Isnin, 27 April 2009

Selamat Bermuzaakaroh...

Assalamualaikum....

Pembuka bicara setelah lama menyepi..nak wat cmn kena berpantang. So, kena lah habiskan pantang. Pantang-pantang pun kena pegang buku jugak. Exam will coming..Tahun ni tahun pertama mengulang ditahun tiga hadith...erm...ngaji kat universiti al-azhar macam nilah...ada iadah..istisna'..mabsul..itu yang terakhir..lepas tu buat pilihan untuk balik malaysia atau tukar kuliah bidang pengajian.


Apa agaknya pandangan dan persepsi masyarakat tentang pelajar-pelajar al-azhar yang terpaksa melalui bentuk dan pengajian seperti ini. Pasti ramai yang mencemuh atau yang lebih ramai rasanya menyebut sebagai tak faham lah sistem pengajian disana. Mak Ayah pun pelik, coz sebelum datang anak kata empat tahun habislah mak..ayah..Lepas tu tiba tahun kedua, saya kene ngulang tahun ni. Kalau yang datang selepas kolej sepatutnya satu tahun ada yang sampai lima tahun. Padahal masa di kolej tak pernah pun repeat paper...kekadang termasuk dalam kategori top 10 student. Sampai mesir kena ngulang tahun pulak..Pelikkan tapi benar.





Begitulah sistem al-azhar. Bagi kuliah banat (perempuan) sahaja, cara tadbir dan pengurusannya adalah jauh berbeza dengan sistem kuliah banin (lelaki sahaja). Setiapmuhafazah juga berbeza-beza. Selalunya kalau gagal di kaherah...akhawat akan tahwil(tukar) ke muhafazah mansurah atau iskandariah. Kebiasaannya mereka yang ke iskandariah akan mudah lulus berbanding di kaherah. Walaupun melalui bidang yang sama atau baru. Ada juga yang terpaksa mengulang tahun diIskandariah. Tapi tidaklah seramai di kaherah. Yang kadang-kadang datang untuk satu tahun lebih kurang dalam 70 ke 80 orang yang hanya berjaya naik ke tahun dua hanya seorang sahaja. Inilah yang berlaku pada sahabat-sahabat yang satu batch dengan ku. Semua kuliah hanya seorang sahaja yang berjaya naik ke tahun dua. Syukbah lughah arabiah. Yang lain semuanya mengulang tahun 1. Huhu....sedih sangat...tapi...dalam sedih ada gembira jugak sebab ada ramai kawan yang sama nasib. Ini satu malaysia tau. Semua negeri tak lulus. Ini yang kaherah sahajalah. Manakala kawan-kawan yang di muhafazah adalah seorang dua sahaja yang terpaksa mengulang, majoriti nya lulus ada yang jayyid ke tahun dua.

Itulah perbezaan pengajian diardulkinanah ini. Walau apapun tahniah untuk sahabat-sahabat yang telah berjaya dan pulang ke tanah air..semoga Ilmu yang ada dimanfaatkan sepenuhnya untuk agama dan masyarakat negara kita. Bagi yang masih meneruskan pengajian disini..Teruskanlah usaha, jangan mudah mengalah, kecewa dan sebagainya...Selayaknya sebagai hamba ilmu kita perhabiskan masa yang ada dengan mentelaah ilmu yang maha luas ini. Sentiasalah beriltizam dan berazam untuk berjaya dan faqih dalam ilmuNya. Kerana ilmu yang sedang kita cari ini akan membuatkan kita semakin kaya, semakin bercahaya, kerana ilmu agama semakin banyak didalami semakin mendekatkan kita kepada pemilikNya. So, jangan berputus asa. Kita juga boleh berjaya selagi ada kemahuan untuk berjaya.

Kena berhenti dulu..time's up..to be conitnue... GooD LucK to all my beloved friends wherever You Are.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih untuk komentar anda, saya amat menghargainya.