Selasa, 19 Oktober 2010

Hanya 1 Minggu berbaki...


Bismillahirrahmanirrahim...Alhamdulilah selesai membayar cukai anggota, begitulah pesan tn guru nik Abdul Aziz nik Mat dlm ijtimak tarbawi pemuda yang lepas. Sekarang ku sedang berusaha u beristiqamah dengannya. Jom sahabat2 seblogger tunaikan solat dhuha untuk menyatakan kesyukuran kita atas nikmat anggota yg telah diberikan Allah buat kita. Sesungguhnya sunat dhuha banyak sekali kebaikan dan fadhilatnya..

1Minggu Berbaki

Ini lah baki hari-hari yang tinggal berada di ardul kinanah ini. Kekadang terasa sayu dan sedih u meninggalkannya, rasa tidak sabar juga ada untuk bertemu keluarga yang dirindui jua tanahair yang telah membesarkan ku. Yang mengenalkan ku erti kehidupan pada period awal usia. Yang telah hampir 5 tahun kutinggalkan secara total. Hanya sekadar mengikuti perkembangan hariannya dengan perantaraan maya. Rasa takut dan bimbang jua bertamu melihat kerosakan yang semakin bermaharajalela di negara yang tercinta. Bagaimana nanti akan kubesarkan anak2 dalam suasana akhlak yang terlalu gawat...Ya Allah peliharakanlah zuriat dan keturunan kami dari segala kemaksiatan yang semakin merosakkan ummah akhir zaman ini.

Hidup Baru

Subhanallah sungguh hati sedang bergolak memikirkan perancangan kehidupan yang terbaik..Sesungguhnya sedang bersungguh mengintai ruang dan biah yang boleh mendidik anak-anak dan seisi keluarga suasana iman dan taqwa yang menggalakkan dimanakah tempatnya?? Jika ada sahabat2 seblogger yang idea fikrah dan pandangan di mana yer?? Juga mengintai ruang rezeki yang bakal menyara hidup sekeluarga, mengintai ruang dakwah untuk turut serta menyumbang tenaga dan menimba ilmu padanya. Mengintai2 rumah dan tanah yang dapat berlindung dari hujan dan panas, beribadat dan beramal didalamnya dapat menyatukan cinta dan kasih seisi keluarga..Masyaallah..Bukan mudah membuat keputusan..Ya Allah mudahkan lah Urusan dunia kami sebagai ladang ke akhirat Mu..

Urusan yang belum selesai...

Alhamdulilah hanya yang terpenting mengambil taswiyah along dan adik. Semoga hari rabu ini selesai segala urusan penting. Berbaki sedikit barang2 yang masih ingin dibeli dan dibawa pulang. Insyaallah akan dibawa pulang nanti ;
  • Sarung kaki mesir 'Sandy"
  • Sarung Lengan Mesir
  • Selendang labuh
  • Kain tudung petak kecil
  • Minyak Dhob
Buat sahabat2 yang berkenan untuk mendapatkan barang2ni PM me yer..;)

Anak-anak yang dah x sabar untuk pulang..

Boleh kata setiap hari along bertanya " ummi, tinggal berapa lagi nak balik msia, satu lagi ke dua lagi? ". Uhhhu teruja ummi menjawab, " satu minggu lagi sayang". Semua benda sedang dihimpun untuk dibawa balik ke malaysia. Bila bertanya ngn si habib pulak 'Adik nak duk ngn tok Ayah k ngn Tok"? "Nak duk ngn tok ayah dan toklah", jawabnya. Hehe adik tak tahu lagi apa maksud ummi tanya tu..Act ummi ada mak saja, di kampung delong dungun..n Abi ada Ayah sahaja di kampung langkap, setiu permaisuri..Kami berdua sememangnya tidak pernah lagi mengenal peribumi dikampung masing2. Ummi xpernah sampai kampung abi..Kurang2 abi dah pernah kenal sekali ngn mak n umah di delong..Segalanya cukup rahsia untuk dikenali mudahan ku betah berada di sana nnt...amenn..


setakat ini dulu u entry kali ini..semoga bertemu lagi...au revoir...:)

Rabu, 6 Oktober 2010

Tanpa Idea...tgk gambar raya lah...


Antara kami berdua..selalu ada org tanya tauw am (twin)?



Abi n ammu pesal


ummi n acik ina


ummi nak gambar ngn abi cedek pulak dia (habib) kat tgh, along..? tgh snap pic..hehe


Hari raya mesir yg cam duk kat padang arafah hehe..orang ramai.."sampah pun ramai"..adula..

Kenapa tak ada idea bila duk depan kom ni? Masa duk kat lain cam2 nak citer. Adulah...Nak citer apa yer???

Rabu, 18 Ogos 2010

Jom Berbuka ngn Menu ala Arab sesekali

Resepi Pasta Bakar Dgn Daging Lembu Hancur



Ini Cheese Cheedar yg boleh wat makan ngn roti..Potong kecil-kecil tabur atas pasta.


Sos Untuk Pasta
Sayur Campur (mix Vege)

Keju Mozarella

Sebiji Limau nipis..ambil jusnya

Pasta digaul bersama daging mafrum,goreng separa masak n sayur campur



Tabur tomato yang dipotong dadu dan cheese chedar yg didadu

Curahkan tepung yang dicampur susu keatas pasta tadi


Siap untuk dibakar

Resepi Pasta Bakar...

a) Bahan-bahan Pasta
---------------------
300 gm pasta direbus
200gm daging mafrum
250 gm mix vegetable
Garam
Sebiji Limau nipis
Secubit Lada Hitam
1 sudu besar ketumbar
1 sudu kecil jintan manis
2 biji Tomato potong dadu
2 biji Lada merah potong nipis
sedikit daun ketumbar dan daun sup
selabu bawang merah sederhana besar
dua ulas bawang putih
Minyak untuk menumis

Cara BUat:

Panas minyak dalam kuali, tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga naik bau, masukkan ketumbar , jintan manis, dan serbuk lada hitam, dan lada merah. Tumis lagi ala2 naik bau, api jgn kuat ye..Masukkan sayur campur, bila sayur agak layu masukkan daging mafrum campur kan serbuk lada hitam sedikit, masukkan garam, daun sup dan daun ketumbar kacau rata. Tutup api. ketepikan...

b) Bahan Sos
---------------
Satu tin kecil tomato puri ~Boleh Guna Buah Tomato Asli sekitar 5 bji~
3bj lada kering~kisar halus~
setengah labu bawang putih~tumbuk~
dua sudu besar tepung jagung~campur secawan air~
Gula
secubit garam

Cara Buat Sos:
Masukkan satu tin tomato paste kedalam periuk, masukkan secawan air, masukkan lada yg diblender, saya makan kurang pedas so kalau nak lagi pedas leh tambah lagi jumlah ladanya. masukkan bwg putih yg ditumbuk, masukkan gula....msak dengan api sederhana sampai mendidih. Masukkan larutan tepun jagung dan secubit garam. Masak sampai pekat.

c) Bahan Tepung penutup Pasta
---------------------------------
Secawan tepung gandum~200gm~
setengah cwn tepung ubi @ tpg jagung
1/2 liter susu
2 biji telur~dikepuk ringan~
Garam
250 ml fresh cream

Cara Buat :
Masukkan semua dalam periuk, kacau rata, kemudian nyalakan api dan kacau selalu sehingga adunan nampak pekat dan berkilat. Jangan terlalu kental. Tutupkan api curah atas pasta yang dah diratakan dalam dulang pembakar.. Bakar pada suhu 220 darjah celcius selama 20 minit atau sehingga masak.

Khamis, 15 Julai 2010

Lamanya xmengupdate blog....

Bismillahirrahmanirrahim.........

Rindu nak berblog , line tenet baru clear ..,,cuci line kali...hua..hua..Alhamdulilah settle jgk masalah ngn syarikat. Buat sahabat2 seblogger bertemu kembali kita alam maya..hehe...byk alam akhir zaman ni kan..dunia realiti, maya, fantasi, mistik yg tengah mencurah2 kat negara kita kan..hm..

Apapun jangan terlupa pulak yer yang kita akan kembali ke satu alam yang dipanggil BARZAKH, alam Mahsyar, dan seterusnya alam abadi xkembali..Agak2 yakin ke tak kita ni pada hari2 yg disebut ni???

Kita akan menemui MATI...yakin lah kan kita akan mati, tapi dihidupkan semula?? Kadang ingat kadang lupa kan...Sebab itu kadang kita banyak buat benda yg dilarang ALLAH kita senang dan mudah tinggal apa yang disuruh...

Lantaran itu saling lah kita ingat mengingat antara kita, bila nak buka mulut ngumpat ingatkan eh tak baik mengumpat Allah dengar...Kan tak terampun pulak dosa..yer..Tengok kawan, adik, mak tak solat tegur lah..Solat lah sebelum kita disolatkan.., Ada yang jarang letak tudung kat kepala, Pesan pakai lah tudung demi Allah bukan berhias..Sebab kita akan mati..Allah bebaskan kita dengan semua nikmatnya di dunia, tidak salahkan kita menyatakan syukur dengan mengikut perintah Nya. Mudahan kita selamat diakhirat yang kekal abadi dapat bersama abu wa ummu basyar...ADAM DAN HAWA di SyurgaNYA ameen..

Intro pendek sebelum meneruskan penulisan di blog ni....Bersama mengingati kematian!!!.

Khamis, 24 Jun 2010

My New Receiving Card..






sayangku









sayang.. seikhlas hati abang lapangkan hati dan cinta abang utk ayang... abang mencintaimu kerana Allah.. kau hadir menyedarkan daku.. seikhlas hati ku.. kau cintaku selamanya.. abang cintakan sayang..
Cinta mu..


muhamad sabri


Isnin, 21 Jun 2010

Asal-usul bangsa melayu....

Bismillahirrahmanirrahim....

kali ini ingin berkongsi sedikit maklumat tentang asal-usul bangsa melayu..Artikel ini saya dapat dari sini melayuonline.com. ini sebelum kena bayar pendaftarn..Sekarang untuk baca di web ini perlu bayar pula..Apapun alhamdulilah dah dapat ambil yang hendak..Untuk bayar yuran nantilah balik kampung nnt baru mudah urusannya. Laman web ini milik indonesia. Tapi penemuannya memang menakjubkan..Subhanallah..


Untuk melakar isi keseluruhan artikel ini....memang akan mengambil masa, setakat yang boleh diringkaskan..


SEJARAH

Catatan dan kajian sarjana menunjukkan bahawa manusia zaman silam ( sebelum dan selepas taufab Nuh a.s) telah mempunyai teknologi penerbangan. Sebahagian dari teknologi yang dibina semula oleh kaum selepas Nuh a.s. juga terkubur. Dr. Ruth Hover telah mengambil gambar ukiran berusia plaing kurang 2,000 tahun di sebuah kuil di Abydos, Mesir. Pada ukiran itu jelas terdapat bentuk-bentuk kenderaan terbang. Penemuan model kapalterbang yang dinamakan Saqqara Bird, serta ratusan kitab hindu silam yang mencatat cara untuk membina Vimana, iaitu piring terbang .

Bangsa melayu ada dua kelompok :
1) melayu -Levo/Proto =
Asal keturunan dari Heth bin Kanaan bin Ham bin Nuh a.s (4300 tahun yang lampau). Menggunakan teknologi batu, datang dari kawasan pergunungan Himalaya.
2) Melayu -Neutro @Deutro = Keturunan dari nabi Allah Ibrahim as. dari isteri yang bernama Keturah(sekitar 3900 tahun yang lampau). Menggunakan teknologi besi, datang dari sekitar kemboja.

Asal usul bangsa melayu adalah misteri sebagaimana misterinya penciptaan Adam alaihissalam..MISTERI ?..Ya kerana ianya jauh dari penglihatan mata kepala kita..Tapi ianya tidak lah misteri untuk kita menerima dan beriman dengan penuh yakin dengan apa yang diceritakan dalam al-quran kepada kita..Jelas dan sohih.

Mengikut profesor doktor hamka, nabi Adam as diturunkan di sumatera. Adapun keturah isteri ketiga nabi Allah Ibrahim as berasal dari keturunan kemboja( asal nama Kambujadesa).

Menurut Lian Liji (1996), kewujudan kerajaan melayu paling awal telah wujud pada tahun 131 masehi. Kenyataan diperolehi dari catatan China kuno. Kerajaan ini disebut dalam bahasa cina sebagai Ye Diao (merujuk pada kawasan jawa dan sumatera). Dikatakan kerajaan ini membawa ufti ke negara Cina.

Kerajaan melayu purba (Melayu-Kemboja) bernama Funan pula wujud di abad 3 masehi dan berpusat di kemboja. Kerajaan ini wujud sehingga kurun ke-15 (1200 tahun). Kerajaan ini hebat dengan keseniannya dan telah membina angkor wat (seawal kurun ke-9).

Kerajaan ini terkenal dengan panggilan kerajaan Melayu-Champa yg kemudiannya diusir keluar dari kota vijaya oleh orang Vietnam tapi saki-baki kerajaannya masih ada kerana rekod Cina ada mencatat bahawa kerajaan Champa telah menghantar bantuan kepada kerajaan Melaka untuk menentang Portugis pada kurun ke-16. Menurut Prof Shaharir ada kemungkinan orang Champa telah memeluk Islam lebih awal berbanding melayu lain di Nusantara sekitar kurun ke -11 Masehi.

Dalam buku china ada dicatat beberapa buah kerajaan Melayu Purba yang lain seperti Lang Ya Xiu (Fatani atau Patani) pada abad ke-2 masehi. Pan-pan (Utara Segenting Kera) pada abad ke-5 Masehi, Senggora (Tanah Merah di Thailand Selatan). Zhu Bo (Pulau Jawa) abad ke-5 Masehi, Dan Dan atau Tan Tan, Ki-lan-tan, Ho-lo-tan atau Kuo-lo-tan (Kelantan) yang dikatakan sebuah kerajaan yang besar sebelum abad ke 6 masehi dan pernah menghantar ufti ke negeri China pada tahun 430,433, 436, 437, dan 452 Masehi.

ok sambung next time...Best dapat maklumat baru ni...mengenali asal-usul kita amat mengagumkan, dan kita bukanlah satu bangsa yang lemah dan layu seperti yg ditohmah..insyallah nanti sambung kita tengok lagi apa yg kita ada dan siapa kita wahai banngsa melayu..Bangkit untuk kemuliaan perjuangan Islam sebagai khalifah di bumi Allah!! Allahu Akbar!.

Taman Tasik KualaNerus..

Masjid Taman Tasik Kuala Nerus view dari jambatan turun tepi tasik Cantik Pandangan Atas masjid..Dah macam Biskut nampaknya..