Sabtu, 13 Februari 2010

Rindu Nya untukku Berbicara disini

>>Bismillah..Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Alhamdulilah sudah hampir separuh februari kita lalui. Dan Safar telah melewati hari-harinya. Banyak cerita yang telah berlalu, berakhir nya imtihan faslul awwal 2 feb 2001, alhamdulilah..Ku tunggu natijah nya dengan doa kejayaan..Mudahan2. Malamnya sekitar jam 9.00 mlm dapat berita kehadiran sikecil baru..Anakanda sulung sang putera, hadiah pemberian ALLAH buat adinda dan juga sahabat seperjuanganku..Ukhti Fatimah Salwani bt Abdullah dan suami Ustaz Rafzan b Razak. Alfun Mubarak untuk mereka berdua. Berakhir sudah satu penantian dgn pemberian yang cukup istimewa.

Sekitar jam 9.30 mlm kami sekeluarga turun dari rumah ke musytaffa taufiqiah. Acik Fatimah melalui kaedah caesarean.. Simpati sungguh kurasa bila acik mengadu kesakitan..Ya Allah terimbas kenangan masa kelahiran sikecil ku Raihanah yg rehlah ke JAnnaTullah. Apa yg dapat ku berikan pada acik hanyalah secebis bisikkan semangat agar dia tabah dan sabar dgn kesakitan itu. Itulah pengorbanan mulia seorang ibu mempertaruhkan nyawa. Insyaallah pasti nilaiannya adalah syurga.

Sempat jg kutukarkan lampin sikecil..Itulah yg paling seronok aku buat bila pergi lawat org bersalin. Boleh tolong tukarkan pampers budak kecik tu. Dapat melihat byk kebesaran Allah pada sekujur tubuh kecil yg lahir diatas fitrah Nya. Semoga dikau membesar menjadi anak yang soleh dan perintis jalan dakwah ilallah.

Sebelum acik Fatimah, sekitar seminggu sebelum imtihan, telah hadir seorang puteri hadiah pemberian Allah untuk adinda Mursyidah dan Ustaz Shamsul. Alhamdulilah sempat ku mandikan sikecil tu. Maklumlah anak dah tiga, kira orang berpengalaman lah jugak ek. Hmm...Tp mmg ku suka mandikan bayi. Ramai yg takut n tak yakin sbnrnya untuk buat tu. Sementelah adinda akhawat yg masih belum berkeluarga. Jadi kena lah ku tunjukkan caranya. Lepas ni kena buat kursus nampoknya...Biar semua dapat merasainya...hhmm. Alfun Mubarak untuk adinda berdua. Semoga sang puteri membesar sebagai anak yang solehah, penerus generasi taqwa dan iman.

Nak Upload Gambar..



Puteri Adinda Mursyidah n Ustaz Shamsul

Putera Adinda Fatimah Salwani dan Ustaz Rafzan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih untuk komentar anda, saya amat menghargainya.