Jumaat, 29 Mei 2009

Sayonara buat My vision ku versi mawar merah v.3



Assalamualaikum warahmatullahwabarakatuh..Update hari ini, kenangan bersama blog lama ku yang terdelete tanpa dirancang. Thanks for ain muncet 4 her template n mostly thankful to abang yang bersusah payah mencantikkan template ni tapi akhirnya terdelete olehku. Ini gara-gara nak edjust alon n habib punya blog template la ni.. isy..isy.. But whtever best jugak


Dapat this newest n latest template. Unforgetful to says a lot of thanks to my hubby for his hardwork to make this template completely for me..thank you hubby...sian abang sampai tak tidur semalaman yang seronoknya ayang lah bangun tidur dapat blog yang comel ni....Arigato..arigato mushe mush betul ke eja tu hehe..bantailah, ni kes tgk ultraman la ni leh tangkap dua tiga butir bahasa jepun. Nak kena betulkan balik ngn kak dila ni..ahaks..ok la tak boleh duk lama-lama depan pc ni. Abang dah jeling-jeling tu, heehe warning time up to study. K lah salam imtihan lagi untuk student azhar mesir good luck n keep studying!!

Selasa, 26 Mei 2009

Tahniah Buat Kekanda Ku- Kak Nor dan Abg Nuar

Alhamdulilah semalam mendapat berita yang ditunggu-tunggu kelahiran bayi Sulung kakakku Kak Nor Azlina dan suami Abang Anuar. Bayi lelaki seberat 2.8 kg. Begitulah berakhirnya satu penantian kaknor dan abang nuar yang telah berumahtangga pada bulan ogos 2005. Tahun yang sama dengan tahun perkahwinan kami cuma kami pada februari 2005.

Sekarang ni tengah tunggu upload gambar my new nephew bila lah leh tengok agaknya. Nama pun tak confirm lagi ni. rindunya pada semua. Ini gambar-gambar review masa majlis perkahwinan mereka. Sebenarnya masa ni nama kami pun ada sama, tapi nama sajalah..tumpang sekaki tapi tuan tak ada. Setiap tamu yang datang mesti bertanya mana satu pasangan lagi..huhu...Emak sayu menjawab "takdok...jauh sangat duk mesir dop balik agi..dok abih lagi belajor..maka panjanglah ooo...dari tamu itu. Ini ruang depan rumahku uih dah hampir lima tahun tidak ku jengahnya...mak..rindu SANGAT!!!!

Lima tahun satu tempoh yang amat lama bagi mak yang menanti kepulangan anaknya. Bukan tak mahu balik mak..tapi tuntutan ilmu yang masih berbaki ini membuatkan anak mak masih
disini. Memang sudah terlalu lama tidak ku hubunginya. Erm..masih menanti waktu yang sesuai bila kah agaknya..rasanya lepas update ni terus call. Rumah ini telah kami diami ketika umur ku mencecah lima ke enam tahun. Sebelum tu kami tinggal di rumah lama di tepi sungai. Disana cuacanya memang cukup menyegarkan dengan pokok-pokok buah dungku, langsat, durian. Pohon-pohon buluh yang menyanyi sunyi disetiap hari. Tapi arwah bob (panggilan untuk ayahku) mahu kami hidup ditempat yang lebih meriah dengan penduduknya kerana semua yang tinggal di seputar tebing sungai sudah berpindah keluar hanya kami sekeluarga yang tidak.

Apapun tahniah untuk kakakku sekali lagi dan selamat menjadi ibu untuk kak nor (berbaju kuning sebelah kak dah..still single...), Tidak lupa tahniah juga untuk kak ju yang telah menyambut kelahiran bayinya yang ke enam awal dua minggu dari kelahiran bayiku..Nur Baiti Samihah..Tidak lagi ku temui gambar pun belum ada.

Ahad, 24 Mei 2009

Tazkirah Jumaat: Ahli gerakan Islam perlu tahu uslub dakwah

Ustaz Zainudin Hashim / Harakahdaily.net

Perbincangan ini adalah mengenai keperluan anggota-anggota jemaah mengetahui selok-belok kaedah yang berkesan bagi menyampaikan mesej dakwah, sama ada di kalangan saudara-saudara seagama, ataupun kepada mereka yang bukan Islam. Ia lebih dikenali dalam konteks dakwah sebagai 'uslub dakwah' atau gaya, pendekatan, cara, kaedah dan sebagainya.


Ini penting kerana dengan memelihara uslub ini akan lebih menceriakan arena dakwah, kerana ia lebih memfokuskan kepada golongan sasaran, serta menentukan sama ada dakwah yang dijalankan itu benar-benar menepati acuan, kaedah atau sebaliknya matlamat jangka panjang dan pendek, ia bergantung kepada sejauhmana penerapan itu dibuat.


Menurut golongan para pendakwah atau daie, kejayaan atau keberkesanan dakwah yang dilakukan oleh pendakwah, ada kaitan dengan pengamalan seseorang pendakwah yang tersirat dalam ciri-ciri yang disebutkan sebelum ini.

Antara lain ketaatan kepada pemimpin, menjaga kerahsiaan, memperkasa diri dengan amalan-amalan Islam seperti memberi perhatian kepada pengukuhan ilmu-ilmu alat, membudayakan pembacaan al-Quran, memastikan isteri dan anak perempuan menutup aurat, mewajibkan perkara sunat untuk diri sendiri, tidak melaga-lagakan pemimpin, menjaga solat berjemaah, memimpin pertubuhan, mampu kendali majlis keramaian atau usrah, menepati janji dan tidak merokok.

Pada masa yang sama juga, pendakwah khususnya di kalangan anggota gerakan Islam meletakkan perkara-perkara berikut sebagai asas kepada uslub dakwah:

1. Berhikmah: iaitu meletakkan sesuatu perkara pada tempatnya, ia disaring daripada firman Allah SWT menerusi ayat 125 urah an-Nahl yang bermaksud: "Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik."

Hikmah yang dimaksudkan dalam ayat di atas mengandungi pelbagai tujuan yang boleh diselaraskan kepada uslub dakwah, antaranya:

a) Menghormati kotak pemikiran golongan sasaran, maknanya pendakwah perlu melihat tahap mentaliti mereka sebelum menyampaikan sesuatu idea, ditakuti jika tidak sampai apa yang diutarakan, berkemungkinan besar akan menjadi sia-sia, kerana baginda Rasulullah s.a.w. ada menegaskan bahawa: "Bercakaplah kepada orang ramai menurut tahap cara berfikir mereka."

b) Menggunakan gaya bahasa yang mudah difahami dengan mengelak bahasa bunga yang merumitkan golongan sasaran atau menggunakan bahasa secara berterus-terang hingga dapat digarap dengan mudah.

c) Memilih waktu yang sesuai untuk bercakap pada perkara berhubung Islam atau dakwah, ia disandarkan kepada satu peristiwa yang pernah terjadi pada Abdullah bin Mas'ud (sahabat Nabi), di mana beliau sering bercakap tentang Islam pada setiap hari Khamis, salah seorang pendengar setianya bertnya, alangkah bagusnya jika engkau dapat bercakap tentang Islam setiap hari wahai Ibnu Mas'ud, beliau menjawab; aku tidak mahu berbuat demikian bimbang ia akan membosankan kamu semua, aku berbuat demikian sebagai meneladani apa yang pernah dilakukan oleh baginda Rasulullah s.a.w. ke atas kami. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

d) Mengehadkan masa ketika bercakap - iaitu pendakwah tidak meleret-leret ketika menyampaikan pandangannya tentang sesuatu topik, kerana boleh jadi yang mendengarnya seorang yang sakit, orang tua atau yang mempunyai keperluan lain, lebih-lebih lagi ketika menyampaikan khutbah para jemaah tidak boleh balik awal sebelum solat dilaksanakan dan sebagainya, Rasulullah s.a.w. bila berkhutbah menggunakan pendekatan yang sederhana dan segera agar tidak menyebabkan jemaah lama menunggu.

2. Nasihat yang baik: Iaitu satu nasihat atau peringatan yang boleh melunakkan hati-hati manusia yang keras dengan amalan ahli dunia yang lupakan akhirat khususnya pada hari ini, di mana ramai manusia yang lebih cenderung kepada aspek sukan dan hiburan keterlaluan hingga boleh meninggalkan tugas utama sebagai Muslim/Muslimah iaitu solat fardu lima waktu, begitu juga pendakwah adalah disaran untuk memperbanyak mengingatkan manusia tentang dosa, pahala, syurga, neraka, balasan baik dan buruk. Ia adalah bertujuan untuk mencairkan manusia.

Pendakwah atau daie perlu memelihara perkara berikut:

* Ringkas yang berkesan dan tidak menjemukan penyampaian.

* Menghimpunkan antara perkara baik dan buruk untuk difikirkan.

* Memperbaykan sebutan mengenai nikmat Allah ke atas manusia.

* Menyediakan jalan untuk menuju kesempurnaan dalam hidup di dunia dan akhirat.

3. Berbahas dengan cara yang baik: Berbahas adalah salah satu wasilah atau pendekatan dalam menyampaikan sesuatu hujah, adakalanya ia bersifat mulia dan pada ketika yang lain pula bersifat buruk, ia bergantung kepada sejauh mana cara berbahas tanpa mengikut aliran emosi, berbahas dengan cara mulia ada disebut dalam ayat di atas, surah an-Nahl 125 maksudnya: "Berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik."

Ada pun berbahas yang cenderung kepada sifat tercela disebut Allah dalam surah al-Haj ayat 8 maksudnya: "Dan ada di antara manusia yang membantah dalam perkara-perkara yang berhubung dengan Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan, dan tidak berdasarkan sebarang keterangan, dan tidak juga berdasarkan mana-mana Kitab Allah yang menerangi kebenaran."

4. Berbahas dengan cara yang mulia berdasarkan elemen terbaik yang digunakan oleh pendakwah, iaitu mengemukakan hujah mudah tetapi benar yang boleh membuka minda manusia seperti yang ditegaskan Allah mengenai kisah Nabi Ibrahim a.s. yang berdialog dengan kaumnya, di mana kisah itu dipaparkan menerusi ayat 258 surah al-Baqarah maksudnya: "Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai Muhammad) tentang orang yang berhujah membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya, kerana Allah memberikan orang itu kuasa pemerintahan? ketika Nabi Ibrahim berkata: "Tuhanku ialah yang menghidupkan dan yang mematikan," ia menjawab: "Aku juga boleh menghidupkan dan mematikan". Nabi Ibrahim berkata lagi: "Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, oleh itu terbitkanlah ia dari barat?" maka tercenganglah orang yang kafir itu (lalu diam membisu). Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim."

Pendakwah boleh juga mengambil inisiatif dengan menggunakan pendekatan al-Quran bagi menguatkan hujahnya ketika berbahas atau berdialog dengan golongan sasaran, apatah lagi mereka yang agak degil dan keras kepala.

Ayat 35-37 surah at-Tur boleh dijadikan modal berdakwah, firman Allah maksudnya: "(Mengapa mereka tidak beriman?) Adakah mereka telah tercipta dengan tiada yang menciptanya, atau adakah mereka yang mencipta diri mereka sendiri? (35). Adakah mereka yang mencipta langit dan bumi itu? (sudah tentu tidak!) bahkan mereka adalah orang-orang yang tidak meyakini (kebenaran apa yang mereka pernah mengakuinya). (36) Adakah pada tangan mereka perbendaharaan Tuhanmu (sehingga mereka boleh memberi atau menahan sesuatu nikmat atau pangkat), atau merekalah yang berkuasa mentadbirkan segala-galanya?(37)"

Pendekatan dakwah melalui kisah teladan dalam al-Quran atau pada Sirah Nabi Muhammad s.a.w. Sesungguhnya kisah-kisah benar yang dipaparkan dalam al-Quran sebenarnya mampu menarik minat golongan sasaran kepada Islam, kerana ia bukanlah kisah dongengan, tetapi kisah benar yang dikisahkan Allah Yang Maha Benar untuk menjadi bahan renungan, kesedaran dan membuka minda untuk berubah.

Sebagai contoh kisah yang dipaparkan melalui ayat 259 surah al-Baqarah yang bermaksud: "Atau (tidakkah engkau rasa pelik memikirkan wahai Muhammad) tentang orang yang melalui sebuah negeri yang telah runtuh segala bangunannya, orang itu berkata: "Bagaimana Allah akan menghidupkan (membina semula) negeri ini sesudah matinya (rosak binasanya)?" Lalu ia dimatikan oleh Allah (dan dibiarkan tidak berubah) selama 100 tahun, kemudian Allah hidupkan dia semula lalu bertanya kepadanya: "Berapa lama engkau tinggal (di sini)?" Dia menjawab: "Aku telah tinggal (di sini) sehari atau setengah hari." Allah berfirman: "(tidak benar), bahkan engkau telah tinggal (berkeadaan demikian) selama 100 tahun. Oleh itu, perhatikanlah kepada makanan dan minumanmu, masih tidak berubah keadaannya, dan perhatikanlah pula kepada keldaimu (hanya tinggal tulang-tulangnya bersepah), dan Kami (lakukan ini ialah untuk) menjadikan engkau sebagai tanda (kekuasaan kami) bagi umat manusia; dan lihatlah kepada tulang-tulang (keldai) itu, bagaimana Kami menyusunnya kembali kemudian Kami menyalutnya dengan daging" Maka apabila telah jelas kepadanya (apa yang berlaku itu), berkatalah dia: "Sekarang aku mengetahuiNya (dengan yakin), Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."

Kesimpulan daripada ayat di atas, bahawa Allah SWT menganjurkan kepada manusia untuk melancong (bukan tujuan maksiat) bagi melihat kebesaran Allah SWT, penting untuk memikirkan pada bahan-bahan ciptaan Allah di muka bumi, menentukan aspek kematian dan kebangkitan yang pasti berlaku, penjelasan mengenai tempoh mati dan hidup tidak boleh dikiaskan dengan kehidupan di dunia, membuktikan kekuasaan Allah dalam melakukan apa sahaja walaupun tidak dapat diterima oleh akal fikiran manusia yang terbatas.

5. Menggunakan teknik soal jawab ketika berdakwah: Penggunaan teknik soal jawab dalam berdakwah, dianggap sebagai satu cara terbaik, kerana ia disandarkan kepada cerita dalam al-Quran, di mana Allah SWT bertanya kepada manusia dalam banyak yang bersifat soalan yang perlu dijawab oleh manusia, antara ayat-ayat berkenaan ialah:

* Ayat 1-3 surah al-Ma'un: "Tahukah engkau akan orang yang mendustakan agama (meliputi hari pembalasan)? (1). Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim, (2) Dan dia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin.(3)"

* Surah al-Fil: "Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)? (1) Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka? (2) Dan ia telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasuk-pasukan,(3) Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras, (4) Lalu ia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat.(5)"

6. Membawa contoh-contoh perumpamaan atau bidalan ketika berdakwah: Penguasaan tentang ayat-ayat al-Quran menjadi keutamaan kepada pendakwah, justeru mereka boleh menggunakan ayat-ayat bersifat perumpamaan seperti yang disebut oleh al-Quran menerusi ayat 261 surah al-Baqarah: "Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi 100 biji. dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya."

Kesimpulannya, apabila uslub dakwah yang disyorkan di atas dapat direnungi bersama oleh mereka yang bergelar pendakwah, khususnya yang menjadi anggota gerakan Islam, insya-Allah ia akan menjadi satu pendekatan yang mampu mencairkan manusia yang cemderung kepada kebenaran Islam. Selamat Mencuba. - lanh _

Sabtu, 23 Mei 2009

SEMBELIT DI KALANGAN BAYI


Sembelit memang selalu terdapat di kalangan bayi - bayi. Bayi - bayi mengeluarkan najis - najis yang keras dan banyak dan kadangkala najis hanya keluar sekali dalam beberapa hari. Berapa kerapnya seseorang bayi itu mengeluarkan najis yang berbeza di antara satu bayi dengan bayi yang lain. Ada bayi - bayi yang dapat mengeluarkan najis dengan senang walaupun keras dan banyak dan ada juga bayi - bayi yang bukan sahaja sukar mengeluarkan najisnya yang keras dan besar tetapi mendapat kelukaan di bahagian anus menyebabkan pendarahan pada bahagian itu. Perkara seperti ini perlulah dicegah daripada berlaku kerana ini mungkin menimbulkan masalah pembuangan najis bagi bayi itu sampai dia dewasa kelak.


Kebanyakkan sembelit ini berlaku di kalangan bayi - bayi tidak ada punca - punca penyakit yang jelas. Kadangkala keadaan ini biasa terdapat juga di kalangan keluarganya sendiri. Ada terdapat perbezaan daripada perjalanan tali perut ( gut motility ) Kanak - kanak kalau dibandingkan dengan kanak - kanak yanga selalu sembelit. Bahan air dalam tali perut lebif banyak diserap meninggalkan kandungannya yang lebih kering menyebabkan najis - najis menjadi keras.



Bayi - bayi yang diberi susu tepung lebih kerap mendapat sembelit kerana bahan kalsium yang lebih tinggi dan bahan protein casein yang terdapat dalamnya. Dari itu bayi - bayi yang diberi susu badan tidak digalakkan supaya ditukar kepada susu tepung dengan cepat kerana ini boleh membawa kepada bayi - bayi mendapat sembelit. Bahan - bahan pepejal seperti nasi , bali , sayur - sayuran yang berkanji seperti bayam , boleh mengeraskan najis.

Jika seseorang bayi terus mendapat sembelit apabila usianya meningkat lebih dari satu tahun dia akan kurang buang air besar sehingga kadangkala sekali sahaja dalam dua atau tiga empat hari. Akibatnya tali perut bahagian colon akan membesar sehingga senang dikenal pasti apabila seseorang doktor memeriksa bahagian abdomen bayi - bayi itu. Kadangkala ketul - ketulan najis juga boleh dirasai daripada pemeriksaan abdomen. Bayi mungkin juga suka menghindarkan pembuangan najisnya dan apabila dia membuangkan najis dia selalu terpaksa menekan dengan sekuat - kuatnya. Jika ini terus menerus juga berlaku boleh juga timbul keadaan dimana kanak - kanak itu berbau busuk di bahagian punggungnya kerana perutnya penuh ketulan najis - najis yang keras dan sukar untuk dikeluarkannya. Najis yang berbentuk cair akan membasah punggung serta seluarnya ( faecal soiling ). Keadaan ini tidak menyenangkan ibu bapa kerana kanak - kanak itu mengeluarkan bau yang sangat busuk sehingga akan mengakibatkan dia selalu tersingkir dari kumpulan kanak - kanak yang sama sebaya dengannya. Ini juga menyinggung perasaan ibu yang terpaksa selalu mencuci dubur anaknya.

Seseorang kanak-kanak yang sembelit mungkin juga akan kurang berselera, meragam dan menangis kerana tidak rasa selesa atau sakit perut dan perutnya juga kelihatan buncit sahaja. Kadangkala timbang beratnya juga kurang meningkat. Ada kalanya juga kanak-kanak itu akan meras susah untuk mengeluarkan kencingnya kerana ketulan najis yang besar-besar dalam tali perutnya menekan keatas bahagian pundi kencingnya. Ini pula mungkin boleh membawa kepada infeksi kencing.

Di antara keadaan-keadaan yang boleh menyebabkan seseorang bayi itu sukar mengeluarkan najisnya ialah keadaan yang dipanggil 'Hirschsprung disease'. Dalam keadaan ini kaliber sebahagian perut bayi-bayi itu adalah kecil. Akibatnya kandungan tali perut sukar melepasi bahagian ini menyebabkan bayi-bayi itu membuncit. Seseorang doktor yang memeriksa bahagian rektum bayi itu dengan jarinya akan mendapati bahagian itu kosong tanpa apa-apa najis. Keadaan ini dapat dipastikan juga dengan menggunakan 'barium enema' dimana bahankimia barium dimasukan melalui anus bayi itu dan gambar sinaran X diambil yang akan menunjukkan bahagian tali perut yang berkaliber kecil. Satu cara lagi yang boleh digunakan ialah biopsi dibahagian rektum. Dengan cara ini sedikit tisu dari bahagian rektum. Dengan cara ini sedikit tisu dari bahagian rektum akan dapat diperiksa dibawah mikroskop untuk memastikan ketiadaan sel-sel ganglion dalam lapisan didinding bahagian itu.

Bayi-bayi yang dilahirkan kekurangan hormon thyroid (hypothyroidism) selalu sembelit. Tanda-tanda lain yang mungkin terdapat pada bayi ialah kekuningan yang lambat reda selepas dilahirkan, ubun-ubun dibelakang kepala (posterior fontanelle), benatuk rupa yang agak hodoh ataupun pusat yang mengelembung (umbilical hernia). Kepastian boleh dibuat dengan ujian darah dimana tahap Thyroxine (T4) rendah dari biasa dan tahap hormon yan dikenali sebagai Thyroid Stimulating Hormone (TSH) lebih tinggi dari biasa. Sembelit akan kekurangan apabila rawatan dengan hormon thyroid diberi dengan secukupnya seumur hidup.

Rawatan untuk bayi-bayi yang sembelit

Memberi susu tepung lembu sepenuhnya ( full cream formula ) terlalu awal umpamanya di waktu usia bayi empat bulan boleh menyebabkan sembelit . Bayi yang menerima susu badan atau formula bayi boleh ditambah dengan bahan makanan seperti prun , nanas , apricot , anggur yang dilecek -lecek dan juga sayur -sayuran yang berfibre seperti sayur salad.

Bayi -bayi yang selalu sembilit perlu mendapatkan perhatian doktor dari masa ke masa supaya rawatan sewajarnya dapat diberikan agar keadaan ini tidak akan berterusan. Jika terjadinya perpecahan di bahagian anus yang menyebabkan bahagian ini berdarah ( anal fissure ) , bahagian yang luka boleh dibersihkan dan krim seperti zinc oxide disapukan. Setelah seseorang bayi mengalami luka dibahagian anus (anal fissure) dia akan menahan dari membuangkan najisnya. Akibatnya ketul-ketul yang keras terkumpul didalam abdomen menyebabkan kaliber tali perut menjadi besar. Keadaan ini akan memburukkan sembelit dan rawatan yang lebih agresif perlu diberikan. Objektif rawatan dalam keadaan ini ialah untuk mengempiskan atau mengecilkan kembali kaliber tali perut kesaiz yang sediakala dengan menggunakan ubat-ubat julap (laxatives) atau enema untuk beberapa hari supaya ketul-ketul yang keras dan banyak dapat dikeluarkan dari saluran digestif. Latihan semula dalam pembuangan najis (toilet training) perlu dijalankan supaya sembelit tidak akan berlaku lagi. Bagi penyakit Hirschprung pembedahan perlulah dibuat untuk membetulkan keadaan anatomi yang tidak sempurna.

Kesimpulan

Sembelit dikalangan bayi-bayi perlulah dicegah dan apabila berlaku mestilah dirawat dengan agresif supaya keadaan ini tidak akan berterusan. Seperti telah dijelaskan sembelit dikalangan bayi boleh menyebabkan bukan sahaja luka atau pendarahan dibahagian anus tetapi boleh membawa akibat-akibat lain seperti kesan-kesan emosi disebabkan oleh air-air najis dipunggung dan diseluar yang sangat berbau hingga menghidarkan pergaulan diantara kanak-kanak yang terlibat itu dengan kanak-kanak lain yang sebaya dengannya. Sesuatu keadaan organik yang wujud perlu diketepikan dengan pemeriksaan dan ujian-ujian tertentu. Tanpa penyakit-penyakit itu perlulah ibu-ibu menentukan yang bayi-bayi mereka tidak diberikan bahan-bahan makanan yang boleh menyebabkan bayi mereka sembelit atau memburukkan keadaan sembelit jika sudah wujud.


http://home.hamidarshat.com/KesihatanKanak.htm

Jumaat, 22 Mei 2009

main kereta di saraj mall (pic tahun lepas)


Along kata nak tangkap pencuri ngan helikopter...




Abib kata " abi nak tembak yahudi ni...one two tree...kabom !!



eh...ko jangan kacau aku tengah drebar ni...gi jauh..( sian budak arab kene hambat di along)




abi...along nak terbang ni...nak ikut angah tembak yahudi..!!

Selasa, 19 Mei 2009

Mesir yang kepanasan..


Assalamualaikum....salam buat semua pengunjung blogku..

Hari ni 19 mei 2009, pukul 12.00 pm.

Masyaallah..panasnya mentari hari ini terik memancar bumi khususan li ardilkinanah yang sedang melalui musim panasnya. Memang terasa bahangnya. BUat sahabat2 ardulkinanah yang exam petang banyak-banyak kan lah bersabar yer..Itulah diantara cabaran yang perlu kita hadapi...

Musim panas begini nasihat dan peringatan untuk diriku dan semua banyakkan minum air untuk elakkan badan kekeringan. Kena lah minum lebih dari 8 liter sehari. Rahmat Allah untuk penduduk mesir musim panas banyak sekali jenama buahnya. Jadi bagi kita yang tinggal disini jangan lepaskan peluang makan buah banyak-banyak yer...Ini untuk elakkan kita dari cepat terkena demam dan selsema.




Sebaiknya kalau buat urusan diluar rumah..Sebelum makan atau minum eloklah berkumur dan bersihkan tangan dengan sebaiknya. Dalam suasana mesir yang sedang diserang dengan virus selsema babi dan demam yang berlarutan baiklah kita berhati-hati. Berusaha untuk menjaga kebersihan diri dan persekitaran. Selebihnya kenalah banyakkan berdoa dimohon jauhkan dari penyakit yang berbahaya ini.Mudah-mudahan kita semua selamat dari bala' dan bencanaNya..Ameen..

Bittaufik wa najah untuk semua

Isnin, 18 Mei 2009

Kod Babi Pada Makanan - Penting Untuk Umat Islam


Assalamualaikum....

Salam sejahtera buat pembaca. Semoga anda selamat dan sejahtera dari penyakit yang datang menyerang dunia sekarang iaitu selsema BABI.

Untuk artikel kali ini, saya pastekan sedikit artikel yang ditemui dalam internet. Mungkin suatu yang amat berguna kepada anda semua .




Sumber asal di :http://www.scribd.com/doc/855180/Kod-Babi-Pada-Makanan?autodown=doc



" KOD KOD TERSEBUT "

E100, E110, E120, E 140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234, E252,E270, E280, E325,E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430, E431, E432, E433,E434, E435, E436, E440,E470, E471, E472, E473, E474, E475,E476, E477, E478, E481, E482, E483,E491, E492, E493, E494, E495, E542,E570, E572, E631, E635, E904.

Kod Babi Pada Makanan - Penting Untuk Umat Islam


Salah seorang rakan saya bernama Syeikh Sahib bekerja sebagai pegawai di Badan Pengawasan Ubat & Makanan (POM) di Pegal, Perancis. Tugasnya adalah mencatat semua mereka barang, makanan dan ubat- ubatan. Produk apa pun yang akan disajikan suatu perusahaan ke pasaran,bahan- bahan produk tersebut harus terlebih dahulu mendapat izin dari Badan pengawas Ubat dan Makanan Perancis dan Syeikh Sahib bekerja diBadan tersebut bahagian QC, oleh sebab itu dia mengetahui pelbagai jenis bahan makanan yang dipasarkan. Banyak daripada bahan-bahan tersebut dituliskan dengan istilah ilmiah namun ada juga beberapa yang dituliskan dalam bentuk matematik seperti E-904, E-141. Awalnya, saat Syeikh Sahib menemukan bentuk matematik tersebut, dia ingin tahu dan kemudian menanyakan kod matematik tersebut kepada seorang Perancis yang berwenang dalam bidang itu dan orang tersebut menjawab " KERJAKAN SAJA TUGASMU, DAN JANGAN BANYAK TANYA.

Jawaban tersebut menimbulkan kecurigaan buat Syeikh Sahib dan dia kemudian mula mencari tahu kod matematik tersebut dalam dokumen yang ada. Ternyata apa yang dia temukan cukup memeranjatkan kaum Muslimin didunia.

Hampir di seluruh negara barat termasuk Eropah, pilihan utama untuk daging adalah daging babi. Penternakan babi sangat banyak di negara- negara tersebut. Di Perancis sendiri jumlah penternak babi mencapai lebih dari 42.000.

Jumlah kandungan lemak dalam tubuh babi sangat tinggi dibandingkan dengan haiwan lainnya. Namun orang Eropah dan Amerika berusaha menghindari lemak-lemak tersebut.

Kemudian yang menjadi pertanyaan sekarang;di manakah lemak-lemak babi tersebut ? Jawapannya adalah: Babi-babi tersebut dipotong di tempat perniagaan (secara) kecil-kecilan dalam pengawasan Badan POM dan yang memusingkan badan babi tersebut adalah untuk membuang lemak yang sudah dipisahkan dari daging babi. Dahulu kira-kira 60 tahun
yang lalu, lemak-lemak tersebut dibakar.

Kemudian mereka berfikir untuk memanfaatkan lemak-lemak tersebut .Sebagai awal kajian, mereka membuat sabun dengan bahan lemak tersebut dan ternyata itu berhasil.

Lemak-lemak tersebut diproses secara kimiawi, dikemas sedemikian rupa dan dipasarkan Dalam pada itu negara-negara di Eropah memperlakukan aturan yang mengharuskan bahan-bahan dari setiap produk makanan,ubat- ubatan harus dicantumkan pada kemasan. Oleh karena itu bahan yang terbuat dari lemak babi dicantumkan dengan nama Pig Fat (lemak babi) pada kemasan produk. Mereka yang sudah tinggal di Eropah selama 40 tahun terakhir ini mengetahui hal
tersebut. Namun produk dengan bahan lemak babi tersebut dilarang masuk ke negara-negara Islam pada saat itu sehingga menimbulkan defisit perdagangan bagi negara pengeksport.

Menoleh ke masa lalu, jika anda hubungkan dengan Asia Tenggara, anda mungkin tahu tentang faktor yang menimbulkan perang saudara. Pada saat itu, peluru senapang dibuat di Eropah dan diangkut ke belahan benua melalui jalur laut. Perjalanannya memakan waktu berbulan-bulan hingga mencapai tempat tujuan sehingga bubuk mesiu yang ada di
dalamnya mengalami kerosakan karena terkena air laut.

Kemudian mereka punya ide untuk melapisi peluru tersebut dengan lemak babi. Lapisan lemak tersebut harus digigit dengan gigi terlebih dahulu sebelum digunakan. Saat berita mengenai pelapisan tersebut tersebar dan sampai ke telinga tentera yang kebanyakan Muslim dan beberapa Vegetarian (orang yang tidak makan daging), maka tentera - tentera tersebut menolak berperang sehingga mengakibatkan perang saudara ( civil war ).

Negara-negara Eropah mengakui fakta tersebut dan kemudian menggantikan penulisan lemak babi dalam kemasan dengan menuliskan lemak haiwan. Semua orang yang tinggal di Eropah sejak tahun 1970 - an mengetahuinya.

Saat perusahaan produsen ditanya oleh pihak berwenang dari negara Islam mengenai lemak haiwan tersebut, maka jawapannya bahawa lemak tersebut adalah lemak sapi(lembu) & domba, walaupun demikian lemak- lemak tersebut haram bagi Muslim kerana penyembelihan haiwan ternak tersebut tidak mengikuti syariat Islam.
Oleh karena itu produk
dengan label baru tersebut dilarang masuk ke negara-negara Islam.

Sebagai akibatnya,pengusaha produk menghadapi masalah kewangan yang sangat serius kerana 75% penghasilan mereka diperoleh dengan menjual produknya ke negara Islam, di mana laba penjualan ke negara Islam bisa mencapai jutaan dolar.

Akhirnya mereka memutuskan untuk membuat kodifikasi bahasa yang hanya diketahui oleh Badan POM sementara orang awam tidak mengetahuinya. Kod tersebut diawalkan dengan kod E-CODES. E- INGREDIENTS ini terdapat di banyak produk perusahaan multinasional termasuk pasta gigi, sejenis permen karet, coklat, gula-gula, biskut, makanan dalam tin, buah-buahan dalam tin dan beberapa multi vitamin dan masih banyak lagi jenis produk makanan & ubat-ubatan lainnya.

Semenjak produk - produk tersebut di atas banyak di konsumsi [penggunaan barang-barang (spt hasil pertanian, perusahaan, dll)]. oleh negara-negara Muslim, kita sebagai masyarakat Muslim tidak terkecuali sedang menghadapi masalah penyakit masyarakat yakni hilangnya rasa malu,kekerasan dan seks bebas.

Oleh itu, saya mohon kepada semua umat Islam untuk memeriksa terlebih dahulu bahan-bahan produk yang akan kita konsumsi dan mencocokkannya dengan daftar kod E-CODES berikut ini. Jika ditemukan kod-kod berikut ini dalam kemasan produk yang akan kita beli, maka hendaknya dapat dihindari karena produk dengan kod-kod tersebut
dibawah ini mengandung lemak babi.


E100, E110, E120, E 140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234, E252,E270, E280, E325,E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430, E431, E432, E433,E434, E435, E436, E440,E470, E471, E472, E473, E474, E475,E476, E477, E478, E481, E482, E483,E491, E492, E493, E494, E495, E542,E570, E572, E631, E635, E904.

Adalah tanggung jawab kita semua sebagai umat Islam untuk mengikuti syariat Islam dan juga memberitahukan informasi ini kepada saudara kita.