Khamis, 24 Jun 2010

My New Receiving Card..






sayangku









sayang.. seikhlas hati abang lapangkan hati dan cinta abang utk ayang... abang mencintaimu kerana Allah.. kau hadir menyedarkan daku.. seikhlas hati ku.. kau cintaku selamanya.. abang cintakan sayang..
Cinta mu..


muhamad sabri


Isnin, 21 Jun 2010

Asal-usul bangsa melayu....

Bismillahirrahmanirrahim....

kali ini ingin berkongsi sedikit maklumat tentang asal-usul bangsa melayu..Artikel ini saya dapat dari sini melayuonline.com. ini sebelum kena bayar pendaftarn..Sekarang untuk baca di web ini perlu bayar pula..Apapun alhamdulilah dah dapat ambil yang hendak..Untuk bayar yuran nantilah balik kampung nnt baru mudah urusannya. Laman web ini milik indonesia. Tapi penemuannya memang menakjubkan..Subhanallah..


Untuk melakar isi keseluruhan artikel ini....memang akan mengambil masa, setakat yang boleh diringkaskan..


SEJARAH

Catatan dan kajian sarjana menunjukkan bahawa manusia zaman silam ( sebelum dan selepas taufab Nuh a.s) telah mempunyai teknologi penerbangan. Sebahagian dari teknologi yang dibina semula oleh kaum selepas Nuh a.s. juga terkubur. Dr. Ruth Hover telah mengambil gambar ukiran berusia plaing kurang 2,000 tahun di sebuah kuil di Abydos, Mesir. Pada ukiran itu jelas terdapat bentuk-bentuk kenderaan terbang. Penemuan model kapalterbang yang dinamakan Saqqara Bird, serta ratusan kitab hindu silam yang mencatat cara untuk membina Vimana, iaitu piring terbang .

Bangsa melayu ada dua kelompok :
1) melayu -Levo/Proto =
Asal keturunan dari Heth bin Kanaan bin Ham bin Nuh a.s (4300 tahun yang lampau). Menggunakan teknologi batu, datang dari kawasan pergunungan Himalaya.
2) Melayu -Neutro @Deutro = Keturunan dari nabi Allah Ibrahim as. dari isteri yang bernama Keturah(sekitar 3900 tahun yang lampau). Menggunakan teknologi besi, datang dari sekitar kemboja.

Asal usul bangsa melayu adalah misteri sebagaimana misterinya penciptaan Adam alaihissalam..MISTERI ?..Ya kerana ianya jauh dari penglihatan mata kepala kita..Tapi ianya tidak lah misteri untuk kita menerima dan beriman dengan penuh yakin dengan apa yang diceritakan dalam al-quran kepada kita..Jelas dan sohih.

Mengikut profesor doktor hamka, nabi Adam as diturunkan di sumatera. Adapun keturah isteri ketiga nabi Allah Ibrahim as berasal dari keturunan kemboja( asal nama Kambujadesa).

Menurut Lian Liji (1996), kewujudan kerajaan melayu paling awal telah wujud pada tahun 131 masehi. Kenyataan diperolehi dari catatan China kuno. Kerajaan ini disebut dalam bahasa cina sebagai Ye Diao (merujuk pada kawasan jawa dan sumatera). Dikatakan kerajaan ini membawa ufti ke negara Cina.

Kerajaan melayu purba (Melayu-Kemboja) bernama Funan pula wujud di abad 3 masehi dan berpusat di kemboja. Kerajaan ini wujud sehingga kurun ke-15 (1200 tahun). Kerajaan ini hebat dengan keseniannya dan telah membina angkor wat (seawal kurun ke-9).

Kerajaan ini terkenal dengan panggilan kerajaan Melayu-Champa yg kemudiannya diusir keluar dari kota vijaya oleh orang Vietnam tapi saki-baki kerajaannya masih ada kerana rekod Cina ada mencatat bahawa kerajaan Champa telah menghantar bantuan kepada kerajaan Melaka untuk menentang Portugis pada kurun ke-16. Menurut Prof Shaharir ada kemungkinan orang Champa telah memeluk Islam lebih awal berbanding melayu lain di Nusantara sekitar kurun ke -11 Masehi.

Dalam buku china ada dicatat beberapa buah kerajaan Melayu Purba yang lain seperti Lang Ya Xiu (Fatani atau Patani) pada abad ke-2 masehi. Pan-pan (Utara Segenting Kera) pada abad ke-5 Masehi, Senggora (Tanah Merah di Thailand Selatan). Zhu Bo (Pulau Jawa) abad ke-5 Masehi, Dan Dan atau Tan Tan, Ki-lan-tan, Ho-lo-tan atau Kuo-lo-tan (Kelantan) yang dikatakan sebuah kerajaan yang besar sebelum abad ke 6 masehi dan pernah menghantar ufti ke negeri China pada tahun 430,433, 436, 437, dan 452 Masehi.

ok sambung next time...Best dapat maklumat baru ni...mengenali asal-usul kita amat mengagumkan, dan kita bukanlah satu bangsa yang lemah dan layu seperti yg ditohmah..insyallah nanti sambung kita tengok lagi apa yg kita ada dan siapa kita wahai banngsa melayu..Bangkit untuk kemuliaan perjuangan Islam sebagai khalifah di bumi Allah!! Allahu Akbar!.

Ahad, 20 Jun 2010

Ibu Graduate....

Bismillah....

Alhamdulilah baru lepas makan tengahari. Hari ini rezeki datang bergolek..hehe..Paksa abi masak..Betul ke macam ni erk...Lauk tumis tomatim and samakun goreng..hmm..Alhamdulilah. Rutin seorang ummi dah banyak berubah time exam ni, huh dah berlawan fitrah semacam jer..Seme keje2 umah, uruskan si two boys, abi yang uruskan..Nampaknya lepas pekse ni, banyak lah ummi kene cover sebagai hadiah untuk abi..hmm.. ^_^

Apa pun time break antara satu madah ke madah baru..Ummi cuba jgk luangkan unt masuk dapur n main ngn along n habib..Kadang2 mai pikir jgk..Aku berkejar untuk siapkan ijazah..Banyak masa berkeluarga aku korbankan..Lepas ni nanti dapat ijazah, apa yg akan ku buat dengan ijazah ni..Secara putaran biasa yg kita mnusia zaman moden buat..Belajar, pandai dapat ijazah, kerja..n kerja..n kerja sampai waktu pencen sambung kontrak lgi kerje n terus kerja... Aduh bila waktu berhenti nya kerja?

Hari ini, kita bertuah kerana kebanyakan kita bergelar ibu bergraduate...Cukup berbeza dengan zaman kebanyakan ibu-ibu atau nenek kita...Aku sendiri, mak hanya mendpt pendidikan sekolah rendah shj.. Tp alhamdulilah mak boleh membaca dan mengira..Bacaan jawi mak cukup lancar..Dan Alhamdulilah kami anak2 mak semua nya boleh membaca dan menulis dalam tulisan JAWI..Rezeki duk mesir ni, alhamdulilah boleh bergaya ngn bahasa arab jugak..hmm...

Bila kita ada ijazah...

Pengalaman kawen sebelum habis belajar, adalah pengalaman yang amat mahal untukku, untuk abang juga untuk anak2 mungkin...Kami belajar dengan masa, kami belajar dengan keutamaa, kami belajar dengan ketabahan, kami belajar untuk sentiasa menjadi manusia yg bersyukur...Banyak yang kami belajar..Allahu Akbar..


Khamis, 17 Jun 2010

Kita sedang bersukaria dan mereka?

Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulilah dalam kesibukan seharian kita, dalam setiap detik kehidupan yang kita lalui..Kita telah melalui fasa-fasa harian itu dengan tenang dan bahagia..Hari ini hati ini ingin mengajak kita semua berfikir, mengstimulasi akal dan fikiran untuk meletakkan jiwa kita untuk berada di bumi Palestin, bumi iraq, dan lain-lain yang sedang sarat dengan bom, letupan, asap,..Penuh sesak dengan tubuh-tubuh basah yang dibanjiri darah. Gamat gempita alam dengan suara tangisan, laungan, tempikan..Suara-suara kecil anak-anak menangis ketakutan..Allahu Akbar..sukar sekali menggambarkannya..Sulitnya keadaan itu..

Hati ini cukup berdesik saat mata terpandang sahabat-sahabat se-Azhar, orang kiri dan kanan rumah, sedang enak meneguk air-air minuman milik Israel..PEPSI, COCA-COLA, REDBULL dll..Sedang lunak mengunyah, mengunyai ayam-ayam goreng di kedai2 makan KFC, McD..Pantang ada keraian kaki melangkah kesana..Kita meraikan sahabat yang kita sayang, orang yang kita sayang..Tapi kita lupa yang kita sedang membeli banyak peluru untuk kita biarkan menembusi saudara seislam, seiman dengan kita di bumi bertuah PALESTIN!!!...Kita buat-buat tak sedar kesan beli dan makan kita ada saham untuk ISRAEL..

Kata seorang sahabat dari selatan malaysia..Jika mengikut kata Pegawai Agama di Jabatan Agama Islam Johor, saham dari KFC sedikit saja untuk Israel..SEDIKIT atau BANYAK..yang pasti saham itu wujud...Pepatah melayu ada menyebut.."sikit-sikit, lama-lama jadi bukit". Jika saham dari malaysia ada RM 300 juta setahun, thailand, indonesia, brunei, seluruh nusantara dengan jumlah yang juga dikira sedikit, congak-congak jadi banyak ke sikit agaknya yer?.

yakinlah bahawa kuasa boikot kita pada syarikat-syarikat mereka amat besar kesannya.
Bacalah apa yang tertulis disini

Prof Dr Hussin Shehata - [Profesor Perakauan Di Fakulti Perniagaan Universiti Al Azhar , Mesir dan Pakar Rujuk Ekonomi Dunia Arab ] pernah menegaskan dalam bukunya [JIHAD EKONOMI : Kerfarduan Syarak dan Tuntutan Iman ] :


"Kita menyangkal golongan yang lepas tangan dan teragak-agak dan menghalang perlaksaan Jihad Ekonomi [melalui boikot] . Pada peringkat individu, antara mereka ada yang berkata bahawa " pemboikotan akan membawa kemudharatan kepada kita dan tidak akan mendatangkan apa-apa kesan kepada Israel dan Amerika ' PANDANGAN INI TIDAK BENAR DAN TERTOLAK. Sebenarnya pemboikotan telah benar-benar mendatangkan kerugian besar kepada mereka [US dan Israel].

Statistik yang dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Organisasi Pemboikotan Arab, kerugian Israel telah mencecah USD 100 BILION sehingga tahun 2000 [ jika 2010 ??]. Syarikat Coca Cola Mesir telah mengalami kerugian 40 % dari jumlah modalnya. Syarikat Mc Donald pula kerugian LE 260 JUTA POUND MESIR. Dan Syarikat Sunsbery terpaksa ditutup kerana kerugian melampau !!.

Statistik ini sama juga dinegara-negara Arab dan Umat Islam di seluruh dunia!

Sewajarnya kita orang beriman dan bertakwa meletakkan BOIKOT PRODUK -PRODUK ISRAEL adalah sebahagian dari IMAN dan KEHIDUPAN kita !!



Di petik dari buku :

JIHAD EKONOMI : Kerfarduan Syarak dan Tuntutan Iman
Terjemahan oleh Ust Ahmad Yusuf
Cetakan 2003
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir [PMRAM ]

Kuasa memilih ditangan kita buatlah pilihan yang terbaik....Tengok gambar-gambar ini, adakah ianya hanya satu pembohongan ??? Tepuk dada tanyalah iman !!

 ???? ??????

 ???? ??????

 ???? ??????

 ???? ??????

 ???? ??????

 ???? ??????

 ???? ??????

 ???? ??????

 ???? ??????

 ???? ??????

 ???? ??????

 ???? ??????

Rabu, 16 Jun 2010

BAGAIMANA ANDA MENJADI SEORANG YANG BAHAGIA

APAKAH HAKIKAT SEBENARNYA BAHAGIA?

Ketika mana kita bangkit dari tidur untuk menunaikan solat kita telah mengharamkan diri kita dari tidur, ini membuatkan tubuh badan (al-jism) tidak kenyang, tetapi ruh kenyang dan bahagia.

Begitulah sebaliknya. Maka orang yang bangun lewat dari tidur dan tidak menunaikan solat subuh, jisimnya kenyang dan cukup tidur tetapi ruhnya kegelisahan dan bingung seperti orang yang dicekik sampai mati lagaknya (makhnuqoh).

Rasulullah saw menyifatkan orang sebegini dengan sabdanya

( خبيث النفس كسلان )
ertinya
“Seburuk-buruk manusia adalah pemalas”

Ruh manusia seperti ini tidak mengambil gizi, kerana gizi ruh terletak pada solat,(solat fajr), ruh menjadi letih dan turut mempengaruhi keatas jisim tubuh.

PENJAGAAN ANGGOTA ADALAH KEREHATAN BAGI RUHANI

Kedapatan disaat seorang mukmin terlihat kepada satu pemandangan yang dimurkai Allah lantas mengalihkan pandangannya (ghaddulbasor) dari situ, alihan pandangan itu merupakan satu ketenangan dan kerehatan kepada ruh juga merupakan gizi kepadanya.


Firman Allah swt :

( قل للمؤمنين يغضوا من ابصارهم )
( النور : 30

Maksudnya : “ Katakanlah kepada orang-orang yang beriman tundukkanlah pandangan kamu”.

Sesungguhnya seorang manusia ketika berjalan dijalanan dan melihat kepada satu fenomena kemaksiatan yang dilarang Allah, syaitan bersiul kepadanya dengan berkata : “tengoklah…fenomena itu sedap dipandang”.

Dan apabila kamu mengalihkan pandangan matamu dari fenomena buruk itu kamu telah mengharamkan batang tubuh kamu (yang asalnya dari kejadian tanah) dari melihat kepada yang haram. Rasulullah saw bersabda :

"ما من مسلم ينظر الى محاسن امرأة ثم يغضض بصره الا أحدث الله له عبادة يجد فيه حلاوتها في قلبه".

Ertinya : Tidaklah bagi seorang lelaki muslim itu dia melihat kepada kecantikan seorang wanita kemudian dia (lelaki) mengalihkan pandangannya melainkan Allah mencatatkan baginya satu ibadah dan dia (lelaki) mendapat kemanisan dihatinya.

APAKAH KEMANISAN ITU ?

Sesungguhnya kemanisan (alhalawah) itu adalah “alhalawatu arruh” (kemanisan pada ruh) , sesungguhnya kamu telah mengharamkan tubuh kamu dari satu pandangan yang jelek , akan tetapi kamu telah memberikan ruh kamu satu gizi yang berzat.
Kesannya kepada jisim tubuh kamu, kamu dapat rasai manisnya iman dihati dan inilah yang dikatakan kebahagiaan ( assa’adah ).
Adapun menahan diri dari makan dan minum serta nafsu syahwat di bulan ramadhan adalah penahanan makan dan minum yang halal. Dan menahan syahwat bersama isteri dari terbit fajar hingga maghrib….adalah sebagai salah satu tujuan menghindarkan kesengsaraan dan keletihan. Sesungguhnya disitulah terletaknya kebahagiaan yang meliputi hati dan ruh.

Tubuh badan diharamkan dari makan, minum dan syahwat, akan tetapi ruh bersama Allah. Maka begitulah nilaian satu kebahagiaan yang sebenar dan merupakan puncak kebahagiaan.

Begitu juga dengan pengeluaran zakat. Seorang insan yang mengeluarkan atau membelanjakan sedikit dari hartanya, dan dia melakukannya dengan rasa cinta kerana dia tahu harta itu milik Allah, dan dia sedar bahawa dia hanya seorang hamba yang telah ditaklifkan Allah untuk menguruskan harta tersebut.

Lalu dia telah meluaskan harta tersebut kepada golongan faqir dan dia tidak pula menanti dan mengharap timbal balas dari pemberiannya itu…mengapa begitu?!

Kerana dia tahu bahawa duit yang telah dikeluarkan dan diinfakkan kepada golongan faqir itu adalah lebihan dari harta yang dimilikinya. Si fulan atau golongan kaya yang melakukan ini akan dapat merasakan kelazatan pemberian yang mana membawa dirinya kepada satu pengorbanan, lalu dia meluaskan hartanya kepada golongan faqir sebagai satu pemberian yang ikhlas.





DARIPADA MANA DATANGNYA KEBAHAGIAAN ITU?!

Kebahagiaan itu datang daripada ruh…sesiapa yang mencintai Allah dan taat kepada Nya.

Musim Haji merupakan peluang melakukan ketaan dan menambahkan kebehagian rohani.

Ketika musim haji, ummat Islam membelanjakan puluhan ribu ringgit, meninggalkan rumah, isteri , anak-anak dan negara serta merempuh segala kesesakan, tidur diatas tanah, akan tetapi semua itu adalah penyebab kepada kekuatan diri dan hatinya. Kerana ketika ini mereka merasakan erti kebahagian melakukan ibadah dan menunaikan segala syiar ibadah secara sedemikian.

Sabda Nabi SAW : “Tidaklah berkumpul sesuatu kumpulan itu dengan mereka mengingati Allah melainkan dilindungi dengan payung Malaikat, dilimpahkan kerahmatan dan di turunkan ketenangan (didalam diri mereka) dan Allah menyebut nama-nama mereka.”
Inilah makanan rohani dan kemuncak kebahagian.

Berbuat kebaikan keatas dua ibu bapa.

Ketika seseorang muslim menziarahi ibu dan bapa - ketika mereka hidup – maka semestilah mereka melakukan 3 perkara
1. Memuliakan ibu dan bapa dengan penuh tawaduk kepada mereka , melahirkan rasa hormat dan sanjungan yang tinggi, mencium tangan mereka dan berlemah lembut .
2. Membelanjakan kepada mereka jika mereka berhajat.
3. Taat dan patuh segala suruhan mereka selagi tidak kepada maksiat .

Ini adalah ketika mereka masih hidup, adapun ketika mereka sudah meninggal dunia, maka hendaklah anak-anak mereka melakukan dua perkara sebagaimana ditunjukkan oleh Nabi SAW ketika seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW, Wahai Rasululllah, adakah kekal atas sesuatu daripada kebaikan kedua ibubapaku selepas mereka meninggal?

Sabda Nabi SAW “ Solat keatas mereka dan Istigfar keatas mereka berdua, meyambung silaturrahim yang tidak dapat mereka sambung –ketika hidup-“

Adapun dari sebelah pihak bapa, terdiri dari bapa dan ibu saudara bapa.
Begitu juga sebelah pihak ibu terdiri dari bapa dan ibu saudara ibu

Sebagaimana di sebut oleh Nabi SAW kepada orang yang bertanya kepadanya, Wahai Rasulullah,siapakan yang terlebih- kita kena buat –baik? Sabda Nabi SAW, “ Ibu dan bapa kamu, saudara kangdungmu-lelaki dan perempuan , tuan kamu yang menjaga kamu –jika hamba, itulah hak yang wajib kamu laksanakan dan meyambung silaturrahim “.

Diantara bir walidain -selepas meninggal- memuliakan kawan dan teman-teman mereka dan menunaikan segala janji –janji -yang pernah dibuat semasa hayat mereka.

Jika seseorang itu melakukan semua perkara diatas, pasti dia akan merasakan kenikmatan dan kebahagian dalam dirinya, merasakan kebahagian seumpama nikmat dan bahagianya ketika mencium tangan ibu dan bapa. Semua ini adalah ketaatan kepada Allah kerana taat kepada kedua ibu bapa adalah arahan dan ketaan daripada Allah .Oleh itu, pasti -diakhirnya – mereka merasai suatu kenikmatan dan kebahagian roh yang amat.
Firman Allah SWT dalam surah al Israk :23

Bermaksud “ maka keatas kedua ibu bapa kamu dengan berlaku ihsan –baik. “

Selasa, 15 Jun 2010

Deactive or not?

Dalam suasana hari ini, facebook menjadi pilihan ramai org dan saya juga tidak terlepas dari menjadi salah seorang darinya. Sekarang terasa bagai perlunya untuk ku deactivekan laman ku sendiri. Tapi mengikut cerita teman dia mengambil masa hampir 5 jam untuk deactive kan lamannya secara total. Memang benarlah ianya mengkayakan pemiliknya. Kalau tidak kenapa begitu susah sekali untuk tidak mengactivekannya. Saya sendiri pun sampai sekarang masih belum berjaya untuk membuatnya.

Atas kesedaran, kebimbangan adakah benar duit log in itu menyara kos perang Israel-Palestin? Walau dikata sebagai free katanya log in dapat jgk duit kepada pemiliknya.. Macam mana ni? Ya Allah cukup susah hati...

Kita berada dipengakhiran zaman yg amat...Hati cukup keliru dengan banyak tindakan kita yg syubhah..Makan minum nya, ya Allah ampunkanlah kami diatas kelemahan ini..

Khamis, 10 Jun 2010

MARI SERTAI HPA BERSAMA KAMI..

Bismillah...
Dah beberapa tak mengupdate apa-apa terasa kaku n beku pulak idea..Teringat kenangan ketika mula berblogger dalam tahun 2005. Memang excited masa tu, setiap hari seme nak citer ngn blog...Sekarang ni semangat berblog mmg slow n down...Kadang xtahu nak citer apa.. Sebenarnya byk sgt nak citer dalam kepala ni, tp agaknya dia xnak kuar sbb time ni time tumpu membaca. Tahun ni final year..tahun syahadah u'la..wah seroonok pulak tgk kat kertas soalan doktor tulis...Firqah"Syahadah Al'Aliah"...So...tahun ni planning yang paling besar adalah 'BALIK MALAYSIA'. Anak2 pun cam dah xsabar nak naik toirah..Nak jumpa tok Ayah n Tok...n seme makcik n pakcik kat msia..

Tahu ke diorg camna malaysia tu ek..hm..ummi pun suspen semacam jgk ni nak balik. Dah lima tahun tak merasai real live in malaysia. Walau pun perkembangan keluarga, kampung, bandar dungun, terengganu n malaysia sentiasa dapat ikut tenet ni tapi mana sama ngn betul2 duk dlm suasana tu kan..Hm..yg paling pening palernyer, nak duk mana balik nnt yer..Dungun?, Setiu?,Langkap? Delong? haa..pilih2 yang mana satu....Abang dah nekad untuk sertai perjuangan perniagaan MLMS (multi level marketing syariah) usahawan herbalis HPA n perjuangan PAS, ummi pulak...Memang sama ngn abang..

Abang dah pangkat Pengarah Jati (PJ). Ummi sdg mengumpul modal untuk capai pangkat yg sama ngn abang...erm..seronok dapat bermain ngn perniagaan bentuk MLM ni. Sebelum ni mmg minat tapi cukup tak senang bila yg mengetuainya non-muslim..Tapi dengan MLMS HPA tidak ada lagi segala kemusykilan...Alhamdulilah...

Banyak pulak bercerita ttg MLMS HPA ni...Tapi mmg menguntungkan dan menenangkan, langsung tidak meragukan..PELAN PEMASARAN cukup jelas dan tidak ada yg dismbunyikan..itulah setakat perhatian yg dibuat...Alhamdulilah perjuangan halalan toyyiba dan menjatuhkan ekonomi kapitalis pastinya!!

Buat sahabat2 seblogger yg masih belum jadi ahli HPA jom ramai2 kita jadi ahli..Untuk daftar ahli mudah sangat2 g cawangan HPA sediakan duit RM30, kemudian isi borang. Bahagian penaja mudah aja nnt leh pilih nama2 penaja kat right sidebar tu yer..Keahlian adalah seumur hidup..Perniagaan 'lantabut' tidak merugikan..Seterusnya ajak rakan-rakan untuk menjadi rakan kongsi anda..6 orang diaras pertama..untuk langkah seterusnya nnt citer lagi..Atau lebih mudah nya masuk lah PBC "Perkongsian Bijak Cemerlang". Dalam ni byk ilmu yg akan kita dapat ttg pelan pemasarannya, halal haram produk yg terdapat dipasaran, ilmu perawatan tibb nabawi dan ibn sina..MARI SERTAI HPA BERSAMA KAMI..SEKARANG !!