"Seluruh umat Islam di seantereo dunia menyambut kedatangan hari raya korban, yang mana hari raya korban ini datang dalam dua bentuk wajah yang penuh fadhilat dan barakah, didalamnya terkandung hari ketaatan dan pengibadatan iaitu ibadah haji dan hari kegembiraan yakni hari raya. Kedua-duanya berhubung dan terikat diantara satu sama lain, yang mewujudkan satu falsafah yang amat bermakna dan penuh azimat yang berada didalam syariat Islam yang merangkumi diantara dua fasa kerohanian dan keduniaan kepada ummat manusia."
" Katakanlah ; Dengan kurniaan Allah dan rahmat-Nya, hendaklah dengan itu mereka bergembira. Kurnia Allah dan rahmat-Nya itu adalah lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan."
Kegembiraan dan kebahagiaan di hari raya adalah "minhah sanawiah" satu pemberian tahunan yang amat bermakna. Hari raya sebagaimana yang kita kecapi setiap tahun akan datang kepada kita. Tidak pernah satu tahun pun yang berlalu tanpa hari raya. Ini adalah satu pemberian yang amat besar dan amat berharga sebagai satu penghargaan kepada kita hambanya yang telah bersungguh-sungguh melaksanakan ketaatan dan ibadah kepada Allah mengikut kadar dan kemampuan diri masing-masing. Keadaan ini bertepatan dengan Maqasid Islam dan Matlamatnya daripada Hari Raya yakni "A'too', Wataraahiman, watawasilaan, watakafulan, wabarran."Saling memberi, saling mengasihi, saling berhubungan, saling bertolak ansur dan saling berkasih sayang dan mencintai.
Secara fitrah dan hikmah al-ilahiyyah manusia tidak diciptakan dengan hanya satu rentak dan satu gaya sahaja dan tidak juga berterusan dengan satu darjat yang sama sahaja, pasti akan ada perubahan dan pembaharuan dari setiap detik yang berlalu. Sebagaimana kita diciptakan daripada tiada kepada wujudnya kita dialam ini, dari kita hanya tahu menangis bila lapar sehingga kita tahu bekerja untuk mendapatkan makanan. Begitulah hari raya yang disyariatkan Allah kepada kita bertepatan dengan fitrah manusia yang sentiasa perlukan perubahan dan kemajuan.
Firman Allah swt didalam surah Ar-Rum:
"Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama Allah;(tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah Allah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah itu. (Itulah) agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui."
bersambung lagi....