Selasa, 29 Disember 2009

Hanya berbaki satu minggu..x cukup..allahummajaalna minanaajihaat fil imtihan..



Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulilah diberi keizinan masa dan line yg elok untuk bercerita dan berceloteh disini. Seperti tajuk yang tertera..hmm macam karang surat rasmi pulak..alahai..hanya ada 10 hari nak masuk fatrah imtihan. Bermula 16 januari 2010-2 februari 2010. Ya Allah berikanlah kami kejayaan dan keberkatan dalam ilmu-mu. Untuk Fasal ini ada 6 madah semuanya bagi pelajar2 di syukbah usuluddin qism hadith wa ulumuhu.
  1. 16/jan ,Sabtu = Ilalul Hadith
  2. 19/Jan, Selasa = Manahij Dakwah
  3. 23/jan, Sabtu = Mukhtalif Hadith
  4. 26/jan, Selasa = Aqidah
  5. 30/jan, Sabtu = Manahij Muhaddisin
  6. 2/Feb, Selasa = Tafsir Tahlili
Bittaufik wannajah untuk semua sahabat-sahabat seperjuangan semoga dimudahkan Allah segalanya....

Berusaha sehabis daya...Menghafaz dan mentelaah akan membuahkan hasilnya insyaallah..Disinilah kita mengenal dan mengerti penat dan lelah para ulama, muhaddisin, fuqaha, mufassirin, ahlul balaghah dalam meluaskan ilmu Allah diatas muka bumi ini..Semoga Allah memberkati dan meredhai kita untuk menelusi perjalan Al-ulama warathatul anbiya'..ameen..

Rabu, 16 Disember 2009

Cerita Pagi INi...







Bukanlah banyak ilmu itu dengan banyak menukilkan kalam gurunya tetapi banyak ilmu itu berdasarkan banyakknya perpindahan akhlak dan adab gurunya kepadanya (BARAKAH)..syeikh yusuf al-bakhur alhasani..

Bismillah..Hening dan damai nya pagi di musim sejuk ni. Pagi Khamis, baru pukul 7.34 pagi. Sejuk mencengkam ke sum-sum tulang. Hari sekolah masih dibuka. Tapi hari ni xde kelas untuk pelajar tahun 4 usuluddin hadith. Hanya satu kelas yang berbaki, tafsir tahlilli. Doktorah katanya ke Mekah menunaikan ibadah HAji. Satu kitab dah pun selesai, baki cuma helaian nota nipis bicara tentang arahan "BerSyura", dari Allah untuk ummat Muhammad Sallahualaihiwasallam. Satu kitab ya Allah langsung tidak sempat ku temui doktorahnya. Cepat sgt doktor habiskan kitab tu, berkejar masa untuk dia ke tanah suci. Semoga mendapat haji yang mabrur doktor.


Sistem pengajian Al-Azhar adalah sistem paling mudah seantero dunia. Kenapa MUDAH? Al-Azhar mengamalkan sistem tidak wajib ke kuliah. Dan langsung tidak ada anasir-anasir luar kuliah sebagai bantuan alat mengajar dan bantuan markah tambahan untuk para pelajarnya. Kelulusan kita 100% bergantung kepada kitab dan nota yang dibekalkan oleh para doktorah. Nasib kita dalam imtihan bergantung bagaimana kita mentelaah kitab yang diberikan. Tidak ada pointer lebihan kalau kita rajin ke kuliah atau rajin membuat research..Inilah ketulusan ilmu dibumi Al-Azhar mungkin. Siapa ingin faqeh berusahalah sendiri. Kalau malas anda mungkin merangkul Jayyid atau maqbul tapi ilmu anda hanya setakat dalam kitab kuliah.


Ada sahabat yg langsung tidak pernah ke kuliah, ke kuliah hanya untuk melangsaikan urusan pembelian kitab dan membayar rusum(pendaftaran tahunan) semata. Tapi keputusan imtihannya cukup membanggakan JAYYID dirangkul dibawa pulang. Alhamdulilah..sudah rezeki mereka.. Tapi bagaimana mereka berjaya? Jawabnya hanya dengan menggunakan teknik dan cara mentelaah kitab yang betul. Tapi ini hanya untuk minoriti pelajar sahaja. Ramai yang ke kuliah, tidak miss muhadarah. Tapi masih gagal dan terpaksa mengulang tahun. Dan sebahagian lagi cukup rajin mentelaah kitab, menghadiri muhadarah dan kelas-kelas tuisyen luar, juga dapat merangkul JAYYID atau paling kurang manqulain (bawa dua madah) atau mengulang satu tahun sepanjang tempoh pengajian. Boleh dikatakan...DAlam satu tahun pengajian jika ada lebih 20 orang pelajar dari malaysia yang berjaya lulus tanpa perlu mengulang tahun hanya 2-5 orang. Ini purata seluruh malaysia bukan satu negeri. INi khusus untuk pelajar perempuan sahaja.


Apa pun saya melihat perkembangan ini dari dua sudut. Positif dan negatif. Bagi yang telah, pernah dan sedang melalui proses i'adah. Mengulang tahun pengajian. Cuba buat beberapa kajian peribadi, kenapa saya masih belum lulus madah-madah ini. Saya dah rajin ke kuliah..saya cukup suka mentelaah kitab-kitab rujukan yang tersusun dirak dirumah..Tapi saya masih tidak berjaya!!.


saya mahu membawa sahabat kepada fokus kecemerlangan. Saya mahu kita ubah gaya dan cara kita untuk berjaya.

Cara yang paling berkesan :

  • * wajibkan diri ke kuliah. Tanda point-point penting yang dibacakan oleh doktorah didalam muhadarah. Jika tertinggal dan tidak sempat rujuk sahabat sekuliah tempatan (orang mesir lah).
  • * Jangan terlalu tergesa-gesa pulang setiap kali habis muhadarah. Duduk dan berbincanglah seketika dengan sahabat-sahabat satu kelas, tanyakan mana yang tidak jelas pada sahabat. Khususan berbincang dengan banat misr dan teman semelayu. Saya akui kita yang dari malaysia amat ketinggalan berbanding sahabat-sahabat dari pesantren indonesia dan sahabat-sahabat dari singapura. Ini kerana penguasaan bahasa arab mereka yang mantap.
  • * Kita sudah ada asas dari alam menengah dulu. Khusus untuk anak-anak terengganu, kita ada ramai guru-guru yang mengajar diimport khas dari mesir. Bezanya ustaz-ustaz arab bercakap menggunakan bahasa yang jelas. Menerang berkali-kali, menunggu untuk kita faham. Tapi disini tidak lagi.
  • * Pulang ke rumah atau asrama, elakkan dari membazir masa dengan sia-sia. Buat jadual untuk mentelaah kitab. Selalunya masa yang kita ada hanya sebulan penuh untuk mentelaah kitab. Manfaatkan masa ini.
  • * Buat susunan aulawiyat kitab yang mana yang paling payah rasanya untuk difahami. Letak dia pada pertengahan masa. Ambil kitab yang paling mudah seharusnya habiskan kitab mudah itu dalam satu hari saja.
  • * Bagaimana mentelaah kitab satu hari? BUka fihris dibelakang..Ambil pen dan buku nota. Lakarkan nota yang paling ringkas dari fihris ini. Kalau mampu buat peta minda atau rajah-rajah penting. Ini penting untuk anda mengetahui isi dalam kitab. Sebenarnya point penting untuk masa mentelaah sebelum imtihan hanya ada pada fihris kitab.
  • Kitab tiada fihris. Ada kitab yang dikarang tanpa catitan muka surat. Buat Fihris sendiri. Pergi kepada setiap bab dalam kitab. Buat catitan fihris, dan tajuk-tajuk kecil yg biasanya diboldkan oleh pengarang kitab.
  • Siap satu kitab. Berkenalan pula dengan kitab lain. Sehingga semua kitab telah kita kenali. Ini penting!! untuk mengelakkan kita terkandas lagi. Terutamanya apabila kita terlalu buat penekanan pada satu kitab yang kita rasa payah sahaja. Akhirnya kita lulus madah yang payah kita gagal pada madah yang mudah. Ruginya kan..
  • Tampal nota itu dihadapan meja study, atas kepala katil. Fihris membantu kita untuk mengenali dan memahami bagaimana dan apa yang ada pada kitab tersebut. Syeikh Tarmizi Taha pernah menyebut bahawa, untuk anda jadi seorang yang alim tentang semua kitab dalam semua bab bacalah fihris kitab terlebih dahulu. Paling tidak pun jika anda tidak sempat membacanya anda tahu apa yang ada dalam kitab itu.
  • Elakkan tekanan semasa mentelaah kitab. Kalau rasa tidak faham pada pembacaan pertama ulang lagi sehingga berkali-kali, insyaallah kita akan dapat memahaminya.Buat ulangan pembacaan.
  • * Cuba letakkan dalam diri bahawa saya boleh faham dan saya boleh ingat!!
  • * Detik yang paling penting adalah sehari sebelum masuk imtihan. Hari ini susunlah segala maklumat yang ada. Arrange it in your mind!! INi penting, kerana bimbang kita akan bercelaru dalam dewan imtihan yang selalunya gamat dengan suara penjaga imtihan. Macam pasar dewan imtihan kita kadang-kadang.
  • * Banyakkanlah berdoa dan bertawakkal, jangan terlalu takut untuk gagal dan jangan terlalu yakin "overconfident". Yang paling utama adalah usaha dan tawakkal.
  • * Teruskan berusaha!! masih ada banyak masa untuk kita mentelaah. Jangan sesekali merasakan tidak cukup masa sehingga menyebabkan kita jadi buntu pada waktu-waktu yang luas untuk kita ulangkaji. Insyaallah kita boleh berjaya.

SELAMAT BERMUTALAAH KITAB..SEMOGA KEJAYAAN AKAN DIREDHAI UNTUK KITA SEIRING DENGAN NADA USAHA DAN TAWAKKAL KITA PADA YANG MAHA ESA.

والله سبحانه نسأل , وهو الموفق والهادى الى سواء السبيل.... بااتوفيق والنجاح.. انشاألله


Ahad, 13 Disember 2009

What is chocolate in reality?


What Is Chocolate in reality


Chocolate has been called an antidepressant, tonifier, stimulant, euphoriant, and even aphrodisiac.
What is chocolate in reality?

Chocolate is a mixture of cocoa paste, cocoa butter, and sugar. Nowadays, we know its precise chemical composition. It is considered as a complimentary food, since all three organic substances exist (although not well balanced): carbohydrates (starch, diverse sugars), fats (cocoa butter), and vegetable proteins.

Minerals can also be found in chocolate: potassium and magnesium in large amounts, calcium and sodium in small amounts, and iron in trace amounts. Chocolate also contains vitamins A1, B1, B2, D, and E.

HIGH-ENERGY IN TINY SQUARES
Considering its ingredients, chocolate has exceptional nutritional qualities. It is, therefore, a high-energy food in relatively small volume; athletic people are among those who eat chocolate regularly , since it offers rapidly available energy. It is considered a food for effort whether intellectual or physical. What, however, is accurate concerning its other attributed
properties mentioned above?

THE BENEFITS OF CHOCOLATE
The pharmaco-dynamic substances (those whose action is similar to medications) found in chocolate are responsible for its reputation concerning its abilities. Four of these such substances can be found in chocolate: theobromine, caffeine, phenylethylamine, and serotonin. They appear in a negligible quantity, but each in infinitely small quantities plays an important role. Theobromine stimulates the central nervous system, facilitates muscular efforts, as well as having diuretic and cardiotonic action. It is an orexigan (appetite stimulator). Caffeine increases resistance towards fatigue, favorises intellectual activity, and increases watchfulness. Concerning phenylethylamine, it has a chemical structure similar to
amphetamines and therefore contains psycho-stimulating properties. Serotonin, on the other hand, is a neurotransmitter (substance freed by the nerve endings) in the cerebral cortex--its quantity is often found to be lower during certain nervous depression states. The serotonin found in chocolate helps correct its initial loss. Likewise, the caffeine and saccharose stimulate the body's stimulation of serotonin. Finally, due to the pleasure it offers, chocolate stimulates endorphin secretion thus procuring naturally the same effects as opium. With this description of chocolate's chemical composition, it's never-ending list of vertues are easily explained.

SWEET OR APHRODISIAC?
Yes, chocolate can be a stimulant, euphorisant, and anti-depressor. Is it an aphrodisiac as well? No scientific response has been offered to date. Nevertheless, this idea goes back to the beginnings of civilization, even before its arrival in Europe: it was the 16th century, while the Aztecs prepared a drink called tchocoatl (made of cocoa nibs) known for its
nourishing, fortifying, and even aphrodisiac qualities...

Menu Selepas Bersalin.

Oleh :Ummu Handzolah.


Minggu Pertama

Pagi (7.00pg) Susu+Halba, roti bakar@ish+gula, Sesudu Madu,

Mkn tgh (11.30) Nasi, Gargay, Hati@Merpati@arnab@ikan yang tidak gatal dibakar, Air suam, Air asam Jawa,Sedikit serbuk lada hitam, Sebiji Limau.

Minum Ptg (4.30) Coklat Susu+Roti@biskut kering

Makan Malam (6.00) Nasi, Gargay, Hati@Merpati@Arnab@ikan Bakar, Air Suam, Sebiji Limau@ganti dengan Jus Buah2



Minggu Kedua & Seterusnya (plg krg 40 hari)


Pagi Susu+Halba @, Roti, Ish, Telur rebus, Sesudu Madu

Mkn Tgh Nasi + Sup Merpati@Daginglain2, Gargay, sedikit serbuk lada hitam,Air Suam, Sebiji Limau@epal @Jus

Mkn Ptg Barli susu, Roti @ Biskut kering

Mkn Mlm Nasi + sup(sama diatas), Gargay, Air suam@JUs , Air Halba + Madu Panas

RESEPI MASAKAN.

Daging Bakar -Kunyit, Garam, Jika suka boleh tambah jintan & ketumbar


Sup -Bwg putih, Halia, Bwg Merah, Air semua bhn direbus tanpa ditumis dulu

Nasi-Tanak nasi sederhana lembut tidak kering dan tidak terlalu berair.


Ubat2 @ air akar kayu yang perlu diminum untuk menambahkan tenaga siibu...

1) Air Manjakani (Rebus + Buat Basuh Tempat Luka)pagi &petang

2) Air Rebusan Kacip Fatimah (Kaffu Maryam)

3) Pil Dhob n Pil Tongkat Ali

4) Air nenas batu Rendam

5) Bertungku pagi lepas mandi

6) Mandi Dengan air serum (Alternatif Dimesir Rempah 4beradik) @ Rebusan daun jambu batu + serai wangi+ mengkudu

7) Berendam dlm air panas suam sekurang2 seminggu sekali

8) Bertangas (duduk diatas tungku & wap kan kemaluan dengan air panas suam + manjakani) amalkan sekurang2 2kali seminggu.

9) Ubat luka yang paling baik adalah minyak dhob letakkan disetiap kali menukar pad (minyak dhob che ku omar)

10) Banyakkan berehat

11) Elakkan stress

12) Elakkan duduk bersila bimbang peranakan akan turun

13) Jika anak badannya panas @ kurangkan ubat2 panas yang dimakan

14) Susukan bayi tanpa ada jadual

15) Anak Kuning jemur dibawah cahaya lampu (sebaiknya lampu kuning) pagi2 dedahkan pada sinar matahari tapi jgn dijemur ditengah2 cahaya matahari secara terus akan merosakkan pigmen kulit bayi.

16) air halba dapat membantu menambahkan susu ibu.

17) Banyakkan minum air suam bg melawaskan perut dan mengelakkan sembelit

18) Limau & Epal byk membantu mengelakkan sembelit

19) Ubat sembelit (Importal)rujuk doktor

Lain2 ikut kesesuaian individu