Rabu, 18 Ogos 2010

Jom Berbuka ngn Menu ala Arab sesekali

Resepi Pasta Bakar Dgn Daging Lembu Hancur



Ini Cheese Cheedar yg boleh wat makan ngn roti..Potong kecil-kecil tabur atas pasta.


Sos Untuk Pasta
Sayur Campur (mix Vege)

Keju Mozarella

Sebiji Limau nipis..ambil jusnya

Pasta digaul bersama daging mafrum,goreng separa masak n sayur campur



Tabur tomato yang dipotong dadu dan cheese chedar yg didadu

Curahkan tepung yang dicampur susu keatas pasta tadi


Siap untuk dibakar

Resepi Pasta Bakar...

a) Bahan-bahan Pasta
---------------------
300 gm pasta direbus
200gm daging mafrum
250 gm mix vegetable
Garam
Sebiji Limau nipis
Secubit Lada Hitam
1 sudu besar ketumbar
1 sudu kecil jintan manis
2 biji Tomato potong dadu
2 biji Lada merah potong nipis
sedikit daun ketumbar dan daun sup
selabu bawang merah sederhana besar
dua ulas bawang putih
Minyak untuk menumis

Cara BUat:

Panas minyak dalam kuali, tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga naik bau, masukkan ketumbar , jintan manis, dan serbuk lada hitam, dan lada merah. Tumis lagi ala2 naik bau, api jgn kuat ye..Masukkan sayur campur, bila sayur agak layu masukkan daging mafrum campur kan serbuk lada hitam sedikit, masukkan garam, daun sup dan daun ketumbar kacau rata. Tutup api. ketepikan...

b) Bahan Sos
---------------
Satu tin kecil tomato puri ~Boleh Guna Buah Tomato Asli sekitar 5 bji~
3bj lada kering~kisar halus~
setengah labu bawang putih~tumbuk~
dua sudu besar tepung jagung~campur secawan air~
Gula
secubit garam

Cara Buat Sos:
Masukkan satu tin tomato paste kedalam periuk, masukkan secawan air, masukkan lada yg diblender, saya makan kurang pedas so kalau nak lagi pedas leh tambah lagi jumlah ladanya. masukkan bwg putih yg ditumbuk, masukkan gula....msak dengan api sederhana sampai mendidih. Masukkan larutan tepun jagung dan secubit garam. Masak sampai pekat.

c) Bahan Tepung penutup Pasta
---------------------------------
Secawan tepung gandum~200gm~
setengah cwn tepung ubi @ tpg jagung
1/2 liter susu
2 biji telur~dikepuk ringan~
Garam
250 ml fresh cream

Cara Buat :
Masukkan semua dalam periuk, kacau rata, kemudian nyalakan api dan kacau selalu sehingga adunan nampak pekat dan berkilat. Jangan terlalu kental. Tutupkan api curah atas pasta yang dah diratakan dalam dulang pembakar.. Bakar pada suhu 220 darjah celcius selama 20 minit atau sehingga masak.

Khamis, 15 Julai 2010

Lamanya xmengupdate blog....

Bismillahirrahmanirrahim.........

Rindu nak berblog , line tenet baru clear ..,,cuci line kali...hua..hua..Alhamdulilah settle jgk masalah ngn syarikat. Buat sahabat2 seblogger bertemu kembali kita alam maya..hehe...byk alam akhir zaman ni kan..dunia realiti, maya, fantasi, mistik yg tengah mencurah2 kat negara kita kan..hm..

Apapun jangan terlupa pulak yer yang kita akan kembali ke satu alam yang dipanggil BARZAKH, alam Mahsyar, dan seterusnya alam abadi xkembali..Agak2 yakin ke tak kita ni pada hari2 yg disebut ni???

Kita akan menemui MATI...yakin lah kan kita akan mati, tapi dihidupkan semula?? Kadang ingat kadang lupa kan...Sebab itu kadang kita banyak buat benda yg dilarang ALLAH kita senang dan mudah tinggal apa yang disuruh...

Lantaran itu saling lah kita ingat mengingat antara kita, bila nak buka mulut ngumpat ingatkan eh tak baik mengumpat Allah dengar...Kan tak terampun pulak dosa..yer..Tengok kawan, adik, mak tak solat tegur lah..Solat lah sebelum kita disolatkan.., Ada yang jarang letak tudung kat kepala, Pesan pakai lah tudung demi Allah bukan berhias..Sebab kita akan mati..Allah bebaskan kita dengan semua nikmatnya di dunia, tidak salahkan kita menyatakan syukur dengan mengikut perintah Nya. Mudahan kita selamat diakhirat yang kekal abadi dapat bersama abu wa ummu basyar...ADAM DAN HAWA di SyurgaNYA ameen..

Intro pendek sebelum meneruskan penulisan di blog ni....Bersama mengingati kematian!!!.

Khamis, 24 Jun 2010

My New Receiving Card..






sayangku









sayang.. seikhlas hati abang lapangkan hati dan cinta abang utk ayang... abang mencintaimu kerana Allah.. kau hadir menyedarkan daku.. seikhlas hati ku.. kau cintaku selamanya.. abang cintakan sayang..
Cinta mu..


muhamad sabri


Isnin, 21 Jun 2010

Asal-usul bangsa melayu....

Bismillahirrahmanirrahim....

kali ini ingin berkongsi sedikit maklumat tentang asal-usul bangsa melayu..Artikel ini saya dapat dari sini melayuonline.com. ini sebelum kena bayar pendaftarn..Sekarang untuk baca di web ini perlu bayar pula..Apapun alhamdulilah dah dapat ambil yang hendak..Untuk bayar yuran nantilah balik kampung nnt baru mudah urusannya. Laman web ini milik indonesia. Tapi penemuannya memang menakjubkan..Subhanallah..


Untuk melakar isi keseluruhan artikel ini....memang akan mengambil masa, setakat yang boleh diringkaskan..


SEJARAH

Catatan dan kajian sarjana menunjukkan bahawa manusia zaman silam ( sebelum dan selepas taufab Nuh a.s) telah mempunyai teknologi penerbangan. Sebahagian dari teknologi yang dibina semula oleh kaum selepas Nuh a.s. juga terkubur. Dr. Ruth Hover telah mengambil gambar ukiran berusia plaing kurang 2,000 tahun di sebuah kuil di Abydos, Mesir. Pada ukiran itu jelas terdapat bentuk-bentuk kenderaan terbang. Penemuan model kapalterbang yang dinamakan Saqqara Bird, serta ratusan kitab hindu silam yang mencatat cara untuk membina Vimana, iaitu piring terbang .

Bangsa melayu ada dua kelompok :
1) melayu -Levo/Proto =
Asal keturunan dari Heth bin Kanaan bin Ham bin Nuh a.s (4300 tahun yang lampau). Menggunakan teknologi batu, datang dari kawasan pergunungan Himalaya.
2) Melayu -Neutro @Deutro = Keturunan dari nabi Allah Ibrahim as. dari isteri yang bernama Keturah(sekitar 3900 tahun yang lampau). Menggunakan teknologi besi, datang dari sekitar kemboja.

Asal usul bangsa melayu adalah misteri sebagaimana misterinya penciptaan Adam alaihissalam..MISTERI ?..Ya kerana ianya jauh dari penglihatan mata kepala kita..Tapi ianya tidak lah misteri untuk kita menerima dan beriman dengan penuh yakin dengan apa yang diceritakan dalam al-quran kepada kita..Jelas dan sohih.

Mengikut profesor doktor hamka, nabi Adam as diturunkan di sumatera. Adapun keturah isteri ketiga nabi Allah Ibrahim as berasal dari keturunan kemboja( asal nama Kambujadesa).

Menurut Lian Liji (1996), kewujudan kerajaan melayu paling awal telah wujud pada tahun 131 masehi. Kenyataan diperolehi dari catatan China kuno. Kerajaan ini disebut dalam bahasa cina sebagai Ye Diao (merujuk pada kawasan jawa dan sumatera). Dikatakan kerajaan ini membawa ufti ke negara Cina.

Kerajaan melayu purba (Melayu-Kemboja) bernama Funan pula wujud di abad 3 masehi dan berpusat di kemboja. Kerajaan ini wujud sehingga kurun ke-15 (1200 tahun). Kerajaan ini hebat dengan keseniannya dan telah membina angkor wat (seawal kurun ke-9).

Kerajaan ini terkenal dengan panggilan kerajaan Melayu-Champa yg kemudiannya diusir keluar dari kota vijaya oleh orang Vietnam tapi saki-baki kerajaannya masih ada kerana rekod Cina ada mencatat bahawa kerajaan Champa telah menghantar bantuan kepada kerajaan Melaka untuk menentang Portugis pada kurun ke-16. Menurut Prof Shaharir ada kemungkinan orang Champa telah memeluk Islam lebih awal berbanding melayu lain di Nusantara sekitar kurun ke -11 Masehi.

Dalam buku china ada dicatat beberapa buah kerajaan Melayu Purba yang lain seperti Lang Ya Xiu (Fatani atau Patani) pada abad ke-2 masehi. Pan-pan (Utara Segenting Kera) pada abad ke-5 Masehi, Senggora (Tanah Merah di Thailand Selatan). Zhu Bo (Pulau Jawa) abad ke-5 Masehi, Dan Dan atau Tan Tan, Ki-lan-tan, Ho-lo-tan atau Kuo-lo-tan (Kelantan) yang dikatakan sebuah kerajaan yang besar sebelum abad ke 6 masehi dan pernah menghantar ufti ke negeri China pada tahun 430,433, 436, 437, dan 452 Masehi.

ok sambung next time...Best dapat maklumat baru ni...mengenali asal-usul kita amat mengagumkan, dan kita bukanlah satu bangsa yang lemah dan layu seperti yg ditohmah..insyallah nanti sambung kita tengok lagi apa yg kita ada dan siapa kita wahai banngsa melayu..Bangkit untuk kemuliaan perjuangan Islam sebagai khalifah di bumi Allah!! Allahu Akbar!.

Ahad, 20 Jun 2010

Ibu Graduate....

Bismillah....

Alhamdulilah baru lepas makan tengahari. Hari ini rezeki datang bergolek..hehe..Paksa abi masak..Betul ke macam ni erk...Lauk tumis tomatim and samakun goreng..hmm..Alhamdulilah. Rutin seorang ummi dah banyak berubah time exam ni, huh dah berlawan fitrah semacam jer..Seme keje2 umah, uruskan si two boys, abi yang uruskan..Nampaknya lepas pekse ni, banyak lah ummi kene cover sebagai hadiah untuk abi..hmm.. ^_^

Apa pun time break antara satu madah ke madah baru..Ummi cuba jgk luangkan unt masuk dapur n main ngn along n habib..Kadang2 mai pikir jgk..Aku berkejar untuk siapkan ijazah..Banyak masa berkeluarga aku korbankan..Lepas ni nanti dapat ijazah, apa yg akan ku buat dengan ijazah ni..Secara putaran biasa yg kita mnusia zaman moden buat..Belajar, pandai dapat ijazah, kerja..n kerja..n kerja sampai waktu pencen sambung kontrak lgi kerje n terus kerja... Aduh bila waktu berhenti nya kerja?

Hari ini, kita bertuah kerana kebanyakan kita bergelar ibu bergraduate...Cukup berbeza dengan zaman kebanyakan ibu-ibu atau nenek kita...Aku sendiri, mak hanya mendpt pendidikan sekolah rendah shj.. Tp alhamdulilah mak boleh membaca dan mengira..Bacaan jawi mak cukup lancar..Dan Alhamdulilah kami anak2 mak semua nya boleh membaca dan menulis dalam tulisan JAWI..Rezeki duk mesir ni, alhamdulilah boleh bergaya ngn bahasa arab jugak..hmm...

Bila kita ada ijazah...

Pengalaman kawen sebelum habis belajar, adalah pengalaman yang amat mahal untukku, untuk abang juga untuk anak2 mungkin...Kami belajar dengan masa, kami belajar dengan keutamaa, kami belajar dengan ketabahan, kami belajar untuk sentiasa menjadi manusia yg bersyukur...Banyak yang kami belajar..Allahu Akbar..


Khamis, 17 Jun 2010

Kita sedang bersukaria dan mereka?

Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulilah dalam kesibukan seharian kita, dalam setiap detik kehidupan yang kita lalui..Kita telah melalui fasa-fasa harian itu dengan tenang dan bahagia..Hari ini hati ini ingin mengajak kita semua berfikir, mengstimulasi akal dan fikiran untuk meletakkan jiwa kita untuk berada di bumi Palestin, bumi iraq, dan lain-lain yang sedang sarat dengan bom, letupan, asap,..Penuh sesak dengan tubuh-tubuh basah yang dibanjiri darah. Gamat gempita alam dengan suara tangisan, laungan, tempikan..Suara-suara kecil anak-anak menangis ketakutan..Allahu Akbar..sukar sekali menggambarkannya..Sulitnya keadaan itu..

Hati ini cukup berdesik saat mata terpandang sahabat-sahabat se-Azhar, orang kiri dan kanan rumah, sedang enak meneguk air-air minuman milik Israel..PEPSI, COCA-COLA, REDBULL dll..Sedang lunak mengunyah, mengunyai ayam-ayam goreng di kedai2 makan KFC, McD..Pantang ada keraian kaki melangkah kesana..Kita meraikan sahabat yang kita sayang, orang yang kita sayang..Tapi kita lupa yang kita sedang membeli banyak peluru untuk kita biarkan menembusi saudara seislam, seiman dengan kita di bumi bertuah PALESTIN!!!...Kita buat-buat tak sedar kesan beli dan makan kita ada saham untuk ISRAEL..

Kata seorang sahabat dari selatan malaysia..Jika mengikut kata Pegawai Agama di Jabatan Agama Islam Johor, saham dari KFC sedikit saja untuk Israel..SEDIKIT atau BANYAK..yang pasti saham itu wujud...Pepatah melayu ada menyebut.."sikit-sikit, lama-lama jadi bukit". Jika saham dari malaysia ada RM 300 juta setahun, thailand, indonesia, brunei, seluruh nusantara dengan jumlah yang juga dikira sedikit, congak-congak jadi banyak ke sikit agaknya yer?.

yakinlah bahawa kuasa boikot kita pada syarikat-syarikat mereka amat besar kesannya.
Bacalah apa yang tertulis disini

Prof Dr Hussin Shehata - [Profesor Perakauan Di Fakulti Perniagaan Universiti Al Azhar , Mesir dan Pakar Rujuk Ekonomi Dunia Arab ] pernah menegaskan dalam bukunya [JIHAD EKONOMI : Kerfarduan Syarak dan Tuntutan Iman ] :


"Kita menyangkal golongan yang lepas tangan dan teragak-agak dan menghalang perlaksaan Jihad Ekonomi [melalui boikot] . Pada peringkat individu, antara mereka ada yang berkata bahawa " pemboikotan akan membawa kemudharatan kepada kita dan tidak akan mendatangkan apa-apa kesan kepada Israel dan Amerika ' PANDANGAN INI TIDAK BENAR DAN TERTOLAK. Sebenarnya pemboikotan telah benar-benar mendatangkan kerugian besar kepada mereka [US dan Israel].

Statistik yang dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Organisasi Pemboikotan Arab, kerugian Israel telah mencecah USD 100 BILION sehingga tahun 2000 [ jika 2010 ??]. Syarikat Coca Cola Mesir telah mengalami kerugian 40 % dari jumlah modalnya. Syarikat Mc Donald pula kerugian LE 260 JUTA POUND MESIR. Dan Syarikat Sunsbery terpaksa ditutup kerana kerugian melampau !!.

Statistik ini sama juga dinegara-negara Arab dan Umat Islam di seluruh dunia!

Sewajarnya kita orang beriman dan bertakwa meletakkan BOIKOT PRODUK -PRODUK ISRAEL adalah sebahagian dari IMAN dan KEHIDUPAN kita !!



Di petik dari buku :

JIHAD EKONOMI : Kerfarduan Syarak dan Tuntutan Iman
Terjemahan oleh Ust Ahmad Yusuf
Cetakan 2003
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir [PMRAM ]

Kuasa memilih ditangan kita buatlah pilihan yang terbaik....Tengok gambar-gambar ini, adakah ianya hanya satu pembohongan ??? Tepuk dada tanyalah iman !!

 ???? ??????

 ???? ??????

 ???? ??????

 ???? ??????

 ???? ??????

 ???? ??????

 ???? ??????

 ???? ??????

 ???? ??????

 ???? ??????

 ???? ??????

 ???? ??????

Taman Tasik KualaNerus..

Masjid Taman Tasik Kuala Nerus view dari jambatan turun tepi tasik Cantik Pandangan Atas masjid..Dah macam Biskut nampaknya..