Sabtu, 10 April 2010

Luahan hatiku..Kenapa HPA?


Bismillahirrahmanirrahim.....

Tahun ini mudahan tahun terakhir berada di bumi anbiya' mesir. Alhamdulilah banyak kisah yang telah dilalui, suka dan duka kehidupan bersama sahabat2 sepengajian, dan yang lebih bermakna kenangan hidup bersama abang dan anak-anak disini. Abang hanya menunggu sambil menangguhkan dua baki madah yang terakhir Al-quran tahun 3&4. Dah hampir 3 tahun abang menangguhkannya. Semuanya kerana ingin melihat aku jg naik ke puncak, terima kasih abang.

Septermber 2002 telah menghantar kami kesini...Ke perlembahan nil. Februari 2005, aku dan abang diijabkabulkan. Alhamdulilah...Segalanya milik Allah. 2006 / 29 april along Handzolah hadir sebagai penyeri hidup kami yg pertama. 2007/ 24 April adik habib pula menambah seri. 2009/ 25 Mac adik Raihanah hanya datang untuk menanti kami di alam baqa' sana. Seketika dunia kami agak sepi dengan kehilangannya. Begitulah aturan yg telah Allah ciptakan untuk kami. Segalanya telah tercatat di lauhilmahfuz-Nya. Tidak mampu kami mengubahnya, walau dengan segunung permintaan. Adakah Allah zalimi kami dengan itu. Pastinya tidak, kehilangan dan kematian juga adalah satu rahmat sebenarnya. Kerana segala yang ada diatas muka bumi ini adalah milik Allah yang maha Esa. Keagungan-Nya yang maha tinggi..

REZEKI...

Ramai juga yang bertanya, terutamanya kaum keluarga dan sahabat handai yang berada ditanah air. " Kahwin sana perbelanjaan hidup sapa tanggung?". Ada jugak yang tanya " Boleh ke nak hidup tu?". Kalau mak pulak selalu tanya, " cukup duit dop tu?", mak tak dop duit banyak doh mi nak beri ke mu". " mana ada org bagi tu lah hok mak ada, dop banyak wat lepas duit dapur". Itu luahan hati mak..Sayu rasanya....Dalam hati ttp berdoa Ya Allah panjangkan lah umur ibuku..Berikan lah aku sedikit ruang dan masa untukku berbakti padanya....walau pun mak kata macam tu. Kadang tetap ada duit yang mak kirimkan untuk kami. Sungguh mulianya hatimu seorang ibu...Langsung tidak mampu kubalas dengan jutaan ringgit. Bila ku luahkan pada mak bilalah giliran emi pulak bantu mak.. Mak akan balas...Mak tak minta duit banyak mi, kalau nanti ada duit mak tumpang sikit ngn mu, mak dop larat doh nak wat kerja". Berjuraian juga air mata ku bila mak kata begitu. Mak tak layak meminta, tapi mak layak mendapat yang sebaiknya dari kami sebagai anak. Mudahan aku tak lupa ini.

Alhamdulilah, dengan bantuan zakat setahun sekali, kami pusing lah buat niaga kecil-kecilan. Buat kicap, buat sos, buat budu, buat mee, buat keow teow, buat biskut raya time raya....Kebanyakannya adalah air tangan abang. Abang cukup berkorban untuk kami. Yerlah sementalah aku yg kena berkepit dengan kitab setiap tahun. Kadang rasa jgk cam nak balik jer..Tapi sokongan dari abang berikan aku semangat untuk menghabiskannya, alhamdulilah tahun ini tahun akhir. Mudahan aku dapat menghabiskannya walau beban madah yang banyak tahun ni. Bila tgk biey dan tieyah, Pehah dan Najwa aku jadi semangat untuk menghadapinya. Yang selebihnya ku bertawakkal kepada Allah..."فاذا عزمت فتوكل لى ا لله".


PLANNING KEWANGAN
Pada awal tahun 2008 ada sahabat kami yang telah pulang ke Malaysia, juga telah berumahtangga. Mereka suami isteri mmg antara kenalan yang rapat dengan kami. Sebelum ini kami pernah berceloteh bersama, kami xnak terikat dengan kerajaan jika balik dan bekerja nanti. Kami nak terus berbisnes...Pengalaman berbisnes di sini cukup menyeronokkan. walau untung hanya untuk lepaskan sewa rumah, tapi kami berpuas hati kerana kami bebas. Kak Sah dan ustaz Che Mat...merekalah orangnya. Mereka sertai perjuangan HPA. HERBA PENAWAR AL-WAHIDA. Dalam masa dua tahun mereka berjaya memintas kedudukan orang-orang lama dalam HPA. Bukan itu sahaja ustaz Che Mat dianugerahkan PJS (Pengarah Jati Setia). Orang yang mendapat kepercayaan terus dari syarikat untuk membawa visi dan misi syarikat kemana saja mereka diminta dan kemana saja mereka pergi.

Ustaz Che Mat Syukri datang semula tahun ini ke mesir. Menyambung baki pengajian nya yang hanya tinggal 3 kertas lagi. Kami mengambil peluang ini untuk bertalaqi bersungguh-sungguh dengannya dalam ilmu keusahawanan HPA. Alhamdulilah kami dapat memahami nya dalam tempoh tiga hari tiga malam. Bukan mudah nak jadi usahawan. Itu baru asas. Belum lagi masuk ke bab yang lebih tinggi. Terima kasih banyak kepada Al-alkh. Bila dah faham kami mula merasakan kefahaman ini perlu kita sebarkan kepada sahabat-sahabat dimesir ini. Sebuah Perjuangan ekonomi Islam!!


TINDAK BALAS

Ustaz Che Mat bertungkus lumus merancang dan abang membantu perancangan itu..Perancangan Penubuhan sebuah komuniti HPA diperingkat Kaherah. Kami mula mengumpulkan beberapa sahabat yang telah menjadi ahli HPA yang bertaburan di bumi kaherah ini. Dari pelbagai jaringan, kami cuba untuk satukan untuk membentuk sebuah komuniti yang seterusnya akan membantu kepada penubuhan cawangan HPA di bumi Mesir. PJS mempunyai kuasa untuk berhubung dengan GM dan PU. (General Manager dan Pengarah Urusan)...Ini lah kemudahannya.. Alhamdulilah februari/2/2010 Komuniti HPA Kaherah yang diasaskan oleh PJS Che Mat Syukri b Khalid tertubuh dengan Rasminya. Komuniti yang tertubuh diatas suara dan tenaga sukarela dari sahabat-sahabat di kaherah yang memahami perjuangan HPA. Kami berpakat untuk menghimpunkan kewangan peribadi kami untuk menghidupkan perjalanan komuniti ini. Dan bagi pihak aku dan abang kami telah rela untuk infakkan rumah kami sebagai ruang pejabat sementara untuk gerak kerja kumpulan kecil ini.


CABARAN

Alhamdulilah sehingga hari ini tiada cabaran berat yang kami lalui. Cuma hanya dengan sedikit pandangan dan desas-desus pro n kontranya penubuhan Komuniti HPA Kaherah. Ada suara yang amat2 setuju dan sokong..Ada suara yang sibuk dengan pendapatnya, MLM S HPA pecah belahkan student mesir, akan berlaku perebutan Ahli dan sbg nya...Dimanakah berlakunya perebutan jika penerangan didengar dan difahami dengan Jelas? Ada pula hujjah " Makanan syubhah sunat tinggal" bila didakwah untuk sama2 perjuangkan produk Muslim....Syubhah telah jelas hukumnya perlu ditinggalkan kerana dibimbangi jatuh kepada yang HARAM. Berbeza dengan perkara makruh ianya sunat ditinggalkan..adapun syubhah amat digalakkan tinggal dan lebih tepat wajibkan diri menolak syubhah sebagai tanda menjaga iman dan taqwa kepada ALLAH.

Ujian yang terpaksa kami hadapi dengan segelintir kecil pelajar Al-Azhar..Tapi, syukur alhamdulilah hanya sebilangan kecil sahaja. Ramainya menyokong Perjuangan ini. Perjuangan untuk mengembalikan keizzahan Ekonomi Islam kembali ke tangan ummat Islam. ameen...


Mereka telah berjaya...Tanpa ada penipuan..Jelas segalanya HALALAN TOYYIBA..

Anda bila lagi??

1 ulasan:

  1. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    pengkhususan Syarikat.
    1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
    2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.

    BalasPadam

Terima kasih untuk komentar anda, saya amat menghargainya.

Taman Tasik KualaNerus..

Masjid Taman Tasik Kuala Nerus view dari jambatan turun tepi tasik Cantik Pandangan Atas masjid..Dah macam Biskut nampaknya..