Isnin, 22 Mac 2010

play garden hadiqah atfal Hayyu Thamin...awal makram..jom main












Kos ke hadiqah atfal :

Tambang teksi : LE 5

Bayaran masuk ke taman : LE 2 sekepala(Dewasa)x2=4

Bayaran masuk kat PlayGround : LE 2 sekepala (Dewasa)x2=4

Tambang balik : LE 5

Jumlah kos : LE 18

Murah sahaja..Sesekali berbelanja untuk berikan kepuasan bermain kepada anak-anak. Lebih 2berada dimesir yg hanya sesak dengan bangunan dan kereta. Sebulan 2x paling kurang biasakan mereka dengan alam sekitar.

Gotcha go...To All Parents in Cairo..













Sabtu, 20 Mac 2010

Penerangan Saintifik Mengapa Diharamkan Makan Babi



Bob: Terangkan kepada saya kenapa orang Islam ni sangat mementingkan dan begitu teliti dengan istilah 'Halal dan Haram'? Apa sebenarnya maksud perkataan-pekataan tersebut?

Yunus:
Halal bermaksud perkara yang dibenarkan dalam Islam manakala haram pula bermaksud perkara yang tidak dibenarkan dalam Islam dan al Quranlah yang telah menggariskan perbezaan diantara kedua-duanya.

Bob:
Bolehkah awak berikan saya contoh?

Yunus: Ya. Islam telah melarang memakan apa jua jenis darah kecuali darah ikan dan belalang. Kamu tentu akan setuju bahawa satu analisis kimia terhadap darah menunjukkan ia mengandungi banyak asid urik iaitu satu bahan kimia yang merbahaya pada kesihatan manusia.

Bob: Kamu benar berkaitan dengan toksid semula jadi yang terkandung di dalam asid urik ini. Di dalam badan manusia, ia digolongkan sebagai bahan kumuh/buangan, malahan kami diberitahu bahawa 98% dari asid urik ini diekstrak/ditapis daripada darah oleh buah pinggang dan dibuang melalui sistem perkumuhan.

Yunus:
SSekarang saya rasa kamu akan dapat merasai betapa beruntungnya satu cara istimewa dalam Islam berkenaan penyembelihan binatang.

Bob:
Apa maksud kamu?

Yunus: Maksudnya, ketajaman pisau, menyembelih dengan menggunakan nama Allah yang Maha Besar, menyembelih pada urat leher, ini semua akan menyebabkan organ-organ penting lain pada haiwan tidak rosak.

Bob: J
adi, kematian pada haiwan adalah melalui cara hilangnya darah secara keseluruhan daripada tubuh haiwan tersebut dan bukannya dengan mencederakan pada organ-organ penting yang lain?

Yunus: Ya, sebagai contoh, sekiranya organ jantung, hati, atau otak retak atau rosak, binatang itu akan mati dengan cepat dan darahnya akan menjadi kental dalam salur darah dan ini secara perlahan lahan akan menyebabkan ia meresap ke dalam daging. Ini akan menyebabkan daging diresapi dan tercemar dengan asid urik menyebabkan ia menjadi amat beracun dan baru sekarang pakar-pakar diet menyedari akan hal ini.

Bob:
Bercakap mengenai makanan ini, kenapa orang Islam menolak untuk memakan daging khinzir atau sebarang makanan yang berkaitan dengannya?

Yunus: S
sebenarnya, ada bahagian daripada al-Quran melarang penggunaan daging khinzir ini. Malah dalam Bible sendiri dalam Leviticus, chapter 11,verse 8, berkaitan dengan daging khinzir ini, kata Bible "Pada daging khinzir itu janganlah kamu makan, dan bangkainya janganlah kamu sentuh, ia adalah tidak bersih untuk kamu. Tahukah juga kamu bahawa seekor khinzir tidak boleh disembelih pada lehernya kerana ia sendiri sebenarnya tidak mempunyai leher jika kita tengok dari anatomi semulajadinya. Bagi orang Muslim sekiranya khinzir itu boleh disembelih dan sesuai untuk keperluan manusia, maka Tuhan tentunya akan menjadikan khinzir itu mempunyai leher. Apapun, tanpa melihat pada semua itu, saya yakin bahawa kamu tentu tahu betapa daging khinzir ini, walau dalam apa jua bentuk pun akan memberikan kesan yang berbahaya.

Bob:
Sains perubatan mendapati bahawa khinzir ini merupakan hos/perumah bagi pelbagai jenis cecacing parasit dan berisiko kepada terhadap pelbagai jenis penyakit.

Yunus:
Ya, malah selain daripada itu sebagaimana kita berbincang mengenai kandungan asid urik dalam darah tadi, didapati khinzir hanya membuang 2% daripada kandungan asid uriknya sebagai bahan kumuhan dan baki 98% lagi akan kekal sebagai sebahagian dari tubuhnya.


"Pada hari itu manusia keluar dari kuburnya dalam keadaan bermacam-macam, supaya diperlihatkan kepada mereka (balasan) pekerjaan mereka. Barangsiapa mengerjakan kebaikan sebesar zarah pun, nescaya dia akan melihat balasan)nya pula. Dan barangsiapa yang yang mengerjakan kejahatan seberat zarah pun, nescaya dia akan melihat balasannya pula."
(al Zalzalah:6-8)

>>Tulis artikel penuh disini <<

Jumaat, 19 Mac 2010

Laman Web untuk info Halal dan Haram

Assalamualaikum..Salam sejahtera buat semua sahabat bloggers dan pengunjung setia blog ummu uwais handzolah. Di sini ingin saya kongsikan info beberapa web yg perlu kita lawati dan baca isinya. Info penting untuk kita sebagai ummat Islam...Sentiasa sensitif dan berhati-hati dengan makanan yg kita ambil dan makan. Bukan saja dari sumbernya, dari duit yg kita guna bahkan siapa kah yang menyediakan makanan untuk kita?? ISLAM atau KAFIR?

Sesungguhnya "kita adalah apa yang kita makan"

Allah swt berfirman di dalam surah Al-Baqarah. Ayat:172

.
يأيها الذين ءامنوا كلوا من طيبت ما رزقنكم واشكروا لله ان كنتم اياه تعبدون
Mafhumnya:
" Hai orang-orang yang beriman, makanlah diantara rezeki yang baik-baik yang kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar hanya kepada Allah kamu menyembah".

Surah al-baqarah:ayat 173

ِّْْانما حرم عليكم الميتة والدم ولحم الخنزير وما احل به لغير الله

Mafhumnya:
" Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi, dan binatang yang (ketika disembelih) disebutkan (nama) selain Allah.

Dimalaysia penyediaan makanan yang terdapat dipasaran adalah- 95% bukan Islam
hanya 5% milik bumiputra ISLAM..FIKIR2 kan lah sahabat..Kini kita telah ada inisiatif makanan halalan toyyiba bersama perjuangan HPA , herba penawar al-wahida. Sertai lah perjuangan mulia ini. InsyaAllah kita akan beroleh kemenangan dan ketenangan.

Kita ingin melihat kemenangan ISLAM tapi adalah lebih mulia jika kita adalah sebahagian dari tangan-tangan yang memenangkan ISLAM! Allahuakbar!


Web- web yang perlu anda layari dan baca:

http://www.muslimconsumer.blogspot.com

http://www.inminds.com

http://www.foodasfood.com

http://halalguide.org


"Inilah Jalan Kami...Bersama memperjuangkan ekonomi Islam seiring pembinaan sebuah kerajaan Islam..".

Khamis, 18 Mac 2010

Bahaya E120 pd Kanak2 dan tidak halal untuk ummat Islam

The water soluble form is used in alcoholic drinks with calcium carmine, the insoluble form, being used in a wider variety of products. Together with ammonium carmine they can be found in alcoholic drinks, bakery products and toppings, biscuits, desserts, drinks, icings, pie fillings, some varieties of cheddar cheese, sauces and sweets.

    Select a Colouring or scroll down