Assalamualaikum.....pembuka bicara........
IdulAdha Almubarak Kullu Aam wa Antum bikhaoir..wa Ila Llah hi Akrab...Buat semua pengunjung blog ku yang dah terlalu lama tak berupdate.
Hari ini 9 zulhijjah merupakan satu hari diantara hari-hari kebesaran untuk seluruh ummat Islam. Sewajarnya hari ini disambut dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan. Alam pun turut meraikannya. Kalau musim sejuk hari ini kurang sejuknya. Kalau musim panas kurang panasnya. Selalunya cuaca dihari raya adalah cuaca dan suasana yang cukup nyaman dan membahagiakan. Maka bertakbir dan bertahmidlah sebanyak-banyaknya dihari ini.
Hari raya ini kita disunat dan dituntut untuk melaksanakan ibadah korban. Jadi bagi yang mampu berkorbanlah, semoga dengan ibadah korban itu menjadi syafaat dan rahmat untuk kita di akhirat kelak. Jangan risau untuk belanjakan duit hanya sekitar RM 500 sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Kalau kerana sebiji handphone kita sanggup berhabisan mencecah hampir ribuan ringgit, apalah sangat dengan nilai tak sampai lima ratus ringgit kita belanjakan.Jangan pula untuk Allah kita beralasan takut-takut kita tak mampu nak jawab di neraca timbangan.
Mengapa perlu korban, sememangnya ibadah ini satu pensyariatan dari Allah subhanahu wa taala kepada kita.Untuk menguji dan melihat keikhlasan hamba-hambanya dalam melaksanakan ibadah kepada-Nya. Sememangnya terlalu banyak hikmah dan syafaat dari ibadah korban ini. Susuri sirah Rasulullah saw kita akan dapat mengetahui bahawa baginda lahir dari "zabihaini" yang bermaksud dua sembelihan. Yang pertama datuk baginda nabi Ismail alaihissalam dan yang kedua Abdullah bin Abdul Mutallib ayah baginda.
Selalunya budaya kita orang melayu sambutan iduladha kurang sedikit meriahnya berbanding hari raya puasa. Perbezaan itu amat ketara dirasakan bila berada di bumi arab. Sudah menjadi tradisi mereka Iduladha disambut meriah dan besar-besaran dimana-mana upacara sembelihan diadakan. Meriah akan menyeluruh ketiga-tiga hari raya. Bukan setakat dihari raya pertama sahaja.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih untuk komentar anda, saya amat menghargainya.