Khamis, 17 Jun 2010

Kita sedang bersukaria dan mereka?

Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulilah dalam kesibukan seharian kita, dalam setiap detik kehidupan yang kita lalui..Kita telah melalui fasa-fasa harian itu dengan tenang dan bahagia..Hari ini hati ini ingin mengajak kita semua berfikir, mengstimulasi akal dan fikiran untuk meletakkan jiwa kita untuk berada di bumi Palestin, bumi iraq, dan lain-lain yang sedang sarat dengan bom, letupan, asap,..Penuh sesak dengan tubuh-tubuh basah yang dibanjiri darah. Gamat gempita alam dengan suara tangisan, laungan, tempikan..Suara-suara kecil anak-anak menangis ketakutan..Allahu Akbar..sukar sekali menggambarkannya..Sulitnya keadaan itu..

Hati ini cukup berdesik saat mata terpandang sahabat-sahabat se-Azhar, orang kiri dan kanan rumah, sedang enak meneguk air-air minuman milik Israel..PEPSI, COCA-COLA, REDBULL dll..Sedang lunak mengunyah, mengunyai ayam-ayam goreng di kedai2 makan KFC, McD..Pantang ada keraian kaki melangkah kesana..Kita meraikan sahabat yang kita sayang, orang yang kita sayang..Tapi kita lupa yang kita sedang membeli banyak peluru untuk kita biarkan menembusi saudara seislam, seiman dengan kita di bumi bertuah PALESTIN!!!...Kita buat-buat tak sedar kesan beli dan makan kita ada saham untuk ISRAEL..

Kata seorang sahabat dari selatan malaysia..Jika mengikut kata Pegawai Agama di Jabatan Agama Islam Johor, saham dari KFC sedikit saja untuk Israel..SEDIKIT atau BANYAK..yang pasti saham itu wujud...Pepatah melayu ada menyebut.."sikit-sikit, lama-lama jadi bukit". Jika saham dari malaysia ada RM 300 juta setahun, thailand, indonesia, brunei, seluruh nusantara dengan jumlah yang juga dikira sedikit, congak-congak jadi banyak ke sikit agaknya yer?.

yakinlah bahawa kuasa boikot kita pada syarikat-syarikat mereka amat besar kesannya.
Bacalah apa yang tertulis disini

Prof Dr Hussin Shehata - [Profesor Perakauan Di Fakulti Perniagaan Universiti Al Azhar , Mesir dan Pakar Rujuk Ekonomi Dunia Arab ] pernah menegaskan dalam bukunya [JIHAD EKONOMI : Kerfarduan Syarak dan Tuntutan Iman ] :


"Kita menyangkal golongan yang lepas tangan dan teragak-agak dan menghalang perlaksaan Jihad Ekonomi [melalui boikot] . Pada peringkat individu, antara mereka ada yang berkata bahawa " pemboikotan akan membawa kemudharatan kepada kita dan tidak akan mendatangkan apa-apa kesan kepada Israel dan Amerika ' PANDANGAN INI TIDAK BENAR DAN TERTOLAK. Sebenarnya pemboikotan telah benar-benar mendatangkan kerugian besar kepada mereka [US dan Israel].

Statistik yang dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Organisasi Pemboikotan Arab, kerugian Israel telah mencecah USD 100 BILION sehingga tahun 2000 [ jika 2010 ??]. Syarikat Coca Cola Mesir telah mengalami kerugian 40 % dari jumlah modalnya. Syarikat Mc Donald pula kerugian LE 260 JUTA POUND MESIR. Dan Syarikat Sunsbery terpaksa ditutup kerana kerugian melampau !!.

Statistik ini sama juga dinegara-negara Arab dan Umat Islam di seluruh dunia!

Sewajarnya kita orang beriman dan bertakwa meletakkan BOIKOT PRODUK -PRODUK ISRAEL adalah sebahagian dari IMAN dan KEHIDUPAN kita !!



Di petik dari buku :

JIHAD EKONOMI : Kerfarduan Syarak dan Tuntutan Iman
Terjemahan oleh Ust Ahmad Yusuf
Cetakan 2003
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir [PMRAM ]

Kuasa memilih ditangan kita buatlah pilihan yang terbaik....Tengok gambar-gambar ini, adakah ianya hanya satu pembohongan ??? Tepuk dada tanyalah iman !!

 ???? ??????

 ???? ??????

 ???? ??????

 ???? ??????

 ???? ??????

 ???? ??????

 ???? ??????

 ???? ??????

 ???? ??????

 ???? ??????

 ???? ??????

 ???? ??????

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih untuk komentar anda, saya amat menghargainya.

Taman Tasik KualaNerus..

Masjid Taman Tasik Kuala Nerus view dari jambatan turun tepi tasik Cantik Pandangan Atas masjid..Dah macam Biskut nampaknya..