Bismillahirrahmanirrahim...........
Dalam sunyi pagi mengintai sinar mentari yang kian memancar memberikan cahaya dan habanya untuk bumi ciptaan Allah ini...Ku mengambil sedikit ruang untuk membawa kita bersama2 mencari dan meniliti apakah yang ada dalam bait2 tinta rabbi yang kekal dan utuh sepanjang zaman..Tidak pernah berubah satu alif pun dari hari penurunannya hingga ke hari ini dan sampai bila2 pun sehingga dia juga kembali kepada pemilik-Nya dan bakal menjadi peneman yang paling setia untuk kita disaat bersendirian di alam barzakh dan di akhirat sana. Jangan lah kita lalai dan lupa untuk membacanya, mentadabbur isinya, mentelaah hukum dan peraturan yang ada didalamnya.
Al-Quran diturunkan sebagai cahaya yg menerangi kegelapan hati dan jiwa juga sebagai dustur untuk manusia melalui kehidupan dunia yang fana ini. Bacalah Al-Quran kerana dia bakal menjadi satu peneman yang indah buat kita dunia dan akhirat. Selain harta yg bermanfaat, amal soleh, zuriat yang soleh, Al-Quran juga peneman yang cukup indah disana nanti..Bacalah !!! Dengan nama tuhanMu yang Maha menciptakan!!..
Surah AlHajj dan Rahsia isi kandungannya;
Satu Surah yang bercampur statusnya ada ulama mentafsirkan AlHajj adalah surah madaniyyah dan ada yang menyebut AlHajj sebagai surah Makiyyah. Kenapa bercampur? Menurut AlGhaznawi, surah ini termasuk surah yang ajaib yang mana penurunan ayat-ayatnya ada disiang hari dan ada dimalam hari. Sebahagian ayatnya yang lain diturunkan ketika Rasulullah saw dalam keadaan musafir dan sebahagiannya dimasa tidak musafir.
Kenapa Dinamakan dengan Al-Hajj?
Dinamakan al-Hajj kerana didalamnya ada banyak cerita tentang ibadah haji seperti tawaf, ihram, sa'i, wuquf di arafah, bercukur (bertahallul), diceritakan juga bermulanya pensyariatan haji bermula dari nabi Ibrahim alaihissalam dan anaknya Ismail Alaihissalam. Didalam surah ini juga banyak menyebut tentang kaedah-kaedah haji, faedah-faedah haji, syiar-syiar Allah, dan hikmah pensyariatannya.
Kedudukan Surah Al-hajj mengikut bilangan surah dalam Al-quran.
Surah Al-HAjj merupakan Surah Yang ke-22.Termasuk dalam juzuk yg ke-17.
Jumlah Ayat dalam surah Al-Hajj
Surah Al-Hajj ada 78 ayat semuanya. Sebahagiannya ayat-ayat makiyyah (sebelum hijrah) dan sebahagiannya ayat-ayat madaniyyah (diturunkan selepas hijrah). Sebahagian ayatnya diturunkan ketika Rasulullah dalam keadaan bermusafir, dan sebahagiannya pula ketika baginda bermastautin.
Isi Pokok dalam Surah Al-Hajj
1; Keimanan
Keimanan tentang hari kebangkitan dan huru-hara yang akan berlaku pada hari kiamat. Keimanan dengan adanya susunan yang lengkap pada alam semesta sebagai bukti kewujudan Allah azzawajalla.
2; Hukum-hakam
Kewajipan menunaikan ibadah haji khusus kepada muslimin. Bermulanya pensyariatan haji dari zaman Nabi Ibrahim alaihissalam sehingga ke akhir zaman. Hukum berkata dusta. Larangan menyembah berhala. Binatang-binatang yang halal dimakan. Hukum menghalang orang berada diatas jalan Allah dan masjidil Haram. Keizinan berperang untuk mempertahankan diri dan agama. Hukum-hukum berkenaan dengan perlaksaan ibadah Haji.
3; Lain-lain
Membantah kebenaran Islam tanpa pengetahuan adalah perbuatan yang tercela. Tanda-tanda takwa yang sampai ke hati. Tiap-tiap agama yang dibawa oleh semua rasul-rasul yang diutuskan oleh Allah ada syariat tertentu dan cara melakukannya. Pahala orang yang mati dalam berhijrah kerana Allah. Sikap orang-orang kafir bila mendengar ayat-ayat Allah. Anjuran berjihad dengan bersungguh-sungguh. Celaan Islam terhadap orang-orang yang tidak tetap pendiriannya dan selalu mencari keuntungan untuk diri sendiri.
Perkaitan antara surah Al-Hajj dengan surah selepasnya Al-Mu'minun.
1.Surah Al-Hajj menyuruh orang mukmin mendirikan solat, tunaikan zakat, banyak membuat kebaikan untuk beroleh keuntungan diakhirat.Diawal surah Al-Mu'minun menegaskan bahawa orang-orang mukmin bila mereka mengerjakan apa yang diperintah dan menjauhi apa yg dilarang Allah pasti mendapat keuntungan didunia dan diakhirat.
2. Kedua-dua surah mengemukakan tentang penciptaan manusia, perkembangan kejadian dan kehidupan dan menjadikan hal demikian sebagai bukti adanya hari kebangkitan.
3. Surah Al-Hajj dan Surah Al-Mu'minun kedua-duanya menghina dan mencela ummat-ummat yang terdahulu kerana tidak mengindahkan seruan para nabi yang diutuskan kepada mereka. Perihal ini disebut sebagai satu pengiktibaran untuk ummat-ummat selepas dari mereka.
4. Kedua-dua surah mengemukakan bukti-bukti kewujudan Allah azzawajalla dan keesaanNya(Allah tuhan yang satu tiada duanya).
wallahualam.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih untuk komentar anda, saya amat menghargainya.