Alhamdulilah petang tadi sempat berziarah ke rumah Kak Usu dan Ustaz Razi. Tahniah buat mereka sekeluarga atas kelahiran cahaya mata yang keempat. Seorang putera pula Abdurrahman. Kalau sebelum ini semuanya perempuan. Kakak Hajar, Asma , dan Khaulah. Dapat pula seorang putera yang comel, tahniah kak Usu and Ustaz Razi. Semoga dengan kehadiran si kecil yang ketiga akan menambahkan kebahagiaan buat kak usu sekeluarga.
Hari ini, Abi balik dari membayar sewa rumah bawa pula berita kelahiran bayi pertama Acik Nurul dan Ustaz Mukhlis. Tahniah buat Nurul dan Ustaz mukhlis. Semoga kehadiran si putera akan mengukuhkan lagi mahligai yang dibina.
Ramai lagi kehadiran orang-orang yang dinanti. Buat sahabat tersayang Ayong, insyaallah akan lahir bulan oktober nanti. Lia, Widad(dah balik Malaysia), erm..siapa lagi yer..haha..Ramai lah nanti cucu-cucu KPT (keluarga penuntut terengganu). Nampaknya ramai jugak anak lelaki. Setakat ni memang anak-anak lelaki yang ramai berbanding dengan anak-anak perempuan. Erm semua hero-hero.
Teringat kenangan dulu-dulu..kalau ada program di rumah terengganu riuh dengan suara budak-budak. Tapi sekarang suasana dah jauh berbeza..Banyak benda dah berubah, terasa ukhuwwah sesama ahli juga semakin renggang kenapa ye? Dengan rumah baru dan suasana baru. Memang kadangkala terasa asing untuk berziarah kesana...Agaknya suasana baru ini bukan lagi untuk kami yang semakin tua dan berusia...uhhu..nak kena balik lah nampaknya tahun depan Ya Allah mudahkan urusan kami untuk kembali ke tanah air dengan bekalan ilmu yang bermanfaat untuk kami dan seluruh ummat dibumi yang tercinta. <<
duk jauh dari keluarga, memang sahabat2lah penggantti kan.. meriah sungguh tu! :)
BalasPadam