Rabu, 28 April 2010

Father n Son Ct Steven n Ronan Keating....

Bismillahirrahmanirrahim....




Dah dua hari server internet at my home down..Paperpun Alhamdulilah semua nya pemberian Allah..Masa xde internet hati meminta2 nak update blog bila dah ada line, terpikir2 what are the best story to write here? huhu..

Bagi anak2 perantau di bumi anbiya mesir ni..Pastinya sedang tidak mengahabiskan masa ngn sia2kan..Yer hanya tinggal seminggu tak sampai untuk kita berjuang dimedan Peksa..hm..Banyak nyer ilmu yang nak dihadam..Ya Allah berikanlah kami kemudahan, ketenangan hati dan kekuatan untuk mencipta kejayaan..

Sambil menulis melayan lagu kat atas tu sedap lagunya..Abang ngn anak2 mmg suke..Hmm..Hati seorang ayah..Hm..Dah banyak lagu untuk ibu, sesekali layan lagu untuk ayah pulak..Sebenarnya sama jer peranan ibu dan Ayah.

Dan ayah sebenarnya lebih berperanan dalam menentukan kehidupan si anak..Anak yang masa kecilnya banyak diurus dan diselia si ayah akan membesar sebagai anak yang yakin diri dan berdikari..

Tepatnya dengan hadith yang diriwayatkan dalam kitab hadith Al-Imam Muslim;

كل مولود تلده أمه على الفطرة، فأبواه بعدُ يهودانه أو ينصرانه أو يمجسانه، فإن كانا مسلمين فمسلم
Mafhumnya.."Setiap anak yang dilahirkan ibunya adalah diatas fitrah (ISLAM), dana ayahnya lah yang menjadikan dia selepas itu seorang Yahudi, nasrani atau majusi, sekiranya dia seorang Islam maka Islam lah sianak".

Ini satu kajian yang dibuat...Dan rasanya ianya tepat..Sbb banyak anak yg membesar tanpa kasih seorang ayah akan melalui fasa-fasa dalam kehidupan nya dengan agak sukar..Begitu juga tanpa seorang ibu..Hakikat sunnatullah hidup ini sianak memerlukan kasih seorang ayah dan ibu sbg pelengkap kehidupan mereka. Kita juga telah melalui alam kecil, remaja, dan dewasa..Kita juga telah merasakan tidak lengkapnya kehidupan tanpa mereka yang bergelar AYAH dan IBU.

Satu peringatan untukku, juga untuk sahabat2 seblogger..Kita yang telah melalui Fasa Kehidupan berumahtangga..Sama2 lah kita pertahankan keutuhannya..Berdoalah agar tiada perpecahan dan keretakan yang akan memusnahkan masa-masa bahagia permata-permata cinta kita.

Juga untuk kita sentiasa menjadi anak yang tahu untuk menghargai dua insan utama dalam hidup kita AYAH dan IBU. Tidak akan miskin kita untuk berbakti buat mereka..Untuk kita hadiahkan mereka mata benda kita...Untuk kita mengambil cuti mengisi kesepian hari-hari tua mereka...Buat hatiku semoga aku kan mampu menjadi anak yang berbakti untuk mereka..Sentiasa mengingati mereka dalam doa2ku..

Hayati lagu lah bait2 lagu ini...khas untuk Suamiku sayang dan anak2ku;

Father
It's not time to make a change
Just relax, take it easy
You're still young, that's your fault
There's so much you have to know
Find a girl, settle down
If you want you can marry
Look at me, I am old, but I'm happy

I was once like you are now
and I know that it's not easy
To be calm when you've found something going on
But take your time, think a lot
Think of everything you've got
For you will still be here tomorrow, but your dreams may not

Son
How can I try to explain, when I do he turns away again
It's always been the same, same old story
From the moment I could talk I was ordered to listen
Now there's a way and I know that I have to go away
I know I have to go

Father
I was once like you are now
and I know that it's not easy
To be calm when you've found something going on
But take your time, think a lot
Think of everything you've got
For you will still be here tomorrow, but your dreams may not

Son
All the times that I cried
keeping all the things I knew inside
It's hard, but it's harder to ignore it
If they were right, I'd agree
but it's them THEY know not me
Now there's a way and I know that I have to go away
I know I have to go
(father-- stay stay stay, why must you go and
Make this decision alone? )




Sabtu, 24 April 2010

Al-Mahdi Muntazor....

http://qitori.files.wordpress.com/2007/10/mahdi2.jpg

Profile Al-Imam....

Beliau adalah seorang imam yang adil, memenuhkan bumi dengan keadilan demi keadilan. Dilaqobkan dengan Al-Mahdi, dan ianya bukanlah nama sebenar, akan tetapi ianya satu sifat yang diberikan kepadanya daripada pekerti yang mulia. Dan Namanya adalah nama Rasulullah saw yakni Muhammad, dan kunyahnya Abdullah. Dia seorang lelaki yang soleh, dari nasab dan keturunan Nabi Muhammad Saw. Al-Imam tidak maksum sebagaimana Rasulullah sallallahualaihiwasallam.

Al-Imam dikenali sebagai seorang yang tinggi sabarnya, tenang, dan soleh. Al-Imam mengetahui dan memahami syariat Allah serta beramal dengannya. Dan Al-Imam disebut sebagai salah seorang Khalifah dari khalifah arrasyidin. Di baiahkan kepadanya kesultanan ketika intisyar al-fasad..banyaknya kerosakan di muka bumi. Manusia thiqqah akan kesolehannya, ketaqwaannya dan kewarakannya, dan mengharapkan kehadirannya akan merubah keadaan yang fasad dibawah kekuasaan kerajaannya. Al-Imam menerimanya walau pada hakikatnya dia tidak menyukainya, dan dia juga tidak mengetahui bahawa dialah al-Imam yang dimaksudkan didalam hadith nabi saw. Bahkan begitu juga para pengikutnya tidak mengetahui bahawa beliau adalah al-mahdi yang ditunggu.

Sesungguhnya hadith-hadith tentang kemunculan Al-Imam Al-Mahdi pada akhir zaman adalah bertawatir, secara tawatir maknawi. Dan dia meliputi bumi dengan keadilan demi keadilan yang menghapuskan kezaliman.

Telah dikeluarkan oleh jamaatul dari para imam seperti imam Abu Daud, AtTirmizi, Ibn Majah, Ahmad, Al-Hakim, dan lain-lain secara jelas mengatakan bahwa hadith tentang kemunculan Al-Mahdi hujjatus syar'an. (Hujjah Syara'). Dan hadith-hadith yang berkaitan kemunculannya ada dari hadith sohih, hasan dan dhoif. Adapun hadith yang maudu' itu adalah rekaan dan ciptaan palsu keatas Rasulullah saw dan tertolak.

Al-Imam adalah Imamil Muslimin sebelum turunnya nabi Isa alaihissalam, dan nabi Isa alaihissalam solat dibelakang beliau (berimamkan Al-Mahdi)

أخرج مسلم بسنده عن جابر بن عبد الله يقول, سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول, فينزل عيسى ابن مريم عليه السلام فيقول أميرهم تعا لى صلى بنا, فيقول لا, ان بعضكم على بعض امراء, تكرمه الله هذه الأمة

Mafhum Hadith ;

Dikeluarkan oleh Muslim dengan sanadnya daripada Jabir bin Abdullah berkata: Aku telah mendengar Rasulullah sallallahualaihiwasallam berkata " Telah turun Isa ibn Maryam alaihissalam lalu berkata lah ketua mereka (Yakni imam Al-mahdi) jemputlah solat bersama kami sebagai imamnya, maka katanya 'tidak' sesungguhnya sebahagian kamu keatas sebahagian yang lain adalah pemimpin, sesungguhnya Allah telah memuliakan ummat ini. " Yakni ummat Muhammad sallahualahiwasallam.

Hadith sahih muslim Kitab Al-Iman, bab nuzul Isa Ibn Maryam Hakim 1/137/237.

UUH: Lakaran terjemahan dari kitab Syubahul Hadith Tahun 4 usuluddin, Kaherah. Kitab karangan Al-fadhilah Doktorah Dalal Muhamad Abu Saleem. Profesor dan ketua jabatan Hadith wa ulumuhu...


Jumaat, 23 April 2010

Hikmah menjaga Waktu Solat

Renungan bersama..... .....

http://adivictoria1924.files.wordpress.com/2009/04/subuh.jpg
Waktu Subuh Biru Muda

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain
jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

http://kahoda.files.wordpress.com/2009/08/dhuha.jpg
Dhuha yang Kehijauan

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.

http://1.bp.blogspot.com/_T35njq7nhbg/Sssc1SQqNqI/AAAAAAAADyg/K7yDszx_9b8/s400/Picture+2151.jpg
Waktu Zuhur Yang Kekuningan

Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

http://4.bp.blogspot.com/_ouAPN1Dbsys/SpDihAdFpSI/AAAAAAAAAMM/mCYFwCQgPN4/s400/Beach+Sunset.jpg

Asar Yang Keorengan

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

http://suhailatrdg.com/live/wp-content/uploads/2010/01/senjer.jpg

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

http://2.bp.blogspot.com/_8o7itBIKCiA/SZgamU2C9kI/AAAAAAAAADA/oCT4Q0UKc8o/s320/CIMG0152.JPG
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

http://drnurizah.files.wordpress.com/2008/08/photo_0032.jpg
Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus
dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang 23 dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya .

Jumaat..seme cancel

hari ni byk aktvt luar umah sepatutnya. tapi seme tkensel.pg nk g hdqh atfal joint ngn anak2 ganu,xjd hero dua bradk xnk bngn tdo mlm tdo lmbt.ptgnya ada liqo ngn mntn2 hewi xjd jgk g.isy2 jdlh jumaat y hening drumah sj.mst minggu ni minggu last u prgm krn dh nk pekse.29.mei stat final year exam.debornye wase.mdh sm 13 paper waduh akulah juara!quran kn khatam 4juzuk.mdh ada 9.ya allah brknlh km kjyn

Khamis, 22 April 2010

Ubat Demam Yang Sesuai untuk Sibayi dan seisi keluarga dari HPA

http://2.bp.blogspot.com/_GX8ENs_S8oo/Sv5k3GJdKPI/AAAAAAAAABc/wWnegkKhWtg/s320/IMT+DRINKS.JPGhttp://www.melur.com/images/myherba/Hempedu_bumi.jpg

Satu lagi produk HPA yang akan menjadi keperluan setiap rumah ialah IMT drink. Minuman ini dibuat dengan satu bentuk pemerosesan tradisional untuk tujuan yang sangat banyak. Saya percaya sambutan kepada IMT drink akan bertambah dan mungkin melebihi pemintaan Minyak But-but sekiranya pengguna faham kelebihanya.

Antara kelebihannya ialah :-

1. pelindung hati
2. demam panas dan demam selsema.
3. sakit tekak
4. resdung
5. sakit sendi
6. cirit-birit
7. ketersumbatan jantung
8. menurunkan kolesterol
9. menurunkan darah tinggi

Boleh diminum sebotol sekali dan ulangi hingga sembuh. IMT Drink tidak bermasalah dengan anak-anak kecil dan kurangi dosnya.(secawan kecil).
Ia sudah tidak mempunyai rasa pahit (daun hempedu bumi) tetapi sangat berkesan. Dari kajian kami 90% lebih pengguna menyatakan sangat baik untuk anak-anak mereka. Ini bererti kita kini telah menemui ubatan demam tanpa kimia, tanpa rasa pahit dan sangat berkesan.

Ia di proses dari daun hempedu bumi dan air mineral HPA yang beralkali (pH 9.8 ). Dimana air mineral ini boleh diperolehi ? Air yang Allah keluarkan untuk kita di Pokok Sena Kedah. Allahuakbar. Selamat mencuba dengan Izin Allah.

KAJIAN Pokok Herba Hempedu Bumi (Andrographis paniculata)

Kelebihan:

  1. Andrographolid – Bahan utama yang menghalang pertumbuhan sel kanser hati, payudara dan prostat
  2. Flavonoid – Antitrombosis (Mencegah dan menghancurkan pengumpulan darah).
  3. Lactone – Antiradang / Antipiretik (pereda demam, panas dalam, radang paru-paru, tonsilitis, batuk berkahak)
  4. Hepatoprotector – Detox (Membersih dan melindungi organ hati dari keracunan)
  5. Immunostimulant (fagositosis) – Meningkatkan pengeluaran Antibody sebagai Antivirus dan Antibiotic.
  6. Antihistamine – Mengurangkan pengeluaran histamin bagi alahan (resdung)
  7. Produk HPA lain yang menggunakan Daun Pokok Hempedu Bumi ialah D’DET, KAPSUL IMT, HERBA RENDAMAN KAKI

Sumber: JawiHerbShop.blogspot.com & JamalMajlis.blogspot.com

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 3.50
Sabah & Sarawak: RM 4.50

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 3.00
Sabah & Sarawak: RM 3.50

Nilai Mata (NM): 0.5

http://3.bp.blogspot.com/_aGukT6rzAlM/SfFECvgtp8I/AAAAAAAAAxg/6kXZHJyBG5U/s320/DSCN5228.JPG

Kapsul Demam untuk dewasa..

Kapsul IMT (Imuniti)

imt-01

Kapsul IMT (Imuniti)

Khasiat:

  • Menguatkan sistem pertahanan badan @ antibodi
  • Mengandungi herba hempedu bumi dan herba untuk deep cleansing
  • Melancarkan peredaran darah, mengurangkan berat badan dan mengatasi masalah angin dalam badan
  • Melawas pembuangan air kecil
  • Membantu melancarkan sistem penghadaman, mengatasi masalah sembelit dan melawaskan pembuangan air besar
  • Mengurangkan masalah jerawat dan masalah penyakit kulit
  • Melegakan batuk, demam dan selsema

SESUAI UNTUK LELAKI DAN WANITA

Harga Pengguna

Semenanjung Malaysia: RM 22.00
Sabah & Sarawak: RM25.00

Harga Pengedar

Semenanjung Malaysia : RM 17.00
Sabah & Sarawak: RM22.00

Nilai Mata:
7

Ulasan/Artikel Tulisan Tn Haji Ismail bin Haji Ahmad, Pengarah Urusan HPA Tentang Produk Kapsul IMT

IMT - Pain killer daripada HERBA.

Sesudah sekian lama masyarakat menggunakan ubat tahan sakit daripada kimia. kini HPA berjaya memperkenalkan pain killer daripada herba yang dikenali sebagai IMT. IMT bukan sahaja menghilangkan kesakitan tetapi ia merupakan anti peradangan yang kuat dan tidak meninggalkan kesan sampingan seperti ubatan yang lain.

Hari ini kita bercakap tentang side effect sesuatu ubatan kimia tetapi kita juga perlu dalam masa yang sama menyediakan pengganti kepada ubatan yang sering digunakan seisi rumah. Syukur kerana IMT ternyata memberikan kesan kelegaan sakit lebih cepat atau sama dengan ubatan kimia tetapi tanpa bahan yang boleh memberikan kesan negatif dalam jangkamasa yang panjang . amin.

sumber : http://duniaherbahpa.com/2009/02/kapsul-imt-imuniti/




Rabu, 21 April 2010

Diagnos Saraf Tapak Tangan kesan Kardiovaskular

Bismillahirrahmanirrahim....http://2.bp.blogspot.com/__9_dmrNiogc/ScE1PW8RhNI/AAAAAAAAAXo/UBr6uoCgoEE/s400/tapak_tangan.jpg

Alhamdulilah pada bulan mac yang lepas dapat ku pelajari kaedah diagnos penyakit melalui saraf tapak tangan. Untuk mengesan masalah kardiovaskular, lihat pada jari hantu/jari tengah. Pada hujung jari ini, perhatikan adakah hujung jari anda lurus atau membelok. Jika anda mempunyai masalah kardiovaskular jari tengah anda akan membelok, jari kanan akan membelok ke kiri dan jari kiri membelok ke kanan. Jika kedua-duanya membelok ini bermakna kedua-dua belah pembuluh jantung anda kiri dan kanan mengalami masalah. Jika salah satu jari itu belok, jari kanan menandakan pembuluh jantung sebelah kiri yang bermasalah. Adapun jari kiri pula menandakan pembuluh jantung bahagian kanan yang bermasalah.

Bagi sahabat-sahabat yang inginkan penjelasan lebih lengkap masuklah kursus-kursus PBC, PIC dan kursus2 lain yang disediakan oleh pihak HPA. Bagi sahabat-sahabat yang berada dimesir pula insyaallah kita akan berpeluang belajar tentang ilmu ini dengan lebih mendalam lepas imtihan nanti. Insyaallah pihak komuniti sedang berusaha mendatangkan 4 orang pakar dari malaysia ke mesir untuk memudahkan anak2 perantau mesir mendapat ilmu yang lebih mendalam tentang perawatan ini.

Diagnos Rakan http://ilmu.edublogs.org/files/2008/10/tapak-tangan.jpg

Alhamdulilah, selepas kelas diagnos tapak tangan, saya telah berpeluang untuk mendiagnos ramai akhawat- akhawat seperjuangan di bumi ardulkinanah ini. Rata- rata yang diperiksa semuanya bermasalah. Masalah paling utama adalah angin dan pembuangan najis tidak lawas. Ramai juga yang mengalami masalah kardiovaskular. Alhamdulilah dengan sedikit maklumat dan ilmu baru dalam HPA saya hanya mengesyorkan para sahabat mengambil Mega 3 Kapsul. Insyaallah diawal mei nanti bekalan herba kita akan sampai..Doakan semuanya dapat sampai dengan selamat ke sini..AMEEN..

Selasa, 20 April 2010

Penawar Herba Al-Wahida untuk Penyakit Kardiovaskular

Bismillahirrahmanirrahim....

Artikel sebelum ini saya masukkan tentang aktiviti jantung dan kardiovaskular dalam tubuh kita, artikel seterusnya tentang penyakit kardiovaskular..Jika mengikut artikel itu, kekacang adalah yang terbaik untuk jantung dan masalah kardiovaskular.

Adapun herba penawar al-wahida, juga antara sinergi terbaik untuk kesihatan jantung kita. Disini saya senarai beberapa Herba yang berkaitan mengikut panduan pada buku kit niaga dan sedikit research melalui blog Pengarah Urusan HPA tuan haji Ismail b Ahmad.

1) Roselle Kapsul

Pencegahan Penyakit Kardiovaskular;

Sakit jantung merupakan pembunuh nombor satu di dunia dan dianggap sebagai 'silentkiller'. Keadaaan oksidasi juga akan menyebabkan kadar LDL akan meningkat dan menyebabkan arteri tersumbat. Pengalaman Roselle akan membantu mencegah ketebalan LDL di arteri dan sekaligus mengelakkan dari terjadinya penyakit darah tinggi.


2) Mega 3 Kapsul

Produk ini khususnya menggunakan khasiat Ikan Tenggiri Biru yang didapati dari Lautan Artik. Spesis ikan lautan sejuk ini mengandungi kadar DHA yang tinggi jika dibandingkan dengan ikan-ikan dari lautan.

Mega kapsul ini amat-amat berfungsi untuk mengatasi masalah kardiovaskular. Juga amat baik untuk pertumbuhan dan perkembangan otak sikecil anda.


3) Teh Asiatica Plus

Produk ini menggunakan 2 jenis spesis pegaga iaitu Hydrocotyle asiatica dan Hydrocotyle sibthorpodes berfungsi sebagai pembakar lemak khusus kepada mereka yang ingin menurunkan berat badan. Antara kelebihannya adalah menurunkan kadar kolesterol dan menghancurkan lemak serta mampu menormalkan tekanan darah.



4) Kordial Roselle


Nama saintifiknya ialah 'Hibiscus Sabdariffa L'. Tumbuhan yang amat tinggi kandungan Vitamin C melebihi dari yang terdapat dalam keluarga Limau (citrus). Kelebihannya juga dapat mencegah penyakit Kardiovaskular serta dapat memulihkan pesakit kardiovaskular secara alamiah.




SECARA UMUMNYA..PERUBATAN HERBA AKAN DILIHAT SEBAGAI LAMBAT DAN PEMULA KEPADA HERBA AKAN DAPAT MERASAKAN DIRINYA AKAN SEMAKIN SAKIT DENGAN SAKIT YANG DIALAMINYA. PROSES INI DISEBUT SEBAGAI 'DIRECTION OF CURE'. MAKNANYA SAKIT ANDA SEDANG DALAM PROSES DIRAWAT....TERUSKAN MEMAKAN HERBA HINGGA SAKIT ANDA HILANG, INSYAALLAH BERUSAHA DAN YAKINLAH PADA PENYEMBUHAN DARI ALLAH.

ummuuwaishandzolah: semoga kita sentiasa sihat untuk membahagiakan insan-insan yang kita sayang..tubuh badan kita adalah amanah, sakit itu bunga kasih dari Allah..bersabar dan merawat...

Isnin, 19 April 2010

PENYAKIT KARDIOVASKULAR PEMBUNUH NO 1


PENYAKIT kardiovaskular adalah pembunuh nombor satu di negara ini. Justeru, ramai pakar jantung menyokong perubahan gaya hidup dan pengambilan makanan berserat tinggi sebagai salah satu langkah untuk menentang penyakit berkenaan.

Apabila memperkatakan soal kesihatan jantung, jenis serat yang diperlukan ialah serat larut air terutama serat larut viskos yang melarut dalam air dan membentuk sejenis gel yang dapat mengurangkan kolesterol ‘jahat’, kolesterol lipoprotein rendah (LDL).

Serat larut viskos itu juga dipercayai membantu penghidap diabetes mengawal kadar glukos dalam darah.

Namun, hanya sebilangan kecil makanan mengandungi serat larut viskos ini dan salah satu sumber paling mudah serta murah untuk didapati ialah kekacang.

Kekacang adalah salah satu daripada makanan yang kaya dengan protein. Bagi pengamal hidangan berasaskan sayuran atau mereka yang menjaga diet, kacang panggang sering menjadi pilihan kerana keenakan rasanya.

Begitupun, masih ramai tidak tahu bahawa protein sayuran seperti kekacang sebenarnya mengandungi banyak serat, vitamin, mineral dan lemak tidak tepu.

Ia turut dikenali sebagai makanan pelbagai fungsi yang diperlukan untuk memastikan tubuh sentiasa berada dalam keadaan baik.

Pakar pemakanan yang juga penulis buku Cholesterol Down – 10 Simple Steps to Lower Your Cholestrol in 4 Weks, Dr Janet Brill, berkata kekacang seharusnya menjadi ‘teman baik’ setiap orang kerana ia adalah makanan hebat yang mengandungi serat, mineral dan vitamin.

Perunding Pemakanan, Institut Jantung Negara, Mary Easaw-John, berkata kacang kering, bijian, kekacang dan kacang panggang adalah salah satu sumber protein serta serat yang baik untuk kesihatan.

Menurutnya, serat terbahagi kepada dua jenis utama iaitu serat mudah larut serta tidak mudah larut.

“Pengambilan antara 20 hingga 25 gram serat larut setiap hari membantu mengurangkan tahap kolesterol manakala jika jumlahnya ditingkatkan kepada 25 gram daripada jumlah keseluruhan pengambilan serat (50 gram), ia akan turut membantu mengurangkan tekanan darah serta risiko penyakit diabetes,” katanya.

Menurutnya, kandungan serat biasanya boleh berubah bergantung kepada cara ia dimasak atau diproses. Sebagai contoh, sebiji kentang mengandungi lebih banyak serat berbanding kentang lenyek manakala jus epal mempunyai kandungan serat lebih rendah jika dibandingkan dengan sebiji epal.

“Secara asasnya, lelaki yang berumur 50 tahun ke bawah perlu mengambil 38 gram serat setiap hari berbanding hanya 30 gram untuk mereka yang berada dalam lingkungan usia 50 tahun ke atas.

Wanita berusia 50 tahun ke bawah pula perlu mengambil 25 gram serat berbanding 21 gram untuk wanita berusia 50 tahun ke atas,” katanya.

Dalam pada itu, Mary berkata, untuk mendapatkan serat yang cukup dan seimbang dalam pelan pemakanan harian, ia sebenarnya amat mudah jika masyarakat tahu mengenai kandungan sesuatu makanan.

“Memilih makanan seperti roti gandum penuh, buah-buahan kering, oat, beras perang, bijirin gandum penuh, buah-buahan segar bersama kulit, makanan berasaskan kekacang serta sayuran mampu memberi jumlah serat diperlukan badan terutama dengan pengambilan lima hidangan sayuran dan buah-buahan sehari.

“Berdasarkan data yang diperoleh daripada Kajian Kesihatan dan Pemeriksaan Kebangsaan (NHANES), 1999 hingga 2002, didapati individu yang mengambil makanan kekacang dalam menu harian mereka mempunyai berat badan berkurangan serta pengecilan saiz ukuran pinggang berbanding mereka yang tidak mengambil hidangan berkenaan,” katanya.

>Info

Setengah cawan kekacang mengandungi:

# Folat – Mengurangkan risiko kecacatan ketika kelahiran dan melambatkan proses penuaan.

# Mangan – Menguatkan tulang serta metabolisme protein, lemak dan karbohidrat.

# Magnesium – Membina tulang serta menstabilkan tekanan darah yang penting untuk jantung.

# Zat besi – Membawa oksigen ke dalam darah.

# Selenium – Mengatur fungsi tiroid serta menghalang kerosakan sel akibat proses pengoksidaan.

# Zink – Membantu sistem pertahanan, sintesis DNA serta mengekalkan deria rasa dan deria bau.

# Serat – Serat larut mampu membantu mengurangkan tahap kolesterol dan mengekalkan keseimbangan bakteria baik.

# Protein – Membantu fungsi badan dalam proses tumbesaran.

# Tembaga – Kunci untuk penyerapan zat besi dan membantu menentang radikal bebas yang menyebabkan kerosakan sel.

# Potasium – Mengawal tekanan darah.

# Karbohidrat – Kanji kompleks yang bagus untuk tenaga dan mempunyai fungsi penting dalam pengurusan berat badan.

# Kalsium – Membina tulang, baik untuk kanak-kanak dan mengurangkan tulang daripada mengecil.

http://www.soymilkquick.com/assets/images/articles/nuts/mixed_nuts.jpg

Kardiovaskular


Kecergasan kardiovaskular berkaitan dengan daya tahan kardiovaskular, kecergasan respiratori, kecergasan aerobik. Semua ini merupakan aspek kecergasan terpenting. Asas kepada sebarang aktiviti fizikal juga faktor utama yang boleh mengurangkan risiko individu dari penyakit kardiovaskular. Contohnya seperti penyakit jantung, penyakit hipokinetik, penyakit lain dan kematian awal. Kardiovaskular cergas meningkatkan kebolehan melakukan sebarang tugas. Komponen dalam kardiovaskular terdiri daripada jantung, paru-paru, salur darah, darah dan otot. Daya Tahan Kardiovaskular

Fungsi Sistem Kardiovaskular
Penghantar
Menghantar oksigen dan nutrient ke setiap sel di dalam badan melalui darah yang dipam oleh jantung.
Pengeluar
Mengeluarkan karbon dioksida dan sisa hasil metabolism daripada setiap sel dalam badan
Pengangkut
Mengangkut hormone dari kelenjar endokrin ke sel-sel sasaran melalui plasma darah.
Pengekal
Membantu mengekalkan suhu dalam badan.
Penghalang
Menghalang dehidrasi dan infeksi dengan mengekalkan tahap cecair pada kadar yang sesuai.
Sistem Peredaran Darah
1. Sistem Peredaran Pulmonari
2. Sistem Peredaran Sistemik



Sabtu, 10 April 2010

Luahan hatiku..Kenapa HPA?


Bismillahirrahmanirrahim.....

Tahun ini mudahan tahun terakhir berada di bumi anbiya' mesir. Alhamdulilah banyak kisah yang telah dilalui, suka dan duka kehidupan bersama sahabat2 sepengajian, dan yang lebih bermakna kenangan hidup bersama abang dan anak-anak disini. Abang hanya menunggu sambil menangguhkan dua baki madah yang terakhir Al-quran tahun 3&4. Dah hampir 3 tahun abang menangguhkannya. Semuanya kerana ingin melihat aku jg naik ke puncak, terima kasih abang.

Septermber 2002 telah menghantar kami kesini...Ke perlembahan nil. Februari 2005, aku dan abang diijabkabulkan. Alhamdulilah...Segalanya milik Allah. 2006 / 29 april along Handzolah hadir sebagai penyeri hidup kami yg pertama. 2007/ 24 April adik habib pula menambah seri. 2009/ 25 Mac adik Raihanah hanya datang untuk menanti kami di alam baqa' sana. Seketika dunia kami agak sepi dengan kehilangannya. Begitulah aturan yg telah Allah ciptakan untuk kami. Segalanya telah tercatat di lauhilmahfuz-Nya. Tidak mampu kami mengubahnya, walau dengan segunung permintaan. Adakah Allah zalimi kami dengan itu. Pastinya tidak, kehilangan dan kematian juga adalah satu rahmat sebenarnya. Kerana segala yang ada diatas muka bumi ini adalah milik Allah yang maha Esa. Keagungan-Nya yang maha tinggi..

REZEKI...

Ramai juga yang bertanya, terutamanya kaum keluarga dan sahabat handai yang berada ditanah air. " Kahwin sana perbelanjaan hidup sapa tanggung?". Ada jugak yang tanya " Boleh ke nak hidup tu?". Kalau mak pulak selalu tanya, " cukup duit dop tu?", mak tak dop duit banyak doh mi nak beri ke mu". " mana ada org bagi tu lah hok mak ada, dop banyak wat lepas duit dapur". Itu luahan hati mak..Sayu rasanya....Dalam hati ttp berdoa Ya Allah panjangkan lah umur ibuku..Berikan lah aku sedikit ruang dan masa untukku berbakti padanya....walau pun mak kata macam tu. Kadang tetap ada duit yang mak kirimkan untuk kami. Sungguh mulianya hatimu seorang ibu...Langsung tidak mampu kubalas dengan jutaan ringgit. Bila ku luahkan pada mak bilalah giliran emi pulak bantu mak.. Mak akan balas...Mak tak minta duit banyak mi, kalau nanti ada duit mak tumpang sikit ngn mu, mak dop larat doh nak wat kerja". Berjuraian juga air mata ku bila mak kata begitu. Mak tak layak meminta, tapi mak layak mendapat yang sebaiknya dari kami sebagai anak. Mudahan aku tak lupa ini.

Alhamdulilah, dengan bantuan zakat setahun sekali, kami pusing lah buat niaga kecil-kecilan. Buat kicap, buat sos, buat budu, buat mee, buat keow teow, buat biskut raya time raya....Kebanyakannya adalah air tangan abang. Abang cukup berkorban untuk kami. Yerlah sementalah aku yg kena berkepit dengan kitab setiap tahun. Kadang rasa jgk cam nak balik jer..Tapi sokongan dari abang berikan aku semangat untuk menghabiskannya, alhamdulilah tahun ini tahun akhir. Mudahan aku dapat menghabiskannya walau beban madah yang banyak tahun ni. Bila tgk biey dan tieyah, Pehah dan Najwa aku jadi semangat untuk menghadapinya. Yang selebihnya ku bertawakkal kepada Allah..."فاذا عزمت فتوكل لى ا لله".


PLANNING KEWANGAN
Pada awal tahun 2008 ada sahabat kami yang telah pulang ke Malaysia, juga telah berumahtangga. Mereka suami isteri mmg antara kenalan yang rapat dengan kami. Sebelum ini kami pernah berceloteh bersama, kami xnak terikat dengan kerajaan jika balik dan bekerja nanti. Kami nak terus berbisnes...Pengalaman berbisnes di sini cukup menyeronokkan. walau untung hanya untuk lepaskan sewa rumah, tapi kami berpuas hati kerana kami bebas. Kak Sah dan ustaz Che Mat...merekalah orangnya. Mereka sertai perjuangan HPA. HERBA PENAWAR AL-WAHIDA. Dalam masa dua tahun mereka berjaya memintas kedudukan orang-orang lama dalam HPA. Bukan itu sahaja ustaz Che Mat dianugerahkan PJS (Pengarah Jati Setia). Orang yang mendapat kepercayaan terus dari syarikat untuk membawa visi dan misi syarikat kemana saja mereka diminta dan kemana saja mereka pergi.

Ustaz Che Mat Syukri datang semula tahun ini ke mesir. Menyambung baki pengajian nya yang hanya tinggal 3 kertas lagi. Kami mengambil peluang ini untuk bertalaqi bersungguh-sungguh dengannya dalam ilmu keusahawanan HPA. Alhamdulilah kami dapat memahami nya dalam tempoh tiga hari tiga malam. Bukan mudah nak jadi usahawan. Itu baru asas. Belum lagi masuk ke bab yang lebih tinggi. Terima kasih banyak kepada Al-alkh. Bila dah faham kami mula merasakan kefahaman ini perlu kita sebarkan kepada sahabat-sahabat dimesir ini. Sebuah Perjuangan ekonomi Islam!!


TINDAK BALAS

Ustaz Che Mat bertungkus lumus merancang dan abang membantu perancangan itu..Perancangan Penubuhan sebuah komuniti HPA diperingkat Kaherah. Kami mula mengumpulkan beberapa sahabat yang telah menjadi ahli HPA yang bertaburan di bumi kaherah ini. Dari pelbagai jaringan, kami cuba untuk satukan untuk membentuk sebuah komuniti yang seterusnya akan membantu kepada penubuhan cawangan HPA di bumi Mesir. PJS mempunyai kuasa untuk berhubung dengan GM dan PU. (General Manager dan Pengarah Urusan)...Ini lah kemudahannya.. Alhamdulilah februari/2/2010 Komuniti HPA Kaherah yang diasaskan oleh PJS Che Mat Syukri b Khalid tertubuh dengan Rasminya. Komuniti yang tertubuh diatas suara dan tenaga sukarela dari sahabat-sahabat di kaherah yang memahami perjuangan HPA. Kami berpakat untuk menghimpunkan kewangan peribadi kami untuk menghidupkan perjalanan komuniti ini. Dan bagi pihak aku dan abang kami telah rela untuk infakkan rumah kami sebagai ruang pejabat sementara untuk gerak kerja kumpulan kecil ini.


CABARAN

Alhamdulilah sehingga hari ini tiada cabaran berat yang kami lalui. Cuma hanya dengan sedikit pandangan dan desas-desus pro n kontranya penubuhan Komuniti HPA Kaherah. Ada suara yang amat2 setuju dan sokong..Ada suara yang sibuk dengan pendapatnya, MLM S HPA pecah belahkan student mesir, akan berlaku perebutan Ahli dan sbg nya...Dimanakah berlakunya perebutan jika penerangan didengar dan difahami dengan Jelas? Ada pula hujjah " Makanan syubhah sunat tinggal" bila didakwah untuk sama2 perjuangkan produk Muslim....Syubhah telah jelas hukumnya perlu ditinggalkan kerana dibimbangi jatuh kepada yang HARAM. Berbeza dengan perkara makruh ianya sunat ditinggalkan..adapun syubhah amat digalakkan tinggal dan lebih tepat wajibkan diri menolak syubhah sebagai tanda menjaga iman dan taqwa kepada ALLAH.

Ujian yang terpaksa kami hadapi dengan segelintir kecil pelajar Al-Azhar..Tapi, syukur alhamdulilah hanya sebilangan kecil sahaja. Ramainya menyokong Perjuangan ini. Perjuangan untuk mengembalikan keizzahan Ekonomi Islam kembali ke tangan ummat Islam. ameen...


Mereka telah berjaya...Tanpa ada penipuan..Jelas segalanya HALALAN TOYYIBA..

Anda bila lagi??

Pelancaran Dua Blog Baru...

Bismillahirrahmanirrahim...

Hari ini nak buat pelancaran dua blog baru yang dah lama wujud, tapi kerana ianya maya maka agak kurang tetamu. Jadi untuk mengajak sahabat-sahabat yang rasa free-free tu boleh lah singgah. Kata orang "banyak membaca luas pengalaman"..."Julang Thaqafah Pasakkan Thabat" kata HEWI PMRAM, tahun bila ek..dah ingat2 lupa hehe...


Iftitah....

Bismillahirrahmanirrahim... Al-Fatihah..




(www.myhpagarden.blogspot.com)





Blog 2

selamat datang | Along n Habib blog



(http://alongnhabib.blogspot.com)

Dengan ini terasmilah blog dua blog dibawah seliaan ummi.. huhu.

Ahlan wa sahlan buat semua yg bakal datang tinggalkan jejak anda dengan memfollow. Insyaallah kunjungan balas akan dibuat.



Rabu, 7 April 2010

MENGAPA KAUM YAHUDI BIJAK PANDAI

Oleh : Dr. Stephen Carr Leon

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”.

Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano serta membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jemu beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan kurma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. Menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.


Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa mengantuk dan lemah serta payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah tabiat terpencil, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali-kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dan merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genetik, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yang cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yang mendalami bidang genetik dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah syarikat YAHUDI……)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California , ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yang diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.


Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid-murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupun kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institusi tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yang di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktikkanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $USD 1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yang mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang-orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell computer, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan Dewan Perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yang bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yang elok dan berhasiat yang baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yang tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan generasi yang dungu dan sudah tentu genetik bodoh akan mengikut ke generasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu terpencil dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!

Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi dungu, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$.70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri...

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yang ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan generasi yang bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esei sepanjang 5 mukasurat penuh. Eseinya hanyalah mengenai, Mengapa saya gemarkan tomato!

Selamat sejahtera dan semoga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Ummuuwaishandzolah: kalau kita orang Islam banyak membaca alquran dan bertahajjud.

Ahad, 4 April 2010

kain tudung corak petak kecil dari mesir..

Tokey Kedai yg murah hati

peanut butter n kuning lembut

Hitam n kuning lembut

Merah jambu n Ungu Lembut
Ungu n pink

Hitam, pink, kuning, ungu n peanut butter [tiada dlm gambar: Biru, coklat lembut]

Bismillah..

Hari yg penuh ceria alhamdulilah... Sambil along n habib main, ummi update blog. Seme dah kekenyangan ngn tokmiah bilbaid..Yum2...Makanan mesir yg best. Isy n to'miah. Tq Abi coz menaja makan malam kami malam ini..hm...

Apa nak citer agi

Actually nak buat promosi tudung baru ni. Ramai jgk yg berminat ngn tudung ni, warna lembut, kosong tanpa bunga bagi yg suka fesyen tanpa bunga. Biasa nya muslimah bertudung labuh sukakannya.

Ciri-ciri kain:

  1. Lembut
  2. Berpetak kecil
  3. Pelbagai variasi warna lembut
  4. Lebar kain 1 m 1/2
  5. Sesuai digayakan dengan semua jenis pakaian
  6. Sesuai dipakai ke pejabat
Untuk yg tinggal dimesir boleh dapatkan kain di rumah kami, imarah 36, madkhal alif, gamek.asyir.

harga: LE 20

Yang di Malaysia berminat boleh tempah..Ada wakil dimalaysia..insyaallah...

Ustazah Hanisah bt Zakaria [ Kak Sah]
+2019 2115842

-Ustaz Che Mat Syukri b Khlalid
+2019 9786339

10569,Kg Batin,Seberang Takir,21300 Kuala Terengganu , Terengganu Darul Iman.

09 6624143

YM : assyukrie_322

YM : afaf_ayuni05


E- Mail :
syukriekhalid@yahoo.com
afaf_ayuni05@yahoo.com


Jumaat, 2 April 2010

Vaksin oral rotarix dicemari vaksin babi

Oleh SM Mohamed Idris
Presiden, Persatuan Pengguna Pulau Pinang


Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) amat terkejut dengan sikap mendiamkan diri oleh Kementerian Kesihatan dan GlaxoSmithKline Malaysia (GSK) berhubung meluasnya pencemaran Rotarix, vaksin oral GSK yang diberikan kepada bayi berusia kurang daripada 12 bulan untuk mencegah rotavirus yang boleh menyebabkan gastroenteritis yang membawa kepada muntah, cirit birit dan demam.

Kelompok Rotarix di seluruh dunia telah tercemar dengan bahan genetik daripada porcine circovirus jenis 1 (PCV1) – virus yang biasanya ditemui dalam babi.

Rotavirus adalah genus virus RNA dalam keluarga Reoviridae.

Ia merupakan penyebab utama cirit birit yang teruk dalam kalangan bayi dan kanak-kanak dan merupakan salah satu daripada beberapa virus yang menyebabkan Rotavirus gastroenteritis, penyakit sederhana hingga ke peringkat yang teruk dengan ciri-ciri muntah, cirit birit berair, demam dan biasanya dikenali sebagai stomach flu, ia tidak mempunyai kaitan dengan selesema.

Menjelang usia lima tahun, hampir setiap kanak-kanak di dunia ini dijangkiti dengan rotavirus sekurang-kurangnya sekali.

Bagaimanapun, dengan setiap jangkitan, imuniti akan berkembang dan jangkitan seterusnya akan menjadi kurang teruk dan orang dewasa jarang terjejas.

Terdapat tujuh spesies virus ini yang dirujuk sebagai A, B, C, D, E, F dan G, kesemuanya juga menyebabkan penyakit terhadap binatang lain. Rotavirus A, yang paling biasa menyebabkan lebih daripada 90 peratus daripada jangkitan pada manusia.

Vaksin rotavirus seperti GSK Rotarix sepatutnya untuk melindungi kanak-kanak daripada rotavirus.

Laporan media menjelaskan Rotarix diperbuat daripada rotavirus manusia yang lemah yang dibesarkan di dalam sel hidup.

GSK menggunakan sel buah pinggang monyet untuk tujuan ini.

Menurut Dr Margaret Hamburg, Pesuruhjaya Pentadbiran Makanan dan Ubatan Amerika Syarikat (FDA), cebisan DNA PCV1 ditemui dalam bank sel Glaxo, bermakna ia hadir daripada perkembangan awal vaksin yang pada hakikatnya vaksin sepatutnya hendaklah disteril (bersih dari kuman).

Kemungkinan besar GSK tidak menyedari sesuatu yang janggal ini dalam vaksin mereka lama sebelum 2006 apabila mereka menjalankan ujian klinikal ke atas Rotarix untuk kanak-kanak.

Kami mempersoalkan kenapa GSK tidak membuat sebarang usaha untuk mengasingkan dan memusnahkan virus ganas PCV1 dalam pelbagai bahan genetik yang diperlukan untuk menghasilkan vaksin apabila ia boleh dilihat dengan jelas oleh saintis jika keselamatan diutamakan.

Amat mengejutkan sekali apabila GSK membenarkan keadaan berbahaya untuk berterusan sehingga beberapa tahun sehingga ia muncul sebagai pencemar untuk vaksin bagi kanak-kanak semuda seusia enam minggu.

Pada hakikatnya, GSK hanya melaporkan penemuannya sendiri berhubung kehadiran PCV1 dalam Rotarix kepada FDA pada 15 Mac, berdasarkan kepada kerja yang pada asalnya dilakukan oleh pasukan penyelidik akademik.

Diikuti oleh ujian susulan yang dijalankan bersama oleh GSK dan FDA mengesahkan penemuan pasukan itu dan mengesahkan komponen viral terdapat sejak peringkat awal perkembangan vaksin termasuk sewaktu ujian klinikal.

Terdapat dakwaan bahawa tiada bukti bahawa terdapat risiko kepada pesakit yang menerima vaksin ini, bagaimanapun FDA pada 22 Mac memutuskan untuk berhati-hati dan mengeluarkan amaran kepada pakar kanak-kanak di seluruh negara di Amerika Syarikat untuk menghentikan memberikan Rotarix kepada pesakit mereka sementara menunggu siasatan yang dijangkakan berakhir dalam masa enam minggu.

Pihak FDA juga mengakui sehingga kini virus babi yang khusus ini bukanlah satu-satunya yang mereka fikirkan pembuat vaksin perlu untuk memeriksa produk mereka.

Pada hari ini (27 Mac), Kementerian Kesihatan Emiriyiah Arab Bersatu (UAE) telah mengambil isyarat daripada FDA dan telah mengarahkan pergantungan segera pengimportan, pengedaran dan penjualan Rotarix dan pengharaman sementara penggunaannya untuk kanak-kanak.

Jordan melalui Pentadbiran Makanan dan Ubatan juga telah menerima pakai pendirian FDA dengan menggantung semua preskripsi Rotarix memandangkan mereka bimbangkan risiko kesan sampingan yang tidak diketahui daripada PCV1.

Lembaga Sains Kesihatan Singapura (HSA) telah meminta doktor menangguhkan vaksinasi Rotarix atau menggunakan alternatif sementara HAS bekerjasama dengan GSK untuk menentukan jika sebarang kelompok vaksin Rotarix telah tercemar.

Dalam satu kenyataan, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggesa negara yang menggunakan Rotarix supaya “berhati-hati mempertimbangkan manfaatnya untuk terus menggunakannya dalam sebarang keputusan.

Sementara itu, Pengarah Klinikal R & D dan Hal Ehwal Perubatan GSK Malaysia dan Singapura, Dr Teoh Yee Leong, berkata pembuat ubat itu memberikan jaminan kepada HAS bahawa mereka akan “terus berkongsi maklumat dengan HAS apabila ia diperolehi”, kerjasama yang sama seperti itu dilihat tidak dihulurkan kepada pihak Kementerian Kesihatan kita.

Berdasarkan kepada sikap berdiam diri Lembaga Kawalan Ubatan (DCA) Kementerian Kesihatan berhubung perkara ini, ia dilihat GSK mempunyai alasan enggan untuk mendedahkan sebarang maklumat berhubung isu kritikal ini kepada Kementerian Kesihatan walaupun sudah 12 hari sejak perkara ini dilaporkan kepada USFDA.

Sementara amat bekerjasama dengan HSA Singapura, GSK Malaysia dilihat menyokong sepenuhnya di sebalik Kementerian Kesihatan yang secara terbuka menyarankan penggunaan Rotarix di Malaysia. Kami bimbang jika ini kesnya yang sebenar atau rakyat dibiarkan dalam keadaan tidak mengetahui apa-apa.

Dalam sebuah negara yang mempunyai rakyat beragama Islam sebagai majoriti seperti negara kita, amat difahami bahawa isu seperti ini boleh menjadi sesuatu yang sensitif, terutama sekali memandangkan vaksin itu tercemar daripada virus yang berasal daripada babi.

Sepertimana yang kita semua tahu, pengambilan babi adalah 'haram' atau dilarang kepada orang Islam. Salah satu rasional saintifik kenapa babi dikategorikan sedemikian oleh Islam memandangkan kepada kehadiran sejenis parasit seperti Taenia solium (pork tapeworm) dan Trichinella spiralis (trichina worm) dan mikroorganisma seperti procine circovirus jenis 1 yang tidak diragui lagi berbahaya kepada kesihatan manusia.

Sebab itulah Rotarix yang tercemar dengan PCV1 tidak dapat diterima oleh orang Islam tetapi Kementerian Kesihatan mempunyai tanggungjawab bukan hanya kepada orang Islam tetapi juga kepada semua rakyat yang beragama lain di negara ini untuk menjelaskan situasi serta mengambil langkah segera untuk menarik balik dan menganalisis kelompok Rotarix yang sedia ada itu tercemar dan mengumumkan amaran di seluruh negara serta menggantung vaksin itu sehingga ia terbukti selamat.

Kerajaan UAE dan Jordan di mana Islam merupakan majoriti dan agama rasmi telah menjadi contoh dalam tindak balas mereka yang proaktif dan segera terhadap ancaman pencemaran Rotarix.

Mereka telah menunjukkan keprihatinan dan tanggungjawab kepada warganegara mereka memandangkan kepada keadaan ancaman iaitu membahayakan kesihatan serta mempunyai kaitan dengan agama dan mereka telah mengumumkan keputusan mereka untuk khalayak ramai.

Sama ada GSK Malaysia telah memberikan amaran atau tidak kepada Kementerian Kesihatan, kami mempersoalkan kenapa Kementerian Kesihatan masih belum mengisytiharkan amaran ke seluruh negara dan menggantung vaksin Rotarix sekarang dan menjalankan ujian keselamatan yang ketat ke atas kelompok Rotarix yang sedia ada.

Apakah yang telah dilakukan oleh Kementerian Kesihatan untuk memberitahu dan menyakinkan rakyat terhadap keselamatan anak-anak mereka?

Apakah yang menghalang Kementerian Kesihatan daripada menjalankan tugas dan tanggungjawab kepada rakyat? Rakyat mempunyai hak untuk mengetahui jika kepercayaan agama dan kesihatan mereka mungkin dikompromikan.

CAP menggesa Kementerian Kesihatan supaya mengumumkan dengan segera kepada rakyat berhubung dengan situasi pencemaran Rotarix di negara ini dan langkah yang diambil untuk mengawal keadaan.

Penulis adalah presiden, Persatuan Pengguna Pulau Pinang dan boleh dihubungi pada no telefon: 04 8299511, faks: 04 8288109 dan emel idris_md@streamyx.com