Memaparkan catatan dengan label HPA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label HPA. Papar semua catatan

Jumaat, 19 Mac 2010

Laman Web untuk info Halal dan Haram

Assalamualaikum..Salam sejahtera buat semua sahabat bloggers dan pengunjung setia blog ummu uwais handzolah. Di sini ingin saya kongsikan info beberapa web yg perlu kita lawati dan baca isinya. Info penting untuk kita sebagai ummat Islam...Sentiasa sensitif dan berhati-hati dengan makanan yg kita ambil dan makan. Bukan saja dari sumbernya, dari duit yg kita guna bahkan siapa kah yang menyediakan makanan untuk kita?? ISLAM atau KAFIR?

Sesungguhnya "kita adalah apa yang kita makan"

Allah swt berfirman di dalam surah Al-Baqarah. Ayat:172

.
يأيها الذين ءامنوا كلوا من طيبت ما رزقنكم واشكروا لله ان كنتم اياه تعبدون
Mafhumnya:
" Hai orang-orang yang beriman, makanlah diantara rezeki yang baik-baik yang kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar hanya kepada Allah kamu menyembah".

Surah al-baqarah:ayat 173

ِّْْانما حرم عليكم الميتة والدم ولحم الخنزير وما احل به لغير الله

Mafhumnya:
" Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi, dan binatang yang (ketika disembelih) disebutkan (nama) selain Allah.

Dimalaysia penyediaan makanan yang terdapat dipasaran adalah- 95% bukan Islam
hanya 5% milik bumiputra ISLAM..FIKIR2 kan lah sahabat..Kini kita telah ada inisiatif makanan halalan toyyiba bersama perjuangan HPA , herba penawar al-wahida. Sertai lah perjuangan mulia ini. InsyaAllah kita akan beroleh kemenangan dan ketenangan.

Kita ingin melihat kemenangan ISLAM tapi adalah lebih mulia jika kita adalah sebahagian dari tangan-tangan yang memenangkan ISLAM! Allahuakbar!


Web- web yang perlu anda layari dan baca:

http://www.muslimconsumer.blogspot.com

http://www.inminds.com

http://www.foodasfood.com

http://halalguide.org


"Inilah Jalan Kami...Bersama memperjuangkan ekonomi Islam seiring pembinaan sebuah kerajaan Islam..".

Rabu, 17 Mac 2010

Post –natal Blues atau Post- partum depression


Keadaan ini akan dialami oleh setiap ibu selepas melahirkan anak.


Simtom seperti kemurungan, letih, lesu, rasa hendak menangis, mudah tersinggung dan marah tidak tentu pasal. Ini disebabkan berlakunya kerana tidak seimbang hormone, kurang darah, kurang zat makanan, kesakitan fizikal,kehaziran orang baru(bayi) dan tidak cukup tidur yang mengakibatkan otak tidak dapat berehat.

Jika ini berpanjangan akan menyebabkan gangguan emosi(meroyan)dan si suami seharusnya dapat memahami situasi isteri dan memberi sedikit perhatian agar rumahtangga sentiasa damai dan bahagia. Dibawah diperturunkan beberapa panduan seperti:-

1. Pengambilan set bersalin HPA

2.Pemakanan yang cukup dan sempurna.

3. Membataskan aktiviti fizikal

4.Kehadiran orang yang paling hampir untuk membantu dan mendengar sebarang keluhan

5. Amalan berpantang

6. Rehat yang mencukupi

7. Urut mengurut dan bertungku

8.Berzikir sepanjang masa dan mohon pelindungan dari gangguan syaitan yang terkutuk.

9.Mendengar alunan ayat- ayat suci Al Quran dll.

Semoga petunjuk ini berguna untuk semua ahli ahli HPA InsyaAllah.


uuh: untuk ibu-ibu dimesir sentiasa pasang izaah al-quran, baik untuk ibu dan anak. Selamat menempuh alam baru..

Taman Tasik KualaNerus..

Masjid Taman Tasik Kuala Nerus view dari jambatan turun tepi tasik Cantik Pandangan Atas masjid..Dah macam Biskut nampaknya..