Rabu, 18 Ogos 2010

Jom Berbuka ngn Menu ala Arab sesekali

Resepi Pasta Bakar Dgn Daging Lembu Hancur



Ini Cheese Cheedar yg boleh wat makan ngn roti..Potong kecil-kecil tabur atas pasta.


Sos Untuk Pasta
Sayur Campur (mix Vege)

Keju Mozarella

Sebiji Limau nipis..ambil jusnya

Pasta digaul bersama daging mafrum,goreng separa masak n sayur campur



Tabur tomato yang dipotong dadu dan cheese chedar yg didadu

Curahkan tepung yang dicampur susu keatas pasta tadi


Siap untuk dibakar

Resepi Pasta Bakar...

a) Bahan-bahan Pasta
---------------------
300 gm pasta direbus
200gm daging mafrum
250 gm mix vegetable
Garam
Sebiji Limau nipis
Secubit Lada Hitam
1 sudu besar ketumbar
1 sudu kecil jintan manis
2 biji Tomato potong dadu
2 biji Lada merah potong nipis
sedikit daun ketumbar dan daun sup
selabu bawang merah sederhana besar
dua ulas bawang putih
Minyak untuk menumis

Cara BUat:

Panas minyak dalam kuali, tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga naik bau, masukkan ketumbar , jintan manis, dan serbuk lada hitam, dan lada merah. Tumis lagi ala2 naik bau, api jgn kuat ye..Masukkan sayur campur, bila sayur agak layu masukkan daging mafrum campur kan serbuk lada hitam sedikit, masukkan garam, daun sup dan daun ketumbar kacau rata. Tutup api. ketepikan...

b) Bahan Sos
---------------
Satu tin kecil tomato puri ~Boleh Guna Buah Tomato Asli sekitar 5 bji~
3bj lada kering~kisar halus~
setengah labu bawang putih~tumbuk~
dua sudu besar tepung jagung~campur secawan air~
Gula
secubit garam

Cara Buat Sos:
Masukkan satu tin tomato paste kedalam periuk, masukkan secawan air, masukkan lada yg diblender, saya makan kurang pedas so kalau nak lagi pedas leh tambah lagi jumlah ladanya. masukkan bwg putih yg ditumbuk, masukkan gula....msak dengan api sederhana sampai mendidih. Masukkan larutan tepun jagung dan secubit garam. Masak sampai pekat.

c) Bahan Tepung penutup Pasta
---------------------------------
Secawan tepung gandum~200gm~
setengah cwn tepung ubi @ tpg jagung
1/2 liter susu
2 biji telur~dikepuk ringan~
Garam
250 ml fresh cream

Cara Buat :
Masukkan semua dalam periuk, kacau rata, kemudian nyalakan api dan kacau selalu sehingga adunan nampak pekat dan berkilat. Jangan terlalu kental. Tutupkan api curah atas pasta yang dah diratakan dalam dulang pembakar.. Bakar pada suhu 220 darjah celcius selama 20 minit atau sehingga masak.

1 ulasan:

Terima kasih untuk komentar anda, saya amat menghargainya.