Rabu, 12 Mei 2010

Bila Ummi Merajuk...

>>Citer semalam, baru update...<<

http://4.bp.blogspot.com/_bJxEuWtPeR4/SdYZUUNqJSI/AAAAAAAAACQ/m708iVWiQT8/s400/stress-cartoon-stressfish-relaxing.gif

Malam semalam, selepas balik dari kedai "tauhid wa nur" silau-silau kasut along..Tp xde stok pulak..dah lah layanan pakcik kedai yg kurang hensem..fuh..mmg tak menyeronokkan betul aktiviti hari ini. Mana nak hensem..senyum pun xnak dah lah acuh-xacuh..hm..bila lah arab muslim mesir nak berubah...Za'lan..memanjang..nak kata puasa tak..dah masuk musim panas kali..uhhu..


Balik sepanjang jalan along merengek sebab kasut dia takde...Diaolog along.." ummi kata nak beli kasut along..along nak kasut..." Wah sedih nye bunyi..Pujuk2 baru lah ok..sebenarnya along dah over ngantuk. Si Habib pulak dah terlentok kat dada abi...Ngantuk nya sehari xtidur ajak tidur tgh tadi tak nak..

Malam ummi bukak2 buku, sambil buat nota. Along still xnak tidur, cam2 ragam ada...adik tidur lg. Tepat jam 11 mlm adik terngedek-ngedek datang kat ummi..Ummi nak air..ummi cool lagi...along pulak tgk adik bangun, aik bangun balik..aduh cmn ummi nak baca kitab ni..Abi pun dah over letih....muka non cover dah ngantuknya..isk dlm hati sian nye abi..

Pahtu ummi stop baca buku masuk bilik, sambil continue nk siapkan nota sikit lagi..Along n abi masuk tidur kat bilik tidur along..si habib pulak sibuk nak ummi lukiskan kartun untuk dia..Suruh tulis sendiri xnak pulak dia..alaahai..Bila ummi angkat suara abi dtg cover..apa hal dua beranak ni..ngn along2 sekali dtg...Ummi buat 2 ngajuk ngn seme org. Dalam hati aduhai ujiannya bila nak ngadap buku..Si along pulak buat lah payahnya nak tidur..bese tak macam tu..

Bila dah tgk ummi ngajuk, along kata " Abi...pujuk balik, peluk ummi balik..huahua...ummi yang tengah muncung tergelak besar..Abi jgk yang kena pujuk padahal yg buat hal awak berdua..Aduhai..anak-anakku..

Nampaknya ummi kena banyak2 bersabar dalam period imtihan ni, memang stress mudah mendatang, cam-camlah kan..Dalam hati isk tak sabarnya nak habiskan level B.A ni. Rasa cam tak complete jer hidup sebagai seorang isteri dalam period study..Tp waktu stop untuk Ilmu tak ada kan..

Harap sahabat2 blogger dapat doakan kejayaan ku untuk imtihan last level ni..ameen..

For abang n anak2 ummi mintak maaf...Sebab masa ummi tak lagi sepenuhnya untuk kalian..Terpaksa lah ummi bebankan abi lagi ngn tanggungjawab rumah dan tangga kami...hm..I love u So much sayang, Thanks for everything u've done n continue doing it..I really appreciate it with whole of my heart!! Tq sayang..

Orientalisme...

bismillahirrahmanirrahim....

Dah lama tak mengupdate apa2 news..Jadi ari ni, nak kongsi sikit maklumat ttg orientalisme atau disebut dalam bahasa arab sebagai "istisyraq". Madah yang perlu ku khatam n hadam b4 facing n exam on this june month. Madah yang bermaudu' , "Istisyraq wattabsyir". Doktor yang mengajar tahun ni, doktor abdurrahman..Memang beliau sangat2 prihatin ngn para pelajar wafidat( pelajar perempuan luar mesir). Beliau selalu memuji kami, katanya wafidat dari sudut penguasaan lughah arabiah fushah sangat bagus..

Beliau sangat suka melihat cara kami menjawab soalan katanya pandai membuat khulasoh yg menarik dari satu2 bab..Wah kembang semangkuk rasa..kdg tertanya2 gak aku termasuk tak ek...huhu..Tapi takat pekse alhamdulilah seme madah yg di lecturedy oleh dr Abdurrahman ku lulus dengan baik..walau xleh mumtaz jayyid pun dah syukur sangat.

Satu soalan yang dah dibocorkn untuk pekse nnt ialah, 'tuliskan tentang perkembangan orientalisme dan kristianisasi di tempat kamu..?'. Macam mudahnya erk..sebab soalan dah keluar..tapi jawapannya...alahai pening2 air jgk nak jumper..maklumat banyak kat internet ni...Yg bestnya nak kene translate n elobarate in arabic...hm..

so...Sambil2 mencari jumpa maklumat ni.. ku copy n paste kan disini..To all my bloggers friends..hope u'll free ur time to read n know about it!!

Perkembangan Orientalis

Oleh: Mohd Fikri Che Hussain

PARA pengkaji di lapangan ini berselisih pendapat mengenai perkembangan dan pertumbuhan keilmuan Orientalisme ini dalam menentukan tahun atau peringkat tertentu dalam kebangkitan orientalis. Sesetengah mereka mengandaikan golongan orientalis ini mulai muncul seiring dengan kemunculan Islam.

Antara golongan mereka yang pertama sekali bertemu dengan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam adalah golongan Kristian Najran. Malahan, sebelum itu lagi Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam telah mengutuskan utusannya kepada para pembesar dan pemerintah di luar Semenanjung Tanah Arab sehingga pertemuan dengan Najasyi (Negus) di Habsyah (Ethopia).

Di antara ketidakpastian itu, ada juga yang berpendapat bahawa peperangan Mu’tah yang menjadi pertempuran pertama di antara pihak Islam dan Kristian sebagai permulaan Orientalisme. Sesetengah cendekiawan lain pula menyatakan bahawa mereka yang menjadikan Islam sebagai sebuah anutan yang perlu dikritik, setelah terbitnya sebuah buku yang dihasilkan oleh Yuhana al-Dimasyqi (Johannes et Damasque) yang menjelaskan kepada para penganut Kristian di sana, bagaimana teknik dan panduan utama dalam berhujah menentang akidah kaum Muslimin.

Ada juga yang menganggap permulaan kajian secara serius di kalangan orientalis ini bermula pada permulaan ekspedisi Perang Salib yang meletus di kalangan kaum Kristian dan Muslimin. Peperangan memakan masa berabad-abad ini telah mendorong sebilangan orientalis untuk menjalankan kajian bagi mengenalpasti titik kelemahan umat Islam.

Sebilangan yang lain menjelaskan bahawa permulaan kajian orientalis ini dilaksanakan dengan memorandum persepakatan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Gereja Vienna. Mereka menyeru agar ditubuhkan fakulti pengajian bahasa Arab, Ibriyah (Hebrew) dan juga Suryani (Assyrian) di beberapa buah kota Eropah seperti Paris, Oxford dan sebagainya.

Namun, seorang pengkaji berbangsa Inggeris iaitu P.M. Holt berpendapat bahawa memorandum tersebut tidak dapat dilaksanakan dengan cara yang sepatutnya. Malahan, ia tidak mencapai objektif dan matlamat sebagaimana yang dikehendaki oleh anggota pertubuhan tersebut. Oleh itu, perjanjian kesepakatan yang turut diiktiraf oleh Pope ini tidak dikira sebagai permulaan sebenar bagi perkembangan Orientalisme.[1]

Kebanyakan sarjana lebih sependapat mengenai perkembangan kajian Orientalisme ini bermula dengan mendadak, sebaik sahaja tercetusnya persengketaan di kalangan orang Kristian dan Islam di Andalus. Bertitik tolak dari situasi inilah terlihat dengan jelas kesungguhan golongan Kristian mengkaji peninggalan keilmuan Islam yang pernah bertakhta di sana. Antara mereka yang begitu cenderung dengan pendapat ini di kalangan ulama sarjana Islam ialah Dr. Musthafa al-Siba’ii.[2]

Tidak dinafikan juga, permulaan ini masih belum dapat diterima sebagai permulaan sebenar bagi bidang Orientalisme yang menghasilkan ribuan kitab setiap tahun, di samping ratusan seminar dan kursus yang diadakan. Hal ini dikira sebagai permulaannya sebagaimana yang terdapat di dunia barat kini dengan kebangkitan Eropah dengan era Perindustriannya yang cukup terkenal.

Kebangkitan perindustrian ini telah menyemarakkan keilmuan dengan terbangunnya universiti dan pusat-pusat intelektual yang memberikan sumbangan besar kepada penerbitan buku dan bahan ilmiah yang lain, semenjak kurun ke-16 lagi. Lalu ditegaskan, “bermulanya percetakan buku-buku Arab pada era tersebut dengan pesat serta aktiviti ilmiah yang berjaya menghasilkan satu demi satu buku berbahasa Arab…”[3]

Lalu bermulalah usaha yang semakin pesat di kalangan para orientalis ini dengan menubuhkan fakulti Pengajian Bahasa Arab dan Timur di sebeliangan besar universiti-universiti sekitar Eropah. Antaranya, fakulti Kajian Timur di Universiti Oxford telah ditubuhkan pada tahun 1638 dan Universiti Cambridge seawal tahun 1632.

Ahmed Smailovic menambah lagi mengenai penubuhan Badan Ilmiah seperti Pertubuhan Asia-Bengal, Pertubuhan Orientalis Amerika, Pertubuhan Kerajaan Asia-Britain dan selainnya merupakan satu gagasan besar bagi kajian orientalis. Mereka dapat menghimpunkan segala bentuk dan sumber seperti sumber keilmuan, pentadbiran, kewangan dan selainnya yang dapat dijanakan dalam penyelidikan dan kajian ketamadunan di benua Timur yang menjadi fokus utama dalam mengeksploitasi kekayaan serta mengekang dasar imperialis mereka di sana.[4]

Antara program penting yang dirancang oleh orientalis adalah menubuhkan Kolej Pengajian Bahasa-bahasa Timur di Perancis yang dipimpin oleh pakarnya yang terkenal iaitu Silvestre de Sacy (1758-1838) yang menjadi tumpuan para orientalis di seluruh Eropah. Usaha yang dilakukannya ini berjaya membentuk para orientalis dengan acuan Perancis sejak beberapa lama.[5]

Tertubuhnya kolej Pengajian Orientalis juga memberikan ‘nafas baru’ dalam pergerakan mereka dengan terlaksananya Seminar Orientalis Antarabangsa pada tahun 1873 yang akan diadakan setiap tahun selepasnya.


[1] Lihat buku The Origin of Islam Studies oleh P.M. Holt, al-Kulliya (Khartoum) No.1, 1952,hlm.20-27.
[2] Lihat kertas kerja bertajuk Peranan Orientalis dalam Kesusasteraan Arab oleh Dr. Ali al-Namlah, yang dibentangkan di Akademi al-Malik Faisal bagi Penyelidikan dan Pengajian Islam, Riyadh (1414/1993), hlm. 23-31.
[3] Lihat buku Falsafah Orientalis dan Kesannya Terhadap Sastera Arab Moden oleh Ahmed Smailovic, Kaherah, hlm. 77.
[4] Ibid. hlm. 81.
[5] Lihat buku Orientalis oleh Najib al-Aqiqi, (Kaherah), jld. 1, hlm. 140.