Alhamdulilah diberi ruang untuk berceloteh lagi, baru saja lepas tidur si kecil ku Along Uwais Handzolah yang Alhamdulilah telah mencecah usia tiga tahun setengah. Alhamdulilah di usia ini Along telah banyak belajar..Bila bersama si Habib dia akan memakai watak ku atau watak Abinya. Kadang aku dan abang tergelak besar dengan ragam dan gayanya, terima kasih tuhanku diatas anugerah yg amat berharga ini.
Tiada yg lebih bermakna untukku dan abang melainkan melihat senyuman, hilai tawa, tangisan manja along n habib. Malam ni ummi menjadi pilihan Along untuk menjadi peneman tidurnya..Sudah banyak hari along tidur bertemankan abi. Dan kekadang bila ditanya nak tidur dengan siapa jawabnya " nak tidur ummi abi". Hmm...kenalah bersesak dikatil kecilnya. Itupun kalau sikecil Habib dah lena dulu kalau tak jadilah adegan kau panjat aku, aku panjat kau, kau tendang aku, aku tendang kau..huhu..Jadilah waktu tidur yg berganjak dr satu jam ke jam yg lain kalau dibiarkan mereka berdua bergelandangan disitu..
Seperti biasa sebelum tidur kami lazimi along dengan cerita dan bacaan al-quran. Alhamdulilah sekarang along dah boleh membaca fatihah dengan style bacaan kanak2 seusianya. Juga tiga kul yg sudah menjadi hafalannya seusia dr dalam kandunganku...Hmm, sekarang ni kalau nak tidur aku bacakan hampir semua surah2 dr surah AdDhuha sehinggalah ke surah Annas sampailah dia terlena.
Malam ni ku pilih kisah Firasyat(Rama2) dan sang semut untuk Along. Kebetulannya buku ceritanya dah rosak jd kenalah ku ceritakan dengan intonasi yg pelbagai agak cerita nampak menarik tanpa gambar. Mujurlah ada pengalaman bercerita masa kecik2 dulu. Hiihi..untung jgk yer masuk tadika masa kecik2 dulu leh lah share ngn along skrg ni. Haa..nak citer lah kisah ni kat sini..
Kisah Sang Rama-rama yg cantik tp sombong dan malas bekerja..Pada suatu hari dibawah pancaran sinar matahari seekor rama2 yg cantik mengibas2kan dua kepaknya yg cantik, sambil itu dia sibuk mentertawakan sang semut yg berderet2 bekerja bersungguh2 mengusung seketul gula...Wah sungguh kurang sopan sang rama2 ni. Dia menegur sang semut untuk apalah bekerja bersungguh2 tgk saja dia tak perlu bersusah payah kesana kemari mencari makanan, bebas terbang kesana dan kemari kalau lapar singgah dimana2 pokok dia boleh menghisap madu. Sang semut menggelengkan kepalanya, lantas sang semut mengingatkan sang rama2 bahawa dua tiga hari ini hujan lebat mungkin akan turun kerana sudah masuk musim tengkujuh. Perlulah ada simpanan makanan kerana pada musim hujan pasti sukar untuk dapatkan bekalan makanan.
Sang Rama-rama yg sombong lansung tidak mengendahkan nasihat sang semut malahan dia semakin galak mentertawakan kumpulan sang semut yg sedang gigih dan takun bekerja. Semut2 itu malas hendak melayan sang Rama-rama yg sombong. Mereka meneruskan kerja tanpa menghiraukan Sang Rama2 yg sombong itu.
Pada keesokan harinya hujan turun dengan lebat. Permaisuri sang semut dan bendaharanya duduk dihadapan pintu sarang mereka sambil berbual2. Sang permaisuri bertanya kepada bendahara sang semut. " Wahai sang bendahara cukupkah bekalan makanan yg kita kumpulkan semalam untuk semua rakyat 2 kita didalam sarang ini?". Lantas jawab bendahara sang semut " Cukup tuanku, jika hujan turun selama satu bulan pun patik rasa ianya masih cukup untuk semua rakyat 2 di dalam sarang ini." "Hmm, baguslah kalau begitu, tapi walau bagaimanapun kita perlu tambahkan lagi jumlahnya, bimbang kalau ada rakyat yg tidak dapat makanan." Balas permaisuri sang semut. " Patik bersetuju dengan tuanku, insyaallah selepas hujan berhenti nanti kita akan terus bekerja tuanku". Jawab sang bendahara mengiakan saranan sang permaisurinya. Dalam asyik mereka berbual, tiba-tiba terdengar suara meminta tolong..sayup2 kedengaran silih bertindan dengan bunyi hujan yg mencurah2. "Tolong-tolong, saya sejuk...tolong-tolong, saya lapar". Wah cukup sayu bunyi suara itu. Permaisuri semut mengarahkan bendahara dan anak2 buahnya supaya mencari dr mana datangnya suara itu.
Wah..Sungguh kasihan, sang rama-rama yg cantik hanya berlindungkan sehelai daun basah kuyup dan keletihan tidak bermaya. Bendahara sang semut cepat2 mengarahkan anak2 buahnya mengangkat rama-rama itu bawa ke sarang mereka. Sang rama-rama yang tidak bermaya sungguh terharu dengan pertolongan sang semut kepadanya, sudahlah dia diusung dengan penuh hati-hati, bimbang sungguh mereka takut merosakkan sayapnya yang cantik itu. Mulia sungguh sang semut, bukan sekadar membantu bahkan melayan sang rama-rama bagaikan sang ratu. Sang rama-rama menjadi tetamu mereka pada hari itu.
Setibanya mereka disarang semut. Permaisuri semut mengarahkan anak2 buahnya membawa makanan dan minuman kepada sang rama-rama. Mereka membuat bulatan secara beramai2 disekeliling sang rama-rama untuk memberikan haba kepada sang rama-rama yg kesejukan. Sang rama-rama berasa sungguh malu dan bersalah kerana telah mentertawakan semut2 itu sebelum ini. Permaisuri sang semut mempelawa sang rama-rama makan dan minum. Sang rama-rama yg sedang lapar terus menjamahnya langsung dia terlupa untuk berbismillah dan berdoa sebelum makan. Permaisuri sang semut cepat-cepat mengingatkan sang rama-rama untuk berbismillah dan berdoa sebelum makan. Sekali lagi sang rama-rama tersipu malu kerana kegelojohannya sebentar tadi, didalam hatinya dia cukup kagum dengan permaisuri sang semut. Walau tidak secantik dirinya tapi kerana akhlak dan sikap mulia yg ditunjukkan oleh sang permaisuri menampakkan kesempurnaan dan kewibawaannya. Sang rama-rama sungguh malu dan menyesal, lantas dia cepat2 memohon kemaafan kepada permaisuri dan semut2 yg ada disitu. Dia berjanji tidak akan menghina dan mentertawakan makhluk Allah yg lain lagi.
Selepas makan dan minum sang rama-rama meminta izin untuk tidur. Sekali lagi permaisuri mengingatkan sang rama-rama untuk membaca doa tidur. Sang rama-rama sungguh berterima kasih kepada permaisuri semut dan anak2 buahnya. Selepas membaca doa tidur sang rama-rama terus terlena keletihan. Tamat.
Masa part2 baca doa tu, ummi ajak along baca sama2 supaya dia cepat ingat. Doa makan masih lagi ingat2 lupa. Selalu aja tertukar dengan al Fatihah...huhu..
Bila sang rama-rama dah tidur along pula semakin layu..Tapi bangun jugak lagi ambik jugak sebiji buku ceritanya yg lain buat peluk tidur. Hmm.......Begitulah kisah anak ku.
ok semoga bertemu lagi esok insyaallah....Sekarang time ummi pulak nak menutup mata semoga Esok adalah esok yg lebih baik dari hari ni..dan hari ni menjd hari yg lebih baik dr semlam. Ya Allah jadikanlah siang dan malam kami ibadah, tidur dan jaga kami ibadah..ameen....
Sungguh beruntung menjadi seorang manusia yang mukmin..Segala pergerakannya hanya untuk rabbinya...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih untuk komentar anda, saya amat menghargainya.