Rabu, 16 Jun 2010

BAGAIMANA ANDA MENJADI SEORANG YANG BAHAGIA

APAKAH HAKIKAT SEBENARNYA BAHAGIA?

Ketika mana kita bangkit dari tidur untuk menunaikan solat kita telah mengharamkan diri kita dari tidur, ini membuatkan tubuh badan (al-jism) tidak kenyang, tetapi ruh kenyang dan bahagia.

Begitulah sebaliknya. Maka orang yang bangun lewat dari tidur dan tidak menunaikan solat subuh, jisimnya kenyang dan cukup tidur tetapi ruhnya kegelisahan dan bingung seperti orang yang dicekik sampai mati lagaknya (makhnuqoh).

Rasulullah saw menyifatkan orang sebegini dengan sabdanya

( خبيث النفس كسلان )
ertinya
“Seburuk-buruk manusia adalah pemalas”

Ruh manusia seperti ini tidak mengambil gizi, kerana gizi ruh terletak pada solat,(solat fajr), ruh menjadi letih dan turut mempengaruhi keatas jisim tubuh.

PENJAGAAN ANGGOTA ADALAH KEREHATAN BAGI RUHANI

Kedapatan disaat seorang mukmin terlihat kepada satu pemandangan yang dimurkai Allah lantas mengalihkan pandangannya (ghaddulbasor) dari situ, alihan pandangan itu merupakan satu ketenangan dan kerehatan kepada ruh juga merupakan gizi kepadanya.


Firman Allah swt :

( قل للمؤمنين يغضوا من ابصارهم )
( النور : 30

Maksudnya : “ Katakanlah kepada orang-orang yang beriman tundukkanlah pandangan kamu”.

Sesungguhnya seorang manusia ketika berjalan dijalanan dan melihat kepada satu fenomena kemaksiatan yang dilarang Allah, syaitan bersiul kepadanya dengan berkata : “tengoklah…fenomena itu sedap dipandang”.

Dan apabila kamu mengalihkan pandangan matamu dari fenomena buruk itu kamu telah mengharamkan batang tubuh kamu (yang asalnya dari kejadian tanah) dari melihat kepada yang haram. Rasulullah saw bersabda :

"ما من مسلم ينظر الى محاسن امرأة ثم يغضض بصره الا أحدث الله له عبادة يجد فيه حلاوتها في قلبه".

Ertinya : Tidaklah bagi seorang lelaki muslim itu dia melihat kepada kecantikan seorang wanita kemudian dia (lelaki) mengalihkan pandangannya melainkan Allah mencatatkan baginya satu ibadah dan dia (lelaki) mendapat kemanisan dihatinya.

APAKAH KEMANISAN ITU ?

Sesungguhnya kemanisan (alhalawah) itu adalah “alhalawatu arruh” (kemanisan pada ruh) , sesungguhnya kamu telah mengharamkan tubuh kamu dari satu pandangan yang jelek , akan tetapi kamu telah memberikan ruh kamu satu gizi yang berzat.
Kesannya kepada jisim tubuh kamu, kamu dapat rasai manisnya iman dihati dan inilah yang dikatakan kebahagiaan ( assa’adah ).
Adapun menahan diri dari makan dan minum serta nafsu syahwat di bulan ramadhan adalah penahanan makan dan minum yang halal. Dan menahan syahwat bersama isteri dari terbit fajar hingga maghrib….adalah sebagai salah satu tujuan menghindarkan kesengsaraan dan keletihan. Sesungguhnya disitulah terletaknya kebahagiaan yang meliputi hati dan ruh.

Tubuh badan diharamkan dari makan, minum dan syahwat, akan tetapi ruh bersama Allah. Maka begitulah nilaian satu kebahagiaan yang sebenar dan merupakan puncak kebahagiaan.

Begitu juga dengan pengeluaran zakat. Seorang insan yang mengeluarkan atau membelanjakan sedikit dari hartanya, dan dia melakukannya dengan rasa cinta kerana dia tahu harta itu milik Allah, dan dia sedar bahawa dia hanya seorang hamba yang telah ditaklifkan Allah untuk menguruskan harta tersebut.

Lalu dia telah meluaskan harta tersebut kepada golongan faqir dan dia tidak pula menanti dan mengharap timbal balas dari pemberiannya itu…mengapa begitu?!

Kerana dia tahu bahawa duit yang telah dikeluarkan dan diinfakkan kepada golongan faqir itu adalah lebihan dari harta yang dimilikinya. Si fulan atau golongan kaya yang melakukan ini akan dapat merasakan kelazatan pemberian yang mana membawa dirinya kepada satu pengorbanan, lalu dia meluaskan hartanya kepada golongan faqir sebagai satu pemberian yang ikhlas.





DARIPADA MANA DATANGNYA KEBAHAGIAAN ITU?!

Kebahagiaan itu datang daripada ruh…sesiapa yang mencintai Allah dan taat kepada Nya.

Musim Haji merupakan peluang melakukan ketaan dan menambahkan kebehagian rohani.

Ketika musim haji, ummat Islam membelanjakan puluhan ribu ringgit, meninggalkan rumah, isteri , anak-anak dan negara serta merempuh segala kesesakan, tidur diatas tanah, akan tetapi semua itu adalah penyebab kepada kekuatan diri dan hatinya. Kerana ketika ini mereka merasakan erti kebahagian melakukan ibadah dan menunaikan segala syiar ibadah secara sedemikian.

Sabda Nabi SAW : “Tidaklah berkumpul sesuatu kumpulan itu dengan mereka mengingati Allah melainkan dilindungi dengan payung Malaikat, dilimpahkan kerahmatan dan di turunkan ketenangan (didalam diri mereka) dan Allah menyebut nama-nama mereka.”
Inilah makanan rohani dan kemuncak kebahagian.

Berbuat kebaikan keatas dua ibu bapa.

Ketika seseorang muslim menziarahi ibu dan bapa - ketika mereka hidup – maka semestilah mereka melakukan 3 perkara
1. Memuliakan ibu dan bapa dengan penuh tawaduk kepada mereka , melahirkan rasa hormat dan sanjungan yang tinggi, mencium tangan mereka dan berlemah lembut .
2. Membelanjakan kepada mereka jika mereka berhajat.
3. Taat dan patuh segala suruhan mereka selagi tidak kepada maksiat .

Ini adalah ketika mereka masih hidup, adapun ketika mereka sudah meninggal dunia, maka hendaklah anak-anak mereka melakukan dua perkara sebagaimana ditunjukkan oleh Nabi SAW ketika seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW, Wahai Rasululllah, adakah kekal atas sesuatu daripada kebaikan kedua ibubapaku selepas mereka meninggal?

Sabda Nabi SAW “ Solat keatas mereka dan Istigfar keatas mereka berdua, meyambung silaturrahim yang tidak dapat mereka sambung –ketika hidup-“

Adapun dari sebelah pihak bapa, terdiri dari bapa dan ibu saudara bapa.
Begitu juga sebelah pihak ibu terdiri dari bapa dan ibu saudara ibu

Sebagaimana di sebut oleh Nabi SAW kepada orang yang bertanya kepadanya, Wahai Rasulullah,siapakan yang terlebih- kita kena buat –baik? Sabda Nabi SAW, “ Ibu dan bapa kamu, saudara kangdungmu-lelaki dan perempuan , tuan kamu yang menjaga kamu –jika hamba, itulah hak yang wajib kamu laksanakan dan meyambung silaturrahim “.

Diantara bir walidain -selepas meninggal- memuliakan kawan dan teman-teman mereka dan menunaikan segala janji –janji -yang pernah dibuat semasa hayat mereka.

Jika seseorang itu melakukan semua perkara diatas, pasti dia akan merasakan kenikmatan dan kebahagian dalam dirinya, merasakan kebahagian seumpama nikmat dan bahagianya ketika mencium tangan ibu dan bapa. Semua ini adalah ketaatan kepada Allah kerana taat kepada kedua ibu bapa adalah arahan dan ketaan daripada Allah .Oleh itu, pasti -diakhirnya – mereka merasai suatu kenikmatan dan kebahagian roh yang amat.
Firman Allah SWT dalam surah al Israk :23

Bermaksud “ maka keatas kedua ibu bapa kamu dengan berlaku ihsan –baik. “

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih untuk komentar anda, saya amat menghargainya.