Sambungan kisah Saidatina Hafsah RadiallahuanHa
Hafsah Ranha merupakan seorang wanita yang kuat ibadatnya kepada Allah azzawajalla, seorang yang amat bertaqwa kepada Allah dan seorang wanita yang banyak berpuasa. Hafsah sangat rapat dengan isteri Rasululullah yang bernama Aisyah Ranha. Mereka berdua umpama kakak dan adik yang selalunya bersependapat dan tidak pernah berselisihan diantara keduanya. Begitulah akrabnya Hafsah dan Aisyah.
Namun begitu bersempena namanya yang bermaksud singa, ditambah lagi dengan ayahnya Saidatina Umar yang digelar AlFarouq dan kita tahu ketegasan dan kebengisan Umar Ranhu. Faktor-faktor ini amat banyak sekali mempengaruhi sikap dan sifat Saidatina Hafsah Ranha. Ditambah lagi dengan keadaan beliau yang pernah menjadi balu kerana kematian suami yang tercinta di medan perang. Ini membuatkan beliau cepat marah dan merupakan seorang yang beremosi (Al-infi'al) kalimah dalam bahasa arabnya.
Dengan sebab inilah Rasululullah saw telah menceraikan saidatina Hafsah dengan talak satu tapi telah kembali ruju' kepadanya. Kenapa Rasulullah ruju' kembali setelah menceraikannya??
Daripada Ibn Saad katanya;
Rasulullah saw telah menceraikan Hafsah dengan talak satu tetapi bersegera ruju' kembali kepadanya. Ini kerana Jibril telah berkata kepadanya (RasulullahSAw) ruju'lah kembali kepada Hafsah sesungguhnya dia adalah wanita yang kuat berpuasa dan merupakan isterimu di syurga.
Dan daripada Hamid Ibn Anas;
Rasulullah saw telah menceraikan saidatina Hafsah dan kemudiannya baginda telah diperintahkan Allah untuk ruju' kembali kepada Hafsah dan baginda telah meruju'nya semula.Dan
Daripada Uqbah Ibn A'meer katanya;
Rasululullah saw telah menceraikan Hafsah bintu Umar, sampailah berita ini kepada saidaina Umar lantas Umar telah melumurkan kepalanya dengan tanah sambil beliau berkata "Apakah yang telah Allah bebankan keatas Umar dan anak perempuannya (yakni Hafsah)". Maka telah turun malaikat Jibril as keesokannya bertemu dengan Rasulullah saw dan berkata kepada baginda "Sesungguhnya Allah memerintahkan kepadamu untuk kembali kepada Hafsah sebagai rahmat kepada Umar (rahmatan li umar)".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih untuk komentar anda, saya amat menghargainya.