Khamis, 30 Julai 2009

Baru Lepas Minum Petang


Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulilah sambil2 tunggu maghrib ni..Isi masa sikit berblog, along n habib asyik main kejar2 ngn abi. Sambil-sambil belek citer2 kat internet ni sambil dgr soal jawab prog di Rotana TV live dengan AlFadhil Assamahah Syeikh Ali Jumaah..Mufti Mesir. Bicara nya berkisar tentang persediaan ramadhan yang bkl tiba x lama lg dah. Tgk kat countdown ramadhan kat tepi yer.

Sedikit yg boleh dikongsi bersama: Perihal ttg amalan puasa sunat di bulan syaaban; Tidak ada dalil dari hadith sohih tttg ini. Hadith yg sahih baginda saw menyebut tiada puasa dibulan syaa'ban melainkan di bulan Ramadhan, begitu juga ttg puasa 15 hari di bulan Syaa'ban. Yang ada dalil ttg fadhilat puasa di bulan sya'ban hanyalah Hadith yg maudhu' dan terlalul dhoif tarafnya. Jika ingin berpuasa di dalam bulan ini berpuasa lah di setiap isnin dan khamis dan jg hari2 putih sbgmn bulan2 lain. Kerana sesungguhnya tidak ada kelebihan nya Rejab dan Sya'ban dengn bulan2 lain kecuali bulan RAMADHAN.

Sabda Rasulullah saw apabila ada sahabat yang ingin berpuasa setiap hari tanpa berbuka sabda Baginda sallalahu alaihi wassallam mafhumnya "Sesungguhnya aku lebih cenderung kepada berpuasanya Daud alaihissalam,dia berpuasa dan berbuka berselang-selang harinya."
Ini bermakna nabi Daud alaihissalam berpuasa hari ini dan esok dia tidak berpuasa, kemudian esoknya dia berpuasa semula begitulah seterusnya.

Saya juga pernah terbaca dalam sebuah buku menjawab ttg buku kelebihan Rejab dan Syaa'ban didalam buku tersebut ada disebutkan bahwa masyarakat jahiliyah amat mengagungkan hari-hari dalam bulan Rejab dan Sya'ban..Sedang syariat yg dibawa oleh Rasulullah saw hanya melebihkan Ramadhan dr bulan yg lain. Lantaran itu saidina Umar R.Anhu pernah bertegas melarang ummat Islam dari membesar2kan amalan di dua bulan ini sbg membezakan diantara kita dan pengamalan di zaman Jahiliyyah wallahua'lam.

Walau apapun apa yang kita buat didalam hidup seharian adalah perlu bersandarkan apa yang dianjurkan oleh baginda sallahualaihi wasallam dan bersedia untuk sentiasa menambahkan ilmu dan amalan kita disetiap detik dalam kehidupan kita.Agar kita sentiasa terpandu dalam cahaya yang benar dan diredhai Allah insyaallah. Tahniah buat yang berpuasa dengan bersungguh dalam bulan ini. Tapi sebaiknya jangan sesekali beri'tikad kerana mengikut sunnah Rasulullah saw. Jadikan lah ianya hanya sebagai latihan sendiri tanpa menyandarkannya pada Baginda SAw kerana baginda tidak melakukannya.

Kata Sohibul Assamahah lagi..Puasa di bulan Sya'ban dan Rejab hanya khusus kepada orang yang ada hutang puasanya dengan puasa yang lepas. Yakni puasa Qadho' atau ganti. Kerana bimbang tidak sempat menghabiskannya sebelum tibanya Ramadhan untuk mengelakkan dari terkena denda fidyah, kerana puasa yang ditinggalkan pada tahun tersebut perlu diganti sebelum datangnya puasa yang akan datang pada tahun berikutnya. wallahua'lam.

Semoga kedatangn RAMADHAN yang bakal tiba kita dapat meraih syurga nya dan menjadi tapak baru untuk kita perkemaskan lagi ibadah kita seharian kepada Allah azzawajalla. Di setiap RAMADHAN pintu neraka ditutup dan syurga dihias dengan penuh indah. Ya Allah golongkan kami dari penghuni syurgaMu. Sesungguhnya syurga itu mahal nilai nya lantaran itu perbanyakkan pelaburan untuk meraihnya. Jangan sesekali mengharap tanpa sebarang usaha. Peliharalah iman agar sentiasa terpandu dari kesesatan yang menjauhkan kita dari Jannah Allah.

Semoga bertemu kembali

wassalam..
UmmuUwaisHandzolah

1 ulasan:

  1. Slm..
    Tima kasih sudi bkongsi ilmu.2mggu lps saya ada mnonton al Kuliyyah.TV3 stiap ptg Jmaat bsama pceramah jemputan al Fadhil Ustaz Zahazan Mohamed.Jg mbicarakan topik yg sama sbgmn yg ummu uwais dgr smasa soal jwb dlm prog Rotana Tv live. Mgenai puasa sunat dbln Syaaban.Intipatinya hampir sama.Saya ingatkan saya dah tahu tp rupa2nya byk lg yg saya x tahu.Terasa akan kkerdilan diri.Btapa ceteknya ilmu di dada & btapa ilmu Allah Maha Luas.
    Sama2 kita mpersiapkan diri utk mymbut ramadhan.

    BalasPadam

Terima kasih untuk komentar anda, saya amat menghargainya.

Taman Tasik KualaNerus..

Masjid Taman Tasik Kuala Nerus view dari jambatan turun tepi tasik Cantik Pandangan Atas masjid..Dah macam Biskut nampaknya..