Selasa, 3 Ogos 2010

Ulang Tahun ke-80 PMRAM


Bismillahirrahmanirrahim,,,,

ALHAMDULILAH sedar tak sedar, sudah lapan puluh tahun PERSEKUTUAN MELAYU REPUBLIK ARAB MESIR wujud di atas bumi Allah ini. Bertapak di bumi kaherah, misr ardulkinanah.

PMRAM adalah satu anugerah yang amat besar buat anak-anak melayu, malaysia khususnya. Anugerah istimewa ini diberikan Allah kepada kita berwasilahkan sebuah perjuangan luhur dari senior-senior yang terdahulu. Perjuangan pembebasan bumi SINAI dari jajahan kuffar ISRAEL laknatullahhi alaihim.

Semangat juang dan sanggup turun medan anak-anak melayu kaherah yang menuntut di universiti Al-Azhar telah dibalas dengan sebidang Tanah oleh kerajaan mesir dibawah kepimpinan Jamal Abd Nasir. Ini lah sejarah...Sejarah yang semakin ditinggalkan....

SEJARAH..

1930, itulah tarikh penubuhannya. Walau pada awalnya bernama PPS (Putera-putera Semenanjung), kemudian bertukar pula kepada nama PMM (Persatuan Pelajar Melayu Mesir),
kemudian bertukar kepada PMRAB (Persatuan Melayu Republik Arab Bersatu) pada tahun 1960. Dan nama akhir dan kekal sehingga kini PMRAM ( Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir) .

Pada tahun 1960, Kerajaan Malaysia telah menghantar wakil kedutaan Malaysia ke bumi Kaherah. Kedatangan pihak kerajaan amat dialu-alukan oleh Pelajar-pelajar Malaysia yang berada dibawah satu naungan persatuan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir.

PMRAM adalah sebuah pertubuhan NGO yang berdaftar terus dibawah Kementerian Kemasyarakatan Mesir.Dengan ini PMRAM tidak boleh bernaung di bawah pihak kedutaan Malaysia.

HAK YANG DIRAMPAS

Tanah yang dihadiahkan oleh kerajaan Mesir kepada PMRAM telah kita serahkan kepada kerajaan Malaysia untuk diselenggarakan...Tapi yang sedihnya, hari ini PMRAM tidak dapat anjung pejabatnya. PMRAM terpaksa mencari rumah lain untuk dijadikan pejabat..Sejarah yang juga semakin dilupakan...Walau apapun PMRAM pada setiap tahun kepimpinan bertukar, nama ARMA dan anjung PMRAM masih dalam ingatan dan sebutan. Bilakah PMRAM akan dapat mengambil kembali haknya yang telah dirampas?

Tapi bertegang urat, bertegang leher dengan kerajaan sendiri juga tidak ada kesudahannya..Alhamdulilah PMRAM kini melangkah dengan kegagahan sendiri berusaha untuk memiliki Syaqah sendiri..Tahniah buat PMRAM!! Mendermalah untuk dana PMRAM (LE 200) setiap ahli..

AMANAH

Esok akan menyaksikan satu lagi muktamar tahunan PMRAM. Tahniah buat Badan Pengurus dan HEWI PMRAM yang telah berjuang dan melaksanakan segala tugas yang telah diamanahkan. Segala yang belum selesai, susun dengan baik agar dapat diteruskan oleh kepimpinan sesi baru 2010/2011..

SELAMAT MENERAJUI PEMERINTAHAN!!!

Tahniah buat semua kepimpinan baru yang akan memegang tapuk pemerintahan sesi 2010/2011 bertindaklah dengan kebijaksanaan dan buat lah pembaharuan yang baik. Jangan terlalu terkongkong dengan pandangan "orang lama", tapi ambillah perhatian terhadap suara majoriti ahli. Laksanakanlah amanah kalian mengikut perlembagaan dalam undang-undang tubuh Persekutuan Republik Arab Mesir. Buatlah pembaikan seusai dengan zaman. Kalian pemilik zaman ini, kalian berhak memutuskan dan kalian berhak menidakkan..Yang Utama kalian tidak akan bercanggah dengan perlembagaan yang tertakluk dan terikat dengan panduan Al-Quran , Assunnah , Ijmak dan Qias..



"ORANG LAMA"

Suara dan pandangan "orang lama" akan sentiasa menjadi rujukan..Akan sentiasa diambil kira..Tapi alangkah baiknya jika orang lama membiarkan orang-orang baru memerintah dengan cara dan gaya mereka. Biar mereka buat keputusan mengikut zaman mereka. Teguran kita tidak memaksa tapi nasihat. Nasihat kita tidak mencerca dan menghina tapi membina. Hormatilah suara bulat mereka..Kerana kita tahu mereka telah bersyura, biarkan mereka bersyura dengang hujjah dan qias mereka. Mereka juga seperti kita, bijak dan pandai. Faham hukum, halal dan haram. Mereka juga seperti kita belajar isi al-quran dan faham isi hadith, faham kata Ijmak ulama' dan faham erti kata Qias. Biarkan mereka..Bebaskan mereka...

AHLUL TAFAQQUH

Alhamdulilah...Ramai dikalangan kita yang bertafaqquh dengan Syeikh-syeikh dan alim ulama dibumi anbiya' ini. Jadilah kalian penasihat yang setia kepada sahabat-sahabat kepimpinan, kerana mereka telah jadi orang yang kurang masa untuk bertalaqqi. Berkongsilah dengan jujur, nasihatlah dengan jujur. Bersama-samalah dalam "al'amru bil ma'ruf wannahyu 'anil mungkar, jangan hanya kerana anda orang yang tafaqquh anda mula mengatakan orang kepimpinan "tidak tahu". Ya, memang mereka agak kurang tahu kerana masa mereka telah kurang untuk talaqqi, bantulah mereka. Turunlah ke medan dakwah bersama-sama kepimpinan dan melebihi kepimpinan kerana anda orang yang tahu.


AHLUL RIADAH

Buat para atlit bola sepak, olahraga padang...Anda sudah tahu anda minat bermain..Tapi anda perlu tahu PMRAM bukan hanya untuk atlit bola sepak dan olahraga. Janganlah asyik memaksa pihak kepimpinan memenuhi hajat permainan anda. Jangan kerana sebiji bola anda telah mengugut untuk menjadi ahli nadi UMNO kerana PMRAM tidak sediakan padang untuk anda. Tahukah anda ramai sahabat-sahabat kita yang terpaksa berhutang untuk membeli kitab kuliah...? Tahukah anda yang ada sahabat-sahabat kita terpaksa tidur berlapar kerana tidak ada duit beli makanan? Ramai sahabat-sahabat kita yang memakai 1 helai seluar dan3 helai baju sepanjang pengajian, kerana tidak ada duit. Mereka pastinya jarang kita temui dalam majlis-majlis kita kerana tiada duit untuk datang!!! Jangan lah anda jadi manusia yang memaksa pimpinan sediakan padang bola untuk anda saban minggu dan saban bulan. Sedarkah anda wang yang dibelanja untuk itu terlalu banyak..

AHLUL QIADI

Anda telah diberi amanah untuk menjaga kebajikan para ahli, jawatan anda bukan untuk diperagakan dan dibanggakan. Tapi untuk dilaksanakan dengan rasa tanggungjawab. Jangan hanya menunding jari kepada yang dipimpin bila ada masalah. Bila ada ujian sosial dan akhlak, jangan mengatakan ini salah ahlul tafaqquh kerana tidak menegur, ini salah orang lama kerana tidak menegur, ini semua salah ahli kerana tidak mahu ambil tahu. Tapi letakkan inilah kelemahan kita, bagaimana untuk mengatasinya, carilah kata sepakat dengan ahlultafaqquh. "Jangan kata kepada mereka kamu tidak pernah ambil tahu, " tapi adakah kita telah memberi mereka tahu? Usah pula berkata" kamu ini hanya sibuk bertafaqquh tapi tidak langsung ambil tahu", tapi kan lebih baik jika dikata, "kamu telah bertafaqquh bantulah kami dalam usaha dakwah ini.

Jagalah kebajikan sebenar ahli, bukan hanya melihat kepada ahli atlit bola sepak dan olahraga padang...Telah banyak kita belanja kan untuk mereka. Sungguh support untuk mereka lah yang paling tinggi..Pandanglah ahli-ahli PMRAM yang sedang mengikat perut..Pandanglah ahli-ahli PMRAM yang sedang tertangguh-tangguh untuk beli kitab kerana tiada duit. Pandanglah mereka yang hanya makan sekali sehari kerana tiada duit untuk makan pagi, petang dan malam. Pandanglah sahabat yang tidak pernah berganti kain baju mereka kerana tiada duit. Kita hanya peruntukkan LE 50 untuk mereka. Tapi kita telah peruntukkan LE 300 satu jam untuk sewa padang bola...Kita terlalu takut jika mereka ahlul BOLA berpaling dari PERSEKUTUAN MELAYU REPUBLIK ARAB MESIR..Tapi tidakkah kita simpati dan ambil peduli kepada sahabat-sahabat yang telah menyumbangkan jiwa dan raga mereka untuk kesatuan PMRAM walau mereka adalah miskin..Mereka telah mengeluarkan duit poket mereka, tapi dibelanjakan untuk padang bola oleh tangan-tangan kita.

Kenapa kita terlalu takut kepada andaian-andaian ini? Benarkah mereka akan hilang sokongan kepada PMRAM jika tidak sediakan padang untuk mereka? Tidakkah mereka tidak ikhlas untuk PMRAM jika mengugut akan bermain di padang NADI UMNO jika tiada padang untuk peraduan mereka?Jadi kenapa perlu kita menjaga kebajikan ahli yang tidak pernah ikhlas dan setia untuk bersama kita? Sedang ahli yang sanggup bersetia masih ramai..Fikir-fikir kanlah sahabat kepimpinan. Di bahu anda semua keputusan...


PMRAM

Kembalikan keizzahannya menjaga kebajikan ahli, prihatin dengan kemiskinan ahli, prihatin dengan penjanaan ekonomi ahli, jangan dijanakan dengan barangan ISRAEL. Belajar lah memboikot kerana kita telah wujud dengan MENANG di medan pertempuran, kenapa kita jadi penggiat ekonomi mereka? Gempurlah ahli untuk kembalikan keizzahanPMRAM . Keizzahan berlandaskan Al-Quran dan Assunnah, ...Keizzahan kerana kefahaman Islam yang syumul. Keizzahan untuk menjadi role model Iman dan Taqwa untuk masyarakat peribumi kita di Malaysia. Keizzahan untuk segala yang baik...menolak segala yang mungkar!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih untuk komentar anda, saya amat menghargainya.