Ahad, 29 November 2009

Falsafah Hari Raya dalam Islam...

Petikan asal Oleh : Doktorah Hayah Albarhumati
Terjemahan Oleh :C. Amirah bt. Che Muda @ Ummu Uwais Handzolah

"Seluruh umat Islam di seantereo dunia menyambut kedatangan hari raya korban, yang mana hari raya korban ini datang dalam dua bentuk wajah yang penuh fadhilat dan barakah, didalamnya terkandung hari ketaatan dan pengibadatan iaitu ibadah haji dan hari kegembiraan yakni hari raya. Kedua-duanya berhubung dan terikat diantara satu sama lain, yang mewujudkan satu falsafah yang amat bermakna dan penuh azimat yang berada didalam syariat Islam yang merangkumi diantara dua fasa kerohanian dan keduniaan kepada ummat manusia."
Allah subhanahuwataala telah menganugerahkan kepada ummat Islam dengan dua hari raya yakni hari raya korban (eidulAdha) dan hari raya fitri (eidul fitr). Maka pada dua hari raya ini terkandung didalamnya untuk melimpahkan rasa kesyukuran yang sebenarnya kepada Allah swt diatas taufiq dan inayah yang diberikan kepada kita selaku hambanya untuk melaksanakan ibadah dan ketaatan yang telah difardukan keatas kita.
Firman Allah swt didalam surah Al-Baqarah yang bermaksud:
"...dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepada kamu supaya kamu bersyukur. "(ayat 185)

Firman Allah swt didalam surah yunus yang bermaksud:

" Katakanlah ; Dengan kurniaan Allah dan rahmat-Nya, hendaklah dengan itu mereka bergembira. Kurnia Allah dan rahmat-Nya itu adalah lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan."

Kegembiraan dan kebahagiaan di hari raya adalah "minhah sanawiah" satu pemberian tahunan yang amat bermakna. Hari raya sebagaimana yang kita kecapi setiap tahun akan datang kepada kita. Tidak pernah satu tahun pun yang berlalu tanpa hari raya. Ini adalah satu pemberian yang amat besar dan amat berharga sebagai satu penghargaan kepada kita hambanya yang telah bersungguh-sungguh melaksanakan ketaatan dan ibadah kepada Allah mengikut kadar dan kemampuan diri masing-masing. Keadaan ini bertepatan dengan Maqasid Islam dan Matlamatnya daripada Hari Raya yakni "A'too', Wataraahiman, watawasilaan, watakafulan, wabarran."Saling memberi, saling mengasihi, saling berhubungan, saling bertolak ansur dan saling berkasih sayang dan mencintai.

Secara fitrah dan hikmah al-ilahiyyah manusia tidak diciptakan dengan hanya satu rentak dan satu gaya sahaja dan tidak juga berterusan dengan satu darjat yang sama sahaja, pasti akan ada perubahan dan pembaharuan dari setiap detik yang berlalu. Sebagaimana kita diciptakan daripada tiada kepada wujudnya kita dialam ini, dari kita hanya tahu menangis bila lapar sehingga kita tahu bekerja untuk mendapatkan makanan. Begitulah hari raya yang disyariatkan Allah kepada kita bertepatan dengan fitrah manusia yang sentiasa perlukan perubahan dan kemajuan.

Firman Allah swt didalam surah Ar-Rum:

"Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama Allah;(tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah Allah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah itu. (Itulah) agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui."

Seluruh ummat manusia didunia ini tidak ada satupun yang melalui kehidupan didunia ini tanpa meraikan hari raya.

bersambung lagi....

Isnin, 16 November 2009

Kita Dan Perancangan..


Bismillah..

Ramai orang bersungut dan runsing..Banyaknya kerja saya, ini belum itu belum..Wah-wah..Cukup kalut. Bagaimana menghidarkan kekalutan ini pada diri anda..

  1. Duduk dan bertenang sebentar
  2. Ambil pen biru @ hitam
  3. Ambil sebuah buku @ diari anda
  4. Catat segala tugas dan tanggungjawab yg perlu anda buat tak perlu panjang cukup ringkas dan ada faham apa maksudnya.
  5. Ambil pen merah
  6. Tandakan yg paling utama.( Anda perlu tahu apa yang utama)
  7. Apa yang kedua dan seterusnya
  8. Letak tetapan masa dan elakkan dari melanggar tetapan itu
  9. Jika terlajak atau tidak memenuhi tetapan masa
  10. Duduk dan tulis semula baki tugas yg tertinggal
  11. Anda tak perlu ambil masa yang lama untuk siapkan nota ini
  12. Tapi anda perlu buat nota ini!!
Pasti Hasilnya memuaskan cubalah!! Lepas buat sebegini anda akan dapat banyak lagi lebihan masa!! 24 jam masa setiap orang, tapi yang paling beruntung adalah orang yang tahu menghargai masa yang ada padanya dan dia beroleh waktu yang diberkati.

Isnin, 9 November 2009

Hari Pertama ke Kuliah aku kini dipuncaknya !!!



















Oleh : Ummu Uwais Handzolah.

Alhamdulilah setelah lama bercuti......Aku kembali ke kuliah..hmm. Ada cerita jgk ari ni..Besalah dah lama sgt tak kuar sorg2. Bese berempat ngn two boys n abang. Tapi ari ni ku kuatkan azam tuk g kuliah. Hmm..cobaan..dah kawen ni, dah xdelah org ketuk pintu ajak g kuliah x cam bujang2 lu. Ayong lah teman setia yg selalu mengheret ku ke kuliah. Hihi..aku mmg jenis yg payah nak kuar umah...kdg dgn abang pun payah. Sbb tu adik2 kat asrama rumah ganu nun selalu jer tanya..kak emi naper lama x dtg asrama..cmn ek..nak jwp. Abang ari2 g sana..g balik antar nasi lemak pagi..petang g antar donut..Tapi malas nye aku nak ikut. Kalau org tanya naper tak ikut..hiii jawapan aku sbb aku suke duk kat umah. Kalau rasa nak kuar pun aku ajak abang g minum asir kat kedai depan umah ni jer...Sempoi n relax.

Kadang rindu jgk nk jupe ngn kwn2 ni..Yang paling best dpt juper mutazawwijat..wah3 kalau sesekali dpt kumpul tu cm liat jer nak balik smula..Hehe..itulah aku....act..aku ni mmg kaki sembang jgk...tp suke duk umah. Pah ni sure ramai adik2 baru yg tak kenal siapa kah aku..hhehe..Tunggulah nnt kita beramah mesra yer adeq2...Paper pun insyaallah kalian tetap dalam doaku.. Moga kita sentiasa terpelihara dalam rahmatNya dan diberi anugerah kejayaan yang diredhai olehNya.

Citer Kuar Tajuk...........Balik ke Kuliah Banat Hayyu Sadis.( ada satu lagi kuliah banat Ain syam jgn salah naik bas naa...Dah ramai yg kene tersesat kesana aku lah salah sorg nyer tuh huhu:))

Rolling
Ari ni, first time g kuliah sbbnya cm yg kat atas yer....So, hari pertama jadilah aku ala2 adik baru..freshie yg baru nak kenal kuliah. Dah lama tak takallam bilughati arabiah..hmm..tp alhamdulilah leh lah control hensem lagi. Mula2 naik dah terlajak ke dur tahun tahun tiga. Kelas lama aku. isy2 tetiba mai teringat eh kelas tahun 4 kat bawah lah. Sama dur ngn Ablah Nabilah. Heh heh..ketwakan diri sendiri, turun pi round kat dur thani.......rolling n rolling dur tu..tak juper pun lable kelas rabiah usuluddin li syukbah alhadith..Alahai kat mana ni..Dah lah tak nampak langsung mai last year classmate...sme..syukbah syariah wal Qanun yg aku juper.


Jumpa...
Juper satu kelas xde lable kat luar. Ada tiga org akhawat arab kat dlm tuh. Tumpang tanya lah..hm, jwpn meeke, meke tahun dua syariah..aku tanya ni kelas tahun 4 hadith? la' meke jawap ngn konpiden. So, kuar lah duk menung jap pikir kat mana ek..hisy nak tepon saper ni. majoritinya classmate msia tahun lepas balik mesia. Dan ada yg still ditahun tiga (insyaallah tahun depan ada rezeki).Tgh duk pikir2 nampak makcik ablah tanya dialah..dia pasti lebih tahu sbb besanya makcik ablah lah yg buat keje2 tampal menampal lable kelas ni. Haa..copem dah kelas kosong tadi lah kelas ku. Kemudian temu lagi ngn akhwat syukbah tafsir dia ta'kidkan lagi itulah kelas ku.

Ambik Jadual
HIii...tapi naper xder org ek? Antara dua samada muhadrah buat kat kelas lain atau aritu mmg xde kelas.. Hmm aku dgn conpidem masuk sml kat kelas tu n buat2 tak nampak lah bbdk yg tak brp nak makan saman tu..hisy3 kutuk sikit. Cam beselah arab kan pompuan kurang lebih jer style depa ni..nak sopan santun cam kita org melayu tu 1 per seratus ker per seribu ek...Hhihi..sory ar..kutuk sikit. Tapi diorg ni serabai pun sebut bab quran mmg no challenge....respectlah sbb akhawat arab nak habiskan 4tahun al-Azhar kena ngapal habih 30 juzuk. Beza jauh ngn wafidat kene ngapal 8 juzuk jah. Tapi...hihi..aku ttp kene ngulang subjek kegemaranku ini..Al-quran tahun 2 dan tahun 3. Alahai tahun ni kene lah ku habiskan 8juzuk tamam..Hmm leh lah aku ajak along n habib ngapal sama2.

Try dail no my classmate Tiyyah(N9), yeahaaa dapat...
Tanya kabar..wah sukenye sbb dah dapat tmn sperjuangan semula, rasa tak kesorangan. Borak2 bese lah yg utama pasal kuliah lah..Lega dapat bbrp butir maklumat..Lalala...Timetable kat kelas tu rupenye xleh paka dah. Hmm n ari isnin mmg cuti. Pehal lah pulak yer budak kelas aku ni suka cutti ari isnin. Hari sabtu sekolah pulak pelik tapi benar..Ikut jerlah yek..Suara wafidat ni minor n mmg xpernah suara pun...Bila diorg tanya, setuju jerlah..yerlah hari sabtu pun bukan kita cam kat msia ari cuti2 minggu ada aktvt family ke kan..

Beli Kitab....
Alhamdulilah dapat collect dua buah kitab. Tapi sedih jugok sbb tiga lagi dah abih maa...Camna nih..Alahai doakan agar kitab2 tu kuar semula sekali lagi yer. Harap2 dop lambat sgt. Kalau ak kenalah aku baca kitab fotokopi....Fotokopi alahai x best nyer..

Kena Lecture
Dua patah jer...Haa......kang abang kata doh.......g beli kitab.......Ngee.....cmn nak jwb? Jwp jugak..Xper nnt kuar semula pakcik jual kitab kata......Hahha...sebenornya dalam hati....naperlah aku degil sgt..nih lah selalu lecture abang sesekali terkena padan muka aku..hik3. Tapi dapat dua dulu pun dah lega. Moga2 nnt lebuk ku baca n ku hadamkan......Insyaallah..Janji tu janji pada diri sendiri so kena tunaikan jugak!!!!.

Aku Bangga dan Bahagia
Seronok sgt sbb masih bergelar student........Walau pun terpaksa merangkak untuk capai ke puncak tapi aku tetap berbangga dan bersyukur dengan angerah ini. Walau ada yg memandang sinis, ada yg membakar semangat, ada yang dah lama xsabar2 mengharapkan aku pulang...Tapi aku tetap bertahan disini sehingga ke puncaknya jua. Alhamdulilah segalanya dari Mu ya Allah. Niat dan tekad untuk ku genggam ijazah sarjana muda universiti Al-Azhar semakin memarak dijiwa. Doakan aku dan abang bakal pulang sebagai khirrij Al-Azhar. Aku dengan syukbah Usuluddin dan abang dengan Syukbah Syariah. Ameen...

Ok lah sikecil dah menetel kat tepi ni........kene stop now. see later

Jumaat, 6 November 2009

Surah Al-Hajj dan perkaitannya dengan bulan Zulhijjah...Selamat Menunaikan Haji..


Bismillahirrahmanirrahim...........


Dalam sunyi pagi mengintai sinar mentari yang kian memancar memberikan cahaya dan habanya untuk bumi ciptaan Allah ini...Ku mengambil sedikit ruang untuk membawa kita bersama2 mencari dan meniliti apakah yang ada dalam bait2 tinta rabbi yang kekal dan utuh sepanjang zaman..Tidak pernah berubah satu alif pun dari hari penurunannya hingga ke hari ini dan sampai bila2 pun sehingga dia juga kembali kepada pemilik-Nya dan bakal menjadi peneman yang paling setia untuk kita disaat bersendirian di alam barzakh dan di akhirat sana. Jangan lah kita lalai dan lupa untuk membacanya, mentadabbur isinya, mentelaah hukum dan peraturan yang ada didalamnya.

Al-Quran diturunkan sebagai cahaya yg menerangi kegelapan hati dan jiwa juga sebagai dustur untuk manusia melalui kehidupan dunia yang fana ini. Bacalah Al-Quran kerana dia bakal menjadi satu peneman yang indah buat kita dunia dan akhirat. Selain harta yg bermanfaat, amal soleh, zuriat yang soleh, Al-Quran juga peneman yang cukup indah disana nanti..Bacalah !!! Dengan nama tuhanMu yang Maha menciptakan!!..

Surah AlHajj dan Rahsia isi kandungannya;

Satu Surah yang bercampur statusnya ada ulama mentafsirkan AlHajj adalah surah madaniyyah dan ada yang menyebut AlHajj sebagai surah Makiyyah. Kenapa bercampur? Menurut AlGhaznawi, surah ini termasuk surah yang ajaib yang mana penurunan ayat-ayatnya ada disiang hari dan ada dimalam hari. Sebahagian ayatnya yang lain diturunkan ketika Rasulullah saw dalam keadaan musafir dan sebahagiannya dimasa tidak musafir.

Kenapa Dinamakan dengan Al-Hajj?

Dinamakan al-Hajj kerana didalamnya ada banyak cerita tentang ibadah haji seperti tawaf, ihram, sa'i, wuquf di arafah, bercukur (bertahallul), diceritakan juga bermulanya pensyariatan haji bermula dari nabi Ibrahim alaihissalam dan anaknya Ismail Alaihissalam. Didalam surah ini juga banyak menyebut tentang kaedah-kaedah haji, faedah-faedah haji, syiar-syiar Allah, dan hikmah pensyariatannya.

Kedudukan Surah Al-hajj mengikut bilangan surah dalam Al-quran.

Surah Al-HAjj merupakan Surah Yang ke-22.Termasuk dalam juzuk yg ke-17.

Jumlah Ayat dalam surah Al-Hajj

Surah Al-Hajj ada 78 ayat semuanya. Sebahagiannya ayat-ayat makiyyah (sebelum hijrah) dan sebahagiannya ayat-ayat madaniyyah (diturunkan selepas hijrah). Sebahagian ayatnya diturunkan ketika Rasulullah dalam keadaan bermusafir, dan sebahagiannya pula ketika baginda bermastautin.

Isi Pokok dalam Surah Al-Hajj

1; Keimanan

Keimanan tentang hari kebangkitan dan huru-hara yang akan berlaku pada hari kiamat. Keimanan dengan adanya susunan yang lengkap pada alam semesta sebagai bukti kewujudan Allah azzawajalla.

2; Hukum-hakam

Kewajipan menunaikan ibadah haji khusus kepada muslimin. Bermulanya pensyariatan haji dari zaman Nabi Ibrahim alaihissalam sehingga ke akhir zaman. Hukum berkata dusta. Larangan menyembah berhala. Binatang-binatang yang halal dimakan. Hukum menghalang orang berada diatas jalan Allah dan masjidil Haram. Keizinan berperang untuk mempertahankan diri dan agama. Hukum-hukum berkenaan dengan perlaksaan ibadah Haji.

3; Lain-lain

Membantah kebenaran Islam tanpa pengetahuan adalah perbuatan yang tercela. Tanda-tanda takwa yang sampai ke hati. Tiap-tiap agama yang dibawa oleh semua rasul-rasul yang diutuskan oleh Allah ada syariat tertentu dan cara melakukannya. Pahala orang yang mati dalam berhijrah kerana Allah. Sikap orang-orang kafir bila mendengar ayat-ayat Allah. Anjuran berjihad dengan bersungguh-sungguh. Celaan Islam terhadap orang-orang yang tidak tetap pendiriannya dan selalu mencari keuntungan untuk diri sendiri.

Perkaitan antara surah Al-Hajj dengan surah selepasnya Al-Mu'minun.

1.Surah Al-Hajj menyuruh orang mukmin mendirikan solat, tunaikan zakat, banyak membuat kebaikan untuk beroleh keuntungan diakhirat.Diawal surah Al-Mu'minun menegaskan bahawa orang-orang mukmin bila mereka mengerjakan apa yang diperintah dan menjauhi apa yg dilarang Allah pasti mendapat keuntungan didunia dan diakhirat.

2. Kedua-dua surah mengemukakan tentang penciptaan manusia, perkembangan kejadian dan kehidupan dan menjadikan hal demikian sebagai bukti adanya hari kebangkitan.

3. Surah Al-Hajj dan Surah Al-Mu'minun kedua-duanya menghina dan mencela ummat-ummat yang terdahulu kerana tidak mengindahkan seruan para nabi yang diutuskan kepada mereka. Perihal ini disebut sebagai satu pengiktibaran untuk ummat-ummat selepas dari mereka.

4. Kedua-dua surah mengemukakan bukti-bukti kewujudan Allah azzawajalla dan keesaanNya(Allah tuhan yang satu tiada duanya).

wallahualam.

Rabu, 4 November 2009

Mencari Yang Halal Itu wajib

Hari ni rolling-rolling..hmm jumper pasal vanilla exctract is not illegally use by muslim bcoz its contains alcohol!!..so, kalau nak makan ice cream kenalah tengok kat ingredients dia tuh ada ke tak vanilla extract. Klau ada avoid it because it is not HALAL for muslim to it..Mark this !! n Do It..Makan n Minum yg HALAL itu wajib.