Ahad, 23 Ogos 2009

Syukur ku Ya Allah..

Alhamdulilah..Alhamdulilah..Alhamdulilah..

Sudah masuk hari yang ketiga dalam madrasah Ramadhan kali ini. Muhasabah diri... masih terlalu sedikit yg mampu ku kumpulkan didalamnya. Terlalu sedikit lagi ibadah yg berjaya ku lakukan. Namun ku tetap bermohon kepada Mu ya Allah agar memberikan aku ruang untuk terus mengumpulkan sebanyaknya kebaikan, pemberat neraca timbangan di madrasah Ramadhan ini.

"Tuhan kurniakanlah Cintaku kepadaMu"

"Tuhan kurniakanlah Rinduku kepadaMu"

"Tapi ku tahu syukurku hanyalah milikMu 

Alhamdulilah Ramadhan kali ini amat berbeza dari tahun sebelum2 nya. Kalau sebelum ini ku sering berpuasa dgn sikecil dirahimku. Kali ini hanya sendirian cuma. Bermula dari 2005 sikecil Uwais Handzolah bertapak dirahimku, tahun selepasnya sikecil Waiz Habibullah pula. Setahun selepas itu ku keletihan kerana menyusukan kedua2 nya. Namun alhamdulilah dapat juga ku lepasi hari2 Ramadhan itu tanpa keciciran. 2008 sikecil Raihanah (allahyarhamah) berada dikandungan ku. Alhamdulilah ini lah anugerah ilahi yang Maha hebat. 

Si kecil ku Raihanah adalah bayi yang amat bertuah. Dia bidadari syurga..Dia bakal menjadi suri para solihin...Ya Allah betapa ku berbangga dengan anugerah Mu. Walau dihati tercalit rindu tak bertepi untuknya...ku bisikkan kedasar hati, dia sedang berbahagia nun jauh dari kesusahan hidup dunia. Ya, hanya itulah pengubat rindu ku padanya...SayangKu Raihanah!!

Raihanah dalam dukungan abi..Menunggu saat untuk disolatkan


Solat jenazah dalam majlis muktamar PMRAM

Ku Kandungkan Puteri Syurga.. 


Kenangan bersama puteri yang kucintai walau hanya sempat bermain  
dengannya terlalu singkat, seusia dia bertapak dirahimku sehingga hari  
kelahirannya.  


Puteri yang kunamakan Raihanah..Satu Ilham dari sebuah mimpi..Nama yang 

cukup indah dan cukup tenang untukmu sayang...Benar dikau kini menjadi  

sebahagian dari bunga syurga..Ya Allah..Walau hatiku kekadang terlalu  

merinduinya..Tapi ku akur dia milikMu..Raihanah ku bakal menjadi  

perawan syurga. Terlalu istimewa dirimu sayang diciptakan kemudian  

terpilih untuk ke Syurga. 
Alhamdulilah..Ummi bersyukur amat  

sayang..dengan anugerah Allah untukmu mana mungkin ummi mampu untuk  

menghalang ketentuanNya..
DIA telah merencanakanNya dengan begitu  
sempurna..
Hanya ummi, cuma Ummi manusia yang cukup naif dan dhoif untuk  
membaca segala perhitunganNya. 

Telah lama ingin ku luahkan luahan hati ini, tapi entah mengapa kulengah-lengahkan. Yang pasti aku terlalu takut untuk melakukannya, takut kalau-kalau ianya hanya membuatkan aku kembali berdukacita mengingatinya..tapi hari ini kuterasa kuat untuk melakukannya.  

YA Allah Jadikanlah puteri Ku Raihanah syafaat untuk kami meraih syurga Mu..YA ALLAH hadirkalah jua untuk kami pengganti puteri-puteri yang akan menyerikan lagi rumahtangga kami di dunia ini..Dan kembali bersatu di syurga mu ya Rabbi..Ku sedar Syurga Mu terlalu mahal untuk kami perolehi dengan amalan yg kami..Kami mohon keredhaan Mu semata Ya Allah kerana tiada lagi pembantu yg sebenar2 pembantu hanya zat Mu yang Maha Agung Ya Rabbal Alameen..Ighfir Zunubana Ya Allah..Irhamna Ya Allah..


1 ulasan:

  1. Salam Kak Umy.. mnta maaf mai xtau..sgt bangga dgn kak umy.. yer, Allah maha besar. dialah bidadari syurga. bakal pemberi syafaat pada kedua ibubapanya kelak insyaallah.stay strong. :)

    BalasPadam

Terima kasih untuk komentar anda, saya amat menghargainya.

Taman Tasik KualaNerus..

Masjid Taman Tasik Kuala Nerus view dari jambatan turun tepi tasik Cantik Pandangan Atas masjid..Dah macam Biskut nampaknya..