Sabtu, 23 Mei 2009

SEMBELIT DI KALANGAN BAYI


Sembelit memang selalu terdapat di kalangan bayi - bayi. Bayi - bayi mengeluarkan najis - najis yang keras dan banyak dan kadangkala najis hanya keluar sekali dalam beberapa hari. Berapa kerapnya seseorang bayi itu mengeluarkan najis yang berbeza di antara satu bayi dengan bayi yang lain. Ada bayi - bayi yang dapat mengeluarkan najis dengan senang walaupun keras dan banyak dan ada juga bayi - bayi yang bukan sahaja sukar mengeluarkan najisnya yang keras dan besar tetapi mendapat kelukaan di bahagian anus menyebabkan pendarahan pada bahagian itu. Perkara seperti ini perlulah dicegah daripada berlaku kerana ini mungkin menimbulkan masalah pembuangan najis bagi bayi itu sampai dia dewasa kelak.


Kebanyakkan sembelit ini berlaku di kalangan bayi - bayi tidak ada punca - punca penyakit yang jelas. Kadangkala keadaan ini biasa terdapat juga di kalangan keluarganya sendiri. Ada terdapat perbezaan daripada perjalanan tali perut ( gut motility ) Kanak - kanak kalau dibandingkan dengan kanak - kanak yanga selalu sembelit. Bahan air dalam tali perut lebif banyak diserap meninggalkan kandungannya yang lebih kering menyebabkan najis - najis menjadi keras.



Bayi - bayi yang diberi susu tepung lebih kerap mendapat sembelit kerana bahan kalsium yang lebih tinggi dan bahan protein casein yang terdapat dalamnya. Dari itu bayi - bayi yang diberi susu badan tidak digalakkan supaya ditukar kepada susu tepung dengan cepat kerana ini boleh membawa kepada bayi - bayi mendapat sembelit. Bahan - bahan pepejal seperti nasi , bali , sayur - sayuran yang berkanji seperti bayam , boleh mengeraskan najis.

Jika seseorang bayi terus mendapat sembelit apabila usianya meningkat lebih dari satu tahun dia akan kurang buang air besar sehingga kadangkala sekali sahaja dalam dua atau tiga empat hari. Akibatnya tali perut bahagian colon akan membesar sehingga senang dikenal pasti apabila seseorang doktor memeriksa bahagian abdomen bayi - bayi itu. Kadangkala ketul - ketulan najis juga boleh dirasai daripada pemeriksaan abdomen. Bayi mungkin juga suka menghindarkan pembuangan najisnya dan apabila dia membuangkan najis dia selalu terpaksa menekan dengan sekuat - kuatnya. Jika ini terus menerus juga berlaku boleh juga timbul keadaan dimana kanak - kanak itu berbau busuk di bahagian punggungnya kerana perutnya penuh ketulan najis - najis yang keras dan sukar untuk dikeluarkannya. Najis yang berbentuk cair akan membasah punggung serta seluarnya ( faecal soiling ). Keadaan ini tidak menyenangkan ibu bapa kerana kanak - kanak itu mengeluarkan bau yang sangat busuk sehingga akan mengakibatkan dia selalu tersingkir dari kumpulan kanak - kanak yang sama sebaya dengannya. Ini juga menyinggung perasaan ibu yang terpaksa selalu mencuci dubur anaknya.

Seseorang kanak-kanak yang sembelit mungkin juga akan kurang berselera, meragam dan menangis kerana tidak rasa selesa atau sakit perut dan perutnya juga kelihatan buncit sahaja. Kadangkala timbang beratnya juga kurang meningkat. Ada kalanya juga kanak-kanak itu akan meras susah untuk mengeluarkan kencingnya kerana ketulan najis yang besar-besar dalam tali perutnya menekan keatas bahagian pundi kencingnya. Ini pula mungkin boleh membawa kepada infeksi kencing.

Di antara keadaan-keadaan yang boleh menyebabkan seseorang bayi itu sukar mengeluarkan najisnya ialah keadaan yang dipanggil 'Hirschsprung disease'. Dalam keadaan ini kaliber sebahagian perut bayi-bayi itu adalah kecil. Akibatnya kandungan tali perut sukar melepasi bahagian ini menyebabkan bayi-bayi itu membuncit. Seseorang doktor yang memeriksa bahagian rektum bayi itu dengan jarinya akan mendapati bahagian itu kosong tanpa apa-apa najis. Keadaan ini dapat dipastikan juga dengan menggunakan 'barium enema' dimana bahankimia barium dimasukan melalui anus bayi itu dan gambar sinaran X diambil yang akan menunjukkan bahagian tali perut yang berkaliber kecil. Satu cara lagi yang boleh digunakan ialah biopsi dibahagian rektum. Dengan cara ini sedikit tisu dari bahagian rektum. Dengan cara ini sedikit tisu dari bahagian rektum akan dapat diperiksa dibawah mikroskop untuk memastikan ketiadaan sel-sel ganglion dalam lapisan didinding bahagian itu.

Bayi-bayi yang dilahirkan kekurangan hormon thyroid (hypothyroidism) selalu sembelit. Tanda-tanda lain yang mungkin terdapat pada bayi ialah kekuningan yang lambat reda selepas dilahirkan, ubun-ubun dibelakang kepala (posterior fontanelle), benatuk rupa yang agak hodoh ataupun pusat yang mengelembung (umbilical hernia). Kepastian boleh dibuat dengan ujian darah dimana tahap Thyroxine (T4) rendah dari biasa dan tahap hormon yan dikenali sebagai Thyroid Stimulating Hormone (TSH) lebih tinggi dari biasa. Sembelit akan kekurangan apabila rawatan dengan hormon thyroid diberi dengan secukupnya seumur hidup.

Rawatan untuk bayi-bayi yang sembelit

Memberi susu tepung lembu sepenuhnya ( full cream formula ) terlalu awal umpamanya di waktu usia bayi empat bulan boleh menyebabkan sembelit . Bayi yang menerima susu badan atau formula bayi boleh ditambah dengan bahan makanan seperti prun , nanas , apricot , anggur yang dilecek -lecek dan juga sayur -sayuran yang berfibre seperti sayur salad.

Bayi -bayi yang selalu sembilit perlu mendapatkan perhatian doktor dari masa ke masa supaya rawatan sewajarnya dapat diberikan agar keadaan ini tidak akan berterusan. Jika terjadinya perpecahan di bahagian anus yang menyebabkan bahagian ini berdarah ( anal fissure ) , bahagian yang luka boleh dibersihkan dan krim seperti zinc oxide disapukan. Setelah seseorang bayi mengalami luka dibahagian anus (anal fissure) dia akan menahan dari membuangkan najisnya. Akibatnya ketul-ketul yang keras terkumpul didalam abdomen menyebabkan kaliber tali perut menjadi besar. Keadaan ini akan memburukkan sembelit dan rawatan yang lebih agresif perlu diberikan. Objektif rawatan dalam keadaan ini ialah untuk mengempiskan atau mengecilkan kembali kaliber tali perut kesaiz yang sediakala dengan menggunakan ubat-ubat julap (laxatives) atau enema untuk beberapa hari supaya ketul-ketul yang keras dan banyak dapat dikeluarkan dari saluran digestif. Latihan semula dalam pembuangan najis (toilet training) perlu dijalankan supaya sembelit tidak akan berlaku lagi. Bagi penyakit Hirschprung pembedahan perlulah dibuat untuk membetulkan keadaan anatomi yang tidak sempurna.

Kesimpulan

Sembelit dikalangan bayi-bayi perlulah dicegah dan apabila berlaku mestilah dirawat dengan agresif supaya keadaan ini tidak akan berterusan. Seperti telah dijelaskan sembelit dikalangan bayi boleh menyebabkan bukan sahaja luka atau pendarahan dibahagian anus tetapi boleh membawa akibat-akibat lain seperti kesan-kesan emosi disebabkan oleh air-air najis dipunggung dan diseluar yang sangat berbau hingga menghidarkan pergaulan diantara kanak-kanak yang terlibat itu dengan kanak-kanak lain yang sebaya dengannya. Sesuatu keadaan organik yang wujud perlu diketepikan dengan pemeriksaan dan ujian-ujian tertentu. Tanpa penyakit-penyakit itu perlulah ibu-ibu menentukan yang bayi-bayi mereka tidak diberikan bahan-bahan makanan yang boleh menyebabkan bayi mereka sembelit atau memburukkan keadaan sembelit jika sudah wujud.


http://home.hamidarshat.com/KesihatanKanak.htm

1 ulasan:

  1. Salam.. saya recommend kan bayi atau kanak2 yg mengalami masalah sembelit ni utk cuba susu Alpha Lipid Lifeline.. bukan saja bayi, tp semua peringkat umur pun boleh..

    Bagus utk asma,arthritis,buasir,bisul,buah pinggang,sakit kulit, jerawat,sawan,parkinson,hout,gastrik,migrain..mcm2 lg

    info- 017 4258584 :)

    BalasPadam

Terima kasih untuk komentar anda, saya amat menghargainya.

Taman Tasik KualaNerus..

Masjid Taman Tasik Kuala Nerus view dari jambatan turun tepi tasik Cantik Pandangan Atas masjid..Dah macam Biskut nampaknya..