bismillahirrahmanirrahim....
Dah lama tak mengupdate apa2 news..Jadi ari ni, nak kongsi sikit maklumat ttg orientalisme atau disebut dalam bahasa arab sebagai "istisyraq".  Madah yang perlu ku khatam n hadam b4 facing n exam on this june month. Madah yang bermaudu' , "Istisyraq wattabsyir". Doktor yang mengajar tahun ni, doktor abdurrahman..Memang beliau sangat2 prihatin ngn para pelajar wafidat( pelajar perempuan luar mesir). Beliau selalu memuji kami, katanya wafidat dari sudut penguasaan lughah arabiah fushah sangat bagus..
Beliau sangat suka melihat cara kami menjawab soalan katanya pandai membuat khulasoh yg menarik dari satu2 bab..Wah kembang semangkuk rasa..kdg tertanya2 gak aku termasuk tak ek...huhu..Tapi takat pekse alhamdulilah seme madah yg di lecturedy oleh dr Abdurrahman ku lulus dengan baik..walau xleh mumtaz jayyid pun dah syukur sangat.
Satu soalan yang dah dibocorkn untuk pekse nnt ialah, 'tuliskan tentang perkembangan orientalisme dan kristianisasi di tempat kamu..?'. Macam mudahnya erk..sebab soalan dah keluar..tapi jawapannya...alahai pening2 air jgk nak jumper..maklumat banyak kat internet ni...Yg bestnya nak kene translate n elobarate in arabic...hm..
so...Sambil2 mencari jumpa maklumat ni.. ku copy n paste kan disini..To all my bloggers friends..hope u'll free ur time to read n know about it!!
                                                Perkembangan Orientalis 
   Oleh: Mohd Fikri Che HussainPARA pengkaji di lapangan  ini berselisih pendapat mengenai perkembangan dan pertumbuhan keilmuan  Orientalisme ini dalam menentukan tahun atau peringkat tertentu dalam  kebangkitan orientalis. Sesetengah mereka mengandaikan golongan  orientalis ini mulai muncul seiring dengan kemunculan Islam.
Antara  golongan mereka yang pertama sekali bertemu dengan Rasulullah 
sallallahu  ‘alaihi wa sallam adalah golongan Kristian Najran. Malahan,  sebelum itu lagi Rasulullah 
sallallahu ‘alaihi wa sallam telah  mengutuskan utusannya kepada para pembesar dan pemerintah di luar  Semenanjung Tanah Arab sehingga pertemuan dengan Najasyi (
Negus)  di Habsyah (
Ethopia).
Di antara ketidakpastian itu, ada  juga yang berpendapat bahawa peperangan Mu’tah yang menjadi pertempuran  pertama di antara pihak Islam dan Kristian sebagai permulaan  Orientalisme. Sesetengah cendekiawan lain pula menyatakan bahawa mereka  yang menjadikan Islam sebagai sebuah anutan yang perlu dikritik, setelah  terbitnya sebuah buku yang dihasilkan oleh Yuhana al-Dimasyqi (
Johannes  et Damasque) yang menjelaskan kepada para penganut Kristian di  sana, bagaimana teknik dan panduan utama dalam berhujah menentang akidah  kaum Muslimin.
Ada juga yang menganggap permulaan kajian secara  serius di kalangan orientalis ini bermula pada permulaan ekspedisi  Perang Salib yang meletus di kalangan kaum Kristian dan Muslimin.  Peperangan memakan masa berabad-abad ini telah mendorong sebilangan  orientalis untuk menjalankan kajian bagi mengenalpasti titik kelemahan  umat Islam.

Sebilangan yang lain menjelaskan bahawa permulaan kajian  orientalis ini dilaksanakan dengan memorandum persepakatan yang  dikeluarkan oleh Pertubuhan Gereja Vienna. Mereka menyeru agar  ditubuhkan fakulti pengajian bahasa Arab, Ibriyah (
Hebrew) dan  juga Suryani (
Assyrian) di beberapa buah kota Eropah seperti  Paris, Oxford dan sebagainya.
Namun, seorang pengkaji berbangsa  Inggeris iaitu P.M. Holt berpendapat bahawa memorandum tersebut tidak  dapat dilaksanakan dengan cara yang sepatutnya. Malahan, ia tidak  mencapai objektif dan matlamat sebagaimana yang dikehendaki oleh anggota  pertubuhan tersebut. Oleh itu, perjanjian kesepakatan yang turut  diiktiraf oleh Pope ini tidak dikira sebagai permulaan sebenar bagi  perkembangan Orientalisme.
[1]Kebanyakan sarjana lebih sependapat  mengenai perkembangan kajian Orientalisme ini bermula dengan mendadak,  sebaik sahaja tercetusnya persengketaan di kalangan orang Kristian dan  Islam di Andalus. Bertitik tolak dari situasi inilah terlihat dengan  jelas kesungguhan golongan Kristian mengkaji peninggalan keilmuan Islam  yang pernah bertakhta di sana. Antara mereka yang begitu cenderung  dengan pendapat ini di kalangan ulama sarjana Islam ialah Dr. Musthafa  al-Siba’ii.
[2]Tidak dinafikan juga, permulaan ini  masih belum dapat diterima sebagai permulaan sebenar bagi bidang  Orientalisme yang menghasilkan ribuan kitab setiap tahun, di samping  ratusan seminar dan kursus yang diadakan. Hal ini dikira sebagai  permulaannya sebagaimana yang terdapat di dunia barat kini dengan  kebangkitan Eropah dengan era Perindustriannya yang cukup terkenal.
Kebangkitan  perindustrian ini telah menyemarakkan keilmuan dengan terbangunnya  universiti dan pusat-pusat intelektual yang memberikan sumbangan besar  kepada penerbitan buku dan bahan ilmiah yang lain, semenjak kurun ke-16  lagi. Lalu ditegaskan, 
“bermulanya percetakan buku-buku Arab pada  era tersebut dengan pesat serta aktiviti ilmiah yang berjaya  menghasilkan satu demi satu buku berbahasa Arab…”[3]Lalu bermulalah usaha yang semakin pesat  di kalangan para orientalis ini dengan menubuhkan fakulti Pengajian  Bahasa Arab dan Timur di sebeliangan besar universiti-universiti sekitar  Eropah. Antaranya, fakulti Kajian Timur di Universiti Oxford telah  ditubuhkan pada tahun 1638 dan Universiti Cambridge seawal tahun 1632.
Ahmed  Smailovic menambah lagi mengenai penubuhan Badan Ilmiah seperti  Pertubuhan Asia-Bengal, Pertubuhan Orientalis Amerika, Pertubuhan  Kerajaan Asia-Britain dan selainnya merupakan satu gagasan besar bagi  kajian orientalis. Mereka dapat menghimpunkan segala bentuk dan sumber  seperti sumber keilmuan, pentadbiran, kewangan dan selainnya yang dapat  dijanakan dalam penyelidikan dan kajian ketamadunan di benua Timur yang  menjadi fokus utama dalam mengeksploitasi kekayaan serta mengekang dasar  imperialis mereka di sana.
[4]Antara program penting yang dirancang  oleh orientalis adalah menubuhkan Kolej Pengajian Bahasa-bahasa Timur di  Perancis yang dipimpin oleh pakarnya yang terkenal iaitu Silvestre de  Sacy (1758-1838) yang menjadi tumpuan para orientalis di seluruh Eropah.  Usaha yang dilakukannya ini berjaya membentuk para orientalis dengan  acuan Perancis sejak beberapa lama.
[5]Tertubuhnya kolej Pengajian Orientalis  juga memberikan ‘nafas baru’ dalam pergerakan mereka dengan  terlaksananya Seminar Orientalis Antarabangsa pada tahun 1873 yang akan  diadakan setiap tahun selepasnya.
[1] Lihat buku The Origin of Islam Studies oleh  P.M. Holt, al-Kulliya (Khartoum) No.1, 1952,hlm.20-27.
[2] Lihat kertas kerja bertajuk Peranan Orientalis  dalam Kesusasteraan Arab oleh Dr. Ali al-Namlah, yang dibentangkan di  Akademi al-Malik Faisal bagi Penyelidikan dan Pengajian Islam, Riyadh  (1414/1993), hlm. 23-31.
[3] Lihat buku Falsafah Orientalis dan Kesannya  Terhadap Sastera Arab Moden oleh Ahmed Smailovic, Kaherah, hlm. 77.
[4] Ibid. hlm. 81.
[5] Lihat buku Orientalis oleh Najib al-Aqiqi,  (Kaherah), jld. 1, hlm. 140.