Ahad, 19 Oktober 2008

Masukkan kod Nasyidfm dalam blog anda


Assalamualaikum...

Saya akan berkongsi dengan anda kod untuk masukkan Nasyidfm dalam blog anda (seperti dalam blog ini)




Copy dan paste, letakkan dalam mana-mana ruangan didalam blog anda.

Selamat berhibur !!

Sabtu, 18 Oktober 2008

Kisah Saidina Ali & Pengemis....

Siti Fatimah, isteri Saidina Ali didatangi seorang peminta sedekah. Ketika itu Saidina Ali mempunyai 50 dirham.

Setelah menerima wang, pengemis itu pun balik. Di tengah jalan, Saidina Ali bertanya berapa banyak yang diberi oleh Saidatina Fatimah.

Apabila diberitahu 25 dirham, Saidina Ali menyuruh pengemis itu pergi sekali lagi ke rumahnya. Pengemis itu pun pergi dan Fatimah memberikan baki 25 dirham kepada pengemis itu.

Selang beberapa hari, datang seorang hamba Allah berjumpa Saidina Ali dengan membawa seekor unta. Orang itu mengadu dalam kesusahan dan ingin menjualkan untanya. Saidina Ali tanpa berlengah menyatakan kesanggupan untuk membelinya, meskipun ketika itu dia tidak berwang. Dia berjanji akan membayar harga unta itu dalam masa beberapa hari.

Dalam perjalanan pulang, Saidina Ali berjumpa dengan seorang lelaki yang ingin membeli unta itu dengan harga yang lebih tinggi daripada harga asal. Saidina Ali pun menjualkan unta itu kepada orang itu. Setelah mendapat wang, Saidina Ali pun menjelaskan hutangnya kepada penjual unta.

Beberapa hari kemudian, Rasulullah saw berjumpa Saidina Ali lalu bertanya "Ya Ali, tahukah kamu siapakah yang menjual dan membeli unta itu?"

Apabila Saidina Ali mengatakan tidak tahu, Nabi menerangkan yang menjual itu ialah Jibril dan yang membelinya ialah Mikail.

MORAL & IKTIBAR

Allah membalas atau memberi ganjaran berlipat ganda jika kita menolong orang yang dalam kesusahan.
Memberikan bantuan kepada orang yang susah merupakan satu aset yang balasannya akan diterima di dunia lagi.
Berikanlah bantuan kepada orang yang berada di dalam kesempitan kelak Allah akan melepaskan kita semasa kita berada dalam kesusahan.
Keyakinan kepada balasan baik Allah merangsang kita untuk melakukan amalan dan kebajikan dengan lebih banyak.

* Kalau rajin... Tolong sebarkan cerita ini kepada saudara Muslim Muslimat yang lain agar menjadi amalan dan pengajaran kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia... *

Wassalam

Jumaat, 17 Oktober 2008

Tips bagaimana mahu menjadi ibu dan ayah yang baik kepada anak-anak

Bismillahirrahmanirahim.......

Segala puji bagi Allah rabbul jalil, selawat dan salam ke atas rasul junjungan Muhammad sallahualaihi wasallam, para sahabat, para pengikutnya hingga ke hari kiamat.Justify Full

Sudah lama tidak menulis, agak kaku juga untuk menaip. Insyaallah kali ini saya ingin berkongsi dengan sahabat pembaca beberapa tips. Tips bagaimana mahu menjadi ibu dan ayah yang baik kepada anak-anak didalam mahupun diluar rumah. Bukan sekadar baik tetapi juga sebagai ibu bapa yang mithali.

Tips-tips yang bakal saya tulis nanti pastinya bukan ilham sendiri,rahsianya pastilah dengan pembacaan dari tulisan ahli-ahli yang lebih pakar tentang hal ini. Melalui kajian dan penelitian yang dibuat oleh mereka. Juga sedikit sebanyak saya kongsikan pengalaman yang cetek baru mencecah tiga tahun dalam mendidik anak-anak.

Walau apa pun saya mengharapkan sahabat-sahabat pembaca dapat mengambil istifadah darinya.

Selamat Membaca:)

u2h.


Tips 1.

-Bermula dari pemilihan calon suami atau isteri. Sabda Rasulullah saw; "Pilihlah calon isteri mu dari empat perkara. Pertama kerana hartanya, kedua kerana kecantikannya, ketiga kerana keturunannya, dan keempat kerana agamanya. Maka sesungguhnya kata Rasulullah pilihlah yang beragama nescaya kamu akan tenang dengannya".

-Bagi kaum wanita pemilihan calon suami juga perlu diambil berat. Jangan kerana faktor harta dan kehandsoman seorang jejaka sahaja anda telah membuat keputusan untuk menjadikan sidia calon suami. Pilihlah yang beriman dan bertaqwa kepada Allah.

-Jangan takut dan susah hati bila seorang lelaki yang siqah agamanya yang melazimi masjid dan jamaah islam merisik anda untuk dijadikan isteri, terimalah sidia dengan melihat sekufu anda dengannya.

-Jangan pula merasa diri tidak layak, asalkan anda bersedia untuk dididik dan ditarbiah anda pasti bahagia. Kerana hanya lelaki yang beriman dan beragama sahaja tahu untuk meninggikan martabat anda sebagai seorang muslimah.

-Bagi kaum lelaki pula, jika anda telah dicalonkan kepada seorang wanita yang beragama jangan pula menolaknya. Walaupun anda tidak berlatar belakangkan agama yang tinggi. Yang pasti anda juga bersedia untuk mendalami ilmu-ilmu agama bersama-sama dengannya. Kerana amanah anda sebagai seorang ketua keluarga amatlah berat.

Sesungguhnya hanya dengan penghayatan hidup islam yang sebenarnya akan memandu generasi yang akan datang adalah generasi rabbani yang bertaqwa.

Tips 2.

(Bersambung...)


Ahad, 5 Oktober 2008

My Usrah Picture

baldi jadi mangsa..:))


Adik Habib jalan kaki..Along berdukung..pelik, tapi benar..:))


senyuman manco adih habib..

Depan masjid besar Mansurah

Cak..

Depan kedai aiskrim di Mansurah...

Naik bot...

macam ni lah tidur dalam tramco (van)..jalan jauh....

Cak....sama merah..sama semangat ..:))

Menanti kenderaan di perhentian

Koktail buah..the favorite juice along..ummi tumpang jgk tu..:))

ni Usrah abi...along adalah ahli bersekutu yang setia hadir..:))

Ni present supprise dari ummi...ok..1..2...3...klik !!..

Aksi Habib paling menggoda...sayang Habib..:)

Along tengah praktik menulis , Habib tengok aje lah..:)

Ha..ni special Ummi buat untuk kami sekeluarga..thanks ummi...lain kali buat lagi :))

Tak beli pon, gaya handsome je depan kereta mainan ni..hehe

Abang Long tengah menjamu makanan Italy..nyum..nyum

NI masa gi ronder2 ni City Center..besar betul pusat membeli belah ni


Along layan Habib bermain, memang kamcing (rapat) dua putera ni

My Usrah Picture

baldi jadi mangsa..:))


Adik Habib jalan kaki..Along berdukung..pelik, tapi benar..:))


senyuman manco adih habib..

Depan masjid besar Mansurah

Cak..

Depan kedai aiskrim di Mansurah...

Naik bot...

macam ni lah tidur dalam tramco (van)..jalan jauh....

Cak....sama merah..sama semangat ..:))

Menanti kenderaan di perhentian

Koktail buah..the favorite juice along..ummi tumpang jgk tu..:))

ni Usrah abi...along adalah ahli bersekutu yang setia hadir..:))

Ni present supprise dari ummi...ok..1..2...3...klik !!..

Aksi Habib paling menggoda...sayang Habib..:)

Along tengah praktik menulis , Habib tengok aje lah..:)

Ha..ni special Ummi buat untuk kami sekeluarga..thanks ummi...lain kali buat lagi :))

Tak beli pon, gaya handsome je depan kereta mainan ni..hehe

Abang Long tengah menjamu makanan Italy..nyum..nyum

NI masa gi ronder2 ni City Center..besar betul pusat membeli belah ni


Along layan Habib bermain, memang kamcing (rapat) dua putera ni

Lagu Lama

Bila hidup tanpa tujuan
bagai sabut tengah lautan
Bila hidup tanpa bekalan
Bagai kapal tak berpedoman
siapa yang akan rugi
selain diri sendiri

jangan mengejar dunia semata-mata
tanpa sedia bekal untuk dijalan
jangan hidup hanya mencari harta
akhirnya hidup berhampar tangan

mari kita semua sedia
mengerjakan semua segala suruhan

hidup ini tak kekal
hanyalah sementara
semuanya kan tinggal tak dibawa....

Lagu asal..elsuraya..dipopularkan oleh..akil hai..pernah jadi solo lagu ni..johan peringkat sekolah masa kecik2 dulu..rindu rasa

Lagu Lama

Bila hidup tanpa tujuan
bagai sabut tengah lautan
Bila hidup tanpa bekalan
Bagai kapal tak berpedoman
siapa yang akan rugi
selain diri sendiri

jangan mengejar dunia semata-mata
tanpa sedia bekal untuk dijalan
jangan hidup hanya mencari harta
akhirnya hidup berhampar tangan

mari kita semua sedia
mengerjakan semua segala suruhan

hidup ini tak kekal
hanyalah sementara
semuanya kan tinggal tak dibawa....

Lagu asal..elsuraya..dipopularkan oleh..akil hai..pernah jadi solo lagu ni..johan peringkat sekolah masa kecik2 dulu..rindu rasa

Taman Tasik KualaNerus..

Masjid Taman Tasik Kuala Nerus view dari jambatan turun tepi tasik Cantik Pandangan Atas masjid..Dah macam Biskut nampaknya..