkan dari melanggar tetapan itu
  9. Jika terlajak atau tidak memenuhi tetapan masa
  10. Duduk dan tulis semula baki tugas yg tertinggal
  11. Anda tak perlu ambil masa yang lama untuk siapkan nota ini
  12. Tapi anda perlu buat nota ini!!
Pasti Hasilnya memuaskan cubalah!! Lepas buat sebegini anda akan dapat banyak lagi lebihan masa!! 24 jam masa setiap orang, tapi yang paling beruntung adalah orang yang tahu menghargai masa yang ada padanya dan dia beroleh waktu yang diberkati.

Isnin, 9 November 2009

Hari Pertama ke Kuliah aku kini dipuncaknya !!!



















Oleh : Ummu Uwais Handzolah.

Alhamdulilah setelah lama bercuti......Aku kembali ke kuliah..hmm. Ada cerita jgk ari ni..Besalah dah lama sgt tak kuar sorg2. Bese berempat ngn two boys n abang. Tapi ari ni ku kuatkan azam tuk g kuliah. Hmm..cobaan..dah kawen ni, dah xdelah org ketuk pintu ajak g kuliah x cam bujang2 lu. Ayong lah teman setia yg selalu mengheret ku ke kuliah. Hihi..aku mmg jenis yg payah nak kuar umah...kdg dgn abang pun payah. Sbb tu adik2 kat asrama rumah ganu nun selalu jer tanya..kak emi naper lama x dtg asrama..cmn ek..nak jwp. Abang ari2 g sana..g balik antar nasi lemak pagi..petang g antar donut..Tapi malas nye aku nak ikut. Kalau org tanya naper tak ikut..hiii jawapan aku sbb aku suke duk kat umah. Kalau rasa nak kuar pun aku ajak abang g minum asir kat kedai depan umah ni jer...Sempoi n relax.

Kadang rindu jgk nk jupe ngn kwn2 ni..Yang paling best dpt juper mutazawwijat..wah3 kalau sesekali dpt kumpul tu cm liat jer nak balik smula..Hehe..itulah aku....act..aku ni mmg kaki sembang jgk...tp suke duk umah. Pah ni sure ramai adik2 baru yg tak kenal siapa kah aku..hhehe..Tunggulah nnt kita beramah mesra yer adeq2...Paper pun insyaallah kalian tetap dalam doaku.. Moga kita sentiasa terpelihara dalam rahmatNya dan diberi anugerah kejayaan yang diredhai olehNya.

Citer Kuar Tajuk...........Balik ke Kuliah Banat Hayyu Sadis.( ada satu lagi kuliah banat Ain syam jgn salah naik bas naa...Dah ramai yg kene tersesat kesana aku lah salah sorg nyer tuh huhu:))

Rolling
Ari ni, first time g kuliah sbbnya cm yg kat atas yer....So, hari pertama jadilah aku ala2 adik baru..freshie yg baru nak kenal kuliah. Dah lama tak takallam bilughati arabiah..hmm..tp alhamdulilah leh lah control hensem lagi. Mula2 naik dah terlajak ke dur tahun tahun tiga. Kelas lama aku. isy2 tetiba mai teringat eh kelas tahun 4 kat bawah lah. Sama dur ngn Ablah Nabilah. Heh heh..ketwakan diri sendiri, turun pi round kat dur thani.......rolling n rolling dur tu..tak juper pun lable kelas rabiah usuluddin li syukbah alhadith..Alahai kat mana ni..Dah lah tak nampak langsung mai last year classmate...sme..syukbah syariah wal Qanun yg aku juper.


Jumpa...
Juper satu kelas xde lable kat luar. Ada tiga org akhawat arab kat dlm tuh. Tumpang tanya lah..hm, jwpn meeke, meke tahun dua syariah..aku tanya ni kelas tahun 4 hadith? la' meke jawap ngn konpiden. So, kuar lah duk menung jap pikir kat mana ek..hisy nak tepon saper ni. majoritinya classmate msia tahun lepas balik mesia. Dan ada yg still ditahun tiga (insyaallah tahun depan ada rezeki).Tgh duk pikir2 nampak makcik ablah tanya dialah..dia pasti lebih tahu sbb besanya makcik ablah lah yg buat keje2 tampal menampal lable kelas ni. Haa..copem dah kelas kosong tadi lah kelas ku. Kemudian temu lagi ngn akhwat syukbah tafsir dia ta'kidkan lagi itulah kelas ku.

Ambik Jadual
HIii...tapi naper xder org ek? Antara dua samada muhadrah buat kat kelas lain atau aritu mmg xde kelas.. Hmm aku dgn conpidem masuk sml kat kelas tu n buat2 tak nampak lah bbdk yg tak brp nak makan saman tu..hisy3 kutuk sikit. Cam beselah arab kan pompuan kurang lebih jer style depa ni..nak sopan santun cam kita org melayu tu 1 per seratus ker per seribu ek...Hhihi..sory ar..kutuk sikit. Tapi diorg ni serabai pun sebut bab quran mmg no challenge....respectlah sbb akhawat arab nak habiskan 4tahun al-Azhar kena ngapal habih 30 juzuk. Beza jauh ngn wafidat kene ngapal 8 juzuk jah. Tapi...hihi..aku ttp kene ngulang subjek kegemaranku ini..Al-quran tahun 2 dan tahun 3. Alahai tahun ni kene lah ku habiskan 8juzuk tamam..Hmm leh lah aku ajak along n habib ngapal sama2.

Try dail no my classmate Tiyyah(N9), yeahaaa dapat...
Tanya kabar..wah sukenye sbb dah dapat tmn sperjuangan semula, rasa tak kesorangan. Borak2 bese lah yg utama pasal kuliah lah..Lega dapat bbrp butir maklumat..Lalala...Timetable kat kelas tu rupenye xleh paka dah. Hmm n ari isnin mmg cuti. Pehal lah pulak yer budak kelas aku ni suka cutti ari isnin. Hari sabtu sekolah pulak pelik tapi benar..Ikut jerlah yek..Suara wafidat ni minor n mmg xpernah suara pun...Bila diorg tanya, setuju jerlah..yerlah hari sabtu pun bukan kita cam kat msia ari cuti2 minggu ada aktvt family ke kan..

Beli Kitab....
Alhamdulilah dapat collect dua buah kitab. Tapi sedih jugok sbb tiga lagi dah abih maa...Camna nih..Alahai doakan agar kitab2 tu kuar semula sekali lagi yer. Harap2 dop lambat sgt. Kalau ak kenalah aku baca kitab fotokopi....Fotokopi alahai x best nyer..

Kena Lecture
Dua patah jer...Haa......kang abang kata doh.......g beli kitab.......Ngee.....cmn nak jwb? Jwp jugak..Xper nnt kuar semula pakcik jual kitab kata......Hahha...sebenornya dalam hati....naperlah aku degil sgt..nih lah selalu lecture abang sesekali terkena padan muka aku..hik3. Tapi dapat dua dulu pun dah lega. Moga2 nnt lebuk ku baca n ku hadamkan......Insyaallah..Janji tu janji pada diri sendiri so kena tunaikan jugak!!!!.

Aku Bangga dan Bahagia
Seronok sgt sbb masih bergelar student........Walau pun terpaksa merangkak untuk capai ke puncak tapi aku tetap berbangga dan bersyukur dengan angerah ini. Walau ada yg memandang sinis, ada yg membakar semangat, ada yang dah lama xsabar2 mengharapkan aku pulang...Tapi aku tetap bertahan disini sehingga ke puncaknya jua. Alhamdulilah segalanya dari Mu ya Allah. Niat dan tekad untuk ku genggam ijazah sarjana muda universiti Al-Azhar semakin memarak dijiwa. Doakan aku dan abang bakal pulang sebagai khirrij Al-Azhar. Aku dengan syukbah Usuluddin dan abang dengan Syukbah Syariah. Ameen...

Ok lah sikecil dah menetel kat tepi ni........kene stop now. see later

Jumaat, 6 November 2009

Surah Al-Hajj dan perkaitannya dengan bulan Zulhijjah...Selamat Menunaikan Haji..


Bismillahirrahmanirrahim...........


Dalam sunyi pagi mengintai sinar mentari yang kian memancar memberikan cahaya dan habanya untuk bumi ciptaan Allah ini...Ku mengambil sedikit ruang untuk membawa kita bersama2 mencari dan meniliti apakah yang ada dalam bait2 tinta rabbi yang kekal dan utuh sepanjang zaman..Tidak pernah berubah satu alif pun dari hari penurunannya hingga ke hari ini dan sampai bila2 pun sehingga dia juga kembali kepada pemilik-Nya dan bakal menjadi peneman yang paling setia untuk kita disaat bersendirian di alam barzakh dan di akhirat sana. Jangan lah kita lalai dan lupa untuk membacanya, mentadabbur isinya, mentelaah hukum dan peraturan yang ada didalamnya.

Al-Quran diturunkan sebagai cahaya yg menerangi kegelapan hati dan jiwa juga sebagai dustur untuk manusia melalui kehidupan dunia yang fana ini. Bacalah Al-Quran kerana dia bakal menjadi satu peneman yang indah buat kita dunia dan akhirat. Selain harta yg bermanfaat, amal soleh, zuriat yang soleh, Al-Quran juga peneman yang cukup indah disana nanti..Bacalah !!! Dengan nama tuhanMu yang Maha menciptakan!!..

Surah AlHajj dan Rahsia isi kandungannya;

Satu Surah yang bercampur statusnya ada ulama mentafsirkan AlHajj adalah surah madaniyyah dan ada yang menyebut AlHajj sebagai surah Makiyyah. Kenapa bercampur? Menurut AlGhaznawi, surah ini termasuk surah yang ajaib yang mana penurunan ayat-ayatnya ada disiang hari dan ada dimalam hari. Sebahagian ayatnya yang lain diturunkan ketika Rasulullah saw dalam keadaan musafir dan sebahagiannya dimasa tidak musafir.

Kenapa Dinamakan dengan Al-Hajj?

Dinamakan al-Hajj kerana didalamnya ada banyak cerita tentang ibadah haji seperti tawaf, ihram, sa'i, wuquf di arafah, bercukur (bertahallul), diceritakan juga bermulanya pensyariatan haji bermula dari nabi Ibrahim alaihissalam dan anaknya Ismail Alaihissalam. Didalam surah ini juga banyak menyebut tentang kaedah-kaedah haji, faedah-faedah haji, syiar-syiar Allah, dan hikmah pensyariatannya.

Kedudukan Surah Al-hajj mengikut bilangan surah dalam Al-quran.

Surah Al-HAjj merupakan Surah Yang ke-22.Termasuk dalam juzuk yg ke-17.

Jumlah Ayat dalam surah Al-Hajj

Surah Al-Hajj ada 78 ayat semuanya. Sebahagiannya ayat-ayat makiyyah (sebelum hijrah) dan sebahagiannya ayat-ayat madaniyyah (diturunkan selepas hijrah). Sebahagian ayatnya diturunkan ketika Rasulullah dalam keadaan bermusafir, dan sebahagiannya pula ketika baginda bermastautin.

Isi Pokok dalam Surah Al-Hajj

1; Keimanan

Keimanan tentang hari kebangkitan dan huru-hara yang akan berlaku pada hari kiamat. Keimanan dengan adanya susunan yang lengkap pada alam semesta sebagai bukti kewujudan Allah azzawajalla.

2; Hukum-hakam

Kewajipan menunaikan ibadah haji khusus kepada muslimin. Bermulanya pensyariatan haji dari zaman Nabi Ibrahim alaihissalam sehingga ke akhir zaman. Hukum berkata dusta. Larangan menyembah berhala. Binatang-binatang yang halal dimakan. Hukum menghalang orang berada diatas jalan Allah dan masjidil Haram. Keizinan berperang untuk mempertahankan diri dan agama. Hukum-hukum berkenaan dengan perlaksaan ibadah Haji.

3; Lain-lain

Membantah kebenaran Islam tanpa pengetahuan adalah perbuatan yang tercela. Tanda-tanda takwa yang sampai ke hati. Tiap-tiap agama yang dibawa oleh semua rasul-rasul yang diutuskan oleh Allah ada syariat tertentu dan cara melakukannya. Pahala orang yang mati dalam berhijrah kerana Allah. Sikap orang-orang kafir bila mendengar ayat-ayat Allah. Anjuran berjihad dengan bersungguh-sungguh. Celaan Islam terhadap orang-orang yang tidak tetap pendiriannya dan selalu mencari keuntungan untuk diri sendiri.

Perkaitan antara surah Al-Hajj dengan surah selepasnya Al-Mu'minun.

1.Surah Al-Hajj menyuruh orang mukmin mendirikan solat, tunaikan zakat, banyak membuat kebaikan untuk beroleh keuntungan diakhirat.Diawal surah Al-Mu'minun menegaskan bahawa orang-orang mukmin bila mereka mengerjakan apa yang diperintah dan menjauhi apa yg dilarang Allah pasti mendapat keuntungan didunia dan diakhirat.

2. Kedua-dua surah mengemukakan tentang penciptaan manusia, perkembangan kejadian dan kehidupan dan menjadikan hal demikian sebagai bukti adanya hari kebangkitan.

3. Surah Al-Hajj dan Surah Al-Mu'minun kedua-duanya menghina dan mencela ummat-ummat yang terdahulu kerana tidak mengindahkan seruan para nabi yang diutuskan kepada mereka. Perihal ini disebut sebagai satu pengiktibaran untuk ummat-ummat selepas dari mereka.

4. Kedua-dua surah mengemukakan bukti-bukti kewujudan Allah azzawajalla dan keesaanNya(Allah tuhan yang satu tiada duanya).

wallahualam.

Rabu, 4 November 2009

Mencari Yang Halal Itu wajib

Hari ni rolling-rolling..hmm jumper pasal vanilla exctract is not illegally use by muslim bcoz its contains alcohol!!..so, kalau nak makan ice cream kenalah tengok kat ingredients dia tuh ada ke tak vanilla extract. Klau ada avoid it because it is not HALAL for muslim to it..Mark this !! n Do It..Makan n Minum yg HALAL itu wajib.

Rabu, 28 Oktober 2009

Panggilan dari Tanah Suci..Madinah ALmunawwarah........






Masyaallah Sungguh cantik dan menenangkan..Bawalah kami dan seluruh ahli keluarga kami kesana nanti Ya Allah..Ameen Ya rabbal Alameen......

Alhamdulilah Segala Puja dan puji hanya milik Allah azzawajalla....Hari mcm biasa rutin seorang suri seprti ku..Pagi abg siapkan nasi lemak untuk dihantar ke asrama anak2 terengganu..Hmm buat bekal sarapan pagi anak2 terengganu yg masih bujang sebelum turun ke kuliah...And me...hmm cam besalah berkepit ngn si Habib..Bangun2 sunyi aje rumah kemana seme yer..Along xde, abang pun takde..Jam dah kul 11.30 pg.

Kemana dua beranak ni pergi yer...Sementara kubiarkan Si Kecil Habib berendam air manah nyer..ku cari handphone dalam hndbg ada sbiji bateri jer lagi. Call my sweet heart, i found him ohho...dah ada kat kedai barangan kek n so on...hmm..rupenye gi beli paper cup yg dah beberapa hari bertangguh.. Wah seronok lah Along abi kelek dia sekali kat atas motor sewa...hisy2 buat risau jer menghilang tanpa berita...Cam tulah abang kalau dah tgk me terlentok kat sebelah sikecil Habib. Budak kecik ni sorang mmg susah nak tidur kalu tak diteman. Alih2 ummi yg lena sekali..huhu..

So, dah ada paper cake..Palagi.....Siap lah 12 biji muffin ku yg comey..Muffin isian almond..kih2..Hmm rasa boleh tahan jugak. Yang buat aku n abang seronok sgt tgk muffin tu naik menggebu..Wahh begitu rupa jadinya.....First time wat ni..How to prepared..I just follow how Nigella Lowson do in you tube video..Huh....mmg makcik Nigella ni masak menakjubkan. Nak tau leh cari kat you tube yer. Masak tuh kacang jer lah u dia..hehe..bila dah pandai kan camtulah.....

Wah..cerita dah kuar sikit dari tajuk.......

Actually apa yang aku seronok sgt tgh duk rehat2 ngn abang sambil ku biarkan anak2 dengan hal sendiri...cam2 habib duk mengeja kat meja kom. ntah ngn sapa lah dia chat kali ni..huhu..ku birakan saja..si Along pulak duk sibuk practise taek-wando ultraman nye ngn kaki abi..hhuaahua..Cam2 aktiviti ada.

Tetiba ada ringing dr my phone. Act my phone mmg payah ckit nk dpt ringing tu except abang kuar. Along laju jer berlari tlg ambik hp u Ummi..bagus2 anak dah besar ni mmg ummi leh goyang banyak kaki..kih3. Tgk number.............pelik gak ni jarang jupe kat mesir. Confrmly it is coming from out of misr coverage coz ada +9 n blaa..blaa..number. Who is it.

Berdebar jugak weh nak angkat no camtuh..yg paling takut calling dr msia berita yg menyedihkan nauzubillah...Tapi bila hello jer..ohho..its calling from madinah My bro-inlaw yg call. Kejap jer cakap tanya kabar. .Then letak..then ringing against. OWh...i can talk with my lovely sister Che Jamilah Che Muda. Ohho...Sebak ku rasa..tp ku tahan n ku happy kan suara...no tears are falling down..Alhamdulilah..Orang tgh wat ibadah kan xnak lah rosakkan mood mereka ngn citer2 sedih.

Cakap lama jugak mmg kami adik beradik kalu dpt sembang tak ingat dah dunia kiri kanan... Hihi..,rindunye pada semua..pic abg ta n kaklah xder lah pulak dlm simpanan ku. Ada pun picture dlm album jer. Ayah mertua n mak mertua ku pun turut berada disana sekarang cuma belum lg bertemu ngn kakak n abg iparku. Abang Lokman n Kak Rossiyatimah pun pergi sama...Alhamdulilah ku tumpang kegembiraan mereka dapat ke tanah suci mekkah. Mereka ziarah madinah dulu barulah berlepas ke makkah...Ya Allah kurniakanlah mereka haji yg mabrur..Dan bawalah juga kami kesana satu hari nanti...Menjadi tetamu Mu Ya Allah..

Ya Allah antara suka dan duka bila terasa ada ahli keluarga yg semakin dekat dengan kita...Tapi sedih walau dekat tp masih jauh..Belum dapat bersua juga...Ya Allah panjangkanlah umur kami untuk kami berkumpul juga satu hari nanti...Pasti banyak lagi cerita yg ingin kami luahkan antara satu sama lain..Ya Allah ampunkanlah segala dosa2 kami, salah dan silap kami agar kami sentiasa menjadi hambaMu yang bertaqwa dan dalam limpahan Iman sentiasa. Berkatilah dan rahmatilah kedua orang tua kami yg telah membekalkan kami dengan ilmuMu sebagai bekal dalam kehidupan ini...Baarakallah likulli jamaatul Hajj bihazihissananah ameen....


Selasa, 27 Oktober 2009

Lenanya Si Dia..Bersama Kisah Sang Rama-rama & Sang Semut


Alhamdulilah diberi ruang untuk berceloteh lagi, baru saja lepas tidur si kecil ku Along Uwais Handzolah yang Alhamdulilah telah mencecah usia tiga tahun setengah. Alhamdulilah di usia ini Along telah banyak belajar..Bila bersama si Habib dia akan memakai watak ku atau watak Abinya. Kadang aku dan abang tergelak besar dengan ragam dan gayanya, terima kasih tuhanku diatas anugerah yg amat berharga ini.

Tiada yg lebih bermakna untukku dan abang melainkan melihat senyuman, hilai tawa, tangisan manja along n habib. Malam ni ummi menjadi pilihan Along untuk menjadi peneman tidurnya..Sudah banyak hari along tidur bertemankan abi. Dan kekadang bila ditanya nak tidur dengan siapa jawabnya " nak tidur ummi abi". Hmm...kenalah bersesak dikatil kecilnya. Itupun kalau sikecil Habib dah lena dulu kalau tak jadilah adegan kau panjat aku, aku panjat kau, kau tendang aku, aku tendang kau..huhu..Jadilah waktu tidur yg berganjak dr satu jam ke jam yg lain kalau dibiarkan mereka berdua bergelandangan disitu..

Seperti biasa sebelum tidur kami lazimi along dengan cerita dan bacaan al-quran. Alhamdulilah sekarang along dah boleh membaca fatihah dengan style bacaan kanak2 seusianya. Juga tiga kul yg sudah menjadi hafalannya seusia dr dalam kandunganku...Hmm, sekarang ni kalau nak tidur aku bacakan hampir semua surah2 dr surah AdDhuha sehinggalah ke surah Annas sampailah dia terlena.

Malam ni ku pilih kisah Firasyat(Rama2) dan sang semut untuk Along. Kebetulannya buku ceritanya dah rosak jd kenalah ku ceritakan dengan intonasi yg pelbagai agak cerita nampak menarik tanpa gambar. Mujurlah ada pengalaman bercerita masa kecik2 dulu. Hiihi..untung jgk yer masuk tadika masa kecik2 dulu leh lah share ngn along skrg ni. Haa..nak citer lah kisah ni kat sini..

Kisah Sang Rama-rama yg cantik tp sombong dan malas bekerja..Pada suatu hari dibawah pancaran sinar matahari seekor rama2 yg cantik mengibas2kan dua kepaknya yg cantik, sambil itu dia sibuk mentertawakan sang semut yg berderet2 bekerja bersungguh2 mengusung seketul gula...Wah sungguh kurang sopan sang rama2 ni. Dia menegur sang semut untuk apalah bekerja bersungguh2 tgk saja dia tak perlu bersusah payah kesana kemari mencari makanan, bebas terbang kesana dan kemari kalau lapar singgah dimana2 pokok dia boleh menghisap madu. Sang semut menggelengkan kepalanya, lantas sang semut mengingatkan sang rama2 bahawa dua tiga hari ini hujan lebat mungkin akan turun kerana sudah masuk musim tengkujuh. Perlulah ada simpanan makanan kerana pada musim hujan pasti sukar untuk dapatkan bekalan makanan.

Sang Rama-rama yg sombong lansung tidak mengendahkan nasihat sang semut malahan dia semakin galak mentertawakan kumpulan sang semut yg sedang gigih dan takun bekerja. Semut2 itu malas hendak melayan sang Rama-rama yg sombong. Mereka meneruskan kerja tanpa menghiraukan Sang Rama2 yg sombong itu.

Pada keesokan harinya hujan turun dengan lebat. Permaisuri sang semut dan bendaharanya duduk dihadapan pintu sarang mereka sambil berbual2. Sang permaisuri bertanya kepada bendahara sang semut. " Wahai sang bendahara cukupkah bekalan makanan yg kita kumpulkan semalam untuk semua rakyat 2 kita didalam sarang ini?". Lantas jawab bendahara sang semut " Cukup tuanku, jika hujan turun selama satu bulan pun patik rasa ianya masih cukup untuk semua rakyat 2 di dalam sarang ini." "Hmm, baguslah kalau begitu, tapi walau bagaimanapun kita perlu tambahkan lagi jumlahnya, bimbang kalau ada rakyat yg tidak dapat makanan." Balas permaisuri sang semut. " Patik bersetuju dengan tuanku, insyaallah selepas hujan berhenti nanti kita akan terus bekerja tuanku". Jawab sang bendahara mengiakan saranan sang permaisurinya. Dalam asyik mereka berbual, tiba-tiba terdengar suara meminta tolong..sayup2 kedengaran silih bertindan dengan bunyi hujan yg mencurah2. "Tolong-tolong, saya sejuk...tolong-tolong, saya lapar". Wah cukup sayu bunyi suara itu. Permaisuri semut mengarahkan bendahara dan anak2 buahnya supaya mencari dr mana datangnya suara itu.

Wah..Sungguh kasihan, sang rama-rama yg cantik hanya berlindungkan sehelai daun basah kuyup dan keletihan tidak bermaya. Bendahara sang semut cepat2 mengarahkan anak2 buahnya mengangkat rama-rama itu bawa ke sarang mereka. Sang rama-rama yang tidak bermaya sungguh terharu dengan pertolongan sang semut kepadanya, sudahlah dia diusung dengan penuh hati-hati, bimbang sungguh mereka takut merosakkan sayapnya yang cantik itu. Mulia sungguh sang semut, bukan sekadar membantu bahkan melayan sang rama-rama bagaikan sang ratu. Sang rama-rama menjadi tetamu mereka pada hari itu.

Setibanya mereka disarang semut. Permaisuri semut mengarahkan anak2 buahnya membawa makanan dan minuman kepada sang rama-rama. Mereka membuat bulatan secara beramai2 disekeliling sang rama-rama untuk memberikan haba kepada sang rama-rama yg kesejukan. Sang rama-rama berasa sungguh malu dan bersalah kerana telah mentertawakan semut2 itu sebelum ini. Permaisuri sang semut mempelawa sang rama-rama makan dan minum. Sang rama-rama yg sedang lapar terus menjamahnya langsung dia terlupa untuk berbismillah dan berdoa sebelum makan. Permaisuri sang semut cepat-cepat mengingatkan sang rama-rama untuk berbismillah dan berdoa sebelum makan. Sekali lagi sang rama-rama tersipu malu kerana kegelojohannya sebentar tadi, didalam hatinya dia cukup kagum dengan permaisuri sang semut. Walau tidak secantik dirinya tapi kerana akhlak dan sikap mulia yg ditunjukkan oleh sang permaisuri menampakkan kesempurnaan dan kewibawaannya. Sang rama-rama sungguh malu dan menyesal, lantas dia cepat2 memohon kemaafan kepada permaisuri dan semut2 yg ada disitu. Dia berjanji tidak akan menghina dan mentertawakan makhluk Allah yg lain lagi.

Selepas makan dan minum sang rama-rama meminta izin untuk tidur. Sekali lagi permaisuri mengingatkan sang rama-rama untuk membaca doa tidur. Sang rama-rama sungguh berterima kasih kepada permaisuri semut dan anak2 buahnya. Selepas membaca doa tidur sang rama-rama terus terlena keletihan. Tamat.

Masa part2 baca doa tu, ummi ajak along baca sama2 supaya dia cepat ingat. Doa makan masih lagi ingat2 lupa. Selalu aja tertukar dengan al Fatihah...huhu..

Bila sang rama-rama dah tidur along pula semakin layu..Tapi bangun jugak lagi ambik jugak sebiji buku ceritanya yg lain buat peluk tidur. Hmm.......Begitulah kisah anak ku.

ok semoga bertemu lagi esok insyaallah....Sekarang time ummi pulak nak menutup mata semoga Esok adalah esok yg lebih baik dari hari ni..dan hari ni menjd hari yg lebih baik dr semlam. Ya Allah jadikanlah siang dan malam kami ibadah, tidur dan jaga kami ibadah..ameen....

Sungguh beruntung menjadi seorang manusia yang mukmin..Segala pergerakannya hanya untuk rabbinya...

Ahad, 25 Oktober 2009

Tahniah Buat Sahabat Sayang Ayong Shahidah & Suami Ustaz Fadhil Nor untuk kehadiran Sang Puteri yg P 1

Bismillahirrahmanirrahim........

Alhamdulilah ada ruang untuk bercerita lagi...k sebelum sambung story dalam syawal, sebelum terlambat untuk kuucapkan Tahniah buat sahabat sayang Ayong Shahidah & Ustaz Fadil Nor atas kelahiran puteri sulung kalian. Semoga kehadiran si kecil menjadi penyeri dan pengukuh cinta yg sedang mekar antara kalian. Semoga Allah meredhai si kecil itu dengan iman dan taqwa, juga bakal menjadi mujahidah solehah penyejuk mata mama dan walidnya. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan kasih sayangNya untuk antuma berdua....

Ayong..Ade minta maaf banyak2 sebab masih belum diberi kesempatan untuk menziarahimu..Semoga dirimu kuat dan tabah berpantang disana. Yer Ade tahu pasti Ayong sedikit terkilan kan tanpa ziarah dan bantuan dari sahabat2 yg dekat setiap hari. Tidak seperti kami yg berpantang di Kaherah ni...Sabarlah sahabatku..Semoga Allah memberikan dirimu kekuatan untuk menghadapi hari2 dalam tempoh pantang ini bersama sikecil Mu...Sementelahan lagi kelahiran sikecil mu melalui caesarean. Bersabarlah!! pasti ada hikmah yang amat besar yg Allah sediakan untukmu dan suami. Ade pun telah melalui nya memang agak perit tp insyaallah hanya untuk seketika cuma. Insyaallah dengan kehadiran sikecil disisimu Dikau akan menjadi Ibu yg kuat untuknya.

Selamat melayari kehidupan yang baru sahabatku...Selamat menempuh alam baru bersama kedatangan orang baru...Semoga cepat sihat dan kembali pulih seperti biasa..Jaga diri, makan makanan yg berkhasiat, jauhkan segala yg boleh memudaratkan kesihatan diri. Insyaallah minggu depan rombongan kami sampai..Tunggu yer..:)

Jumaat, 23 Oktober 2009

Kembali setelah lama tidak berusik...Ya Allah segala nya MilikMu..

Alhamdulilah segala puja dan puji hanya untuk yg Esa...Alhamdulilah pada penghulu segala hari ini, jumaat yg penuh kehijauan dapat kuluahkan lagi sesuatu diruang maya ini. Alhamdulilah komputer abang sihat semula. Selepas beberapa minggu terlantar sudah bernyawa2 ikan...Hmm...Alah benda ini tidak cukup kelengkapan diri nya mana mungkin dia gagah berdegung sepanjang hari. Alhamdulilah kipas penyejuk melengkapkan fungsi tubuhnya.

Begitulah juga kita selaku manusia, kurangnya satu-satu fungsi dalam tubuh badan tidak akan memungkinkan kita untuk menempuh kehidupan harian ini dengan baik. Lantaran itu kita perlu memelihara dan menjaga sebaiknya tubuh badan anugerah Ilahi kepada kita. Jangan bermudah-mudah dengan amanah ini. Ingat kita tetap akan dipersoalkannya. Jangan mengambil mudah merosakkannya dengan benda2 yg haram. Rokok, dadah, ganja, makanan yang haram(samada dirinya( ain) atau sumbernya) juga segala benda yg akan merosakkan fungisnya.

Bagi orang-orang yang telah melaziminya, ingatlah kamu akan dipersoal dan dihukum dengan sikap entah berantah kamu itu. Berusahalah meninggalkannya, bertaubatlah untuk kembali ke jalan yang lurus, selagi masa masih ada berusahalah. Sebelum roh meninggalkan jasad dan sebelum kita pergi tak kembali.


Erm.......Banyak sungguh cerita di akhir syawal bebaru ni, macam2 cerita yg tertangguh. Rasanya best jugak kan buat sorotan cerita yg berlaku disepanjang bulan ini. Alhamdulilah yg paling best syawal kali ini poket tak kosong. Jadi dapatlah buat rumah terbuka untuk sahabat2 rapat dan anak2 terengganu yg ada kat mesir ni. Sambung mula...hihi.......abang dah balik kena sambung masak nasi ayam..hehe.sambil2 tunggu daun sup...
>>Tulis artikel penuh disini <<

Isnin, 28 September 2009

Wajah-wajah Yang Kurindukan dalam Kemeriahan Syawal........

Adik Bongsuku yg nakal nyer masa kecik...Dah besar dah kau dik!!

Anak2 Buah ku yg Ramai

Kekanda Abu Bakar dihari persandingan
KAk nor, Kak Dah n Kakak N kakcik
KAk n Abang Manan

Selamat Berhari RAYA untuk Semua
!!

BOnda Yang Amat Kurindui

Bonda Yang Amat Kurindukan...YA ALLAH telah hampir 5 tahun tidak kukucup tangan Mu Bonda............


BONDA.........Maafkan segala salah dan silap anak mu ini..Halalkan segala makan dan minum ku..segala yang telah dikau curah dan korbanakan untukku...Ya Allah Redhailah Ibuku, Maafkan segala kesilapannya..berkatilah dan rahmatilah dia sebagaimana dia telah memberikan aku belaian dan kasih sayang dikala aku dalam peliharaannya. Peliharakanlah Ibuku dari segala duka dan kesusahan..ameen ya rabbal alameen.....SELAMAT HARI RAYA MAK!!


Ahlan Wa Sahlan..Untuk Mahasiswa Junior Universiti Al-Azhar sesi 2009/10

Ahlan Wa sahlan Wa marhaban Bikum..

Dalam Kesibukan berhari raya semua nye bercerita tentang raya..Tapi kenapa lah pulak aku bersemangat nak bercerita kisah n pengalaman time mula2 sampai kat mesir ni dulu. Entahlah mungkin sebab terasa sangat dgn byk cerita dr shabt2 ttg kisah kedatangan adik2 baru ke mesir sejak dua tahun kebelakangan ni.

Yer..terlalu jauh bezanya dari suasana kami dulu. Disambut dan diurus oleh BKAN (badan kebajikan anak-anak negeri) dan USMB PMRAM. Tapi lening..sme nye diuruskan oleh pegawai2 negeri disetiap rumah negeri. Alhamdulilah senang lagi urusan BKAN dan PMRAM. Tapi musykil nye kenapa pulak adik2 tu dibawa jauh dari senior2 yg ada.

Sampai kan adik nak bertemu kakak susah, abang nak bertemu adik pun susah..Alahai..kenapa yer.......Erm..Tertanya2 kenapa lah dipisahkan sangat antara dua generasi ni. Katanya yg pergi menyambut adik2 dr trg baru ni bukan dr senior2 trg tp dr Negeri yg pelbagai. Hmm...Kenapa yer...Anggota ISMA yg sambut...Baguslah untuk saudara2 ISMA kita, tapi kenapa ISMA tidak PMRAM atau KPT???. Soalan yg masih lagi xde jawapan!!...

Terdengar juga di telinga soksek2 yg kebajikan adik2 baru diambil mudah saja. Tidak diberi layanan yg sebaiknya. Wallahualam..kenapa jadi begitu yer..kesian adik2 tu dahlah baru sampai..sedih lagi pisah ngn mak, ayah n family dikampung lebih2 lagi dalam suasana syawal yg masih segar ni.

Kalau benar ingin berbakti untuk mereka yang baru ni. Sebolehnya buatlah yang terbaik kan..Mereka masih lagi tetamu kita. Selama Seminggu dan sebulan yang pertama ni bagilah mereka layanan yang sepatutnya. "JAngan hanya melepaskan batuk ditangga". Takut dan bimbang cara dan style layanan itu nnati jadi warisan untuk generasi akan datang..Punah dan hancurlah sistem ukhuwwah Islamiyyah yg telah sama2 kita bentuk dan canai di mesir ni. Kita kan sama2 perantau..Jika ukhuwwah kita berserakan alangkah malangnya kita yang belajar Islam ni.

Semoga satu masa nanti junior2 ini akan tetap mengenali dan merasai ukhuwwah islamiyah bersama kita disini Insyaallah..Bersatu atas dasar Iman dan Islam yang sebenarnya..Ameen.......dan kita pulang bukan hanya dengan segulung besar ijazah al-Azhar tapi dengan semangat ukhuwwah islamiyyah untuk membentuk dan membina kembali daulah Islamiyyah dinegara yang tercinta kelak..Kita dibebani dengan pelbagai tanggungjawab dakwah. Semoga kita tergolong dalam jailul mansyud........MAjulah Untuk Islam!!

Ahad, 27 September 2009

Sambung Citer Dalam SeptemBer yg Ku rindukan..........

Lambang Qatar AirWays
Kapal Terbang Yang Kami Naik( kami naik tu rasa lagi kecik dari ni)

LObby....Masa kami duk kat sini leh lah tgk ramai supervisor yg berjubah n serban ala-ala saudi tu..:)

Kami dijamu omlett tajaan siapa entah kat sini..omlet n roti kosong jah..alhamdulilah boleh lah alas perut wat sarapan


Ruang legar kami juper kakak tu kat sini lah..dah berenti dah kut sekarang ni..hihi..Sempat jugak aku berbelanja kat sini beli earphone walkman..boleh lah..dapat duit DOHA ada lagi dalam simpanan ni

Aku, Ayong, Angah n Ateh sempat meronda-ronda dalam dewan niaga dalam airport DOHA tu. Comey sgt seme bende2 yg ada kat dalam tu. Masa ronda-ronda tersinggah kat kedai aksesori wanita, cam bese lah org puan ni kan pantang tgk bnd bersinar2 ni mesti nak menelek nyer. Intai2 kat cermin sembang-sembang..Tiba jer cik kakak juru jual tu sapa dari malaysia ke? Lahai..terkejut kami berempat seme mata serentak naik apa lagi kan sbb dgr lughah maliziah kat kedai org DOHA.



Haa..cik kakak tu dahlah comey manis jer org nyer.. Kami pun semangat lah menyembang dgn dia. Sembang2 katanya dia seronok sgt dpt talking with us..yerlah sbb dia pun org malaysia jugak tp keje ngn DOHA. Lama dah slps berenti dari khidmat pramugari asal org negeri sembilan tp family duk KL.

Sembang punyer sembang tiba dah kene panggil sbb dah nak berlepas. Sedih kakak tu sbb nak pisah katanya dah letih lidah speaking ngn kwn2 arab kat dalam tu. Seronok katanya tgk kwn2 sekerja bulat mata2 duk tgk kita org sembang cam tak hirau kiri kanan.
Hehe siap usik2 ngumpat2 kwn2 keje dia yang mmg tak paham pun bahasa kitaorg, time diaorg tanya kau cakap apa ni aku tak paham cakap lah bahasa inggeris ke arab ke..kakak tu kata lah xde paper ni kita org sembang pasal awak ni bagus handsome, kah3kah3..sebenarnya duk ngutuk diaorg, kuat minum syai malas keje balik awal, cam2 kakak tu kutuk..haha..Duk negara org ni itu lah yg seronok nyer kalu nak marah tu xyah sorok2 kata kat depan2 jer..nnt dia tanya kau kata apa? oh..kami kata org arab ni ahsanunnas..ha karang berlipat ganda lah senyuman nya untuk kita Hihi...

Selepas melewati penerbangan sekitar satu setengah jam dari DOHA sampailah kami di airport kaherah...Wah...Letihnya..Kene beratur lah pulak untuk isi maklumat kat imegresen. Pastu silau2 airport kaherah la pesal laah ta'ban sgt ni..sikit nampak cam stesen bas kat negara kita jer. Huhu..masuk hamam ya iedah......teruk nyer..Cam masuk tandas surau yang dah lama tak guna. Hmm..Miskin sangat suasana nyer.

Pastu keluar ke bagasi untuk tunggu beg barang. Aku, Ayong, Ateh, Angah n kwn2 lain masih tak berenggang ambik troli letak brg kumpul n tolak ramai2 sama2 lah kerje sama ikhwah n akhwat. Masa ni boleh lah jeling2 ngintai hehe sapa yang ada sapa yang takda kenallah kwn2 satu batch yang datang. Pastu keluar dah ada ramai senior2 yang tunggu yang paling best tgk muka senior2 yang satu sekolah dulu (kak Aida, kak jah, kak nazma, kak zabedah, kak yati che hat,kak Asma n ramai lagi).

Seronoknyer....Rasa cam kuat jer walau kat negara org sbb boleh bersatu dgn diaorg semula. Rasa sedih berpisah ngn keluarga tu mmg terubatlah. Sbb diaorg pun umpama kakak dan abang2 sendiri tmpat menumpang kasih dan berteduh.
Lepas jupe salam tanya khabar kami diarak ke bas..Beg kargo seme lepas kat abang2 senior..hah lenggang aje naik bas beg jangan bimbang..nanti sampai..Itu janji kakak2 pada kami...so kami dgn senang hati beratur naik tangga. Bas di asingkan satu untuk ikhwah n satu untuk Akhawat. Bas bergerak meninggalkan kawasan airport..kami dapat lihat byk lagi padang pasir yang tak berturap..di kiri dan kanan jalan jauh sangat bezanya dgn sekarang.

Hati berlagu sendu dan riang bersyukur sgt dpt berpijak di bumi anbiya'. Insyaallah kami berazam untuk meneroka segala yang ada disini. Inilah misr ummu dunya!!
Sampai di kompleks mlaysia sekitar jam tiga petang mesir. Angin sejuk menampar muka..erm jauh nyer rasa cuaca mesir n malaysia. Aku dah rasa sejuk semacam nasib baiklah angah ada carry sweter lebih. Dgn muka tak malu aku pinjam angah punyer. Sbb aku punyer seme dalam beg kargo. Itulah malas sgt nak mengelek baju tebal tu. ..hihi..padan muka aku. Tengah duk pakai sweter tu dtg lagi kakak senior...Jom adik2 naik atas g dewan.

Dalam hati camner lah rupa dewan tu nanti yer..haha...cam2 yg main kat kepala. Naik dewan dah penuh ngn org..kasut penuh kat depan pintu. Pintu setentang..Kanan akhawat kiri ikhwah. Hehe...nasib ada tukang tunjuk kalu tak mesti merah muka salah buka pintu ikhwah punyer. MAsuk jer dah kene serbu eh..dah sampai..masuk2 meh2 duduk2 makan..
Wah kami disambut oleh ramai kakak senior yang memakai reben bunga ditudung bersama gantungan kad....OH mereka rupanya Ajk USMB (Unit Sambutan Mahasiswa Baru).

WAH..Besar mata kami tgk hidangan nasik minyak tumis daging n acar timun siap. Hu apa lagi balun nasik tu habis-habisan. Sbb ramai antara kami yang tak lalu makan dgn hidangan kapal terbang. Maklumlah makanan org arab kan beza lah dengan hidangan kita. Makarona bakar..roti..kalu lidah yg tak bese mmg tak mkn lah sementelah lagi ramai jgk yg mabuk kapal terbang. Sampai ada yg sampai2 jer terus dibawa ke bilik penginpan. Nasik pun kakak senior hantar sampai ke katil. Siap tolong suapkan.........hm...Bagusnyer...Lepas mkn kami dimaklumkan waktu asar dah lama masuk jadi kami diminta cepat2 untuk solat sbb maghrib dlm kul 6.45 pm. Alhamdulilah..hilang segala keletihan bila kakak senior yang menguruskan kami seme nyer ramah dgn senyuman.

Tiada seorang yg mengangkat suara dan bermuka masam dalam melayan kerenah kami yang ramai. Tak Ingat dah bilangn seme tapi rasannya dekat2 seratus lebih jugak.
Selesai kami dimaklumkan lepas ni ada taklimat sekejap sebelum kita dihantar ke rumah penginapan. Alhamdulilah kami sabar menunggu dan dan dapat inform yang amat berguna. Yerlah kan kami budak baru mana lah tahu paper.

Masa taklimat tu kami diperkenalkan pada ADHOC yg menguruskan kami, KPT (Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu), PMRAM (Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir) . Oh tahulah kami semua yg dilakukan ini adalah semata2 kerana kebajikan. Masyaallah tiada satu sen pun duit kami keluar sepanjang berada di dewan tu. Samaada yuran makan atau tambang bas yg kami naik tadi..semenyer atas nama kebajikan...MasyaAllah...Sungguh kami tak sangka...Baiknye budi KPT dan PMRAM untuk kami.

KOrbankan masa dan tenaga untuk kami yang belum tentu mendatangkan apa2 pulangan untuk mereka. Untuk jadi ahli pun belum pasti. Tapi dek kerana layanan istimewa ini, kami pasti akan sudi untuk berkdimat untuknya semula. Itu sajalah saja sbg tanda ucapan dan balasan terima kasih dari kami. Jauh disudut hati kami berempat..satu masa nanti kami pula yang akan memakai reben bunga n kad tanda nama itu nanti untuk menyambut kehadiran junior2 yang akan datang ke mesir selepas ini.
Apa yang kami dapat dalam taklimat tu? Antaranya adalah taklimat kesihatan. Kata pemberi taklimat kesihatan...

Bila kita baru berada di negara orang kita tak boleh terus mandi dgn seronoknye..sbb perubahan cuaca itu akan menyebabkan badan kita terkesan dgn nya. Jadi x boleh lah nak bermain dgn air byk2. Sebaiknya mandi yang betul2 mandi selepas hari ketiga, tak boleh bebas keluar siang malam pagi petang..sebaiknya berada di rumah penginapan. Kalau ada keperluan pun mintak lah pada senior2 untuk belikan..Wah..byk jgk peraturan ni..mula2 dgr isy yer ke ni..hati duk bersoal jwb betul ke gitu betul ke gini. Beselah kan...tak kena tak tahu..haha mana yang langgar nasihat tu mmg boleh padah nya...ada yang demam n batuk melarat2 sampai terpaksa ke hospital..ha itulah kan dgr ckp org yg ada pengalaman ni ada byk faedahnya. Nasib lah aku ni jenis yg dgr kata.
Sambung lagi........(Sambil minum syai..abang hantar ke meja ku wah...wah...seronoknyer timer kasih sayang)

Citer seterusnya.....Selepas taklimat kami diperkenalkan pada kakak musyrifah bilik atau rumah yang bakal kami diami selama tempoh tauzik n nama mukayyat. Aku di rumah 101, ayong, 301, Ateh 302 n angah 202. Sedih gak kene pisah umah tapi seimarah jer bukan jauh. Bila tanya musyrifah knp asingkan kami. Katanya...setiap umah akan campur seme institusi yg dtg..dr KUSZA, SMAASZA atau KUDQI dan institusi yg lain. Spy kami pelajar2 baru berkenal2 sesama sendri. Xlah nnt hanya kwn ngn sekolah sndr jer. ERM..Bagusnya idea tu kan...Aku dapat duk sebilik ngn kak Huda dr KUSZA, kwn serumah yg lain kak Nina jg KUSZA, Najihah Kusza(musyrifah), Kak Fizah(musyrifah) Kak Asmawati(Musyrifah).

Rabu, 9 September 2009

Hari-Hari Akhir dibulan Ibadah..


Bismillahirrahmanirrahim.........

Alhamdulilah masih bernafas hari ini. Tiba-tiba rasa tercuit dihati banyak manakah yang berjaya ku kumpulkan untuk madrasah ramadhan kali ini. Dicelah kesibukan dalam memperkemaskan ekonomi rumah kami.

Maklumlah..kami bukan lagi pelajar dibawah tajaan yayasan hanya menumpang kasih sedikit dari Maidam..Alhamdulilah masih diberi peluang untuk merasa zakat terengganu. Walau hanya separuh sahaja huhu......xperlah......Belajar cari duit belanja sendiri sebenarnya amat berguna untuk masa depan rumahtangga. Kang balik tak terkial-kial sangat. Kalaupun terpaksa berhadapan dengan ujian kewangan jugak sedikit sebanyak pengalaman dirantau orang ni insyaallah dapat membantu nanti.

Alhamdulilah segalanya pemberian dari Allah, DIA lah pengatur yang Maha Berkuasa. Seluruhnya berada dalam cengkaman dan penglihatannya tanpa terlepas pandang walau sedikit pun. Itulah DIA rabbbul izzati yang "Mutakabbir", "Al-Azim", "Al-Jabbar ", "Al-Ghaffur", dan dengan segala kesempurnaan yang menjadi milikNya.

Dibulan yang mulia ini Alquran diturunkan. Ramai kah diantara kita yang benar-benar mengambil tahu tentang Al Quran yang diturunkan? Bukan sekadar mengingati tarikh nuzulnya sahaja, dan bukan juga hanya sekadar membacanya saja. Tadabburlah isinya, fahamilah segala peraturan hidup yang tercatat didalamnya. Jangan hanya menghafaz tanpa jiwa. Jangan dialunkan hanya dengan tarannum yang berbunga-bunga. Patuhilah perintahNya, penuhi permintaanNya, jauhi laranganNya. Benarkanlah bait-bait bicaraNya. Jangan dibaca tapi tetap mengingkari, jangan dihafaz tapi tetap melupakan suruhan dan laranganNya.

Walau apa pun baca lah Al-Quran, berusahalah untuk menjadi kan diri, suami, anak-anak dan zuriat serta keturunan yang menekuni Al-Quran, yang menghafaz, yang menghayati, yang memahami, yang insaf dan sedar dengan status kehambaan. Jadilah Jailul Quran..

Ingat lah Wahyu pertama yang diturukan pada 17 Ramadhan 13 tahun sebelum Hijrah:
"surah al-alaq -ayat 1-5"


سُوۡرَةُ العَلق
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

ٱقۡرَأۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلَّذِى خَلَقَ (١) خَلَقَ ٱلۡإِنسَـٰنَ مِنۡ عَلَقٍ (٢) ٱقۡرَأۡ وَرَبُّكَ ٱلۡأَكۡرَمُ (٣)
ٱلَّذِى عَلَّمَ بِٱلۡقَلَمِ (٤) عَلَّمَ ٱلۡإِنسَـٰنَ مَا لَمۡ يَعۡلَمۡ (٥


Terjemahan: " Bacalah..Dengan nama tuhan mu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan hanya Allah yang maha pemurah. Yang Mengajar manusia dengan perantaraan kalam (tulis dan baca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. "

waakhiran..Rasailah jiwa rasa kehambaan hanya untukNya !!



Ahad, 6 September 2009

Almond London my fov cookies

Almond london olahan resepi ku:...sedikit chubby...tapi rasanya..nyum..nyum..sungguh memuaskan hatiku..nak cuba boleh lah tempah. My phone ada prob la kalu nak tepon susah sket jadi send msg @ym @email@mai umah jer..Selamat menjamu mata!!

baru lepas masak
masuk paper cup
dah lapis coklat

tunggu kering

tara..cantik jugak yer
packing style untuk sekitar isian 50-100 biji

bekas ini pun cantik..boleh pilih mana berkenan..
lepas habis biskut boleh jadi bekas isi paper sblm masuk peti.

Biskut Raya Boleh Tempah online yer

Promosi Biskut Raya




Bismillahirrahmanirrahim........

Alhamdulilah hari ni dah separuh Ramadhan yang kita lalui..Agak lama juga tidak mengupdate blog. Sekarang ni saya tengah cuba mengadun beberapa resepi biskut untuk jualan bagi syawal yang bakal tiba. Tahun ni nak cuba lah masuk gelanggang jualan langsung n tempahan biskut raya. Alhamdulilah sempat lah create satu blog khusus untuk anak2 malaysia yang sedang merantau kat mesir ni. (http://berjayasuri.blogspot.com)

Resepi biskut search ikut tenet jugak. nak try2 sendiri takut xberapa nak menjadi campur2 lah yer. Sapa2 yang nak tempah leh cek kat blog ni . Senarai harga n style packing. Gambar biskut actually buat semata2 untuk sample..so..bahan nyer lebih2 kurang jerlah. Nak tunjuk biskut nyer cam gitulah lebih2 kurang. Tgh pening2 jugak ni decor biskut ni biar nampak creative sikit. Kalu sapa2 ada idea share lah yer...pengalaman pertama xmemenahnya lagi buat ni. Buat untuk makan sendiri jer selama ni. Biskut2 ni insyaallah semenyer guna adunan mentega asli. Tahun ni semangat lak sebab ada ini ha..Oven KF 3135.

Boleh lah menjana dapur sket. Kalau bakar biasa tu malas gak rasa. Syukran lah bebanyak pada sis Suliana n Ustaz Aziz skuarga. Pemilik asalnya.
Tukar hak milik dah pada kami pulak dgn harga yang amatlah murah sesama kuarga gaknya..just LE 50 jer. Haha baru lagi ni dua-tiga kali pakai jer ni. Hmm..rezeki2.

So saper2 yang rasa nak menempah biskut, kek, baulu ke boleh lah yer..tel jer kat pakai nombor ni ha..011-2876249/014-2876249.

Untuk tempah biskut raya jangan lupa bukak link kat atas yer Berjaya
Suri for Raihanah Cookies..sempena nama si kecil yang telah kembali ke rahmatullah. Seputar gambar biskut yang dah sempat disamplekan:



Biskut tat nenas/apricot

Biskut sarang semut

aneka samperit cookies

Biskut Bunga Daisy/Dahlia

Senarai harga Biskut ikut bil biji.

Tempahan Kuih /Biskut Raya dibuka sekarang.

Ini adalah antara kuih dan biskut raya yang Berjaya Suri tawarkan untuk tempahan:

Bil Jenis Biskut Raya 53 biji 100 biji 200 biji

1 Almond London LE 21.00 LE 40.00 LE 78.00
2 Coklat Cookies LE 21.00 LE 40.00 LE 78.00
3 Biskut Kelapa LE 15.00 LE 28.00 LE 55.00
4 Butter Cookies LE 15.00 LE 28.00 LE 55.00
5 Tat Gulung /Strawberry LE 15.00 LE 28.00 LE 55.00
6 Biskut Daisy LE 15.00 LE 28.00 LE 55.00
7 Mazolla LE 15.00 LE 28.00 LE 55.00
8 Samperit Aneka LE 15.00 LE 28.00 LE 55.00
9 Biskut Sarang Semut LE 15.00 LE 28.00 LE 55.00
10 Karipap Mini LE 15.00 LE 28.00 LE 55.00




Selasa, 1 September 2009

Salam Kemerdekaan.. 30 Ogos 2000 Perginya Perajurit Yang Ku sanjung

Assalamualaikum....
Pembuka bicara, semoga semuanya berada dalam keredhaan dan keberkatan disepanjang Ramadhan Al Mubarak ini. Salam Kemerdekaan untuk seluruh rakyat Malaysia yang tercinta. Khususnya buat warga emas yang dulu pernah melalui zaman revolusi dari cengkaman penjajah kepada detik-detik kemerdekaan.

30 Ogos 2000....

Perginya tak kembali...Detik pemergian ayahanda yang tercinta. Lahir dalam tahun 1926, sememangnya ayah yang kupanggil Bok..Pernah bergelandangan menentang dan berhadapan dengan negara yang dijajah Jepun...

Semoga ALLAH berkati ROHNYA dan digolongkan dalam golongan orang-orang yang beriman.... 

>>Tulis artikel penuh disini <<

Ahad, 23 Ogos 2009

Syukur ku Ya Allah..

Alhamdulilah..Alhamdulilah..Alhamdulilah..

Sudah masuk hari yang ketiga dalam madrasah Ramadhan kali ini. Muhasabah diri... masih terlalu sedikit yg mampu ku kumpulkan didalamnya. Terlalu sedikit lagi ibadah yg berjaya ku lakukan. Namun ku tetap bermohon kepada Mu ya Allah agar memberikan aku ruang untuk terus mengumpulkan sebanyaknya kebaikan, pemberat neraca timbangan di madrasah Ramadhan ini.

"Tuhan kurniakanlah Cintaku kepadaMu"

"Tuhan kurniakanlah Rinduku kepadaMu"

"Tapi ku tahu syukurku hanyalah milikMu 

Alhamdulilah Ramadhan kali ini amat berbeza dari tahun sebelum2 nya. Kalau sebelum ini ku sering berpuasa dgn sikecil dirahimku. Kali ini hanya sendirian cuma. Bermula dari 2005 sikecil Uwais Handzolah bertapak dirahimku, tahun selepasnya sikecil Waiz Habibullah pula. Setahun selepas itu ku keletihan kerana menyusukan kedua2 nya. Namun alhamdulilah dapat juga ku lepasi hari2 Ramadhan itu tanpa keciciran. 2008 sikecil Raihanah (allahyarhamah) berada dikandungan ku. Alhamdulilah ini lah anugerah ilahi yang Maha hebat. 

Si kecil ku Raihanah adalah bayi yang amat bertuah. Dia bidadari syurga..Dia bakal menjadi suri para solihin...Ya Allah betapa ku berbangga dengan anugerah Mu. Walau dihati tercalit rindu tak bertepi untuknya...ku bisikkan kedasar hati, dia sedang berbahagia nun jauh dari kesusahan hidup dunia. Ya, hanya itulah pengubat rindu ku padanya...SayangKu Raihanah!!

Raihanah dalam dukungan abi..Menunggu saat untuk disolatkan


Solat jenazah dalam majlis muktamar PMRAM

Ku Kandungkan Puteri Syurga.. 


Kenangan bersama puteri yang kucintai walau hanya sempat bermain  
dengannya terlalu singkat, seusia dia bertapak dirahimku sehingga hari  
kelahirannya.  


Puteri yang kunamakan Raihanah..Satu Ilham dari sebuah mimpi..Nama yang 

cukup indah dan cukup tenang untukmu sayang...Benar dikau kini menjadi  

sebahagian dari bunga syurga..Ya Allah..Walau hatiku kekadang terlalu  

merinduinya..Tapi ku akur dia milikMu..Raihanah ku bakal menjadi  

perawan syurga. Terlalu istimewa dirimu sayang diciptakan kemudian  

terpilih untuk ke Syurga. 
Alhamdulilah..Ummi bersyukur amat  

sayang..dengan anugerah Allah untukmu mana mungkin ummi mampu untuk  

menghalang ketentuanNya..
DIA telah merencanakanNya dengan begitu  
sempurna..
Hanya ummi, cuma Ummi manusia yang cukup naif dan dhoif untuk  
membaca segala perhitunganNya. 

Telah lama ingin ku luahkan luahan hati ini, tapi entah mengapa kulengah-lengahkan. Yang pasti aku terlalu takut untuk melakukannya, takut kalau-kalau ianya hanya membuatkan aku kembali berdukacita mengingatinya..tapi hari ini kuterasa kuat untuk melakukannya.  

YA Allah Jadikanlah puteri Ku Raihanah syafaat untuk kami meraih syurga Mu..YA ALLAH hadirkalah jua untuk kami pengganti puteri-puteri yang akan menyerikan lagi rumahtangga kami di dunia ini..Dan kembali bersatu di syurga mu ya Rabbi..Ku sedar Syurga Mu terlalu mahal untuk kami perolehi dengan amalan yg kami..Kami mohon keredhaan Mu semata Ya Allah kerana tiada lagi pembantu yg sebenar2 pembantu hanya zat Mu yang Maha Agung Ya Rabbal Alameen..Ighfir Zunubana Ya Allah..Irhamna Ya Allah..


Rabu, 19 Ogos 2009

Hari yang tak Bertuah..


Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulilah diberi sedikit ruang mengupdate blog yg kusayang ini..Hari ini aku n abang ke abbas aqqad untuk dapatkan cop visa passport.Bertolak dari rumah sekitar jam 8 pagi. Mintak tolong ngn acik Mizah n Acik Asiah tengokkan along n habib. Malam tadi lepas balik dari asrama lambat pulak along n habib tidur. Puas memujuk macam2 alasannya nak kek lah, nak itu n ini...akhirnya pukul 2.00 pagi baru lah terlena dua2nya. So, ummi pun bangunlah ngn abi prepare breakfast untuk tinggal esoknyer(hari nilah). Alhamdulilah sempatlah buat nasi beriani n ayam masak kurma n sebiji kek. Sebab tdi dah janji ngn along nak buat kek. Siaplah sebiji kek yyg comel..hehe..snap pic kek dah separuh makan dah..Habib dah korek seme decor yg ada kat atas kek ni..huhu..

Lepas subuh baru tidur sampai kul 8 acik2 dtg..so kami siap2 turun ngn konfidennya dpt cop tu ari ni. Samapai jawazat alohai ramai nyer org. Ada dua akhawat student melayu so tanyalah..cmn-cmn..dia ckp dia dah tulis nama..oo..mcm sblm nilah tulis nama ngn ammu yg uruskan visa2 org2 asing n. Ammu ni ya Allah tua dah sesgtnya tgn pun dah terketar buat kerje. Kesian pun ada geram pun ada. Kat negara kita mmg dah pencen pakcik tu..tp dah bumi ardulkinanah ini tiada usia pencen agaknya bekerja sehingga ke akhir usia..huhu.

Tgh sembang2 pakcik tu kuar cam besalah..pekik2 nama org yg dah siap. Abang cepat2 jer g kat pakcik tu..nak tulis nama kat kertas yg ada kat tgn dia. Heh..dapat lah jwpn yg mmg kami taknak..katanya dah ada 70 org dah stop dah ambik nama. Maknanya kau dtg besoklah yer..ari ni aku cuma nak selesaikan 70 org ni jer..tp tunggu jgk sikit2 agi kut2 lah ada peluang..pakcik tu kuar skali agi pergi lagi dpt jwpn yg sama..Erm..apalagi kami pun kebas2 baju..jom..balik awal lah nampaknya..aduhai...tak bertuahnya hari ini.

Sambil2 jln tu sambil kutuk gak lah sistem tua yg ada kat mesir ni..bila lah agaknya nak maju. Seramai yg kerjekat jawazat ni sorang ajer office boy yg lain office tuk n nenek..yah..eh dah..hatta imta zai kidda..
ok..lah..
Nak Share resepi kek lah..ambik kat laman omputeh unyer resepi 

Resepi Kek Mentega Mudah

Ingredients and cake tin sizes:
Round tin sizes 8 inches 
Square tin sizes 7 inches 
Butter= 150 gm
Tepung =170 gm
Gula =150gm
secubit garam 
Vanilla essence = 1 1/2 tsp
susu 2 sudu besar
Baking powder = 1/2 tsp
Telur = 4 biji



Method: Cara Buat..terjemah sendiri eh..

Preheat oven to 170 degrees Celsius.

Beat butter and sugar till soft and creamy. Add eggs, one at a time, beating well after each addition. Add salt.

In a separate bowl, sift flour, baking powder and salt 3 times. Fold in the sifted ingredients into the creamed mixture alternately with milk, starting and ending with flour.

Finally add in vanilla essence and combine well. Pour batter into a greased and floured cake tin and bake for 35 to 40 minutes until a skewer inserted in the centre of the cake comes out clean.

Remove cake from oven and let it cool completely before decorating it. 

untuk topping lak..Just guna mentega campur gula aising campur creamer. Mix well..Sampai tul2 kembang tambah susu satu sudu besar. Mentega sekitar 150 gm gak. Gula 75 gram.. 3 sudu creamer, satu sudu susu cair(bukhairo). Kalau xder icing sugar ambik gula kastor tu blend halus..Insyaallah jadi gak.
Selamat try kepada yg rajin nak try..hehe