Sabtu, 25 Julai 2009

Buku Yang Sedang Ku Habiskan...

بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulilah segala puji bagi Allah atas segala nikmat dan rahmatNya untukku sekeluarga dan untuk kita semua. Selawat dan salam keatas nabi junjungan mulia yang telah membawa risalah Islam dengan penuh kemuliaan kepada kita Muhammad sallallahu alaihi wasallam. Keatas ahlul baitihi wa ashabihi waman tabi'ahu bi ihsani ila yaumi dden..

Saya sekarang sedang menghabiskan sebuah buku yang bertajuk "HALAL HARAM Buku Penting Untuk Umat Islam" dari sudut Syariah, kesihatan berdasarkan "Halaalan Thoyyiban ". Buku ini dikeluarkan oleh CAP Persatuan Pengguna Pulau Pinang terbitan 2006M/1427 H. Muqaddimah buku adalah dari kalam Dato' seri Dr. Hj Harussani Hj Zakaria. Prakata dari Hj S.M. Mohamed Idris Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang ( CAP).

MasyaAllah..Banyak benda yang saya dapat dari buku ini. Tidak sabar rasanya untuk dikongsikan bersama. Banyaknya benda yang kita tak tahu dan amat memudaratkan dan amat menjijikkan wujud dalam kehidupan kita seharian. Samada dalam bentuk pengambilan makanan, penggunaan kosmetik kecantikan, pakaian dan sebagainya. Kalau diikutkan mahu rasanya menaip semua isi kitab ni...Tapi alahai tebalnya..Jadi apa kata kita ambil part2 yang terpenting. Walau sebenarnya semua isi disetiap bab dalam buku ini amat penting untuk kita ketahui. Selepas ini boleh lah pakat2 g beli kat kedai buku yer.

`Sebagai seorang wanita kita memang sukakan kecantikan. Kalau yang jenis mementingkan penampilan diri, sentiasa ingin dilihat cantik dan memang pengamal kosmetik cubalah kita perhatikan apa yang ada disebalik setiap kosmetik. Ha meh cek sama2 naa..

Di Bawah Tajuk "Bahagian serangga, rambut manusia dan skatole dalam makanan anda".

Beberapa istilah yang perlu kita kenali.

  1. 'Carmine'= Ianya adalah sejenis pewarna yang diekstrak dari serangga. Dihasilkan dari 'Cochineal' yang diekstrak dari serangga betina kering yang memakan kaktus di Peru, Canary Island dan tempat2 lain. Pigmen terbina dalam badan serangga menyimpan telur-telurnya pada pokok kaktus sebelum mati, bangkainya yang mereput bersama2 telur dan larva yg sudah menetas, dipisahkan drp tumbuhan it, dihancurkan dan kemudian dibakar atau direbus atau kukus untuk menghasilkan cochineal.
  2. L-cysteine = Sejenis asid amino. Diambil dari rambut manusia , sungguhpun ianya boleh dihasilkan secara tiruan dari pelepah bulu burung tp lebih umum diperolehi dari rambut manusia.
  3. Skatole = Skatole adalah salah satu komponen utama najis (skatole dalam bhn makanan dihasilkan secara tiruan. Skatole turut dihasilkan drp kelenjar anal musang (civet cat).
Meh Cek Benda2 kat Atas tu ada dalam apa...??

'Carmine' Penggunaannya adalah untuk menghasilkan warna merah, merah jambu dan ungu kepada gincu bibir dan aiskrim. Dalam bahan makanan dadih berperisa strawberi. Untuk mengelak dr mgunakan bhn dr serangga elak guna pelikat atau makanan yang mengadungi ekstrak merah dan juga yang kelihatan berkilat. Syelek yg dgnkan unt mngiltkn epal dan bj kopi juga dihasilkan dr serangga. Jadi makan epal buangkanlah kulitnya yer! (tambahn sndr).

L-Cysteine digunakan untuk meningkatkan kekentalan doh, yg boleh mmprcptkan pemprosesannya dgn mesin ke dalam biskut, kerak pizza, roti, donat dan makanan bakar lain. Untuk mengetahui bahan ini diperoleh dr sumber manusia terlalu sukar.

Skatole antara bhn utama rokok. Sebagai bahan dalam minyak wangi, biasanya untuk haruman mawar, wangian bunga melur dan bhan perisa lain. Castoreum adalah asas dari bhn skatalogy dan masih belum ada bhn tiruan untuknya.


Bukti Penyelidikan.

Pusat Sains yang Berkepentingan Awam ( CSPI), sebuah badan pemerhati pengguna di Washington DC membuat rayuan pada pihak Pentadbiran makanan dan Ubatan (FDA) supaya mengharamkan penggunaan Carmine , atau mewajibkan pengeluar mencatakan pada label bahawa sumber bahan itu dari serangga yang merayap. Namun ianya belum memberikan sbrg maklumbalas. FDA membenarkan sebotol mentega kacang mengandungi lebih 100 bhgn pepijat. Setin tomato boleh termasuk seekor ulat atau sehingga sembilan telur lalat.

David Stipp dalam temuramahnya bersama seorang jurucakap di Interstate Brands, yang mengeluarkan roti hebat dari jenama Hostessdan makanan bakar lain, beliau berkata, "saya tidak tahu dari mana sumber itu diperolehi. Kami tidak menggunakan byk l-cysteine". Jurucakap Sara Lee menafikan produk syarikatnya mengandungi ekstrak rambut tetapi enggan menyatakan bagaimana beliau mengetahuinya. Jurucakap Puratos Group, pembekal bahan-bahan ramuan bakar yg berpusat di belgium pula lebih ramah " L-Cysteine pada umumnya diperolehi dari rambut manusia ", katanya " tetapi saya yakin produk kami daripada bulu pelepah itik".

Kata Davi Stipp lagi.."Soalan yang berikutnya muncul dalam kepala saya rambut siapa yang kita makan?". Pakar2 industri berkata, kebanyakan L-cysteine drp sumber manusia datangnya dari drp wanita China, yang membantu keluarga dgn menjual rambut mereka kp kilang2 kecil yg mproses bhn kimia yg tdpt dserata tmpt di republik itu.

Frank Fischetti, seorang ahli kimia perisa kanan di Wyn Starr Specialty Foods & Flavors di Allendale, N.J. Berkata : " Dahulu kami mendapatkan musang dari Asia,"ujarnya. "Ia diisi dalam tanduk kerbau air. Salah satu tugas saya ialah mengecamnya sama ada itu adalah benar-benar musang. Untuk memastikannya, anda perlu merasanya. Tambah Fischetti "merasa pati musang ia mengingatkan kita pada najis".( Sekarang alat digunakan untuk tugas itu.

Daviv Stipp dlm artikelnya lagi meyebut bahawa civet cat dahulu byk digunakan dlm perisa daging, keju, dan makanan lain. Peranannya adalah untuk membaurkan perisa atau pewangi. Tetapi kini bhn sintetik yg lbh murah, civetone, tlh mggntkn musang dlm kbnykn produk kecuali minyak wangi tertentu. Salah satu kelompok wangian skatologi yang blm dhasilkan secara tiruan ialah castoreum. Di ekstrak drpd kelenjar kesturi memerang, ia digunakan untuk memberikan kesan melembut dan melicin kpd perisa raspberi.

-Dipetik dari rencana dlm FORTUNE (isnin, 7 julai 2003) oleh David Stipp. http://www.fortune.com/fortune/thisjustin/0,15704,462520.html

Di bawah tajuk :" Ramuan Yang Meragukan Dalam Kosmetik"( bab;27 , pg 183)

  • Kolagen atau Collagen
  • Cecair amniotik ( air tetuban atau ketuban)
  • Uri
  • Janin Bayi
bersambung..

2 ulasan:

  1. Slm.syabas utk ummu uwais coz dlm bz2 pn smpt bkongsi apa yg dbaca.Saya pun ada baca buku tu.Kwm yg bagi.Mmg bagus..Byk info yg kita xtau sbnrnya kn.. inputnya mmg ckup bguna buat kita slaku umat islam.

    BalasPadam
  2. It's the best time to make a few plans for the longer term and it's time to
    be happy. I've learn this submit and if I may just I desire to suggest you some interesting issues or advice. Maybe you can write subsequent articles regarding this article. I desire to learn even more issues about it!

    Look at my web site - Bruchgold verkaufen

    BalasPadam

Terima kasih untuk komentar anda, saya amat menghargainya.

Taman Tasik KualaNerus..

Masjid Taman Tasik Kuala Nerus view dari jambatan turun tepi tasik Cantik Pandangan Atas masjid..Dah macam Biskut nampaknya..