Bismillahirrahmanirahim.......
Segala puji bagi Allah rabbul jalil, selawat dan salam ke atas rasul junjungan Muhammad sallahualaihi wasallam, para sahabat, para pengikutnya hingga ke hari kiamat.
Sudah lama tidak menulis, agak kaku juga untuk menaip. Insyaallah kali ini saya ingin berkongsi dengan sahabat pembaca beberapa tips. Tips bagaimana mahu menjadi ibu dan ayah yang baik kepada anak-anak didalam mahupun diluar rumah. Bukan sekadar baik tetapi juga sebagai ibu bapa yang mithali.
Tips-tips yang bakal saya tulis nanti pastinya bukan ilham sendiri,rahsianya pastilah dengan pembacaan dari tulisan ahli-ahli yang lebih pakar tentang hal ini. Melalui kajian dan penelitian yang dibuat oleh mereka. Juga sedikit sebanyak saya kongsikan pengalaman yang cetek baru mencecah tiga tahun dalam mendidik anak-anak.
Walau apa pun saya mengharapkan sahabat-sahabat pembaca dapat mengambil istifadah darinya.
Selamat Membaca:)
u2h.
Tips 1.
-Bermula dari pemilihan calon suami atau isteri. Sabda Rasulullah saw; "Pilihlah calon isteri mu dari empat perkara. Pertama kerana hartanya, kedua kerana kecantikannya, ketiga kerana keturunannya, dan keempat kerana agamanya. Maka sesungguhnya kata Rasulullah pilihlah yang beragama nescaya kamu akan tenang dengannya".
-Bagi kaum wanita pemilihan calon suami juga perlu diambil berat. Jangan kerana faktor harta dan kehandsoman seorang jejaka sahaja anda telah membuat keputusan untuk menjadikan sidia calon suami. Pilihlah yang beriman dan bertaqwa kepada Allah.
-Jangan takut dan susah hati bila seorang lelaki yang siqah agamanya yang melazimi masjid dan jamaah islam merisik anda untuk dijadikan isteri, terimalah sidia dengan melihat sekufu anda dengannya.
-Jangan pula merasa diri tidak layak, asalkan anda bersedia untuk dididik dan ditarbiah anda pasti bahagia. Kerana hanya lelaki yang beriman dan beragama sahaja tahu untuk meninggikan martabat anda sebagai seorang muslimah.
-Bagi kaum lelaki pula, jika anda telah dicalonkan kepada seorang wanita yang beragama jangan pula menolaknya. Walaupun anda tidak berlatar belakangkan agama yang tinggi. Yang pasti anda juga bersedia untuk mendalami ilmu-ilmu agama bersama-sama dengannya. Kerana amanah anda sebagai seorang ketua keluarga amatlah berat.
Sesungguhnya hanya dengan penghayatan hidup islam yang sebenarnya akan memandu generasi yang akan datang adalah generasi rabbani yang bertaqwa.
Tips 2.
(Bersambung...)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih untuk komentar anda, saya amat menghargainya.