Nama Penuh Beliau : Muhammad Morsi Isa' al-Ayyat. Dr. Mursi lahir pada 20 Ogos 1951 di Wilayah As-Syarqiyah, di sebuah perkampungan Al-Udwah. Beliau hidup dalam sebuah keluarga sederhana dan beragama, bapanya seorang petani dan ibunya seorang suri rumah. Berkahwin pada tahun 1978, mempunyai lima anak dan tiga cucu ini. Difahamkan kelima-lima orang anaknya adalah hafiz dan hafizah al-Quran, malah beliau sendiri dan isterinya juga adalah hafiz / hafizah al-Quran.
Pengajian tinggi Dr. Mursi apabila beliau berpindah ke Kaherah dengan melanjutkan pendidikannya di Universiti Cairo dalam bidang Kejuruteraan pada tahun 1970 hingga 1975. Selepas itu, beliau memperoleh Sarjana dalam bidang Kejuruteraan Metalurgi di Universiti yang sama (Cairo) pada tahun 1978. Tahun yang sama beliau berangkat ke Amerika Syarikat untuk melanjutkan pelajarannya memperoleh Sarjana Kedoktoran, memperolehnya pada tahun 1982 di Universiti Southern California.Beliau dilantik untuk menjadi pensyarah di Universiti Southern California, kemudian menjadi pembantu Prof. di Universiti California-North Ridge. Setelah kembali dari Amerika Syarikat, beliau ditawarkan sebagai Profesor dan Ketua di Jabatan Fakulti Kejuruteraan Material pada tahun 1985 hingga tahun 2000 di Universiti Zaqaziq.
BABA MUHAMMAD MURSI AL AYYAT..
Wajah Presiden Jadid li misra alarabiah..TAHNIAH buat DR MURSI..Semoga Islam akan lebih dikenali sebagai agama yang sangat-sangat adil untuk seluruh ummat manusia di bawah pemerintahan mu. Negara Helang ini akan melebarkan sayap ke seluruh jazirah arab dan dunia keseluruhannya untuk kemenangan Islam. Pemerintahan Islam adalah yang paling relevan untuk ummat Islam akhir zaman..Bersama buang pemerintahan taghut..Mereka hanya sisa dan perca kerosakan bumi dan kemiskinan. Pemerintahan Islam adalah Pasca kekayaan ummah dari kemelaratan ekonomi. Yakinlah demi Allah!! yang telah memberikan kemenangan untuk Islam di Mesir..Wajah seorang isteri pemimpin Islam yang bakal disegani dunia insyaallah ; NAJLA' MAHMUD, wajahmu membayangkan satu ketabahan dan kekuatan...Insyaallah dirimu bakal menjadi inspirasi muslimah akhir zaman...Indahnya dirimu menghiasi hari-hari kemenangan seorang perwira Muslim alMukmin..Dirimu kan kujadikan inspirasi contoh sebagai seorang isteri dan ibu.
MAMA NAJLA' MAHMUD
Wajah anak-anak yang menghiasi kamar kehidupan DR MURSI dan MADAM NAJLA' MAHMUD...Lima orang semua nya. 4 dewasa, 1 masih di sekolah menengah..Gambar dibawah.. AHMAD doktor perubatan di Arab Saudi, SYAIMA (anak perempuan) memegang ijazah B.A sains dari universiti zaqazik. USAMAH pemegang ijazah B.A kemanusiaan. UMAR juga memegang ijazah B.A perniagaan dari universiti zaqazik. Tiada dalam gambar ; ABDULLAH masih dalam pengajian peringkat menengah.
Tahniah untuk jaziratul Arab Misr umm dunnya..!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih untuk komentar anda, saya amat menghargainya.