Selasa, 25 Mac 2014

Kehadiran Nur Nabila Husna bt Muhamad Sabri

Kehadirannya sangat mengujakan bila sampai saat-saat akhir masih membawa ummi ke HSNZ dari Hospital Dungun dengan Ambulan. Dia lah anak pertama ummi naik ambulan. Dan itu juga kali pertama ummi masuk ambulan sebagai pesakit..huhu..sekali ingat rasa mengerikan..ouh..Alhamdulilah kehadirannya disambut oleh para petugas HSNZ yang sangat baik dan ramah..Doktor comel yang menyambut ALHAMDULILAH...segalanya indah untuk Dikenang.
12 APRIL 2012..bersamaan Selasa, 
20 Jumaada al-awal 1433 A.H.
NUR NABILA HUSNA BINTI MUHAMAD SABRI.







Durian Terakhir












Sabtu, 30 Jun 2012

Annivesary 22nd feb 2012

 Alhamdulilah...22 Feb 2012 genaplah usia perkahwinan kami  7 tahun. Annivevsary kali ini kami sambut bersama permata-permata yang amat disayangi...
 Ini widad aleya Qistina berumur 10 bulan..Waktu ni Widad sedang menanti kelahiran adiknya yang sudah berusia 7 bulan di rahim ummi.
 Ini Muhammad Waiz Habibullah hero nombor dua..Alhamdulilah angah semakin mature..

Ini Muhammad Uwais Handzolah anak sulung kami yang cepat matang..Suka meniru gaya sepupunya bergaya, berdikari, dan sangat minat dengan kereta..
 Gambar widad lagi...Puteri pertama yang sangat rapat dan manja dengan Abi...Dikau umpama sang puteri yang menghiasi ruang istana cinta umi dan abi...
Kek Tema Pink, Tema dimajlis persandingan kami di ardul kinanah Mesir...SEGALANYA ADALAH KENANGAN YANG TERLALU INDAH....TERIMA KASIH YA ALLAH DIATAS ANUGERAH MU INI.

DR MURSI DAN KELUARGA

Nama Penuh Beliau : Muhammad Morsi Isa' al-Ayyat. Dr. Mursi lahir pada 20 Ogos 1951 di Wilayah As-Syarqiyah, di sebuah perkampungan Al-Udwah. Beliau hidup dalam sebuah keluarga sederhana dan beragama, bapanya seorang petani dan ibunya seorang suri rumah. Berkahwin pada tahun 1978, mempunyai lima anak dan tiga cucu ini. Difahamkan kelima-lima orang anaknya adalah hafiz dan hafizah al-Quran, malah beliau sendiri dan isterinya juga adalah hafiz / hafizah al-Quran.
Pengajian tinggi Dr. Mursi apabila beliau berpindah ke Kaherah dengan melanjutkan pendidikannya di Universiti Cairo dalam bidang Kejuruteraan pada tahun 1970 hingga 1975. Selepas itu, beliau memperoleh Sarjana dalam bidang Kejuruteraan Metalurgi di Universiti yang sama (Cairo) pada tahun 1978. Tahun yang sama beliau berangkat ke Amerika Syarikat untuk melanjutkan pelajarannya memperoleh Sarjana Kedoktoran, memperolehnya pada tahun 1982 di Universiti Southern California.

Beliau dilantik untuk menjadi pensyarah di Universiti Southern California, kemudian menjadi pembantu Prof. di Universiti California-North Ridge. Setelah kembali dari Amerika Syarikat, beliau ditawarkan sebagai Profesor dan Ketua di Jabatan Fakulti Kejuruteraan Material pada tahun 1985 hingga tahun 2000 di Universiti Zaqaziq.



BABA MUHAMMAD MURSI AL AYYAT..
 Wajah Presiden Jadid li misra alarabiah..TAHNIAH buat DR MURSI..Semoga Islam akan lebih dikenali sebagai agama yang sangat-sangat adil untuk seluruh ummat manusia di bawah pemerintahan mu. Negara Helang ini akan melebarkan sayap ke seluruh jazirah arab dan dunia keseluruhannya untuk kemenangan Islam. Pemerintahan Islam adalah yang paling relevan untuk ummat Islam akhir zaman..Bersama buang pemerintahan taghut..Mereka hanya sisa dan perca kerosakan bumi dan kemiskinan. Pemerintahan Islam adalah Pasca kekayaan ummah dari kemelaratan ekonomi. Yakinlah demi Allah!! yang telah memberikan kemenangan untuk Islam di Mesir..

Wajah seorang isteri pemimpin Islam yang bakal disegani dunia insyaallah ; NAJLA' MAHMUD, wajahmu membayangkan satu ketabahan dan kekuatan...Insyaallah dirimu bakal menjadi inspirasi muslimah akhir zaman...Indahnya dirimu menghiasi hari-hari kemenangan seorang perwira Muslim alMukmin..Dirimu kan kujadikan inspirasi contoh sebagai seorang isteri dan ibu.


 MAMA NAJLA' MAHMUD
Wajah anak-anak yang menghiasi kamar kehidupan DR MURSI dan MADAM NAJLA' MAHMUD...Lima orang semua nya. 4 dewasa, 1 masih di sekolah menengah..Gambar dibawah.. AHMAD doktor perubatan di Arab Saudi, SYAIMA (anak perempuan) memegang ijazah B.A sains dari universiti zaqazik. USAMAH pemegang ijazah B.A kemanusiaan. UMAR juga memegang ijazah B.A perniagaan dari universiti zaqazik. Tiada dalam gambar ; ABDULLAH masih dalam pengajian peringkat menengah.



Tahniah untuk jaziratul Arab Misr umm dunnya..!!!

Rabu, 23 November 2011

Peluang Terakhir sebelum esok....

Bismillah....

Inilah peluang yang berbaki u update blog...huhu..sebab esok anak2 politeknik akan pulang ke ne masing..negeri asal mereka..Sudah selesai pengajian..yang berbaki pula pindah rumah lain. Tuan Rumah nak naikkan sewa lagi.Begitulah adat dunia..Patah tumbuh hilang berganti..Malam ni abang nak jamu anak2 tu makan nasi maklubah..Nasi arab jordan ala-ala lah...hehe...

Tengah seronok duk berchatting ngn sahabat lama..line pulak putus2..isy cemburu betul line ni dengan ukhuwwah yang br nak bersambung semula.

Sekarang ni banyak duduk dengan facebook aje..itu yang lembam berblog...apa pun tak akan ditinggalkan ruang ini banyak nostalgia nya.

Selasa, 15 November 2011

Temuduga..

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulilah semalam selesai ditemuduga, keputusannya ditangan Allah. Sepanjang hidup, ini baru kali pertama ditemuduga untuk kerja. Sebelum ini temuduga untuk belajar sahaja. Masuk kali ni, ini kali keempat masuk temuduga..Macam-macam soalan diberikan penumuduga.Alhamdulilah group kami ditanya secara profesional...Ada juga soalan tentang ambiga dan program yg ingin dianjurkan sempena merdeka tu..mm apa kaitannya dengan guru tahfiz agaknya yer..Tapi yer lah nak jadi pendidik semua kena ambik tahu lah..Lebih2 lagi berhaadapan dengan anak-anak dialam menengah ni..Terlebih lagi kecaknaan nya dengan alah benda2 ni..

alakullihal..keputusan temuduga ditangan Allah jika sekiranya saya layak dan kerja itu sesuai untuk saya dan iman saya pasti Allah akan menjanjikan ianya untuk saya...

Hamba mu pasrah dalam redha ya Allah...Permudahkanlah urusan dunia kami sebagai ladang ke akhiratmu...ameenn..

Jumaat, 28 Oktober 2011

Proses Nak Buat CikMek Molek...

Assalamualaikum....

Lama tak update blog ni, dah ada line ni kita update lah kejap...Tgh tunggu ubi setele masak nak wat cikmet molek..

Makanan popular ore ganu n kelate..Kuih mudah n senang cuma nak kene rajin jer...ni gara-gara abi dah beli ubi 3kg RM5. Murah pulak jd kene lah ummi practise kan kemahiran memasak yg dah lama terpendam ni..Alahak...

Lepas rebus ubi,sejukkan dulu pahtu kenelah penyek-penyekkan ubi sampai hancur. Masukkan tepung hinggalah jd doh jgn banyak sgt jgn sikit sgt..nnt lekat pulok kat tangan payah citer jdnya.Lepas tu kite lumur tepung kat tangan n bentukkan doh bulat meleper masuk gula kat tengah tutup n gentel ala-ala kon bawah n atas dia....siap leh goreng..makan masa sederhana panas yeeer, kalu dop leh melecur anok tekok sbb gula dalam tu lambat sejuk...
Nyum2 sedap nyer wat makan musim2 hujan ni...

ok jumpa lagi byk pulok keje time2 ujan ni...

Taman Tasik KualaNerus..

Masjid Taman Tasik Kuala Nerus view dari jambatan turun tepi tasik Cantik Pandangan Atas masjid..Dah macam Biskut nampaknya..