Lima tahun satu tempoh yang amat lama bagi mak yang menanti kepulangan anaknya. Bukan tak mahu balik mak..tapi tuntutan ilmu yang masih berbaki ini membuatkan anak mak masih disini. Memang sudah terlalu lama tidak ku hubunginya. Erm..masih menanti waktu yang sesuai bila kah agaknya..rasanya lepas update ni terus call. Rumah ini telah kami diami ketika umur ku mencecah lima ke enam tahun. Sebelum tu kami tinggal di rumah lama di tepi sungai. Disana cuacanya memang cukup menyegarkan dengan pokok-pokok buah dungku, langsat, durian. Pohon-pohon buluh yang menyanyi sunyi disetiap hari. Tapi arwah bob (panggilan untuk ayahku) mahu kami hidup ditempat yang lebih meriah dengan penduduknya kerana semua yang tinggal di seputar tebing sungai sudah berpindah keluar hanya kami sekeluarga yang tidak.
Apapun tahniah untuk kakakku sekali lagi dan selamat menjadi ibu untuk kak nor (berbaju kuning sebelah kak dah..still single...), Tidak lupa tahniah juga untuk kak ju yang telah menyambut kelahiran bayinya yang ke enam awal dua minggu dari kelahiran bayiku..Nur Baiti Samihah..Tidak lagi ku temui gambar pun belum ada.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih untuk komentar anda, saya amat menghargainya.