
Oleh  :  Dr. Stephen Carr Leon
Setelah berada 3 tahun di Israel kerana   menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara   yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu   “Mengapa Yahudi Bijak?”.
Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan   berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan   yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling   tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari   kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman   diHollywood dan sebagainya.
Ketika tahun kedua, akhir bulan   December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California   saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan   memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah   manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang  pengeluaran?
Maka  saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd  saya, disamping kebaikan  untuk umat sejagat dan dapat hidup secara  harmoni. Untuk pengetahuan  anda tesis yang saya lakukan ini mengambil  masa hampir lapan tahun, ini  kerana untuk mengumpulkan data-data yang  setepat mungkin.
Antara  data-data yang saya kumpulkan ialah  pemakanan, adat resam, ugama,  persiapan awal untuk melahirkan zuriat  dan sebagainya dan data data tadi  saya cuba bandingkan dengan bangsa  dan kaum kaum lain.
Marilah  kita mulakan dengan persiapan awal  melahirkan zuriat. Di Israel, setelah  mengetahui yang sang ibu sedang  mengandung, pertama kali saya  perhatikan ialah, sang ibu akan sering  menyanyi dan bermain piano serta  membeli buku metamatik dan  menyelesaikan masalah metamatik bersama  suami, saya sungguh hairan  kerana teman saya yang mengandung sering  membawa buku metamatik dan  bertanya kepada saya beberapa soalan yang  beliau tak dapat  menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang  metamatik, tentu  saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya  kepada beliau,  adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia, ini  untuk anak saya  yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak  beliau, semuga  ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini  membuat saya  tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya.  Berbalik kepada  metamatik tadi, tanpa merasa jemu beliau membuat latihan  metamatik  sehingga beliau melahirkan anak.
Seperkara lagi yang  saya  perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau  gemar  sekali memakan kacang badam dan kurma bersama susu , dan untuk  tengah  hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama  salad  yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut  beliau  daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan   mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan   penumbuhan otak anak didalam kandungan. Menurut beliau ini adalah adat   orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam  kewajipan  untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak  ikan.
Ketika  saya diundang untuk makan malam bersama orang orang  Yahudi, perkara  pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap  undangan yg sama  perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan  (hanya isi atau  fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama  dimeja jika ada ikan,  menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok  dimakan bersama.  Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama  badam.
Seperkara  yang pelik ialah mereka akan memakan buah  buahan dahulu sebelum memakan  hidangan utama. Jangan terperanjat jika  anda diundang kerumah Yahudi  anda akan dihidangkan buah buahan dahulu.  Menurut mereka, dengan memakan  hidangan kabohidrat (nasi atau roti)  dahulu kemudian buah buahan, ini  akan menyebabkan kita merasa mengantuk  dan lemah serta payah untuk  memahami pelajaran disekolah.
Di  Israel, merokok adalah tabiat  terpencil, apabila anda diundang makan  dirumah Yahudi, jangan  sekali-kali merokok, dan tanpa malu mereka akan  menyuruh anda keluar  dari rumah mereka dan merokok diluar rumah mereka.  Menurut saintis di  Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin  dapat merosakkan sel  utama pada otak manusia dan akan melekat pada  genetik, ini bermakna  keturunan perokok bakal membawa generasi yang  cacat otak ( bodoh atau  lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh  saintis yang mendalami  bidang genetik dan DNA. Para perokok harap  ambil perhatian. (Ironi nya,  pemilik pengeluar rokok terbesar adalah  syarikat YAHUDI……)
Perhatian  saya selanjutnya ialah melawati  tadika mereka, pemakanan anak anak tadi  cukup dikawal, makanan awal  ialah buah buahan bersama kacang badam,  diikuti dengan menelan pil  minyak ikan (code oil lever) Didalam  pengamatan saya, kanak Yahudi  sungguh bijak dan rata rata mereka  memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab  dan Inggeris dan sedari awal lagi  mereka telah dilatih bermain piano  dan violin, ini adalah suatu  kewajipan. Menurut mereka bermain musik  dan memahami nota notanya dapat  meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan  sudah tentu bakal menjadikan budak  itu bijak.
Ini menurut  saintis Yahudi, gegaran musik dapat  stimulate (semacam senaman untuk  otak) maka itu terdapat ramai sekali  genius musik terdiri dari kaum  Yahudi.
Seterusnya ke darjah 1  hingga 6, anak anak Yahudi akan  diajar metamatik berkonsepkan perniagaan  dan pelajaran sains amatlah  diberi keutamaan. Di dalam perhatian  peribadi saya, perbandingan dengan  anak anak di California , ianya jauh  berbeza tentang IQ dan boleh saya  katakan 6 tahun kebelakang!!!. Segala  pelajaran akan dengan mudah di  tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari  pelajaran tadi sukan juga menjadi  kewajipan bagi mereka dan sukan yang  diberi keutamaan ialah memanah,  menembak dan berlari, menurut teman saya  ini, memanah dan menembak  dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara  disamping mempermudahkan  persiapan untuk perhidmatan negara.
Selanjutnya  pemerhatian  saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid-murid  ditekan  dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta  produk,  segala projek mereka walaupun kadangkala kelihatannya lucu dan   mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata,   perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institusi tinggi di   Politeknik dan Universiti.
Satu lagi yang di beri keutamaan  ialah  fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka  begitu  agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun   diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek   dan memperaktikkanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10   pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $USD 1juta! Anda   terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja   sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka   dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yang mencipta design   Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes   dan fesyen.
Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan   ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala   mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan   menambahkan oksigen dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti   Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala,  ini  guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat   orang-orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya   sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai   kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini   kebetulan? Fikirkanlah!
Berpusat di New York, Dewan perniagaan   Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes   (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas,   jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari   jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg   perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck,   Dell computer, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis,   Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan Dewan   Perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New   York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan   memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah,   barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa   kekurangan doktor pakar.
Kesimpulanya, pada teori saya,   melahirkan anak dan keturunan yang bijak boleh dilaksanakan dan tentunya   bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin?   Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu   melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping   mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah   makanan yang elok dan berhasiat yang baik untuk otak, menghayati musik   sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan   bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak   mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi   yang tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.
Merokok   menjanjikan generasi yang dungu dan sudah tentu genetik bodoh akan   mengikut ke generasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun   2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan   dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak   rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!!   Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!!   dan seperti Israel ianya begitu terpencil dan cara pentadbiran dan segi   pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat   banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya   negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!
Anda   mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi dungu, saya   telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia,   jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater,   kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok!   Dan harga rokok? Cuma US$.70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya   berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana?   Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka   dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka   begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah   kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan   akibat merokok? Anda fikirlah sendiri...
Di tesis saya ini, saya   tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim   sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya   itu isu politik dan survival, yang ingin saya ketengahkan ialah, mampu   kah kita dapat melahirkan generasi yang bijak seperti Yahudi?  Jawapannya  ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan  perubahan, dari  segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira  hanya memerlukan 3  generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri  tentang cucu saya, ini  setelah saya mengajar anak saya melalui program  yg telah saya nyatakan  diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia  dapat menulis esei  sepanjang 5 mukasurat penuh. Eseinya hanyalah  mengenai, Mengapa saya  gemarkan tomato!
Selamat sejahtera dan  semoga kita dapat  melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk  kebaikan manusia  sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.
Ummuuwaishandzolah: kalau kita orang Islam banyak membaca alquran dan bertahajjud.