Sunday, January 17, 2010
Semalam sabtu, 16 januari 2010, hari permulaan imtihan fasal pertama pengajian sesi 2009/2010. Alhamdulilah segala nya berlalu dengan baik.
Sepanjang tempoh imtihan, abang menguruskan segala keperluan rumah tangga kami. Kesibukan abang setiap hari memang menyentuh hati kecil ku. Seawal subuh, abang bangun bersiap ke masjid kemudian balik, membaca al-quran di kerusi tamu kami. Jam 6pagi biasa nya Adik Habib bangun minta ditukarkan napkin dan susunya. Abang lah yang menguruskan segalanya. Selepas menidurkan si kecil itu semula, abang akan sibuk di dapur menyiapkan juadah sarapan kami sekeluarga.
Selesai bersarapan, abang akan sibuk pula dengan pakaian yang bertimbun. Almaklumlah dimusim sejuk begini semuanya tebal-tebal belake. Sementelah habib dan along basahkan tilam dan saratoga. Aduh..cukup letih ku lihat abang. Aku..sememangnya abang kuarantin kan aku dari sibukkan diri dengan kerja-kerja rumah. Ah, sungguh tak terhitung rasanya segala pengorbanan dan pertolongan yang abang hulurkan untuk ku dan anak-anak. Aku cukup bangga dengan mu sayang!!!, terima kasih diatasa segalanya.
Kata-kata abang padaku sehari sebelum imtihan bermula, " Ayang hari ini abang maafkan segala kesalahan dan kesilapan ayang pada abang, dan abang pun nak mintak maaf dari ayang. Esok ayang periksa jawab dengan tenang insyaallah ayang akan lulus cemerlang tahun ni. " Ya Allah aku terharu..Aku cukup terharu dengan kata-kata abang. Terima kasih abang...Segalanya amat kuhargai...
sayang...
BalasPadamkejayaan memang milik ALLAH...kita hanya mampu berikhtiar mengapainya..mengejar kejayaan yang sebenar dan hakiki memerlukan ketulusan hati dan perasaan dan keyakinan bahawa ALLAHlah segala-galanya...
ikhtiar dan usaha merupakan tunjuk sebab kita pada ALLAH utk ALLAH menganugerahkan kejayaan..
semoga usaha dan ikhtiar kita dinilai ibadah dan diberikan pahala oleh ALLAH...
usah gentar...ALLAH tetap bersamamu dan doa abang selalu dalam kau menempa kejayaan ..insyaALLAH...
abang
bersyukurlah di atas kurniaan Ilahi ke atas ummu uwais kerana Dia hadirkan seorang suami yang begitu prihatin.
BalasPadamsemoga doa suami ummu uwais dimakbulkan Allah.
Alhamdulillah.. dianugerahkan suami yang begitu bertanggungjawab.. moga dapat dihargai!
BalasPadamUmmu Uwais..
BalasPadamSelamat Menempuh Imtihan..Ambik Usuluddin yer..macam akak dulu gak..Kdg2 rindu plak pd musim imtihan yg penuh dugaan dan tekanan..tp kalau diminta melaluinya lg..rasa mcm dah tak sanggup dah..huhuhuhu