Rabu, 17 Mac 2010

Post –natal Blues atau Post- partum depression


Keadaan ini akan dialami oleh setiap ibu selepas melahirkan anak.


Simtom seperti kemurungan, letih, lesu, rasa hendak menangis, mudah tersinggung dan marah tidak tentu pasal. Ini disebabkan berlakunya kerana tidak seimbang hormone, kurang darah, kurang zat makanan, kesakitan fizikal,kehaziran orang baru(bayi) dan tidak cukup tidur yang mengakibatkan otak tidak dapat berehat.

Jika ini berpanjangan akan menyebabkan gangguan emosi(meroyan)dan si suami seharusnya dapat memahami situasi isteri dan memberi sedikit perhatian agar rumahtangga sentiasa damai dan bahagia. Dibawah diperturunkan beberapa panduan seperti:-

1. Pengambilan set bersalin HPA

2.Pemakanan yang cukup dan sempurna.

3. Membataskan aktiviti fizikal

4.Kehadiran orang yang paling hampir untuk membantu dan mendengar sebarang keluhan

5. Amalan berpantang

6. Rehat yang mencukupi

7. Urut mengurut dan bertungku

8.Berzikir sepanjang masa dan mohon pelindungan dari gangguan syaitan yang terkutuk.

9.Mendengar alunan ayat- ayat suci Al Quran dll.

Semoga petunjuk ini berguna untuk semua ahli ahli HPA InsyaAllah.


uuh: untuk ibu-ibu dimesir sentiasa pasang izaah al-quran, baik untuk ibu dan anak. Selamat menempuh alam baru..

Isnin, 15 Mac 2010

Umat Islam diseru kembalikan kegemilangan ilmu


oleh Hazayani Zakaria

GOMBAK, 15 Mac: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyeru umat Islam agar mengembalikan kegemilangan ilmu seperti zaman pemerintahan Islam yang terdahulu.

Abdul Hadi berkata, ramai di kalangan manusia pada zaman ini mempunyai ilmu yang tinggi tapi gagal memanfaatkannya ke arah kebaikan.

"Agenda ilmu perlu kembali dan dikembalikan untuk memartabatkan umat Islam. Hari ini kita melihat banyak orang yang berilmu tapi gagal dalam hidup. Mereka ada ilmu, tahu, faham, mengerti, macam orientalis barat, alim dalam bidang Islam tapi menentang Islam.

"Ulama-ulama yang jahat, ilmunya ada tapi iman dan akhlak tidak dibina dengan cara yang baik, tidak istiqamah dalam hidup. Contohnya, golongan berilmu dalam bidang sains dan teknologi, mencipta alat-alat yang boleh membunuh manusia dalam sekelip mata. Sebabnya kerana ilmu tidak berasaskan kepada kewajipan khilafah dan kewajipan amanah yang ditetapkan oleh Allah SWT," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Pelancaran Pembangunan Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) di Taman Melewar petang semalam.

Ujar Abdul Hadi, asas segala ilmu yang dipelajari oleh manusia terdapat dalam Al-Quran, iaitu mukjizat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.



"Islam telah berjaya memerintah negara yang besar. Di timur, sampai ke rantau Asia Tengah, di Baratnya Sepanyol, di utaranya, Asia Tengah hingga ke Moscow, di selatan, Afrika Tengah.

"Pada zaman yang belum wujud kecanggihan ilmu seperti zaman ini, tetapi asas-asas ilmu dalam segala bidang sudah wujud di dalam Al-Quran. Apa sahaja ilmu yang lahir di kalangan manusia asasnya adalah di dalam al-Quran, sama ada ilmu yang dapat memberi manfaat dalam hubungan dengan Allah, dengan manusia, dengan segala benda yang ada di muka bumi, termasuk ilmu yang diharamkan, seperti ilmu sihir, ada dalam al-Quran," katanya.

Hadir sama dalam majlis berkenaan ialah Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan dan Naib Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Ahmad Yakob dan Datuk Mahfodz Mohamed, Ahli Jawatankuasa PAS, Datuk Abu Bakar Chik dan Rektor KUIZM, Dr Shahbudin Ngah

Abdul Hadi petang tadi turut mengambil kesempatan meninjau tapak KUIZM yang pembinaannya sedang giat dijalankan.

Turut bersama, Pengarah Syarikat A One Pro Construction, iaitu syarikat yang dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan urusan pembinaan KUIZM, Mohd Idris Kassim.

Pembinaannya dijangka siap sepenuhnya pada Jun tahun ini dan akan mula mengambil pelajar sulung pada Julai depan.

Harakahdaily.net/-

Neck Exercise

Neck Exercise

Bismillah al-Rahman al-Rahim

A doctor advises his patients to exercise their neck by just reading this message. In the end, all patients go home happily without asking the doctor for any medications. 'It is very effective,' said the doctor. 'All my patients never come back to me again.'

sumber asal :http://littlemishkah.blogspot.com

Ahad, 14 Mac 2010

Kanser dan Wanita


Di negara kita, kanser wanita :

1)kanserpayudara- (21 peratus)
2) kolon - (10 peratus)
3) pangkal rahim - (9.8 peratus)
4) perut - (7.6 peratus)
5) paru-paru - (7 peratus)
6) ovari - (4.4 peratus)
7) rahim - (3.8 peratus).






Kanser adalah sel badan yang terhasil terlalu cepat dan tidak terkawal sehingga

menyebabkan bonggol sel dipanggil ketumbuhan yang boleh bersifat benigna (tidak

merebak) atau malignan (boleh merebak ke bahagian badan yang lain).


Uniknya, sel kanser yang merebak (berpindah ke organ lain melalui aliran darah

atau cecair limfa), ia akan singgah dan membiak (membahagi dengan cepat) membentuk

koloni baru pada organ tempat persinggahan itu.

Keunikan kedua, koloni kanser ini boleh mencuri nutrien yang dibawa dalam darah

dengan membentuk salur darah baru supaya nutrien tadi dapat disalurkan terus ke

sel kanser untuk ia tumbuh lebih besar.


Keadaan ini akan menekan tisu dan saraf berhampiran yang menyebabkan rasa sakit.

Perkara sama berlaku pada kanser peranakan wanita seperti kanser pangkal rahim,

ovari, rahim dan faraj.


Sebagaimana kanser lain, punca sebenar kanser peranakan wanita juga tidak

diketahui dengan tepat. Ia boleh disebabkan jangkitan bakteria, virus atau

pencemaran (udara atau makanan) namun kebanyakan kes, puncanya tidak diketahui.


Daripada empat jenis kanser peranakan, kanser pangkal rahim menduduki tangga

teratas yang menyerang lebih 500,000 pesakit di seluruh dunia diikuti kanser

ovari, rahim dan faraj (jarang berlaku).


Daripada 500,000 kes kanser pangkal rahim, 70 peratus berlaku di negara miskin dan

80 peratus dikesan lewat. Ini menyebabkan kebanyakan kes kanser pangkal rahim

berakhir dengan kematian.


Justeru, penekanan lebih diberi kepada kanser pangkal rahim, tetapi pada masa sama

kanser ovari dan rahim perlu diketahui kerana ia juga boleh membunuh, kata

Perunding Ginekologi dan Pakar Kanser Wanita Pusat Perubatan Sunway, Dr G

Balasundram.


Meskipun jumlah pesakit kanser ovari jauh lebih rendah berbanding kanser pangkal

rahim (satu kes bagi setiap 55 wanita), ia terkenal dengan gelaran pembunuh senyap

kerana ia biasanya tidak ditemui hinggalah sel kanser merebak ke lain anggota

badan iaitu apabila ia sampai ke peringkat serius.

Di negara maju seperti Amerika Syarikat, dianggarkan hanya 20 peratus kes dikesan

sebelum ia merebak.


Setiap wanita mempunyai dua ovari iaitu pada sebelah kanan dan kiri rahim. Saiz

ovari sangat kecil iaitu hanya tiga sentimeter atau sebesar badam — berfungsi

menghasilkan telur (ovum) dan hormon seks (estrogen dan progesteron).


Sel kanser dari ovari ini boleh merebak terus ke organ bersebelahan atau ke organ

yang jauh melalui aliran darah atau salur limfa.


Mengapa kanser ovari sukar dikesan? Ini kerana gejalanya tidak khusus dan

menyerupai masalah kesihatan lain, termasuk gangguan pencernaan dan pundi kencing.


Wanita yang menghidap kanser ovari mungkin didiagnos dengan penyakit lain dulu

sebelum disahkan menghidap kanser. Antara gejala kanser ovari ialah:
# Abdomen (perut) terasa sakit atau sentiasa tidak selesa
# Perut kembung seperti ada angin, terasa penuh
# Pinggul terasa sakit
# Berlaku perubahan jadual ke tandas (termasuk sembelit)
# Penurunan berat badan tanpa sebab
# Sakit ketika mengadakan hubungan seks
# Kerap terasa hendak kencing
# Sentiasa lesu
# Sakit belakang atau pinggang
# Perubahan pada kitaran haid Gejala peringkat akhir:
# Perut kembung
# Muntah
# Sesak nafas
# Kehilangan berat badan yang banyak

Faktor risiko kanser ovari
# Mutasi gen atau perubahan bahan baka (diwarisi). Ia boleh berlaku jika pesakit

mempunyai ahli keluarga yang menghidap kanser payudara berulang kali. Bagaimanapun

dalam kebanyakan kes, pesakit tidak mempunyai mutasi gen.


# Sejarah keluarga — Ada kalanya kanser ovari berlaku pada lebih seorang ahli

keluarga wanita tetapi ia bukan disebabkan mutasi gen. Jika anda mempunyai ahli

keluarga yang menghidap kanser ovari, risiko anda mendapat penyakit sama ialah

antara 10 hingga 15 peratus. Jika anda pernah menghidap kanser payudara, risiko

untuk kanser ovari juga meningkat.


# Umur — Risiko meningkat dengan peningkatan umur dan kebanyakan kes berlaku pada

wanita 60 tahun ke atas atau selepas menopaus. Namun ia juga boleh berlaku pada

wanita muda atau sebelum menopaus.


# Status kehamilan — Kajian menunjukkan wanita yang pernah hamil walaupun sekali

mempunyai risiko lebih rendah untuk diserang kanser ovari. Ini bermakna wanita

yang tidak pernah hamil atau ada masalah kesuburan mempunyai risiko lebih tinggi

menghidap kanser ini. Malah pengambilan pil perancang keluarga juga didapati mampu

memberi perlindungan kepada kanser ovari.


# Obesiti — Wanita obes mempunyai risiko lebih tinggi, malah obesiti juga

dikaitkan dengan kanser ovari yang lebih agresif; menyebabkan ia mudah merebak,

berulang dan peluang sembuh juga lebih rendah.


# Terapi penggantian hormon (HRT) — Kajian mendapati wanita menopaus yang

mengambil hormon estrogen saja lebih berisiko, terutama jika pengambilan pil

hormon ini melebihi lima tahun. Bagaimanapun, ia bukan bermakna HRT tidak bagus,

berbincanglah dengan doktor anda mengenai perkara ini kerana HRT ada banyak

manfaat lain.


Faktor untuk mengurangkan risiko kanser ovari:
# Pengambilan pil perancang. Penggunaan selama dua tahun didapati dapat

mengurangkan risiko sebanyak 30 peratus dan 50 peratus jika diambil melebihi lima

tahun
# Mengandung
# Memberi anak susu badan
# Pembedahan — Pembedahan pemandulan boleh mengurangkan risiko sebanyak 33 peratus

dan 67 peratus di kalangan wanita yang menjalani pembedahan pembuangan rahim
# Kawalan pemakanan dan bersenam — Penjagaan makan dan bersenam enam kali seminggu

boleh mengurangkan 27 peratus risiko kanser ovari.


“Hampir 75 peratus kes pesakit lewat berjumpa doktor iaitu apabila kanser sudah

merebak sedangkan peluang untuk sembuh adalah tinggi jika dikesan awal. Biasanya

kanser ini berlaku pada wanita tua berumur 60 tahun ke atas.


“Wanita yang mengalami gejala kembung dan perut sentiasa berasa tidak selesa

melebihi beberapa minggu disaran berjumpa doktor dan jalani pemeriksaan.


“Ujian imbasan bunyi pada abdomen akan dilakukan untuk mengesan ketumbuhan. Ujian

penanda tumor tidak disarankan kerana ia kurang tepat. Ada kala ia menunjukkan

penanda tumor yang tinggi, sedangkan pesakit tidak mempunyai kanser atau

sebaliknya.


“Namun ia berguna selepas seseorang disahkan menghidap kanser sebagai ukuran

aktiviti penyakit, bukan untuk pengesanan,” katanya.


Untuk menyelamatkan pesakit, ovari yang diserang kanser (sama ada satu atau kedua

-dua) akan dibuang melalui pembedahan. Kemoterapi hanya berkesan jika sel kanser

kecil tetapi tidak memberi banyak manfaat jika kelompok sel kanser itu besar.


Kanser rahim Ini juga antara kanser yang jarang dilaporkan. Kanser rahim mewakili

empat peratus daripada keseluruhan kanser peranakan dan berita baiknya, peluang

untuk sembuh sangat tinggi.


Bagaimanapun, berbeza dengan kanser ovari, kanser rahim berlaku pada golongan

lebih muda iaitu 50 tahun dan jarang menyerang wanita muda (di bawah 40 tahun).


Insiden kanser ovari dan rahim lebih rendah pada wanita di negara membangun atau

miskin kerana mereka kerap mengandung dan melahirkan anak. Antara kumpulan wanita

yang berisiko tinggi mendapat kanser rahim ialah:
# Gemuk atau obes
# Tidak pernah mengandungi
# Pernah mengalami sindrom polisistik ovari
# Cepat baligh
# Lambat menopaus
# Menghidap penyakit tekanan darah tinggi dan kencing manis
# Menghidap penyakit pundi hempedu
# Pengambilan HRT estrogen saja
# Mengalami haid yang tidak normal


Menurut Dr Balasundram, gejala kanser rahim

yang biasa dialami wanita ialah pendarahan selepas menopaus. Bagi wanita belum

menopaus, mereka mungkin alami pendarahan yang banyak dan berpanjangan di antara

kitaran haid.


“Apabila berlaku pendarahan yang tidak normal, segera jalani pemeriksaan seperti

imbasan bunyi. Ia petanda penting untuk kanser rahim. Kini pakar perbidanan

mempunyai peralatan canggih dan mampu mengesan ketumbuhan pada ovari atau rahim.


“Pengesanan awal membolehkan pesakit diberi rawatan segera dan peluang sembuh jauh

lebih tinggi, terutama untuk kanser ovari.


“Rawatan yang ada hanya pembedahan pembuangan rahim dan ovari. Kadangkala ia perlu

disusuli radioterapi; tertakluk kepada keadaan setiap pesakit. Kemoterapi hanya

akan diberi apabila kanser rahim sudah merebak,” katanya.


Kanser pangkal rahim Ia kanser kedua paling banyak berlaku pada wanita di negara

ini selepas kanser payudara. Ia disebabkan jangkitan virus (virus human papilloma,

HPV melalui hubungan seks) dan boleh berlaku pada semua peringkat umur, khususnya

wanita yang mempunyai kehidupan seksual yang aktif.


Walaupun kempen kesedaran mengenai kanser ini kerap dijalankan, 70 peratus pesakit

hanya berjumpa doktor apabila kanser mereka sampai ke peringkat ketiga atau

keempat (serius).


“Semua kanser boleh dirawat walaupun bukan semua kanser boleh disembuhkan. Yang

penting ialah anda perlu jalani pemeriksaan supaya kanser boleh dikesan pada

peringkat awal dan untuk kanser pangkal rahim, ujian paling mudah ialah lumuran

pap.


“Ramai wanita bertanya, bila perlu mula jalani ujian ini? Ia perlu dilakukan

apabila wanita itu aktif seks dan jika dia mula mengadakan hubungan seks,

jalanilah ujian lumuran pap pada usia 21 tahun kerana sel mengambil masa dua

hingga tiga tahun untuk berubah (kepada sel kanser).


Walaupun kebanyakan doktor menyarankan ujian lumuran pap dijalankan setiap tahun,

tetapi jika anda dapat lakukan dua atau tiga tahun sekali secara tetap sudah cukup

baik,” katanya.


Bila masa sesuai? Bila-bila masa kecuali ketika haid kerana doktor perlu mengambil

sampel tisu pada pangkal rahim. Bila pula boleh berhenti jalani ujian lumuran pap?

Jika semua ujian lumuran pap terdahulu menunjukkan keputusan normal, wanita boleh

menghentikan ujian ini selepas berumur 65 tahun.


Bagi wanita yang tidak pernah mengadakan hubungan seks, ujian ini tidak diperlukan

kerana mereka tidak terdedah kepada virus HPV.


Namun ada juga kes di mana wanita disahkan menghidap kanser pangkal rahim walaupun

ujian lumuran pap menunjukkan keputusan normal.


Dr Balasundram berkata, ia disebabkan kesilapan doktor yang mengambil sampel faraj

dan bukan tisu pangkal rahim.


Ia adalah kesilapan manusia, bukan kegagalan ujian kerana sehingga kini ujian

lumuran pap terbukti berkesan mampu mengesan perubahan pada sel pangkal rahim.


Kaedah lain untuk mencegah kanser pangkal rahim ialah dengan mendapatkan suntikan

vaksin iaitu sebelum seseorang wanita terdedah kepada virus HPV.


Umur yang disaran untuk mendapatkan vaksin ialah antara 10 hingga 30 tahun kerana

ketika ini tindak balas badan terhadap vaksin jauh lebih baik.


“Perlu ingat, walaupun sudah mendapatkan suntikan vaksin, wanita masih perlu

jalani ujian lumuran pap kerana vaksin yang ada sekarang hanya memberi

perlindungan kepada beberapa jenis virus HPV, iaitu jenis paling kerap menyebabkan

kanser pangkal rahim dan seseorang wanita masih berisiko mendapat jangkitan ini.


“Paling penting ialah mesti berani jalani ujian. Jangan biarkan diri anda dalam

keadaan tidak tahu kerana ini adalah punca yang menyebabkan banyak kes kanser

pangkal rahim sukar diselamatkan,” katanya.

UmmuUwaisHandzolah: Para wanita dinasihatkan mengambil Paramaria Plus untuk mengatasi masalah ini. Bagi wanita yg mengalami gangguan kitaran haid perlu melalui proses bekam. Semoga Allah memberikan kita kesihatan yg berpanjangan . " Mencegah lebih Baik dari Merawat".

Khamis, 11 Mac 2010

Perginya Seorang Ulama'


Bismillah...

Semalam 24 Rabiul awwal 1431 Hijrah bersamaan 10/Mac /2010, perginya seorang ulama al-azhar Syeikhul Tantawi kembali ke rahmatullah... semoga roh beliau di cucuri rahmat dan redha Allah. Semoga segala amalan baik, dan ilmu yg telah dimanfaatkan kepada seluruh muslimin akan penjadi peneman buat Alfadhil Syeikh Tantawi dialam sana. Al-Fatihah..

"Setiap yang bernyawa pastikan mati, yg penting mati kita atas jalan Allah!!"

Jumaat, 26 Februari 2010

@@22 FEBRUARI...


Bismillah...

Hari ini 12 Rabiulawal 1431 H bersamaan 26 februari 2010. Sudah berlalu 4 hari dari tarikh yg kucatatkan diatas.. Tarikh yang telah menyaksikan penyatuan aku dan abang dengan ikatan pernikahan diatas nama ALLAH.


Alhamdulilah...Segalanya adalah anugerahMu ya ALLAH. Cinta yang hadir tanpa dapat kubaca rentak dan tarinya. Namun ianya tetap hadir untukku dengan anugerahMu. Alhamdulilah...

Ku catatkan disini diatas tarikh kelahiran Kekasih Allah Muhammad Ya Rasulallah..Tarikh pencerahan untuk seluruh alam, tarikh turunnya rahmatan lil a'lamin..Selawat dan salam keatas junjungan mu ya rasulallah dan seluruh ahli keluarga, dan para sahabat mu...

Abang...

Terima kasih untuk cinta mu
Terima kasih untuk sayang mu
Terima kasih diatas air mata lelaki mu
Terima kasih diatas segala pengorbanan mu
Untuk mahligai cinta kita
Untuk dua permata yang sedang mengenali kehidupan
Ku doakan agar segala impian
Ku doakan agar segala harapan
Menjadi realiti untuk mu
Terealisasi untuk mahligai kebahagiaan kita didunia dan akhirat
Ameen..Ya Rabbal A'lameen..



Selasa, 16 Februari 2010

Hari pertama along di hadonah..alhamdulillah



Bismillahhirrahmanirrahim....

Alhamdulilah, bersyukur diatas nikmat kurniaan Allah IMAN, ISLAM dan KEBAHAGIAAN..Segalanya adalah anugerah. Tidak akan mungkin ku perolehi melainkan dengan pemberian milik-Nya yang Esa. Ya Allah ku syukuri segalanya...Alhamdulilah, Alhamdulilah, Alhamdulilah....Jadikan Kami hamba yang setiasa bersyukur pada MU Ya Allah.

Hari ini, (Ahad) 13 safar 1431 H bersamaan 14 Februari 2010.

Hari yang amat bermakna dan paling membahagiakan si kecil Sulong ku, Muhammad Uwais Handzolah. Hari ini adalah hari pertama along Uwais Handzolah mengenali apa itu istilah SEKOLAH, yang selalu Ummi dan Abi sebutkan padanya. Seawal 8.00 pagi Along bangun. Melihat Ummi dan Abi sedang bekerja kemaskan rumah. Dia mula sibukkan juga diri bermain dengan sponge n sabun mengelap lantai. Ummi tanya along pergi sekolah hari ini Okay? Mula katanya tak mboh lah Ummi. Lepas makan pagi, ari ni abi masak nasi goreng. "Abi, Along nak gi sekolah lah ari ni". Umi dan Abi berpandangan, boleh percaya ke ni..Ummi takkid lagi betul ke along nak gi sekolah? Abi kata dekat Ummi.."Ummi jangan takkid banyak-banyak nanti kenyataan tu berubah..." Huhu..

Ummi dengan Abi sama-sama siapkan along...Dalam hati Ummi, ada banyak kegusaran sebenarnya. Boleh ke ni..ISk2. Tapi buat-buat takde pape lah depan Along nanti teruja pulak dia, berubah hati susah pulak nak pujuk dia nanti. Siap bekal air dan nasi goreng, Beg Dub-Dub n Dua Buah Buku n pensil dia. Seronok-seronok. Hm..

15 minit lepas tu Ummi Call abi, So camne abi? Along Okay? HAhAha dengar ketawa abang, aku jadi suspen jugak apanya..Along berlari masuk taska tu kata abang. Mula-mula senyum malu, then terus tak tengok abi dah..ISk2..Along memang suka berkawan..Sebab tulah jugak Ummi dan Abi berkira2 sgt nak hantar dia kat sekolah. DEkat aje dengan Rumah. Hadanah Rakyat tempatan Mesir. Hmm..Mudah-mudahan lepas ni along dapat bercakap arab dengan lebih fasih..


Ya Allah jadikan LAh Anak Ku Muhammad Uwais Handzolah role model yang terbaik untuk adik-adiknya yang akan datang, insyaallah.. Moga dikau kan menjadi pemimpin dirimu dan mereka yang berada di sekeliling mu anakku.. Ya Allah berkatilah anak-anak kami menjadi anak yang soleh dan bertaqwa..ameen..

Taman Tasik KualaNerus..

Masjid Taman Tasik Kuala Nerus view dari jambatan turun tepi tasik Cantik Pandangan Atas masjid..Dah macam Biskut nampaknya..