Ahad, 14 Mac 2010

Kanser dan Wanita


Di negara kita, kanser wanita :

1)kanserpayudara- (21 peratus)
2) kolon - (10 peratus)
3) pangkal rahim - (9.8 peratus)
4) perut - (7.6 peratus)
5) paru-paru - (7 peratus)
6) ovari - (4.4 peratus)
7) rahim - (3.8 peratus).






Kanser adalah sel badan yang terhasil terlalu cepat dan tidak terkawal sehingga

menyebabkan bonggol sel dipanggil ketumbuhan yang boleh bersifat benigna (tidak

merebak) atau malignan (boleh merebak ke bahagian badan yang lain).


Uniknya, sel kanser yang merebak (berpindah ke organ lain melalui aliran darah

atau cecair limfa), ia akan singgah dan membiak (membahagi dengan cepat) membentuk

koloni baru pada organ tempat persinggahan itu.

Keunikan kedua, koloni kanser ini boleh mencuri nutrien yang dibawa dalam darah

dengan membentuk salur darah baru supaya nutrien tadi dapat disalurkan terus ke

sel kanser untuk ia tumbuh lebih besar.


Keadaan ini akan menekan tisu dan saraf berhampiran yang menyebabkan rasa sakit.

Perkara sama berlaku pada kanser peranakan wanita seperti kanser pangkal rahim,

ovari, rahim dan faraj.


Sebagaimana kanser lain, punca sebenar kanser peranakan wanita juga tidak

diketahui dengan tepat. Ia boleh disebabkan jangkitan bakteria, virus atau

pencemaran (udara atau makanan) namun kebanyakan kes, puncanya tidak diketahui.


Daripada empat jenis kanser peranakan, kanser pangkal rahim menduduki tangga

teratas yang menyerang lebih 500,000 pesakit di seluruh dunia diikuti kanser

ovari, rahim dan faraj (jarang berlaku).


Daripada 500,000 kes kanser pangkal rahim, 70 peratus berlaku di negara miskin dan

80 peratus dikesan lewat. Ini menyebabkan kebanyakan kes kanser pangkal rahim

berakhir dengan kematian.


Justeru, penekanan lebih diberi kepada kanser pangkal rahim, tetapi pada masa sama

kanser ovari dan rahim perlu diketahui kerana ia juga boleh membunuh, kata

Perunding Ginekologi dan Pakar Kanser Wanita Pusat Perubatan Sunway, Dr G

Balasundram.


Meskipun jumlah pesakit kanser ovari jauh lebih rendah berbanding kanser pangkal

rahim (satu kes bagi setiap 55 wanita), ia terkenal dengan gelaran pembunuh senyap

kerana ia biasanya tidak ditemui hinggalah sel kanser merebak ke lain anggota

badan iaitu apabila ia sampai ke peringkat serius.

Di negara maju seperti Amerika Syarikat, dianggarkan hanya 20 peratus kes dikesan

sebelum ia merebak.


Setiap wanita mempunyai dua ovari iaitu pada sebelah kanan dan kiri rahim. Saiz

ovari sangat kecil iaitu hanya tiga sentimeter atau sebesar badam — berfungsi

menghasilkan telur (ovum) dan hormon seks (estrogen dan progesteron).


Sel kanser dari ovari ini boleh merebak terus ke organ bersebelahan atau ke organ

yang jauh melalui aliran darah atau salur limfa.


Mengapa kanser ovari sukar dikesan? Ini kerana gejalanya tidak khusus dan

menyerupai masalah kesihatan lain, termasuk gangguan pencernaan dan pundi kencing.


Wanita yang menghidap kanser ovari mungkin didiagnos dengan penyakit lain dulu

sebelum disahkan menghidap kanser. Antara gejala kanser ovari ialah:
# Abdomen (perut) terasa sakit atau sentiasa tidak selesa
# Perut kembung seperti ada angin, terasa penuh
# Pinggul terasa sakit
# Berlaku perubahan jadual ke tandas (termasuk sembelit)
# Penurunan berat badan tanpa sebab
# Sakit ketika mengadakan hubungan seks
# Kerap terasa hendak kencing
# Sentiasa lesu
# Sakit belakang atau pinggang
# Perubahan pada kitaran haid Gejala peringkat akhir:
# Perut kembung
# Muntah
# Sesak nafas
# Kehilangan berat badan yang banyak

Faktor risiko kanser ovari
# Mutasi gen atau perubahan bahan baka (diwarisi). Ia boleh berlaku jika pesakit

mempunyai ahli keluarga yang menghidap kanser payudara berulang kali. Bagaimanapun

dalam kebanyakan kes, pesakit tidak mempunyai mutasi gen.


# Sejarah keluarga — Ada kalanya kanser ovari berlaku pada lebih seorang ahli

keluarga wanita tetapi ia bukan disebabkan mutasi gen. Jika anda mempunyai ahli

keluarga yang menghidap kanser ovari, risiko anda mendapat penyakit sama ialah

antara 10 hingga 15 peratus. Jika anda pernah menghidap kanser payudara, risiko

untuk kanser ovari juga meningkat.


# Umur — Risiko meningkat dengan peningkatan umur dan kebanyakan kes berlaku pada

wanita 60 tahun ke atas atau selepas menopaus. Namun ia juga boleh berlaku pada

wanita muda atau sebelum menopaus.


# Status kehamilan — Kajian menunjukkan wanita yang pernah hamil walaupun sekali

mempunyai risiko lebih rendah untuk diserang kanser ovari. Ini bermakna wanita

yang tidak pernah hamil atau ada masalah kesuburan mempunyai risiko lebih tinggi

menghidap kanser ini. Malah pengambilan pil perancang keluarga juga didapati mampu

memberi perlindungan kepada kanser ovari.


# Obesiti — Wanita obes mempunyai risiko lebih tinggi, malah obesiti juga

dikaitkan dengan kanser ovari yang lebih agresif; menyebabkan ia mudah merebak,

berulang dan peluang sembuh juga lebih rendah.


# Terapi penggantian hormon (HRT) — Kajian mendapati wanita menopaus yang

mengambil hormon estrogen saja lebih berisiko, terutama jika pengambilan pil

hormon ini melebihi lima tahun. Bagaimanapun, ia bukan bermakna HRT tidak bagus,

berbincanglah dengan doktor anda mengenai perkara ini kerana HRT ada banyak

manfaat lain.


Faktor untuk mengurangkan risiko kanser ovari:
# Pengambilan pil perancang. Penggunaan selama dua tahun didapati dapat

mengurangkan risiko sebanyak 30 peratus dan 50 peratus jika diambil melebihi lima

tahun
# Mengandung
# Memberi anak susu badan
# Pembedahan — Pembedahan pemandulan boleh mengurangkan risiko sebanyak 33 peratus

dan 67 peratus di kalangan wanita yang menjalani pembedahan pembuangan rahim
# Kawalan pemakanan dan bersenam — Penjagaan makan dan bersenam enam kali seminggu

boleh mengurangkan 27 peratus risiko kanser ovari.


“Hampir 75 peratus kes pesakit lewat berjumpa doktor iaitu apabila kanser sudah

merebak sedangkan peluang untuk sembuh adalah tinggi jika dikesan awal. Biasanya

kanser ini berlaku pada wanita tua berumur 60 tahun ke atas.


“Wanita yang mengalami gejala kembung dan perut sentiasa berasa tidak selesa

melebihi beberapa minggu disaran berjumpa doktor dan jalani pemeriksaan.


“Ujian imbasan bunyi pada abdomen akan dilakukan untuk mengesan ketumbuhan. Ujian

penanda tumor tidak disarankan kerana ia kurang tepat. Ada kala ia menunjukkan

penanda tumor yang tinggi, sedangkan pesakit tidak mempunyai kanser atau

sebaliknya.


“Namun ia berguna selepas seseorang disahkan menghidap kanser sebagai ukuran

aktiviti penyakit, bukan untuk pengesanan,” katanya.


Untuk menyelamatkan pesakit, ovari yang diserang kanser (sama ada satu atau kedua

-dua) akan dibuang melalui pembedahan. Kemoterapi hanya berkesan jika sel kanser

kecil tetapi tidak memberi banyak manfaat jika kelompok sel kanser itu besar.


Kanser rahim Ini juga antara kanser yang jarang dilaporkan. Kanser rahim mewakili

empat peratus daripada keseluruhan kanser peranakan dan berita baiknya, peluang

untuk sembuh sangat tinggi.


Bagaimanapun, berbeza dengan kanser ovari, kanser rahim berlaku pada golongan

lebih muda iaitu 50 tahun dan jarang menyerang wanita muda (di bawah 40 tahun).


Insiden kanser ovari dan rahim lebih rendah pada wanita di negara membangun atau

miskin kerana mereka kerap mengandung dan melahirkan anak. Antara kumpulan wanita

yang berisiko tinggi mendapat kanser rahim ialah:
# Gemuk atau obes
# Tidak pernah mengandungi
# Pernah mengalami sindrom polisistik ovari
# Cepat baligh
# Lambat menopaus
# Menghidap penyakit tekanan darah tinggi dan kencing manis
# Menghidap penyakit pundi hempedu
# Pengambilan HRT estrogen saja
# Mengalami haid yang tidak normal


Menurut Dr Balasundram, gejala kanser rahim

yang biasa dialami wanita ialah pendarahan selepas menopaus. Bagi wanita belum

menopaus, mereka mungkin alami pendarahan yang banyak dan berpanjangan di antara

kitaran haid.


“Apabila berlaku pendarahan yang tidak normal, segera jalani pemeriksaan seperti

imbasan bunyi. Ia petanda penting untuk kanser rahim. Kini pakar perbidanan

mempunyai peralatan canggih dan mampu mengesan ketumbuhan pada ovari atau rahim.


“Pengesanan awal membolehkan pesakit diberi rawatan segera dan peluang sembuh jauh

lebih tinggi, terutama untuk kanser ovari.


“Rawatan yang ada hanya pembedahan pembuangan rahim dan ovari. Kadangkala ia perlu

disusuli radioterapi; tertakluk kepada keadaan setiap pesakit. Kemoterapi hanya

akan diberi apabila kanser rahim sudah merebak,” katanya.


Kanser pangkal rahim Ia kanser kedua paling banyak berlaku pada wanita di negara

ini selepas kanser payudara. Ia disebabkan jangkitan virus (virus human papilloma,

HPV melalui hubungan seks) dan boleh berlaku pada semua peringkat umur, khususnya

wanita yang mempunyai kehidupan seksual yang aktif.


Walaupun kempen kesedaran mengenai kanser ini kerap dijalankan, 70 peratus pesakit

hanya berjumpa doktor apabila kanser mereka sampai ke peringkat ketiga atau

keempat (serius).


“Semua kanser boleh dirawat walaupun bukan semua kanser boleh disembuhkan. Yang

penting ialah anda perlu jalani pemeriksaan supaya kanser boleh dikesan pada

peringkat awal dan untuk kanser pangkal rahim, ujian paling mudah ialah lumuran

pap.


“Ramai wanita bertanya, bila perlu mula jalani ujian ini? Ia perlu dilakukan

apabila wanita itu aktif seks dan jika dia mula mengadakan hubungan seks,

jalanilah ujian lumuran pap pada usia 21 tahun kerana sel mengambil masa dua

hingga tiga tahun untuk berubah (kepada sel kanser).


Walaupun kebanyakan doktor menyarankan ujian lumuran pap dijalankan setiap tahun,

tetapi jika anda dapat lakukan dua atau tiga tahun sekali secara tetap sudah cukup

baik,” katanya.


Bila masa sesuai? Bila-bila masa kecuali ketika haid kerana doktor perlu mengambil

sampel tisu pada pangkal rahim. Bila pula boleh berhenti jalani ujian lumuran pap?

Jika semua ujian lumuran pap terdahulu menunjukkan keputusan normal, wanita boleh

menghentikan ujian ini selepas berumur 65 tahun.


Bagi wanita yang tidak pernah mengadakan hubungan seks, ujian ini tidak diperlukan

kerana mereka tidak terdedah kepada virus HPV.


Namun ada juga kes di mana wanita disahkan menghidap kanser pangkal rahim walaupun

ujian lumuran pap menunjukkan keputusan normal.


Dr Balasundram berkata, ia disebabkan kesilapan doktor yang mengambil sampel faraj

dan bukan tisu pangkal rahim.


Ia adalah kesilapan manusia, bukan kegagalan ujian kerana sehingga kini ujian

lumuran pap terbukti berkesan mampu mengesan perubahan pada sel pangkal rahim.


Kaedah lain untuk mencegah kanser pangkal rahim ialah dengan mendapatkan suntikan

vaksin iaitu sebelum seseorang wanita terdedah kepada virus HPV.


Umur yang disaran untuk mendapatkan vaksin ialah antara 10 hingga 30 tahun kerana

ketika ini tindak balas badan terhadap vaksin jauh lebih baik.


“Perlu ingat, walaupun sudah mendapatkan suntikan vaksin, wanita masih perlu

jalani ujian lumuran pap kerana vaksin yang ada sekarang hanya memberi

perlindungan kepada beberapa jenis virus HPV, iaitu jenis paling kerap menyebabkan

kanser pangkal rahim dan seseorang wanita masih berisiko mendapat jangkitan ini.


“Paling penting ialah mesti berani jalani ujian. Jangan biarkan diri anda dalam

keadaan tidak tahu kerana ini adalah punca yang menyebabkan banyak kes kanser

pangkal rahim sukar diselamatkan,” katanya.

UmmuUwaisHandzolah: Para wanita dinasihatkan mengambil Paramaria Plus untuk mengatasi masalah ini. Bagi wanita yg mengalami gangguan kitaran haid perlu melalui proses bekam. Semoga Allah memberikan kita kesihatan yg berpanjangan . " Mencegah lebih Baik dari Merawat".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih untuk komentar anda, saya amat menghargainya.

Taman Tasik KualaNerus..

Masjid Taman Tasik Kuala Nerus view dari jambatan turun tepi tasik Cantik Pandangan Atas masjid..Dah macam Biskut nampaknya..