Ahad, 27 September 2009

Sambung Citer Dalam SeptemBer yg Ku rindukan..........

Lambang Qatar AirWays
Kapal Terbang Yang Kami Naik( kami naik tu rasa lagi kecik dari ni)

LObby....Masa kami duk kat sini leh lah tgk ramai supervisor yg berjubah n serban ala-ala saudi tu..:)

Kami dijamu omlett tajaan siapa entah kat sini..omlet n roti kosong jah..alhamdulilah boleh lah alas perut wat sarapan


Ruang legar kami juper kakak tu kat sini lah..dah berenti dah kut sekarang ni..hihi..Sempat jugak aku berbelanja kat sini beli earphone walkman..boleh lah..dapat duit DOHA ada lagi dalam simpanan ni

Aku, Ayong, Angah n Ateh sempat meronda-ronda dalam dewan niaga dalam airport DOHA tu. Comey sgt seme bende2 yg ada kat dalam tu. Masa ronda-ronda tersinggah kat kedai aksesori wanita, cam bese lah org puan ni kan pantang tgk bnd bersinar2 ni mesti nak menelek nyer. Intai2 kat cermin sembang-sembang..Tiba jer cik kakak juru jual tu sapa dari malaysia ke? Lahai..terkejut kami berempat seme mata serentak naik apa lagi kan sbb dgr lughah maliziah kat kedai org DOHA.



Haa..cik kakak tu dahlah comey manis jer org nyer.. Kami pun semangat lah menyembang dgn dia. Sembang2 katanya dia seronok sgt dpt talking with us..yerlah sbb dia pun org malaysia jugak tp keje ngn DOHA. Lama dah slps berenti dari khidmat pramugari asal org negeri sembilan tp family duk KL.

Sembang punyer sembang tiba dah kene panggil sbb dah nak berlepas. Sedih kakak tu sbb nak pisah katanya dah letih lidah speaking ngn kwn2 arab kat dalam tu. Seronok katanya tgk kwn2 sekerja bulat mata2 duk tgk kita org sembang cam tak hirau kiri kanan.
Hehe siap usik2 ngumpat2 kwn2 keje dia yang mmg tak paham pun bahasa kitaorg, time diaorg tanya kau cakap apa ni aku tak paham cakap lah bahasa inggeris ke arab ke..kakak tu kata lah xde paper ni kita org sembang pasal awak ni bagus handsome, kah3kah3..sebenarnya duk ngutuk diaorg, kuat minum syai malas keje balik awal, cam2 kakak tu kutuk..haha..Duk negara org ni itu lah yg seronok nyer kalu nak marah tu xyah sorok2 kata kat depan2 jer..nnt dia tanya kau kata apa? oh..kami kata org arab ni ahsanunnas..ha karang berlipat ganda lah senyuman nya untuk kita Hihi...

Selepas melewati penerbangan sekitar satu setengah jam dari DOHA sampailah kami di airport kaherah...Wah...Letihnya..Kene beratur lah pulak untuk isi maklumat kat imegresen. Pastu silau2 airport kaherah la pesal laah ta'ban sgt ni..sikit nampak cam stesen bas kat negara kita jer. Huhu..masuk hamam ya iedah......teruk nyer..Cam masuk tandas surau yang dah lama tak guna. Hmm..Miskin sangat suasana nyer.

Pastu keluar ke bagasi untuk tunggu beg barang. Aku, Ayong, Ateh, Angah n kwn2 lain masih tak berenggang ambik troli letak brg kumpul n tolak ramai2 sama2 lah kerje sama ikhwah n akhwat. Masa ni boleh lah jeling2 ngintai hehe sapa yang ada sapa yang takda kenallah kwn2 satu batch yang datang. Pastu keluar dah ada ramai senior2 yang tunggu yang paling best tgk muka senior2 yang satu sekolah dulu (kak Aida, kak jah, kak nazma, kak zabedah, kak yati che hat,kak Asma n ramai lagi).

Seronoknyer....Rasa cam kuat jer walau kat negara org sbb boleh bersatu dgn diaorg semula. Rasa sedih berpisah ngn keluarga tu mmg terubatlah. Sbb diaorg pun umpama kakak dan abang2 sendiri tmpat menumpang kasih dan berteduh.
Lepas jupe salam tanya khabar kami diarak ke bas..Beg kargo seme lepas kat abang2 senior..hah lenggang aje naik bas beg jangan bimbang..nanti sampai..Itu janji kakak2 pada kami...so kami dgn senang hati beratur naik tangga. Bas di asingkan satu untuk ikhwah n satu untuk Akhawat. Bas bergerak meninggalkan kawasan airport..kami dapat lihat byk lagi padang pasir yang tak berturap..di kiri dan kanan jalan jauh sangat bezanya dgn sekarang.

Hati berlagu sendu dan riang bersyukur sgt dpt berpijak di bumi anbiya'. Insyaallah kami berazam untuk meneroka segala yang ada disini. Inilah misr ummu dunya!!
Sampai di kompleks mlaysia sekitar jam tiga petang mesir. Angin sejuk menampar muka..erm jauh nyer rasa cuaca mesir n malaysia. Aku dah rasa sejuk semacam nasib baiklah angah ada carry sweter lebih. Dgn muka tak malu aku pinjam angah punyer. Sbb aku punyer seme dalam beg kargo. Itulah malas sgt nak mengelek baju tebal tu. ..hihi..padan muka aku. Tengah duk pakai sweter tu dtg lagi kakak senior...Jom adik2 naik atas g dewan.

Dalam hati camner lah rupa dewan tu nanti yer..haha...cam2 yg main kat kepala. Naik dewan dah penuh ngn org..kasut penuh kat depan pintu. Pintu setentang..Kanan akhawat kiri ikhwah. Hehe...nasib ada tukang tunjuk kalu tak mesti merah muka salah buka pintu ikhwah punyer. MAsuk jer dah kene serbu eh..dah sampai..masuk2 meh2 duduk2 makan..
Wah kami disambut oleh ramai kakak senior yang memakai reben bunga ditudung bersama gantungan kad....OH mereka rupanya Ajk USMB (Unit Sambutan Mahasiswa Baru).

WAH..Besar mata kami tgk hidangan nasik minyak tumis daging n acar timun siap. Hu apa lagi balun nasik tu habis-habisan. Sbb ramai antara kami yang tak lalu makan dgn hidangan kapal terbang. Maklumlah makanan org arab kan beza lah dengan hidangan kita. Makarona bakar..roti..kalu lidah yg tak bese mmg tak mkn lah sementelah lagi ramai jgk yg mabuk kapal terbang. Sampai ada yg sampai2 jer terus dibawa ke bilik penginpan. Nasik pun kakak senior hantar sampai ke katil. Siap tolong suapkan.........hm...Bagusnyer...Lepas mkn kami dimaklumkan waktu asar dah lama masuk jadi kami diminta cepat2 untuk solat sbb maghrib dlm kul 6.45 pm. Alhamdulilah..hilang segala keletihan bila kakak senior yang menguruskan kami seme nyer ramah dgn senyuman.

Tiada seorang yg mengangkat suara dan bermuka masam dalam melayan kerenah kami yang ramai. Tak Ingat dah bilangn seme tapi rasannya dekat2 seratus lebih jugak.
Selesai kami dimaklumkan lepas ni ada taklimat sekejap sebelum kita dihantar ke rumah penginapan. Alhamdulilah kami sabar menunggu dan dan dapat inform yang amat berguna. Yerlah kan kami budak baru mana lah tahu paper.

Masa taklimat tu kami diperkenalkan pada ADHOC yg menguruskan kami, KPT (Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu), PMRAM (Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir) . Oh tahulah kami semua yg dilakukan ini adalah semata2 kerana kebajikan. Masyaallah tiada satu sen pun duit kami keluar sepanjang berada di dewan tu. Samaada yuran makan atau tambang bas yg kami naik tadi..semenyer atas nama kebajikan...MasyaAllah...Sungguh kami tak sangka...Baiknye budi KPT dan PMRAM untuk kami.

KOrbankan masa dan tenaga untuk kami yang belum tentu mendatangkan apa2 pulangan untuk mereka. Untuk jadi ahli pun belum pasti. Tapi dek kerana layanan istimewa ini, kami pasti akan sudi untuk berkdimat untuknya semula. Itu sajalah saja sbg tanda ucapan dan balasan terima kasih dari kami. Jauh disudut hati kami berempat..satu masa nanti kami pula yang akan memakai reben bunga n kad tanda nama itu nanti untuk menyambut kehadiran junior2 yang akan datang ke mesir selepas ini.
Apa yang kami dapat dalam taklimat tu? Antaranya adalah taklimat kesihatan. Kata pemberi taklimat kesihatan...

Bila kita baru berada di negara orang kita tak boleh terus mandi dgn seronoknye..sbb perubahan cuaca itu akan menyebabkan badan kita terkesan dgn nya. Jadi x boleh lah nak bermain dgn air byk2. Sebaiknya mandi yang betul2 mandi selepas hari ketiga, tak boleh bebas keluar siang malam pagi petang..sebaiknya berada di rumah penginapan. Kalau ada keperluan pun mintak lah pada senior2 untuk belikan..Wah..byk jgk peraturan ni..mula2 dgr isy yer ke ni..hati duk bersoal jwb betul ke gitu betul ke gini. Beselah kan...tak kena tak tahu..haha mana yang langgar nasihat tu mmg boleh padah nya...ada yang demam n batuk melarat2 sampai terpaksa ke hospital..ha itulah kan dgr ckp org yg ada pengalaman ni ada byk faedahnya. Nasib lah aku ni jenis yg dgr kata.
Sambung lagi........(Sambil minum syai..abang hantar ke meja ku wah...wah...seronoknyer timer kasih sayang)

Citer seterusnya.....Selepas taklimat kami diperkenalkan pada kakak musyrifah bilik atau rumah yang bakal kami diami selama tempoh tauzik n nama mukayyat. Aku di rumah 101, ayong, 301, Ateh 302 n angah 202. Sedih gak kene pisah umah tapi seimarah jer bukan jauh. Bila tanya musyrifah knp asingkan kami. Katanya...setiap umah akan campur seme institusi yg dtg..dr KUSZA, SMAASZA atau KUDQI dan institusi yg lain. Spy kami pelajar2 baru berkenal2 sesama sendri. Xlah nnt hanya kwn ngn sekolah sndr jer. ERM..Bagusnya idea tu kan...Aku dapat duk sebilik ngn kak Huda dr KUSZA, kwn serumah yg lain kak Nina jg KUSZA, Najihah Kusza(musyrifah), Kak Fizah(musyrifah) Kak Asmawati(Musyrifah).

1 ulasan:

  1. salam..Ade, sambunglah..nnti nk bg memori kt anak cucu.
    he..he

    Ayong

    BalasPadam

Terima kasih untuk komentar anda, saya amat menghargainya.

Taman Tasik KualaNerus..

Masjid Taman Tasik Kuala Nerus view dari jambatan turun tepi tasik Cantik Pandangan Atas masjid..Dah macam Biskut nampaknya..