Bismillahirrahmanirrahim...
Dalam kemeriahan menyambut tahun baru masehi, terlalu sedikit dari kita *termasuk diriku* amat alpa dan leka dengan rahsia dan kisah dalam bulan-bulan Islam mengikut takwim al-Hijri. Ramai yang langsung tidak ambil peduli tentang peredaran bulan-bulan nya melainkan hanya pada bulan Ramadhan dan Syawal. Betapa ruginya kita. Sedang umat Islam adalah umat yang paling bahagia dan bertuah. Di dalam bulan Islam setiap hari jumaat adalah hari raya. Setiap hari isnin dan khamis, setiap hari abyaad dalam setiap bulan disunatkan berpuasa. Begitu banyak keistimewaan dalam bulan Islam kita tetap lupa untuk mengingatinya kerana kita telah lama memakai sistem sekular yang telah melumpuhkan minda-minda kita dari tarbiah ruhiyyah islamiyyah.
Saya ingin mengajak sahabat pembaca merenungi dan mengingati serta menginsafi apa yang ada dalam bulan-bulan Islam..Orang-orang arab telah memberi nama setiap bulan mengikut peristiwa yang berlaku didalamnya.
Bulan ~ Kisah
Muharram ~ Bangsa arab mengharamkan pembunuhan didalamnya
Safar ~ Rumah-rumah penuh gersang kekuningan *kerana penghuninya keluar berperang
Rabi' ~ Orang-orang arab mula kembali ke rumah dan menghidupkannya kembali selepas perang.
Ada banyak peristiwa dalam bulan ini antaranya;
- 12 Rabiul Awal ~ Hari kelahiran Baginda Rasulullah sallallahualaihi wasallam
- 10 Rabiul Awal ~ Tarikh Rasulullah diijabkabulkan dengan sayyidah Khadijah
- 8 Rabiul Awal ~ Hijrah Rasulullah ke bumi Madinah
- 12 Rabiul Awal ~ Pemergian Rasul yang tercinta kembali kepada rabbnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih untuk komentar anda, saya amat menghargainya.