Selasa, 16 Jun 2009

Esok Last Paper!!

Alhamdulilah...Esok adalah hari yang terakhir untuk imtihan tahun ini. Madah wasailuttablighida'wah wa asalibiha. Alhamdulilah banyak ilmu baru tentang bagaimana dakwah islamiyah berkembang dari awal penurunan wahyu kepada Nabiyyina Muhammad sallallahu alaihi wasallam. Buku ini telah dibahagikan kepada dua tajuk perbahasan yang utama iaitu wasilah dakwah dan uslub penyampaiannya. Al-wasilah dari sudut bahasa bermakna (al-qurbah) iaitu jalan yang menghubungkan manusia kepada penciptaNya.

>>Tulis artikel penuh disini <<

Rabu, 10 Jun 2009

hari ini Tasauf.

Assalamualaikum..alhamdulilah selesai madah hari ini tasauf islami. setiap kali habis periksa, hati mula jadi tidak sabar untuk mengetahui natijahnya. bolehkah aku lulus untuk naik ke tahun empat atau akan masih ditakuk ini,tiga usulluddin? lantas suara hati cepat berbisik,bukahkah kau telah berazam untuk berjaya? maka ingatlah wahai diri Allah telah berfirman:
((" Faiza azamta fatawakkal alallah"))
Walau hati sentiasa beringat tetapi nafsu tetap mencanang debaran dan tipisnya keyakinan. Sememangnya bukan mudah untuk ku pasakkan hati yakin dengan nusrah allah yang maha kuasa.begitulah lemahnya hati. Hati yang masih memerlukan pentarbiahan dan masih perlukan riadah mujahadah untuk mencapai sebenarnya keyakinan. Kenapa ku berbicara tentang hati? sebenarnya itulah muqarrar madahku hari ini. Doakan kejayaanku wahai sahabat..semoga kita beroleh kejayaan dunia dan akhirat. Entry ini sebenarnya saya update kan dengan menggunakan handphone..Punya lah lama nak siapkan satu entry, komputer along n habib dah konker so...Sambil berehat sambil edit this entry.


Hari ini edit pulak gambarnya dengan komputer ini yang baru masuk gambar ni. While along n habib still at bathroom with abi, so i take this gold time to edit so much my blog. Huhu..ummi zaman moden kan bukak mata jer rasa nak ajer singgah kat komputer punya table..tangan cam laju jer nak tekan butang keyboard... Gambar hati yang saya search melalui google. Sememangnya hati adalah seketul daging yang terletak di bahagian dada kiri. Itu yang diterjemahkan oleh imam Al-Ghazali didalam kitabnya Qodoya tasauf. Dan yang kedua hati diterjemahkan sebagai al-lathhifatunnasfi...sesuatu rasa yang ada didalam diri. Ianya dipandu dengan akal dan ruh rububiyyah. Wallahua'lam.


Taman Tasik KualaNerus..

Masjid Taman Tasik Kuala Nerus view dari jambatan turun tepi tasik Cantik Pandangan Atas masjid..Dah macam Biskut nampaknya..