Rabu, 16 Disember 2009

Cerita Pagi INi...







Bukanlah banyak ilmu itu dengan banyak menukilkan kalam gurunya tetapi banyak ilmu itu berdasarkan banyakknya perpindahan akhlak dan adab gurunya kepadanya (BARAKAH)..syeikh yusuf al-bakhur alhasani..

Bismillah..Hening dan damai nya pagi di musim sejuk ni. Pagi Khamis, baru pukul 7.34 pagi. Sejuk mencengkam ke sum-sum tulang. Hari sekolah masih dibuka. Tapi hari ni xde kelas untuk pelajar tahun 4 usuluddin hadith. Hanya satu kelas yang berbaki, tafsir tahlilli. Doktorah katanya ke Mekah menunaikan ibadah HAji. Satu kitab dah pun selesai, baki cuma helaian nota nipis bicara tentang arahan "BerSyura", dari Allah untuk ummat Muhammad Sallahualaihiwasallam. Satu kitab ya Allah langsung tidak sempat ku temui doktorahnya. Cepat sgt doktor habiskan kitab tu, berkejar masa untuk dia ke tanah suci. Semoga mendapat haji yang mabrur doktor.


Sistem pengajian Al-Azhar adalah sistem paling mudah seantero dunia. Kenapa MUDAH? Al-Azhar mengamalkan sistem tidak wajib ke kuliah. Dan langsung tidak ada anasir-anasir luar kuliah sebagai bantuan alat mengajar dan bantuan markah tambahan untuk para pelajarnya. Kelulusan kita 100% bergantung kepada kitab dan nota yang dibekalkan oleh para doktorah. Nasib kita dalam imtihan bergantung bagaimana kita mentelaah kitab yang diberikan. Tidak ada pointer lebihan kalau kita rajin ke kuliah atau rajin membuat research..Inilah ketulusan ilmu dibumi Al-Azhar mungkin. Siapa ingin faqeh berusahalah sendiri. Kalau malas anda mungkin merangkul Jayyid atau maqbul tapi ilmu anda hanya setakat dalam kitab kuliah.


Ada sahabat yg langsung tidak pernah ke kuliah, ke kuliah hanya untuk melangsaikan urusan pembelian kitab dan membayar rusum(pendaftaran tahunan) semata. Tapi keputusan imtihannya cukup membanggakan JAYYID dirangkul dibawa pulang. Alhamdulilah..sudah rezeki mereka.. Tapi bagaimana mereka berjaya? Jawabnya hanya dengan menggunakan teknik dan cara mentelaah kitab yang betul. Tapi ini hanya untuk minoriti pelajar sahaja. Ramai yang ke kuliah, tidak miss muhadarah. Tapi masih gagal dan terpaksa mengulang tahun. Dan sebahagian lagi cukup rajin mentelaah kitab, menghadiri muhadarah dan kelas-kelas tuisyen luar, juga dapat merangkul JAYYID atau paling kurang manqulain (bawa dua madah) atau mengulang satu tahun sepanjang tempoh pengajian. Boleh dikatakan...DAlam satu tahun pengajian jika ada lebih 20 orang pelajar dari malaysia yang berjaya lulus tanpa perlu mengulang tahun hanya 2-5 orang. Ini purata seluruh malaysia bukan satu negeri. INi khusus untuk pelajar perempuan sahaja.


Apa pun saya melihat perkembangan ini dari dua sudut. Positif dan negatif. Bagi yang telah, pernah dan sedang melalui proses i'adah. Mengulang tahun pengajian. Cuba buat beberapa kajian peribadi, kenapa saya masih belum lulus madah-madah ini. Saya dah rajin ke kuliah..saya cukup suka mentelaah kitab-kitab rujukan yang tersusun dirak dirumah..Tapi saya masih tidak berjaya!!.


saya mahu membawa sahabat kepada fokus kecemerlangan. Saya mahu kita ubah gaya dan cara kita untuk berjaya.

Cara yang paling berkesan :

  • * wajibkan diri ke kuliah. Tanda point-point penting yang dibacakan oleh doktorah didalam muhadarah. Jika tertinggal dan tidak sempat rujuk sahabat sekuliah tempatan (orang mesir lah).
  • * Jangan terlalu tergesa-gesa pulang setiap kali habis muhadarah. Duduk dan berbincanglah seketika dengan sahabat-sahabat satu kelas, tanyakan mana yang tidak jelas pada sahabat. Khususan berbincang dengan banat misr dan teman semelayu. Saya akui kita yang dari malaysia amat ketinggalan berbanding sahabat-sahabat dari pesantren indonesia dan sahabat-sahabat dari singapura. Ini kerana penguasaan bahasa arab mereka yang mantap.
  • * Kita sudah ada asas dari alam menengah dulu. Khusus untuk anak-anak terengganu, kita ada ramai guru-guru yang mengajar diimport khas dari mesir. Bezanya ustaz-ustaz arab bercakap menggunakan bahasa yang jelas. Menerang berkali-kali, menunggu untuk kita faham. Tapi disini tidak lagi.
  • * Pulang ke rumah atau asrama, elakkan dari membazir masa dengan sia-sia. Buat jadual untuk mentelaah kitab. Selalunya masa yang kita ada hanya sebulan penuh untuk mentelaah kitab. Manfaatkan masa ini.
  • * Buat susunan aulawiyat kitab yang mana yang paling payah rasanya untuk difahami. Letak dia pada pertengahan masa. Ambil kitab yang paling mudah seharusnya habiskan kitab mudah itu dalam satu hari saja.
  • * Bagaimana mentelaah kitab satu hari? BUka fihris dibelakang..Ambil pen dan buku nota. Lakarkan nota yang paling ringkas dari fihris ini. Kalau mampu buat peta minda atau rajah-rajah penting. Ini penting untuk anda mengetahui isi dalam kitab. Sebenarnya point penting untuk masa mentelaah sebelum imtihan hanya ada pada fihris kitab.
  • Kitab tiada fihris. Ada kitab yang dikarang tanpa catitan muka surat. Buat Fihris sendiri. Pergi kepada setiap bab dalam kitab. Buat catitan fihris, dan tajuk-tajuk kecil yg biasanya diboldkan oleh pengarang kitab.
  • Siap satu kitab. Berkenalan pula dengan kitab lain. Sehingga semua kitab telah kita kenali. Ini penting!! untuk mengelakkan kita terkandas lagi. Terutamanya apabila kita terlalu buat penekanan pada satu kitab yang kita rasa payah sahaja. Akhirnya kita lulus madah yang payah kita gagal pada madah yang mudah. Ruginya kan..
  • Tampal nota itu dihadapan meja study, atas kepala katil. Fihris membantu kita untuk mengenali dan memahami bagaimana dan apa yang ada pada kitab tersebut. Syeikh Tarmizi Taha pernah menyebut bahawa, untuk anda jadi seorang yang alim tentang semua kitab dalam semua bab bacalah fihris kitab terlebih dahulu. Paling tidak pun jika anda tidak sempat membacanya anda tahu apa yang ada dalam kitab itu.
  • Elakkan tekanan semasa mentelaah kitab. Kalau rasa tidak faham pada pembacaan pertama ulang lagi sehingga berkali-kali, insyaallah kita akan dapat memahaminya.Buat ulangan pembacaan.
  • * Cuba letakkan dalam diri bahawa saya boleh faham dan saya boleh ingat!!
  • * Detik yang paling penting adalah sehari sebelum masuk imtihan. Hari ini susunlah segala maklumat yang ada. Arrange it in your mind!! INi penting, kerana bimbang kita akan bercelaru dalam dewan imtihan yang selalunya gamat dengan suara penjaga imtihan. Macam pasar dewan imtihan kita kadang-kadang.
  • * Banyakkanlah berdoa dan bertawakkal, jangan terlalu takut untuk gagal dan jangan terlalu yakin "overconfident". Yang paling utama adalah usaha dan tawakkal.
  • * Teruskan berusaha!! masih ada banyak masa untuk kita mentelaah. Jangan sesekali merasakan tidak cukup masa sehingga menyebabkan kita jadi buntu pada waktu-waktu yang luas untuk kita ulangkaji. Insyaallah kita boleh berjaya.

SELAMAT BERMUTALAAH KITAB..SEMOGA KEJAYAAN AKAN DIREDHAI UNTUK KITA SEIRING DENGAN NADA USAHA DAN TAWAKKAL KITA PADA YANG MAHA ESA.

والله سبحانه نسأل , وهو الموفق والهادى الى سواء السبيل.... بااتوفيق والنجاح.. انشاألله


2 ulasan:

  1. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    pengkhususan Syarikat.
    1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
    2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.

    BalasPadam

Terima kasih untuk komentar anda, saya amat menghargainya.

Taman Tasik KualaNerus..

Masjid Taman Tasik Kuala Nerus view dari jambatan turun tepi tasik Cantik Pandangan Atas masjid..Dah macam Biskut nampaknya..