Ahad, 19 Julai 2009

Hari Hijab sedunia kenang jasa Marwa asSharbini..

Kisah Marwa asSharbini seorang wanita mesir yang berhijab dibunuh kejam didewan mahkamah jerman dalam mempertahankan haknya sebagai seorang wanita Islam yang telah dihina dan dipermainkan oleh seorang lelaki jerman. Marwa syahid sebagai seorang srikandi Islam dizaman fitnah ini. Allah telah memilih beliau untuk melaluinya..Alangkah bertuahnya dia..Namun apa yang dapat kita belajar dari peristiwa ini? Kita Ummat Islam di akhir zaman ini semakin dahagakan dunia Islam yang sepenuhnya..Untuk info lanjut baca artikel seterusnya saya ambil dari blog alfadhil ustaz http://www.niknasri.com.

Marwa as-Sharbini: Mati syahid kerana tudungnya

Marwa1Tidak banyak liputan TV tentang Marwa Al-Sharbini, seorang ibu yang punya seorang anak, sedang mengandung tiga bulan, mati akibat ditikam 18 kali oleh seorang pemuda Jerman keturunan Rusia yang anti-Islam dan anti-Muslim. Tidak ramai pula di kalangan orang Islam sendiri sedar tentang tragedi kejam ini. Yang mereka lebih tahu ialah kematian Raja Pop. Itupun kerana media, terutama TV melampau-lampau liputannya. Berhari-hari, bahkan berminggu masih belum reda isunya.





Ribuan penduduk Mesir menghantar jenazah Marwa ke tempat pengkebumiannya. Beliau tidak sepopular artis tersohor, MJ, tetapi pastinya beliau tersohor di kalangan penduduk langit kerana mempertahankan harga diri, maruah dan agamanya melalui tudungnya, yang dengannya ia syahid.

Satellite

Marwa ditikam di ruang mahkamah kota Dresden, Jerman sebelum memberikan keterangan atas kesnya. Ia mengadu tentang seorang pemuda Jerman bernama Alex W yang kerap menyebutnya “teroris” hanya disebabkan beliau berjilbab. Dalam suatu kesempatan, pemuda itu bahkan pernah menyerang Marwa dan berusaha melepas jilbab Muslimah berasal dari Mesir itu. Di saat berada di mahkamah itulah, Alex kembali menyerang Marwa, kali ini ia menikam Marwa berkali-kali. Suami Marwa yang berusaha melindungi isterinya, terkena tembakan pihak berkuasa yang berdalih tidak sengaja menembak suami Marwa yang kini dalam keadaan kritikal di hospital di Dresden .

Dalam sejarah Islam, seorang wanita Islam cuba dicabul kehormatan dan maruah dirinya oleh seorang Yahudi. Lantas pemuda Islam tangkas membantu hingga menyebabkan pergaduhan antara Yahudi dan orang Islam. Di zaman Khalifah Mu’tasim, seorang wanita meminta tolong dengan berkata: ‘Waa Mu’tasimah!’. Mu’tasim yang berada begitu jauh darinya, apabila mendapat berita tersebut terus menghantar bantuan untuknya.

Hari Jilbab Antarabangsa

Umat Islam kini, apa yang dibuatnya? Media dunia umat Islam sendiri hanya pentingkan berita pengkebumian Michael Jackson sendiri. Tiada liputan besar-besaran untuk Marwa, melainkan media Islam khususnya di internet.

Untuk mengingati peristiwa ini, Hari Jilbab Antarabangsa dicadangkan bagi mengenang Marwa as-Sharbini. Usul itu dilontarkan oleh Ketua Perhimpunan Mempertahankan Hijab, Abeer Pharaon melalui Islamonline. Abeer mengatakan, Marwa Al-Sharbini adalah seorang syahid bagi perjuangan muslimah yang mempertahankan jilbabnya. “Ia menjadi korban Islamofobia, yang masih dialami ramai orang Islam di Eropah. Kematian Marwa layak untuk diperingati dan dijadikan sebagai Hari Hijab Sedunia,” kata Abeer.

Seruan Abeer disambut oleh beberapa orang tokoh Muslim, di antaranya Rawa Al-Abed dari Persekutuan Persatuan Islam di Eropah. “Kami mendukung cadangan ini. Kami juga menyeru agar diwar-warkan kempen seperti ini untuk meningkatkan kesedaran tentang hak-hak muslimah di Eropah, termasuk hak mengenakan jilbab,” kata Al-Abed.

Profesor bidang teologi dan falsafah dari Universiti Al-Azhar, Amina Nusser juga memberikan dokongannya atas cadangan Hari Jilbab Antarabangsa yang boleh dijadikan momentum untuk memberi tindakbalas sikap anti-jilbab di Barat. “Hari peringatan itu akan menjadi kesempatan bagi kita untuk mengingatkan Barat agar bersikap adil terhadap para muslimah dan kesempatan untuk menunjukkan pada Barat bahawa Islam menghormati hak beragama,” tegas Nusser.

Nusser menegaskan bahawa hak seorang muslimah untuk berpakaian sesuai dengan ajaran agamanya, tidak berbeza dengan hak penganut agama lain. Ia mengingatkan, kaum perempuan penganut Kristian Ortodoks juga mengenakan tudung sebelum masuk ke gereja.

Sokongan untuk mengadakan Hari Jilbab Antarabangsa itu juga datang dari Persatuan Muslim Denmark. Ketuanya, Mohammed Al-Bazzawi. “Hari Jilbab untuk mengingatkan masyarakat Barat bahawa hak muslimah untuk mengenakan jilbab sama dengan hak perempuan non-Muslim yang boleh mengenakan busana apa saja. Mereka di Barat yang berbicara soal hak perempuan, selayaknya menyedari bahawa mereka juga tidak boleh mengabaikan hak seorang perempuan untuk mengenakan jilbab,” ujarnya.

Gerakan Islam di rantau Asia juga wajar mengambil inisiatif menganjurkan Hari Jilbab Antarabangsa tersebut sebagai tanda solidariti umat Islam. Dewan Muslimat PAS dan NGO berkaitan boleh mengambil peranan ini.

Akhbar Jerman perleceh Marwa as Sharbini

Surat khabar Jerman, Die Welt versi online memuatkan komentar-komentar pembacanya yang berisi penghinaan dan pernyataan anti-Arab dan anti-Muslim.

Komentar-komentar itu adalah reaksi pembaca atas artikel berjudul “Islamisten fordern Vergeltung für Mord im Gericht” yang diterbitkan berkaitan kes Marwa Al-Sharbini itu.

Salah satu pemberi komen misalnya, menyarankan agar pelaku pembunuhan Marwa diberi tanda jasa “Federal Cross of Merit”. Pemberi komen lainnya menyebut Marwa “toilet” dan masih banyak lagi komentar-komentar lainnya yang isinya jelas membela pembunuh Marwa dan melecehkan Marwa.

Pihak Die Welt pula anehnya, enggan menolak untuk menghapuskan komentar-komentar yang provokatif itu, seiring dengan sikap media massa Jerman lain untuk tidak menulis berita tentang insiden yang menimpa Marwa. Media Jerman menganggap kes pembunuhan Marwa yang berlatar belakang islamofobia itu bukan kes yang serius. Sikap media Jerman mungkin akan berbeza jika yang dibunuh adalah seorang non-Muslim Jerman dan pelakunya seorang Muslim.

Sementara itu, atas sikap akhbar Die Welt online, website Ikhwanul Muslimin menyeru kaum Muslimin untuk menyampaikan email protes kepada akhbar tersebut agar menghapuskan komentar-komentar yang rasis dan anti-Muslim, melalui alamat email: online@welt.de

(disunting dari pelbagai sumber)

Sabtu, 11 Julai 2009

Pagi yang cerah


Pagi yang cerah

Alhamdulilah syukur kehadrat Allah untuk nikmat Iman dan Islam. Semoga hari ini akan berlalu dalam redha dan maghfirah dari Allah. Tiada bicara khusus untuk ku titipkan sekadar mengisi ruang masa yang ada..Lama tak terupdate blog ni alasyan keyboard lama dah Habib pecahkan..huhu...Ini kes berebut ngn Along nak tengok ultramax nyer citer la ni..Yer lah Habib tak pandai nak control mouse lagi so keje nyer menekan spacebar keyboard la masa along tengok pocoyo..mintak along pasangkan ultraman along xnak sebab nak tgk pocoyo so..terjadilah adegan tolak menolak tarik menarik..lastly keyboard yang jadi magsanya..Ummi kat hammam nak ambik wudhu' Abi g Solat jumaat. Ini pun antara punca tak puas hati kene tinggal ngn Abi jugaklah..nak wat ganer adeq kecik lagi mna leh ikut Abi solat dahlah Masjid full filled with orang la hari jumaat kadang abi solat bawah pokok jer..bukan cam kat tempat kita kan..luas mata memndang seme masjid.

Sekarang dah masuk bulan rejab tak lama dah nak tiba Ramadhan, alangkah indahnya RAmadhan Kareem..Mesti perasankan memang bulan lain sangat dengan bulan yang lain kan. Cuacanya..Suasananya...Memang cukup indah..Walaupun xleh tapi rasa bahagia sangat kan...allahummaballighna ramadhan..

Bagi Ummi dalam satu tahun setiap bulan terasa perbezaannya mengikut takwem hijri lah yer..kalau ikut masihi memang xder beza mana. Bulan yang paling ummi suka adalah ramadhan banyak rehat dan cukup tenang, lepas tu Syawal, lagi bulan Rabi' Awal wa Thani. Duk kat mesir memang leh rasa sgt lah sbb 4 musim kan. Tapi kan kalau bab musim ni ummi tak suka sangat stay in musim sejuk. maa..manyak cerewet daa...baju mau tebal..kain lambat kering jugak rumah payah nak settle..sbb lembab. Beza ngn pat kita kan panas lembab sepanjang tahun. Duk dalam ketakutan lak tu musim sejuk ni..malam yang panjang banyak sekali aktiviti para pencuri, pengepow mcm2 ada. Apa pun segala yang Allah cipta ada hikmahnya bukan lah tidak bersyujur dengan pemberian ALlah hanya sekadar bercerita..Malam yang panjang musim sejuk ni sbnrnya untuk buat ibadah byk2 kan...

Siang musim panas pulak mencecah sampai 16 jam..wah..waktu untuk bekerja memang lama. Malam cukup pendek mula pukul 8 satu minit..Subuhnya 4 pagi...kejap kan. Kalu bangun kul 6 pagi tu xder subuh dah...subuh gajah pun xder dah yer...yang ada matahari mencolong tegak dah. So, kalau nak selamat malam kene tido alatul lepas isyak kul 9.45pm...kalu dah lebih kul dua better not to sleep...kut terlajak..then baru tido. Itu style orang mesir bangun kul 7 start lah keje...

Kalau hari pulak hari yang paling best setiap minggu adalah hari jumaat n hari isnin...hari dalam setahun hari raya lah kan..memang best..kalau cuaca panas sblm tu sampai hari jumaat jer akan jadi redup n nyaman..hari raya cam tu jugak kan..Saya pernah terbaca tentang setiap hari ada warna yang tertentu..so...apa kata lets check it out together...

Upload gambar u tatapan semua


Wan Muhammad Ammar Rafiqi bin Wan Anuar

A few minute after birth buka mata bulat jer...

baru lepas kuar perut ni dengan samihah big cubby girl..berat 4.6 kg masa kuar ni..Ammar rasanya 3kg lebih
Wuh letih nyer
Dengan nenek My sis mom-in-law
Bye..cak
Sedap nyer tido ttengahari ni


Tido lagi...Inilah aktiviti seusia ku 'ammar'

Gambar-gambar ni ambik dari my bro-in-law anuar..Pic his son Muhammad Ammar Rafiqi


Ahad, 5 Julai 2009

Masih dalam mood demam and kemas rumah...


Entry ni Along yang tolong create kan itu yang tanpa apa2 tulisan. Tgk apa yang Along tulis..
Along memang dah mahir sgt control mouse. Cuma tunjuk jer nak buat apa..hihi..

Ubi Kentang bentuk hati..Betulan dapat..cantiknya ciptaan Allah
JAlaN-JaLan Shopping mata kat khoir zaman.
kek mentega dengan tamar

Adik makan isy sambil baring..adeq memang suka isy
>>Tulis ringkasan artikel disini <<
jkjkfk l;iggiggjthbrtrr4tty6y6666787g7g8gin6r5trt5igoo9huf77fu896pf>>Tulis artikel penuh disini <<

Rabu, 1 Julai 2009

Tahniah untuk Sahabat

Alhamdulilah petang tadi sempat berziarah ke rumah Kak Usu dan Ustaz Razi. Tahniah buat mereka sekeluarga atas kelahiran cahaya mata yang keempat. Seorang putera pula Abdurrahman. Kalau sebelum ini semuanya perempuan. Kakak Hajar, Asma , dan Khaulah. Dapat pula seorang putera yang comel, tahniah kak Usu and Ustaz Razi. Semoga dengan kehadiran si kecil yang ketiga akan menambahkan kebahagiaan buat kak usu sekeluarga.

Hari ini, Abi balik dari membayar sewa rumah bawa pula berita kelahiran bayi pertama Acik Nurul dan Ustaz Mukhlis. Tahniah buat Nurul dan Ustaz mukhlis. Semoga kehadiran si putera akan mengukuhkan lagi mahligai yang dibina.

Ramai lagi kehadiran orang-orang yang dinanti. Buat sahabat tersayang Ayong, insyaallah akan lahir bulan oktober nanti. Lia, Widad(dah balik Malaysia), erm..siapa lagi yer..haha..Ramai lah nanti cucu-cucu KPT (keluarga penuntut terengganu). Nampaknya ramai jugak anak lelaki. Setakat ni memang anak-anak lelaki yang ramai berbanding dengan anak-anak perempuan. Erm semua hero-hero.

Teringat kenangan dulu-dulu..kalau ada program di rumah terengganu riuh dengan suara budak-budak. Tapi sekarang suasana dah jauh berbeza..Banyak benda dah berubah, terasa ukhuwwah sesama ahli juga semakin renggang kenapa ye? Dengan rumah baru dan suasana baru. Memang kadangkala terasa asing untuk berziarah kesana...Agaknya suasana baru ini bukan lagi untuk kami yang semakin tua dan berusia...uhhu..nak kena balik lah nampaknya tahun depan Ya Allah mudahkan urusan kami untuk kembali ke tanah air dengan bekalan ilmu yang bermanfaat untuk kami dan seluruh ummat dibumi yang tercinta. <<



































Selasa, 16 Jun 2009

Esok Last Paper!!

Alhamdulilah...Esok adalah hari yang terakhir untuk imtihan tahun ini. Madah wasailuttablighida'wah wa asalibiha. Alhamdulilah banyak ilmu baru tentang bagaimana dakwah islamiyah berkembang dari awal penurunan wahyu kepada Nabiyyina Muhammad sallallahu alaihi wasallam. Buku ini telah dibahagikan kepada dua tajuk perbahasan yang utama iaitu wasilah dakwah dan uslub penyampaiannya. Al-wasilah dari sudut bahasa bermakna (al-qurbah) iaitu jalan yang menghubungkan manusia kepada penciptaNya.

>>Tulis artikel penuh disini <<

Rabu, 10 Jun 2009

hari ini Tasauf.

Assalamualaikum..alhamdulilah selesai madah hari ini tasauf islami. setiap kali habis periksa, hati mula jadi tidak sabar untuk mengetahui natijahnya. bolehkah aku lulus untuk naik ke tahun empat atau akan masih ditakuk ini,tiga usulluddin? lantas suara hati cepat berbisik,bukahkah kau telah berazam untuk berjaya? maka ingatlah wahai diri Allah telah berfirman:
((" Faiza azamta fatawakkal alallah"))
Walau hati sentiasa beringat tetapi nafsu tetap mencanang debaran dan tipisnya keyakinan. Sememangnya bukan mudah untuk ku pasakkan hati yakin dengan nusrah allah yang maha kuasa.begitulah lemahnya hati. Hati yang masih memerlukan pentarbiahan dan masih perlukan riadah mujahadah untuk mencapai sebenarnya keyakinan. Kenapa ku berbicara tentang hati? sebenarnya itulah muqarrar madahku hari ini. Doakan kejayaanku wahai sahabat..semoga kita beroleh kejayaan dunia dan akhirat. Entry ini sebenarnya saya update kan dengan menggunakan handphone..Punya lah lama nak siapkan satu entry, komputer along n habib dah konker so...Sambil berehat sambil edit this entry.


Hari ini edit pulak gambarnya dengan komputer ini yang baru masuk gambar ni. While along n habib still at bathroom with abi, so i take this gold time to edit so much my blog. Huhu..ummi zaman moden kan bukak mata jer rasa nak ajer singgah kat komputer punya table..tangan cam laju jer nak tekan butang keyboard... Gambar hati yang saya search melalui google. Sememangnya hati adalah seketul daging yang terletak di bahagian dada kiri. Itu yang diterjemahkan oleh imam Al-Ghazali didalam kitabnya Qodoya tasauf. Dan yang kedua hati diterjemahkan sebagai al-lathhifatunnasfi...sesuatu rasa yang ada didalam diri. Ianya dipandu dengan akal dan ruh rububiyyah. Wallahua'lam.


Taman Tasik KualaNerus..

Masjid Taman Tasik Kuala Nerus view dari jambatan turun tepi tasik Cantik Pandangan Atas masjid..Dah macam Biskut nampaknya..