Ahad, 23 Ogos 2009

Syukur ku Ya Allah..

Alhamdulilah..Alhamdulilah..Alhamdulilah..

Sudah masuk hari yang ketiga dalam madrasah Ramadhan kali ini. Muhasabah diri... masih terlalu sedikit yg mampu ku kumpulkan didalamnya. Terlalu sedikit lagi ibadah yg berjaya ku lakukan. Namun ku tetap bermohon kepada Mu ya Allah agar memberikan aku ruang untuk terus mengumpulkan sebanyaknya kebaikan, pemberat neraca timbangan di madrasah Ramadhan ini.

"Tuhan kurniakanlah Cintaku kepadaMu"

"Tuhan kurniakanlah Rinduku kepadaMu"

"Tapi ku tahu syukurku hanyalah milikMu 

Alhamdulilah Ramadhan kali ini amat berbeza dari tahun sebelum2 nya. Kalau sebelum ini ku sering berpuasa dgn sikecil dirahimku. Kali ini hanya sendirian cuma. Bermula dari 2005 sikecil Uwais Handzolah bertapak dirahimku, tahun selepasnya sikecil Waiz Habibullah pula. Setahun selepas itu ku keletihan kerana menyusukan kedua2 nya. Namun alhamdulilah dapat juga ku lepasi hari2 Ramadhan itu tanpa keciciran. 2008 sikecil Raihanah (allahyarhamah) berada dikandungan ku. Alhamdulilah ini lah anugerah ilahi yang Maha hebat. 

Si kecil ku Raihanah adalah bayi yang amat bertuah. Dia bidadari syurga..Dia bakal menjadi suri para solihin...Ya Allah betapa ku berbangga dengan anugerah Mu. Walau dihati tercalit rindu tak bertepi untuknya...ku bisikkan kedasar hati, dia sedang berbahagia nun jauh dari kesusahan hidup dunia. Ya, hanya itulah pengubat rindu ku padanya...SayangKu Raihanah!!

Raihanah dalam dukungan abi..Menunggu saat untuk disolatkan


Solat jenazah dalam majlis muktamar PMRAM

Ku Kandungkan Puteri Syurga.. 


Kenangan bersama puteri yang kucintai walau hanya sempat bermain  
dengannya terlalu singkat, seusia dia bertapak dirahimku sehingga hari  
kelahirannya.  


Puteri yang kunamakan Raihanah..Satu Ilham dari sebuah mimpi..Nama yang 

cukup indah dan cukup tenang untukmu sayang...Benar dikau kini menjadi  

sebahagian dari bunga syurga..Ya Allah..Walau hatiku kekadang terlalu  

merinduinya..Tapi ku akur dia milikMu..Raihanah ku bakal menjadi  

perawan syurga. Terlalu istimewa dirimu sayang diciptakan kemudian  

terpilih untuk ke Syurga. 
Alhamdulilah..Ummi bersyukur amat  

sayang..dengan anugerah Allah untukmu mana mungkin ummi mampu untuk  

menghalang ketentuanNya..
DIA telah merencanakanNya dengan begitu  
sempurna..
Hanya ummi, cuma Ummi manusia yang cukup naif dan dhoif untuk  
membaca segala perhitunganNya. 

Telah lama ingin ku luahkan luahan hati ini, tapi entah mengapa kulengah-lengahkan. Yang pasti aku terlalu takut untuk melakukannya, takut kalau-kalau ianya hanya membuatkan aku kembali berdukacita mengingatinya..tapi hari ini kuterasa kuat untuk melakukannya.  

YA Allah Jadikanlah puteri Ku Raihanah syafaat untuk kami meraih syurga Mu..YA ALLAH hadirkalah jua untuk kami pengganti puteri-puteri yang akan menyerikan lagi rumahtangga kami di dunia ini..Dan kembali bersatu di syurga mu ya Rabbi..Ku sedar Syurga Mu terlalu mahal untuk kami perolehi dengan amalan yg kami..Kami mohon keredhaan Mu semata Ya Allah kerana tiada lagi pembantu yg sebenar2 pembantu hanya zat Mu yang Maha Agung Ya Rabbal Alameen..Ighfir Zunubana Ya Allah..Irhamna Ya Allah..


Rabu, 19 Ogos 2009

Hari yang tak Bertuah..


Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulilah diberi sedikit ruang mengupdate blog yg kusayang ini..Hari ini aku n abang ke abbas aqqad untuk dapatkan cop visa passport.Bertolak dari rumah sekitar jam 8 pagi. Mintak tolong ngn acik Mizah n Acik Asiah tengokkan along n habib. Malam tadi lepas balik dari asrama lambat pulak along n habib tidur. Puas memujuk macam2 alasannya nak kek lah, nak itu n ini...akhirnya pukul 2.00 pagi baru lah terlena dua2nya. So, ummi pun bangunlah ngn abi prepare breakfast untuk tinggal esoknyer(hari nilah). Alhamdulilah sempatlah buat nasi beriani n ayam masak kurma n sebiji kek. Sebab tdi dah janji ngn along nak buat kek. Siaplah sebiji kek yyg comel..hehe..snap pic kek dah separuh makan dah..Habib dah korek seme decor yg ada kat atas kek ni..huhu..

Lepas subuh baru tidur sampai kul 8 acik2 dtg..so kami siap2 turun ngn konfidennya dpt cop tu ari ni. Samapai jawazat alohai ramai nyer org. Ada dua akhawat student melayu so tanyalah..cmn-cmn..dia ckp dia dah tulis nama..oo..mcm sblm nilah tulis nama ngn ammu yg uruskan visa2 org2 asing n. Ammu ni ya Allah tua dah sesgtnya tgn pun dah terketar buat kerje. Kesian pun ada geram pun ada. Kat negara kita mmg dah pencen pakcik tu..tp dah bumi ardulkinanah ini tiada usia pencen agaknya bekerja sehingga ke akhir usia..huhu.

Tgh sembang2 pakcik tu kuar cam besalah..pekik2 nama org yg dah siap. Abang cepat2 jer g kat pakcik tu..nak tulis nama kat kertas yg ada kat tgn dia. Heh..dapat lah jwpn yg mmg kami taknak..katanya dah ada 70 org dah stop dah ambik nama. Maknanya kau dtg besoklah yer..ari ni aku cuma nak selesaikan 70 org ni jer..tp tunggu jgk sikit2 agi kut2 lah ada peluang..pakcik tu kuar skali agi pergi lagi dpt jwpn yg sama..Erm..apalagi kami pun kebas2 baju..jom..balik awal lah nampaknya..aduhai...tak bertuahnya hari ini.

Sambil2 jln tu sambil kutuk gak lah sistem tua yg ada kat mesir ni..bila lah agaknya nak maju. Seramai yg kerjekat jawazat ni sorang ajer office boy yg lain office tuk n nenek..yah..eh dah..hatta imta zai kidda..
ok..lah..
Nak Share resepi kek lah..ambik kat laman omputeh unyer resepi 

Resepi Kek Mentega Mudah

Ingredients and cake tin sizes:
Round tin sizes 8 inches 
Square tin sizes 7 inches 
Butter= 150 gm
Tepung =170 gm
Gula =150gm
secubit garam 
Vanilla essence = 1 1/2 tsp
susu 2 sudu besar
Baking powder = 1/2 tsp
Telur = 4 biji



Method: Cara Buat..terjemah sendiri eh..

Preheat oven to 170 degrees Celsius.

Beat butter and sugar till soft and creamy. Add eggs, one at a time, beating well after each addition. Add salt.

In a separate bowl, sift flour, baking powder and salt 3 times. Fold in the sifted ingredients into the creamed mixture alternately with milk, starting and ending with flour.

Finally add in vanilla essence and combine well. Pour batter into a greased and floured cake tin and bake for 35 to 40 minutes until a skewer inserted in the centre of the cake comes out clean.

Remove cake from oven and let it cool completely before decorating it. 

untuk topping lak..Just guna mentega campur gula aising campur creamer. Mix well..Sampai tul2 kembang tambah susu satu sudu besar. Mentega sekitar 150 gm gak. Gula 75 gram.. 3 sudu creamer, satu sudu susu cair(bukhairo). Kalau xder icing sugar ambik gula kastor tu blend halus..Insyaallah jadi gak.
Selamat try kepada yg rajin nak try..hehe



Sabtu, 15 Ogos 2009

EGP 09..johan -aksi along dan habib


Gambar-gambar gelagat si kecil sempena hari merdeka..Generasi yg benar2 merdeka insyaallah..

Ini kakak Hamizah dari Alex datang

Slot panggilan sayang..anak kutip gula2 tu then bagi kat Mak..apalagi..along n habib tangkap 3 biji nyum2..nyum..nyoyong bawak gula 2 tu..tak bagi2 kat ummi last minute baru along kutip n bg ummi..huhu..lambat pulak dia perasan gaya permainan tu.
Pic ni seme along yg snap itu yg kelam semacam tu..tak kuasa ummi nak berebut ngn along dah letih sgt seharian dah ikut abi..cam2 lah ragamnya..dpt kamera baru la reti duk diam sket..ni acik pengerusi minat abis habib kat acik ni tak berenti berkepit ajer.
Actually yg bkenan sgt sbb acik dah layan habib main mic tu yg beria bebenor duk kat tepi acik tu..Imran pun tak lepas peluang talk on mic

Ni style apa lak ni nyorok belakang hadiah huhu..


Tengok acik tgh sembang tumpang 4 kaki

Isnin, 10 Ogos 2009

Egp 09 PMRAM...wah..meriah.

Bismillahhirrahmanirrahim.....

Alhamdulilah...Dapat jgk curi ruang untuk menulis kat blog ni, dah pun jauh mlm dah masuk pagi dah..tetiba mata rasa keras plk td bkn main ngantuk lg tp bila dah tgk ragam habib n along yg dah letih tp still xnak tido aduhai..anak2ku. Lama x mengupdate blog ni sbb server down. Dopleh nok wat paper entry.

Erm..bangun tido dpt satu msg dr acik samihah bgth ari ni ada acara khas untuk anak2 kul 11. Oh nampaknya xder lah peluang nak joint. Lps Zohor abi pulak tel dr bazar bgth acara u anak2 tunda lepas asar. Oh..ada peluang lagi, alhamdulilah. Along awal2 dah ikut abi ke gerai. so, ummi kene lah siapkan si habib yg dah x sabar2 nak kuar. Dah menangis dah sebelum tu sbb kene tinggal ngn abi n along.

Along cam besa lah pujuk adik."along g kejap jer eh..abib duk ngn ummi..katg along balik along bwk kuih u abib eh. Abib duk umah eh..kejap jer along g.." huhu itu nada ngajuk style abi pujuk dia lah kalau abi nak kuar abi selalu jer cakap kat along." erm..along abi nak kuar jap ni, along duk umah jaga ummi,jaga adik neh.." Hii..lepas tu adalah pesanan dari along " abi balik abi beli ka'ka'(coklat), beli tuffah (epal), beli inab (anggur) eh". Abi "ka'ka'(coklat) tak boleh katg rosak gg along, sakit perut lagi, dlm ka'ka' ada babi..xleh makan, makan ummi masak jer eh.." .Adik " Eh...Boleh ah..". Along " dopleh ah ada babi xleh mkan ah dop baik, mkn ummi masak jer ah."

Huhu..ummi just jd pendgr setia n senyum jer lah ngn bualan tiga beranak kdg fikir jugak kasar tak ajar anak guna perkataan babi tu..tp mmg itu dah nama dia dlm bhasa melayu kan cmn nak elak. Guna khinzir cam sopan tp sbnrnya bende yg sama jgk. Atau adakah istilah babi tu ada maksud lain?? yg mnyebabkan menteri kesihatan larang pulak guna perkataan tu knp ye?

Sekarang kami mmg berterus terang dgn anak2 dlm bab halal n haram makanan. Sbb bila dah bc buku CAP tu rasa jd xlalu nak telan aiskrim keluaran nestle yg melambak kat mesir ni. Ya Allah..sme aiskrim ada gelatin dan seme gelatin adalah dari sumber seekor binatang yang bernama 'babi'. So mcm mn kalau anak2 kita, kita biarkan saja mereka tanpa apa2 usaha untuk membanterasnya.

Sentuh sikit isu H1N1

Yer disebalik h1n1 pasti byk hikmah yg tersembunyi. Knp negara kita yg ramai org melayu yg berketurunan Islam terkena juga wabak ini. Cuba cek n periksa ramai mana orang kita yg tidak melaksanakan tuntutan Allah. 'Wanita berpakaian tp telanjang'..Tidak ada langsung syiar Islam u dipraktikkan solat cukup byk yg alpa.

Seorang khatib di mesir apabila berkhutbah ttg perihal h1N1 cepat berkata usahlah kita risau akan wabak ini kerana apabila kita berwudhu' segala nya akan selesai..Ya Allah semudah itu sahaja kalamnya. Yakinkah kita dgn Kalam beliau itu. Bg diriku personally aku cukup bersetuju dgnnya. Jadi langkah pencegahan penyakit waba' ini hanyalah dengan wudhu dan solat. Sayugialah untuk kita beramal dlm suasana sekarang sblm keluar seboleh mungkin berwudhu'lah..dan adalah teramat baik untuk kita solat sunat mohon perlindungan Allah dari bala ini.Begitu juga pulang shaja kerumah terus berwudhu'. Di pertengahan jalan berhenti dan berwuduk bila shj tiba waktu solat singgah istirahat berwuduk lagi..insyaallah terlepas dari wabak ini..sabda Rasulullah saw...La udwa wala Tiyarata...maknanya tidak ada penyakit yg berjangkit melainkan segalanya dengan izin Allah wallahu a'lam.

Kembali ke EGP 09 PMRAM.

Apa sbnrnya egp ni? ha...leh tgk kat board link kat tp tu...Ekspo Gempak PMRAM sempena memperingati sambutan hari kemerdekaan yang telah dicapau oleh negra kita malaysia hampir 52 tahun..erm dah masuk usia emas pun. Adakah bangsa kita benar2 bebas?? tanya diri jawab sendiri still not right!!walau apapun yg kita kenang jgn tunku abdurrahman shj..jgn lupa disebalik satu-satu paparan cerita ramai sungguh pemain di belakangnya menjg dan mengurusakn agar terhasilnya satu cerita yg terbaik. Begitulah juga dgn kemerdekaan negara kita. Tidak akan merdeka hanya dgn usaha tunku Abdurrahman seorang, betapa banyak yg telah gugur syahid, betapa byk darah yg telah mengalir semata2 un melihat agama dan bangsa terbela lihat saja kes natrah.

Betapa ramai para ulama' yg berjuang membangkitkan semangat anak Islam di tanah melayu agar bangkit menentang penjajah, namun amat malang n menyedihkan mereka tidak disebut dan diingati. Semoga kita yg mewarisi perjuangan mereka juga tidak terlupa kan hal ini. Biarlah jasad mereka telah gembur hancur dimamah tanah tp roh dan nadi perjuangan mereka tetap mengalir dan utuh dihati dan jiwa2 kita. Biarkan bahasa tubuh kita menelusuri pejuangan mereka..Merdeka!! Merdeka!!Merdeka!!.

Acara sikecil...Alhamdulilah along n habib boleh johan tak sangka sungguh....pepun terima kasih daun keladi untuk acik2 acara dewan..lain kali masuk leh bagi hadiah lagi. Wah...seronok bkn main along n habib dapat hadiah. Belum turn pun dah g ambik huhu..Tapi sygnya xramai penyertaan dr mutazawwijin dan mutazawwijat..knp ek..mungkin ada yg tk sampai maklumat dan ada pulak yg sibuk dgn pelbagai urusan lebih2 lagi penghujung tahun mcm ni ramai jgk glngn mutazawijat yg kena jd SPR untuk kenaikan ajkt bkan sesi 09/10.



ok lah tgk gambar lak..

Sabtu, 1 Ogos 2009

Cerita Semalam..Nokia e90 communicater (jenis ni muqataah )



Semalam selepas solat asar abang ajak kami semua ke saraj mall, tujuannya adalah untuk mensevey harga HandPhone Nokia E90. Hehe..hp tu bukan untuk kami tp u sahabat abi yg sdg buat MA kat msia. Mahal bah..37oo junaih sekitar tu lah harga nya. Kat Msia pun ada Hp ni cuma katanya takde kerypad Arab. Wah lenguh jugak kaki round Saraj Mall ni. Sesekali kena jugak angkat Habib atau Along ke dukungan tp yg byknya abi lah yg duk mendukung Adik. Satu kedai ke satu kedai. Tp yg lucunya abang tersalah sevey pulak harga masa duk kat kedai tu dr e90 jd n90. Alahai...jenis N90 pulk mmg dah xder mana kt kedai ada dua buah kedai jer yg masih ada stok tu. Mujur lah abi bwk balik kad2 nege diaorg bl konfem balik ngn kwn kt msia leh lah terus tepon kedai tu. Harga dua jenis tepon sama jer.

Along n Habib mmg seronok leh kuar smlm berkejar2 kat lapangan mall ni. Byk tul kedai akhir Fursoh kat dlm saraj mall ni. Round punyer round juper satu kedai sale baju budak..wah apa lagi melangkah la ummi ke dalamnyer. Boleh lah capai selai dua baju untuk Along n Habib. Memg betul2 irodon. Tp kadg sedih gak tgk org2 tempatan mesir yg bukak kedai kat mall ni dah terpaksa berlwn dgn saingn dr China yg mula slow2 bertapak kat dlm Mall ni. byk jugak kedai yg dah tutup. Akhir2 ni mmg cukup byk kebanjiran brg2 dr China di Mesir ni.

Erm..agaknya dua tiga tahun nanti byk lah tumbuh pasaraya China kat mesir ni. Pahtu kalu nak shopping brg China ni xyah susah perabih pitih nok g shanghai ker..mai Mesir jer leh dpt brg2 tu seme murah giler2...tp yg cukup merisaukan adalah taraf halal seme brg2 ni terutamanya makanan. Mesir mana ada cop halal mcm kat msia. Pengesahan Halal dr JAKIM. Ya Allah rasa 90 % rakyat mesir ni Islam..tapi cukup tak senssitif dgn brg2 halal ni. Seme brg dlm pasaraya langsung xder tanda xkira dr perncis, italy, jerman...bla..bla..skrg dr Cina pulok. Aduhai tercabar sungguh rasa. Satu lagi brg dr china boleh kata langsung xder kualiti. Pernah dah pun masuk surat khabar mesir ni kutuk ttg brg China yg xde kualiti. TApi nampaknya kerajaan mesir buat2 tak tahu ajer..Beselah seme krn kepentingan pemerintah..rakyat yg jd barua nyer..sian rakyat mesir bilalah agaknya taraf hidup diaorg akan berubah ek..


Kalu nak tgk style idup yg paling turathi aa..mai lah mesir ni mcm2 ada...bikiyat..himar..hison..hehe diaorg still guna Keldai dan Kuda sbg pengangkutan harian mereka. Kete pun byk sokmo sesak jlnnya. Cuma unt jual sayur, ikan, beli brg terpakai diaorg guna keldai n kuda lg. Kalu kat JOrdan n lain2 dah xder dah..masuk muzium dah agaknya..huhu. Lampu isyarat tak pakai kat mesir ni pakai isyarat tangan2 trafficman jer lah..isy sian kat pakcik2 traffic ni kene control kiri kanan depan belakang.

ok lah citer lagi nnt. Nak g umah sis yana jap..ziarah dia nak balik malaysia dah xlama lagi..salam sayonara..Ada kakak Hawa' Tasneem n Baby Shisth.

Taman Tasik KualaNerus..

Masjid Taman Tasik Kuala Nerus view dari jambatan turun tepi tasik Cantik Pandangan Atas masjid..Dah macam Biskut nampaknya..