Khamis, 30 Julai 2009

Baru Lepas Minum Petang


Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulilah sambil2 tunggu maghrib ni..Isi masa sikit berblog, along n habib asyik main kejar2 ngn abi. Sambil-sambil belek citer2 kat internet ni sambil dgr soal jawab prog di Rotana TV live dengan AlFadhil Assamahah Syeikh Ali Jumaah..Mufti Mesir. Bicara nya berkisar tentang persediaan ramadhan yang bkl tiba x lama lg dah. Tgk kat countdown ramadhan kat tepi yer.

Sedikit yg boleh dikongsi bersama: Perihal ttg amalan puasa sunat di bulan syaaban; Tidak ada dalil dari hadith sohih tttg ini. Hadith yg sahih baginda saw menyebut tiada puasa dibulan syaa'ban melainkan di bulan Ramadhan, begitu juga ttg puasa 15 hari di bulan Syaa'ban. Yang ada dalil ttg fadhilat puasa di bulan sya'ban hanyalah Hadith yg maudhu' dan terlalul dhoif tarafnya. Jika ingin berpuasa di dalam bulan ini berpuasa lah di setiap isnin dan khamis dan jg hari2 putih sbgmn bulan2 lain. Kerana sesungguhnya tidak ada kelebihan nya Rejab dan Sya'ban dengn bulan2 lain kecuali bulan RAMADHAN.

Sabda Rasulullah saw apabila ada sahabat yang ingin berpuasa setiap hari tanpa berbuka sabda Baginda sallalahu alaihi wassallam mafhumnya "Sesungguhnya aku lebih cenderung kepada berpuasanya Daud alaihissalam,dia berpuasa dan berbuka berselang-selang harinya."
Ini bermakna nabi Daud alaihissalam berpuasa hari ini dan esok dia tidak berpuasa, kemudian esoknya dia berpuasa semula begitulah seterusnya.

Saya juga pernah terbaca dalam sebuah buku menjawab ttg buku kelebihan Rejab dan Syaa'ban didalam buku tersebut ada disebutkan bahwa masyarakat jahiliyah amat mengagungkan hari-hari dalam bulan Rejab dan Sya'ban..Sedang syariat yg dibawa oleh Rasulullah saw hanya melebihkan Ramadhan dr bulan yg lain. Lantaran itu saidina Umar R.Anhu pernah bertegas melarang ummat Islam dari membesar2kan amalan di dua bulan ini sbg membezakan diantara kita dan pengamalan di zaman Jahiliyyah wallahua'lam.

Walau apapun apa yang kita buat didalam hidup seharian adalah perlu bersandarkan apa yang dianjurkan oleh baginda sallahualaihi wasallam dan bersedia untuk sentiasa menambahkan ilmu dan amalan kita disetiap detik dalam kehidupan kita.Agar kita sentiasa terpandu dalam cahaya yang benar dan diredhai Allah insyaallah. Tahniah buat yang berpuasa dengan bersungguh dalam bulan ini. Tapi sebaiknya jangan sesekali beri'tikad kerana mengikut sunnah Rasulullah saw. Jadikan lah ianya hanya sebagai latihan sendiri tanpa menyandarkannya pada Baginda SAw kerana baginda tidak melakukannya.

Kata Sohibul Assamahah lagi..Puasa di bulan Sya'ban dan Rejab hanya khusus kepada orang yang ada hutang puasanya dengan puasa yang lepas. Yakni puasa Qadho' atau ganti. Kerana bimbang tidak sempat menghabiskannya sebelum tibanya Ramadhan untuk mengelakkan dari terkena denda fidyah, kerana puasa yang ditinggalkan pada tahun tersebut perlu diganti sebelum datangnya puasa yang akan datang pada tahun berikutnya. wallahua'lam.

Semoga kedatangn RAMADHAN yang bakal tiba kita dapat meraih syurga nya dan menjadi tapak baru untuk kita perkemaskan lagi ibadah kita seharian kepada Allah azzawajalla. Di setiap RAMADHAN pintu neraka ditutup dan syurga dihias dengan penuh indah. Ya Allah golongkan kami dari penghuni syurgaMu. Sesungguhnya syurga itu mahal nilai nya lantaran itu perbanyakkan pelaburan untuk meraihnya. Jangan sesekali mengharap tanpa sebarang usaha. Peliharalah iman agar sentiasa terpandu dari kesesatan yang menjauhkan kita dari Jannah Allah.

Semoga bertemu kembali

wassalam..
UmmuUwaisHandzolah

Sabtu, 25 Julai 2009

Buku Yang Sedang Ku Habiskan...

بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulilah segala puji bagi Allah atas segala nikmat dan rahmatNya untukku sekeluarga dan untuk kita semua. Selawat dan salam keatas nabi junjungan mulia yang telah membawa risalah Islam dengan penuh kemuliaan kepada kita Muhammad sallallahu alaihi wasallam. Keatas ahlul baitihi wa ashabihi waman tabi'ahu bi ihsani ila yaumi dden..

Saya sekarang sedang menghabiskan sebuah buku yang bertajuk "HALAL HARAM Buku Penting Untuk Umat Islam" dari sudut Syariah, kesihatan berdasarkan "Halaalan Thoyyiban ". Buku ini dikeluarkan oleh CAP Persatuan Pengguna Pulau Pinang terbitan 2006M/1427 H. Muqaddimah buku adalah dari kalam Dato' seri Dr. Hj Harussani Hj Zakaria. Prakata dari Hj S.M. Mohamed Idris Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang ( CAP).

MasyaAllah..Banyak benda yang saya dapat dari buku ini. Tidak sabar rasanya untuk dikongsikan bersama. Banyaknya benda yang kita tak tahu dan amat memudaratkan dan amat menjijikkan wujud dalam kehidupan kita seharian. Samada dalam bentuk pengambilan makanan, penggunaan kosmetik kecantikan, pakaian dan sebagainya. Kalau diikutkan mahu rasanya menaip semua isi kitab ni...Tapi alahai tebalnya..Jadi apa kata kita ambil part2 yang terpenting. Walau sebenarnya semua isi disetiap bab dalam buku ini amat penting untuk kita ketahui. Selepas ini boleh lah pakat2 g beli kat kedai buku yer.

`Sebagai seorang wanita kita memang sukakan kecantikan. Kalau yang jenis mementingkan penampilan diri, sentiasa ingin dilihat cantik dan memang pengamal kosmetik cubalah kita perhatikan apa yang ada disebalik setiap kosmetik. Ha meh cek sama2 naa..

Di Bawah Tajuk "Bahagian serangga, rambut manusia dan skatole dalam makanan anda".

Beberapa istilah yang perlu kita kenali.

  1. 'Carmine'= Ianya adalah sejenis pewarna yang diekstrak dari serangga. Dihasilkan dari 'Cochineal' yang diekstrak dari serangga betina kering yang memakan kaktus di Peru, Canary Island dan tempat2 lain. Pigmen terbina dalam badan serangga menyimpan telur-telurnya pada pokok kaktus sebelum mati, bangkainya yang mereput bersama2 telur dan larva yg sudah menetas, dipisahkan drp tumbuhan it, dihancurkan dan kemudian dibakar atau direbus atau kukus untuk menghasilkan cochineal.
  2. L-cysteine = Sejenis asid amino. Diambil dari rambut manusia , sungguhpun ianya boleh dihasilkan secara tiruan dari pelepah bulu burung tp lebih umum diperolehi dari rambut manusia.
  3. Skatole = Skatole adalah salah satu komponen utama najis (skatole dalam bhn makanan dihasilkan secara tiruan. Skatole turut dihasilkan drp kelenjar anal musang (civet cat).
Meh Cek Benda2 kat Atas tu ada dalam apa...??

'Carmine' Penggunaannya adalah untuk menghasilkan warna merah, merah jambu dan ungu kepada gincu bibir dan aiskrim. Dalam bahan makanan dadih berperisa strawberi. Untuk mengelak dr mgunakan bhn dr serangga elak guna pelikat atau makanan yang mengadungi ekstrak merah dan juga yang kelihatan berkilat. Syelek yg dgnkan unt mngiltkn epal dan bj kopi juga dihasilkan dr serangga. Jadi makan epal buangkanlah kulitnya yer! (tambahn sndr).

L-Cysteine digunakan untuk meningkatkan kekentalan doh, yg boleh mmprcptkan pemprosesannya dgn mesin ke dalam biskut, kerak pizza, roti, donat dan makanan bakar lain. Untuk mengetahui bahan ini diperoleh dr sumber manusia terlalu sukar.

Skatole antara bhn utama rokok. Sebagai bahan dalam minyak wangi, biasanya untuk haruman mawar, wangian bunga melur dan bhan perisa lain. Castoreum adalah asas dari bhn skatalogy dan masih belum ada bhn tiruan untuknya.


Bukti Penyelidikan.

Pusat Sains yang Berkepentingan Awam ( CSPI), sebuah badan pemerhati pengguna di Washington DC membuat rayuan pada pihak Pentadbiran makanan dan Ubatan (FDA) supaya mengharamkan penggunaan Carmine , atau mewajibkan pengeluar mencatakan pada label bahawa sumber bahan itu dari serangga yang merayap. Namun ianya belum memberikan sbrg maklumbalas. FDA membenarkan sebotol mentega kacang mengandungi lebih 100 bhgn pepijat. Setin tomato boleh termasuk seekor ulat atau sehingga sembilan telur lalat.

David Stipp dalam temuramahnya bersama seorang jurucakap di Interstate Brands, yang mengeluarkan roti hebat dari jenama Hostessdan makanan bakar lain, beliau berkata, "saya tidak tahu dari mana sumber itu diperolehi. Kami tidak menggunakan byk l-cysteine". Jurucakap Sara Lee menafikan produk syarikatnya mengandungi ekstrak rambut tetapi enggan menyatakan bagaimana beliau mengetahuinya. Jurucakap Puratos Group, pembekal bahan-bahan ramuan bakar yg berpusat di belgium pula lebih ramah " L-Cysteine pada umumnya diperolehi dari rambut manusia ", katanya " tetapi saya yakin produk kami daripada bulu pelepah itik".

Kata Davi Stipp lagi.."Soalan yang berikutnya muncul dalam kepala saya rambut siapa yang kita makan?". Pakar2 industri berkata, kebanyakan L-cysteine drp sumber manusia datangnya dari drp wanita China, yang membantu keluarga dgn menjual rambut mereka kp kilang2 kecil yg mproses bhn kimia yg tdpt dserata tmpt di republik itu.

Frank Fischetti, seorang ahli kimia perisa kanan di Wyn Starr Specialty Foods & Flavors di Allendale, N.J. Berkata : " Dahulu kami mendapatkan musang dari Asia,"ujarnya. "Ia diisi dalam tanduk kerbau air. Salah satu tugas saya ialah mengecamnya sama ada itu adalah benar-benar musang. Untuk memastikannya, anda perlu merasanya. Tambah Fischetti "merasa pati musang ia mengingatkan kita pada najis".( Sekarang alat digunakan untuk tugas itu.

Daviv Stipp dlm artikelnya lagi meyebut bahawa civet cat dahulu byk digunakan dlm perisa daging, keju, dan makanan lain. Peranannya adalah untuk membaurkan perisa atau pewangi. Tetapi kini bhn sintetik yg lbh murah, civetone, tlh mggntkn musang dlm kbnykn produk kecuali minyak wangi tertentu. Salah satu kelompok wangian skatologi yang blm dhasilkan secara tiruan ialah castoreum. Di ekstrak drpd kelenjar kesturi memerang, ia digunakan untuk memberikan kesan melembut dan melicin kpd perisa raspberi.

-Dipetik dari rencana dlm FORTUNE (isnin, 7 julai 2003) oleh David Stipp. http://www.fortune.com/fortune/thisjustin/0,15704,462520.html

Di bawah tajuk :" Ramuan Yang Meragukan Dalam Kosmetik"( bab;27 , pg 183)

  • Kolagen atau Collagen
  • Cecair amniotik ( air tetuban atau ketuban)
  • Uri
  • Janin Bayi
bersambung..

Khamis, 23 Julai 2009

SEPUTAR REJAB YANG SUDAH BERLALU...

BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM...IN THE NAME OF ALLAH THE MOST MERCIOUS AND MERCIFUL..

Alhamdulilah hari ini dah pun masuk 1 syaa'ban..hanya tinggal sekitar 28/29 hari lagi untuk kita masuk ke madrasah Ramadhan..Allahhumma ballighna ramadaan...ameen..ya rabbal alameen. Ramadhan adalah satu bulan yang didalamnya terkandung satu malam yang melebihi seribu bulan..mudahan kita kan dapat bertemu dengan Lailatul Qadr lagi tahun ini..insyaallah..berlumba-lumba lah kita dalam merebut ganjarannya...


Alhamdulilah lepas solat zohor tadi dapat ku habiskan surah Al-Imran. Dah masuk dua helai surah AnNisa'. Target untuk khatam bulan ni n bulan Ramadhan harap2 dpt. Kena istiqamah baca setiap kali lepas solat lima waktu. Alhamdulilah Along n habib dah smkn berdikari so, boleh lah ummi goyang kaki sket..boleh belek2 kitab n alquran lama skit. Tp itu pun masih kene kejar masa jugak sbb kalu abi kuar kene lah ummi bg tumpuan 100 % kat dua hero ni. KAlau tak nnt byk lah aksi2 ultraman nyer..Erm..teringat pesan seorang sahabat hafizotul quran..katanya ayat terakhir surah al-Imran jika dibacakan pada sikecil akan hilang sifat nakalnya, jadi anak yang soleh dan mendengar kata insyaallah..Itulah dah tahu tapi kdg kurang amalnya. Untuk para bonda bolehlah cuba amalkan yer..Surah Al-Imran Ayat: 200.

Allah swt berfirman yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap sedia (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh kejayaan."

Sedikit catatan ttg surah Al-Imran ;

Surah ini mengandungi dalil-dalil dan alasan untuk membantah kaum Nasrani yang mempertuhankan nabi Isa alaihissalam. Menerangkan kisah peperangan Badar dan uhu, agar kemenangan di peperangn badar dan kekalahan di peperangan uhud yang dialaami oleh kaum muslimin itu mendapat pengajaran.

Hubungn dgn surah Annisa'
  1. Surah Ali Imran diakhiri dgn perintah bertaqwa, sesuai dengan permulaan surah AnNisa'.
  2. Dalam surah Ali Imran disebutkan pprangn Badar dan Uhud dengan sempurna, dan sebahagiannya diulang semula lagi dalam suran AnNisa'.
  3. Dalam surah Ali Imran diceritakan ttg perang HAmraa-ul Asad yg terjadi slps prg Uhud, dalam surah anNisa' perang itu disebut lg.
  4. Dalam surah aliImran disebut ttg ramainyan golongan muslimin yg gugur syahid..dalam surah AnNisa' permulaannya Allah ingatkan ttg pembahagian harta pusaka dan pemeliharaan anak-anak yatim.
wallahua'lam..rujukan dari tafsir alquran dan terjemahannya.


Sepanjang Rejab yang lepas byk jgk prog yg kami ikuti..yang utamanya bazarlah.yang dianjurkan oleh persatuan anak negeri yang bernaung dibawah PMRAM n JPMK...dua badan berkanun yang ada kat mesir ni..dua2 punya peranan yang tersendiri dlm mentadbir dan mengurus anak2 perantau dr Malaysia di mesir. Lepas bazar Ganu..Bazar Phg pula lps ni bazar PMRAM pulak..ha masuk lagi..insyaallah..seronok berbazar selain isi poket semangat berpesatuan tu turut dirasa. Nak kata untung byk xderpun sekadar suka2 jerlah..sbb abi mmg dah minat dgn aktiviti masak memasak ni..

stkt ari ni setiap pg abang yg sediakan sarapan n mkn tgh. ummi pg2 xboleh buka mata bah...sbb mlm tak boleh tido dua beradik ni bergilir2 pulok masa tido nyer..smlm adik tidur lena along pula buat lambat tido..dah lebih kul dua mata jadi pyh pulak nak lena...dua mlm lepas habib yg xtido seronok memacam jer..sampai kul 4pg baru lah nak baring n tido..isy...mmg dgaan jd ibu ni..tp yang bestnyer..bangun pg..abang dah siap masak untuk sarapan..kalu ari2 mcm ni koho gemuklah ummi nampaknya..elekek..nak kena ubah ni..sbb abi dah kurus sket ummi pulak yg makin naik..x bleh jd. Ginilah waktu2 cuti ni yer..kdg terfikir2 apa lg yg nak dibuat untuk isi masa dgn sebaiknya.

So, skrg ni ummi tgh plan untuk habiskan kitab2 yang bersusun kat atas rak tu..sian kitab tu agaknya ternanti2 bila lah tuan aku nak baca erk..ingat kata seorang sahabat nak tahu org baca ke tak kitab yg dibeli ha..g cek helaian kitab tu melekat ker tak..(sbb buku baru besanya page ke page melekat..) ha..itu masa bujang lah pakat2 bg sokongN BACA KITAB. Skrg seme dah ada haluan idup sendiri moga smenya bahagia..ingat daku dlm doa kalian yer..

lepas bazar ganu aritu dpt jmptn dr ammu mukhlis n acik nurul unt majlis aqiqah Habiburrahman...so seronok dpt g muqattam tmpt tu jauh jgk dr kwsn student msia kira2 stgh jam..yg best nyer coz dpt konvo geng2 kawen...satu tramco..paayh nak g jln gitu ramai2. Seronok sgt...ternnt jugak kalu bait muslim ada cdngn rehlah lg musim2 panas ni g alex ker ek..sewa tramco g jln ramai2 best gak kan. Kalu tanya my 2 hero mmg diaorg suka dpt jln ramai gitu..nak tido pn bilang lagi.."ada ammu jang..ammu duang..ade imran...adik wajdi ammar..abang amru.." ha itulah yg diaorang sll duk sebut..kalu nama acik pulak acik Ina lah yg plg famous kat mulut kecil habib..sbb acik ina jaga diaorg masa ummi bersalin bby Raihanah. Terima kasih byk2 unt acik Ina n Ammu pesal sbb bg along n habib tumpang manja dua ari..juga buat acik2 kat umah gamik.

Minggu lepas pulak masuk prog sama ngn akhawat KPT. Alhamdulilah dpt masuk prog belah mlm jer..siang sibuk masak memsak unt ari last bzr phg. Seronok dpt g act letih sgt jgk sbb dah 2 ari bzr non stop agi..masuk prog smp kul 12 mlm lebih..anak2 xnak bhnt main. Srnk jmp ramai2.Habib xsudh beraksi jd ultraman sian pulak kakak2 kecik yg kn usik ngn habib. Itulah ragam my hero xberenti seminit. MAsa part kakak2 tu buat persembahan seronok tgk asma nyanyi lagu wahid..isnin..thalathah..along pun ingat jgk lagu tu..tp masa prog tu focus u kakak so balik umah along sambung wat persembahan unt ummi n abi jerlah..along pemalu jgk orgnya..dah semakin mmbesor ni semakinRETI org tua kta kata. ala kullihal..alhamdulilah...

Kelmarin plk g sambung visa ngn abi..g berdua jerlah. Along n habib tinggal kat umah mintk tlg acik syuhada n acik Fatimah tgkkan. Nak bawak saama pyh sket sbb pernah bwk sekali along asyik berlari kuar jer..jawazat ni dahlah betul2 tepi jln besar jenuh nak berkejar..dr bentangkan mereka dengan bahaya baik lah tinggal kat umah jer..unt Syu n Fa syukran jazilan..Maaf sbb trpks curi masa kalian..kene layan kenah dua brdik tu stgh ari jugaklah perginya..Tiga minggu lg nak kn g ambik pulok copnyer..nak mntk tlg sapa pulak yer..syufi zuruf lah..

panjang pulok entry kali ni..curi masa bah..anak2 sdg lena...pyh jgk nak suh along tido cam2 rgm akhirnya tertidur jgk dlm buai comey pulok tgk along tido...sayang along..adik habib awal2 lg dah lentok krooh..tgh2 hari ni panas bdn cepat letih..cdg nk ajak diaorg g hadiqah cancel plk sbb abi busy sket pg td n sementelah abi diserang selsema musim panas ni mcm ni lah..kejap demam kejap selsema..mudahan abi cepat sihat insyaallah..ameen..

UUH; moga kita sentiasa terlindung dalam Rahmat dan kasihNya. Terima kasih ya Allah atas nikmat Mu pada Kami

Ahad, 19 Julai 2009

Hari Hijab sedunia kenang jasa Marwa asSharbini..

Kisah Marwa asSharbini seorang wanita mesir yang berhijab dibunuh kejam didewan mahkamah jerman dalam mempertahankan haknya sebagai seorang wanita Islam yang telah dihina dan dipermainkan oleh seorang lelaki jerman. Marwa syahid sebagai seorang srikandi Islam dizaman fitnah ini. Allah telah memilih beliau untuk melaluinya..Alangkah bertuahnya dia..Namun apa yang dapat kita belajar dari peristiwa ini? Kita Ummat Islam di akhir zaman ini semakin dahagakan dunia Islam yang sepenuhnya..Untuk info lanjut baca artikel seterusnya saya ambil dari blog alfadhil ustaz http://www.niknasri.com.

Marwa as-Sharbini: Mati syahid kerana tudungnya

Marwa1Tidak banyak liputan TV tentang Marwa Al-Sharbini, seorang ibu yang punya seorang anak, sedang mengandung tiga bulan, mati akibat ditikam 18 kali oleh seorang pemuda Jerman keturunan Rusia yang anti-Islam dan anti-Muslim. Tidak ramai pula di kalangan orang Islam sendiri sedar tentang tragedi kejam ini. Yang mereka lebih tahu ialah kematian Raja Pop. Itupun kerana media, terutama TV melampau-lampau liputannya. Berhari-hari, bahkan berminggu masih belum reda isunya.





Ribuan penduduk Mesir menghantar jenazah Marwa ke tempat pengkebumiannya. Beliau tidak sepopular artis tersohor, MJ, tetapi pastinya beliau tersohor di kalangan penduduk langit kerana mempertahankan harga diri, maruah dan agamanya melalui tudungnya, yang dengannya ia syahid.

Satellite

Marwa ditikam di ruang mahkamah kota Dresden, Jerman sebelum memberikan keterangan atas kesnya. Ia mengadu tentang seorang pemuda Jerman bernama Alex W yang kerap menyebutnya “teroris” hanya disebabkan beliau berjilbab. Dalam suatu kesempatan, pemuda itu bahkan pernah menyerang Marwa dan berusaha melepas jilbab Muslimah berasal dari Mesir itu. Di saat berada di mahkamah itulah, Alex kembali menyerang Marwa, kali ini ia menikam Marwa berkali-kali. Suami Marwa yang berusaha melindungi isterinya, terkena tembakan pihak berkuasa yang berdalih tidak sengaja menembak suami Marwa yang kini dalam keadaan kritikal di hospital di Dresden .

Dalam sejarah Islam, seorang wanita Islam cuba dicabul kehormatan dan maruah dirinya oleh seorang Yahudi. Lantas pemuda Islam tangkas membantu hingga menyebabkan pergaduhan antara Yahudi dan orang Islam. Di zaman Khalifah Mu’tasim, seorang wanita meminta tolong dengan berkata: ‘Waa Mu’tasimah!’. Mu’tasim yang berada begitu jauh darinya, apabila mendapat berita tersebut terus menghantar bantuan untuknya.

Hari Jilbab Antarabangsa

Umat Islam kini, apa yang dibuatnya? Media dunia umat Islam sendiri hanya pentingkan berita pengkebumian Michael Jackson sendiri. Tiada liputan besar-besaran untuk Marwa, melainkan media Islam khususnya di internet.

Untuk mengingati peristiwa ini, Hari Jilbab Antarabangsa dicadangkan bagi mengenang Marwa as-Sharbini. Usul itu dilontarkan oleh Ketua Perhimpunan Mempertahankan Hijab, Abeer Pharaon melalui Islamonline. Abeer mengatakan, Marwa Al-Sharbini adalah seorang syahid bagi perjuangan muslimah yang mempertahankan jilbabnya. “Ia menjadi korban Islamofobia, yang masih dialami ramai orang Islam di Eropah. Kematian Marwa layak untuk diperingati dan dijadikan sebagai Hari Hijab Sedunia,” kata Abeer.

Seruan Abeer disambut oleh beberapa orang tokoh Muslim, di antaranya Rawa Al-Abed dari Persekutuan Persatuan Islam di Eropah. “Kami mendukung cadangan ini. Kami juga menyeru agar diwar-warkan kempen seperti ini untuk meningkatkan kesedaran tentang hak-hak muslimah di Eropah, termasuk hak mengenakan jilbab,” kata Al-Abed.

Profesor bidang teologi dan falsafah dari Universiti Al-Azhar, Amina Nusser juga memberikan dokongannya atas cadangan Hari Jilbab Antarabangsa yang boleh dijadikan momentum untuk memberi tindakbalas sikap anti-jilbab di Barat. “Hari peringatan itu akan menjadi kesempatan bagi kita untuk mengingatkan Barat agar bersikap adil terhadap para muslimah dan kesempatan untuk menunjukkan pada Barat bahawa Islam menghormati hak beragama,” tegas Nusser.

Nusser menegaskan bahawa hak seorang muslimah untuk berpakaian sesuai dengan ajaran agamanya, tidak berbeza dengan hak penganut agama lain. Ia mengingatkan, kaum perempuan penganut Kristian Ortodoks juga mengenakan tudung sebelum masuk ke gereja.

Sokongan untuk mengadakan Hari Jilbab Antarabangsa itu juga datang dari Persatuan Muslim Denmark. Ketuanya, Mohammed Al-Bazzawi. “Hari Jilbab untuk mengingatkan masyarakat Barat bahawa hak muslimah untuk mengenakan jilbab sama dengan hak perempuan non-Muslim yang boleh mengenakan busana apa saja. Mereka di Barat yang berbicara soal hak perempuan, selayaknya menyedari bahawa mereka juga tidak boleh mengabaikan hak seorang perempuan untuk mengenakan jilbab,” ujarnya.

Gerakan Islam di rantau Asia juga wajar mengambil inisiatif menganjurkan Hari Jilbab Antarabangsa tersebut sebagai tanda solidariti umat Islam. Dewan Muslimat PAS dan NGO berkaitan boleh mengambil peranan ini.

Akhbar Jerman perleceh Marwa as Sharbini

Surat khabar Jerman, Die Welt versi online memuatkan komentar-komentar pembacanya yang berisi penghinaan dan pernyataan anti-Arab dan anti-Muslim.

Komentar-komentar itu adalah reaksi pembaca atas artikel berjudul “Islamisten fordern Vergeltung für Mord im Gericht” yang diterbitkan berkaitan kes Marwa Al-Sharbini itu.

Salah satu pemberi komen misalnya, menyarankan agar pelaku pembunuhan Marwa diberi tanda jasa “Federal Cross of Merit”. Pemberi komen lainnya menyebut Marwa “toilet” dan masih banyak lagi komentar-komentar lainnya yang isinya jelas membela pembunuh Marwa dan melecehkan Marwa.

Pihak Die Welt pula anehnya, enggan menolak untuk menghapuskan komentar-komentar yang provokatif itu, seiring dengan sikap media massa Jerman lain untuk tidak menulis berita tentang insiden yang menimpa Marwa. Media Jerman menganggap kes pembunuhan Marwa yang berlatar belakang islamofobia itu bukan kes yang serius. Sikap media Jerman mungkin akan berbeza jika yang dibunuh adalah seorang non-Muslim Jerman dan pelakunya seorang Muslim.

Sementara itu, atas sikap akhbar Die Welt online, website Ikhwanul Muslimin menyeru kaum Muslimin untuk menyampaikan email protes kepada akhbar tersebut agar menghapuskan komentar-komentar yang rasis dan anti-Muslim, melalui alamat email: online@welt.de

(disunting dari pelbagai sumber)

Sabtu, 11 Julai 2009

Pagi yang cerah


Pagi yang cerah

Alhamdulilah syukur kehadrat Allah untuk nikmat Iman dan Islam. Semoga hari ini akan berlalu dalam redha dan maghfirah dari Allah. Tiada bicara khusus untuk ku titipkan sekadar mengisi ruang masa yang ada..Lama tak terupdate blog ni alasyan keyboard lama dah Habib pecahkan..huhu...Ini kes berebut ngn Along nak tengok ultramax nyer citer la ni..Yer lah Habib tak pandai nak control mouse lagi so keje nyer menekan spacebar keyboard la masa along tengok pocoyo..mintak along pasangkan ultraman along xnak sebab nak tgk pocoyo so..terjadilah adegan tolak menolak tarik menarik..lastly keyboard yang jadi magsanya..Ummi kat hammam nak ambik wudhu' Abi g Solat jumaat. Ini pun antara punca tak puas hati kene tinggal ngn Abi jugaklah..nak wat ganer adeq kecik lagi mna leh ikut Abi solat dahlah Masjid full filled with orang la hari jumaat kadang abi solat bawah pokok jer..bukan cam kat tempat kita kan..luas mata memndang seme masjid.

Sekarang dah masuk bulan rejab tak lama dah nak tiba Ramadhan, alangkah indahnya RAmadhan Kareem..Mesti perasankan memang bulan lain sangat dengan bulan yang lain kan. Cuacanya..Suasananya...Memang cukup indah..Walaupun xleh tapi rasa bahagia sangat kan...allahummaballighna ramadhan..

Bagi Ummi dalam satu tahun setiap bulan terasa perbezaannya mengikut takwem hijri lah yer..kalau ikut masihi memang xder beza mana. Bulan yang paling ummi suka adalah ramadhan banyak rehat dan cukup tenang, lepas tu Syawal, lagi bulan Rabi' Awal wa Thani. Duk kat mesir memang leh rasa sgt lah sbb 4 musim kan. Tapi kan kalau bab musim ni ummi tak suka sangat stay in musim sejuk. maa..manyak cerewet daa...baju mau tebal..kain lambat kering jugak rumah payah nak settle..sbb lembab. Beza ngn pat kita kan panas lembab sepanjang tahun. Duk dalam ketakutan lak tu musim sejuk ni..malam yang panjang banyak sekali aktiviti para pencuri, pengepow mcm2 ada. Apa pun segala yang Allah cipta ada hikmahnya bukan lah tidak bersyujur dengan pemberian ALlah hanya sekadar bercerita..Malam yang panjang musim sejuk ni sbnrnya untuk buat ibadah byk2 kan...

Siang musim panas pulak mencecah sampai 16 jam..wah..waktu untuk bekerja memang lama. Malam cukup pendek mula pukul 8 satu minit..Subuhnya 4 pagi...kejap kan. Kalu bangun kul 6 pagi tu xder subuh dah...subuh gajah pun xder dah yer...yang ada matahari mencolong tegak dah. So, kalau nak selamat malam kene tido alatul lepas isyak kul 9.45pm...kalu dah lebih kul dua better not to sleep...kut terlajak..then baru tido. Itu style orang mesir bangun kul 7 start lah keje...

Kalau hari pulak hari yang paling best setiap minggu adalah hari jumaat n hari isnin...hari dalam setahun hari raya lah kan..memang best..kalau cuaca panas sblm tu sampai hari jumaat jer akan jadi redup n nyaman..hari raya cam tu jugak kan..Saya pernah terbaca tentang setiap hari ada warna yang tertentu..so...apa kata lets check it out together...

Upload gambar u tatapan semua


Wan Muhammad Ammar Rafiqi bin Wan Anuar

A few minute after birth buka mata bulat jer...

baru lepas kuar perut ni dengan samihah big cubby girl..berat 4.6 kg masa kuar ni..Ammar rasanya 3kg lebih
Wuh letih nyer
Dengan nenek My sis mom-in-law
Bye..cak
Sedap nyer tido ttengahari ni


Tido lagi...Inilah aktiviti seusia ku 'ammar'

Gambar-gambar ni ambik dari my bro-in-law anuar..Pic his son Muhammad Ammar Rafiqi


Ahad, 5 Julai 2009

Masih dalam mood demam and kemas rumah...


Entry ni Along yang tolong create kan itu yang tanpa apa2 tulisan. Tgk apa yang Along tulis..
Along memang dah mahir sgt control mouse. Cuma tunjuk jer nak buat apa..hihi..

Ubi Kentang bentuk hati..Betulan dapat..cantiknya ciptaan Allah
JAlaN-JaLan Shopping mata kat khoir zaman.
kek mentega dengan tamar

Adik makan isy sambil baring..adeq memang suka isy
>>Tulis ringkasan artikel disini <<
jkjkfk l;iggiggjthbrtrr4tty6y6666787g7g8gin6r5trt5igoo9huf77fu896pf>>Tulis artikel penuh disini <<

Rabu, 1 Julai 2009

Tahniah untuk Sahabat

Alhamdulilah petang tadi sempat berziarah ke rumah Kak Usu dan Ustaz Razi. Tahniah buat mereka sekeluarga atas kelahiran cahaya mata yang keempat. Seorang putera pula Abdurrahman. Kalau sebelum ini semuanya perempuan. Kakak Hajar, Asma , dan Khaulah. Dapat pula seorang putera yang comel, tahniah kak Usu and Ustaz Razi. Semoga dengan kehadiran si kecil yang ketiga akan menambahkan kebahagiaan buat kak usu sekeluarga.

Hari ini, Abi balik dari membayar sewa rumah bawa pula berita kelahiran bayi pertama Acik Nurul dan Ustaz Mukhlis. Tahniah buat Nurul dan Ustaz mukhlis. Semoga kehadiran si putera akan mengukuhkan lagi mahligai yang dibina.

Ramai lagi kehadiran orang-orang yang dinanti. Buat sahabat tersayang Ayong, insyaallah akan lahir bulan oktober nanti. Lia, Widad(dah balik Malaysia), erm..siapa lagi yer..haha..Ramai lah nanti cucu-cucu KPT (keluarga penuntut terengganu). Nampaknya ramai jugak anak lelaki. Setakat ni memang anak-anak lelaki yang ramai berbanding dengan anak-anak perempuan. Erm semua hero-hero.

Teringat kenangan dulu-dulu..kalau ada program di rumah terengganu riuh dengan suara budak-budak. Tapi sekarang suasana dah jauh berbeza..Banyak benda dah berubah, terasa ukhuwwah sesama ahli juga semakin renggang kenapa ye? Dengan rumah baru dan suasana baru. Memang kadangkala terasa asing untuk berziarah kesana...Agaknya suasana baru ini bukan lagi untuk kami yang semakin tua dan berusia...uhhu..nak kena balik lah nampaknya tahun depan Ya Allah mudahkan urusan kami untuk kembali ke tanah air dengan bekalan ilmu yang bermanfaat untuk kami dan seluruh ummat dibumi yang tercinta. <<