Isnin, 21 Jun 2010

Asal-usul bangsa melayu....

Bismillahirrahmanirrahim....

kali ini ingin berkongsi sedikit maklumat tentang asal-usul bangsa melayu..Artikel ini saya dapat dari sini melayuonline.com. ini sebelum kena bayar pendaftarn..Sekarang untuk baca di web ini perlu bayar pula..Apapun alhamdulilah dah dapat ambil yang hendak..Untuk bayar yuran nantilah balik kampung nnt baru mudah urusannya. Laman web ini milik indonesia. Tapi penemuannya memang menakjubkan..Subhanallah..


Untuk melakar isi keseluruhan artikel ini....memang akan mengambil masa, setakat yang boleh diringkaskan..


SEJARAH

Catatan dan kajian sarjana menunjukkan bahawa manusia zaman silam ( sebelum dan selepas taufab Nuh a.s) telah mempunyai teknologi penerbangan. Sebahagian dari teknologi yang dibina semula oleh kaum selepas Nuh a.s. juga terkubur. Dr. Ruth Hover telah mengambil gambar ukiran berusia plaing kurang 2,000 tahun di sebuah kuil di Abydos, Mesir. Pada ukiran itu jelas terdapat bentuk-bentuk kenderaan terbang. Penemuan model kapalterbang yang dinamakan Saqqara Bird, serta ratusan kitab hindu silam yang mencatat cara untuk membina Vimana, iaitu piring terbang .

Bangsa melayu ada dua kelompok :
1) melayu -Levo/Proto =
Asal keturunan dari Heth bin Kanaan bin Ham bin Nuh a.s (4300 tahun yang lampau). Menggunakan teknologi batu, datang dari kawasan pergunungan Himalaya.
2) Melayu -Neutro @Deutro = Keturunan dari nabi Allah Ibrahim as. dari isteri yang bernama Keturah(sekitar 3900 tahun yang lampau). Menggunakan teknologi besi, datang dari sekitar kemboja.

Asal usul bangsa melayu adalah misteri sebagaimana misterinya penciptaan Adam alaihissalam..MISTERI ?..Ya kerana ianya jauh dari penglihatan mata kepala kita..Tapi ianya tidak lah misteri untuk kita menerima dan beriman dengan penuh yakin dengan apa yang diceritakan dalam al-quran kepada kita..Jelas dan sohih.

Mengikut profesor doktor hamka, nabi Adam as diturunkan di sumatera. Adapun keturah isteri ketiga nabi Allah Ibrahim as berasal dari keturunan kemboja( asal nama Kambujadesa).

Menurut Lian Liji (1996), kewujudan kerajaan melayu paling awal telah wujud pada tahun 131 masehi. Kenyataan diperolehi dari catatan China kuno. Kerajaan ini disebut dalam bahasa cina sebagai Ye Diao (merujuk pada kawasan jawa dan sumatera). Dikatakan kerajaan ini membawa ufti ke negara Cina.

Kerajaan melayu purba (Melayu-Kemboja) bernama Funan pula wujud di abad 3 masehi dan berpusat di kemboja. Kerajaan ini wujud sehingga kurun ke-15 (1200 tahun). Kerajaan ini hebat dengan keseniannya dan telah membina angkor wat (seawal kurun ke-9).

Kerajaan ini terkenal dengan panggilan kerajaan Melayu-Champa yg kemudiannya diusir keluar dari kota vijaya oleh orang Vietnam tapi saki-baki kerajaannya masih ada kerana rekod Cina ada mencatat bahawa kerajaan Champa telah menghantar bantuan kepada kerajaan Melaka untuk menentang Portugis pada kurun ke-16. Menurut Prof Shaharir ada kemungkinan orang Champa telah memeluk Islam lebih awal berbanding melayu lain di Nusantara sekitar kurun ke -11 Masehi.

Dalam buku china ada dicatat beberapa buah kerajaan Melayu Purba yang lain seperti Lang Ya Xiu (Fatani atau Patani) pada abad ke-2 masehi. Pan-pan (Utara Segenting Kera) pada abad ke-5 Masehi, Senggora (Tanah Merah di Thailand Selatan). Zhu Bo (Pulau Jawa) abad ke-5 Masehi, Dan Dan atau Tan Tan, Ki-lan-tan, Ho-lo-tan atau Kuo-lo-tan (Kelantan) yang dikatakan sebuah kerajaan yang besar sebelum abad ke 6 masehi dan pernah menghantar ufti ke negeri China pada tahun 430,433, 436, 437, dan 452 Masehi.

ok sambung next time...Best dapat maklumat baru ni...mengenali asal-usul kita amat mengagumkan, dan kita bukanlah satu bangsa yang lemah dan layu seperti yg ditohmah..insyallah nanti sambung kita tengok lagi apa yg kita ada dan siapa kita wahai banngsa melayu..Bangkit untuk kemuliaan perjuangan Islam sebagai khalifah di bumi Allah!! Allahu Akbar!.

1 ulasan:

  1. assalamualaikum....
    nak kongsi ... blog www.mistisfile.blogspot.com menceritakan dengan teperinci dlm siri alter terahsia bangsa melayu...sangat2 menarik.

    BalasPadam

Terima kasih untuk komentar anda, saya amat menghargainya.

Taman Tasik KualaNerus..

Masjid Taman Tasik Kuala Nerus view dari jambatan turun tepi tasik Cantik Pandangan Atas masjid..Dah macam Biskut nampaknya..